OH NEGARA KU… BERTABAHLAH…

Bangun pagi ni, terasa sedih sikit.. Sebelum tidur semalam pun dah terbaca dan ternampak beberapa berita tentang negara asal ku… Aduh.. sedihnya.. Apa sudah jadi… Makin meruncing.. Segalanya parah nampaknya…

Nak cakap pun, tak berapa berani.. Nak komen, nak suarakan rasa pun; untuk bahagian dan di keadaan aku ni – aku takut! Aku ada keluarga dan anak -anak kecil yang memerlukan bimbingan dan kasih sayang.

Risau kalau tersalah komen, atau disalah anggap pendapat aku yang mungkin akan aku berikan; takut terjadi lain pula. Tiba-tiba Nourul Wahab Depp hilang pula… Hahaha.. Atau tak dapat pulang ke negara sendiri pulak! Adoiii.. kepala berimaginasi! Hahahha…

 

Tak cakap susah, bila cakap lagi susah. Semuanya sedang sensitif dan sangat rapuh! Bila berada di negara luar, ternampak sedikit terang akan keadaan di luar dan di negara sendiri.

Memang benar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri; buat apa nak bunuh diri ditimpa batu! Hahhahaa…

Mati kena marah sebab tukar kata pepatah Melayu! Hahhaa.. Tak.. Tak bermaksud begitu. Saja terkeluar bila tengah menaip ni!

Mana boleh lupa akan asal usul negara sendiri. Macam mana pun keadaannya, rasa sayang itu tetap ada. Tanah tumpahnya darah ku… Gila tak sayang!

Aku terasa bagaikan Malaysia sedang tenat…. Ini bukan aku saja yang cakap. Ramai yang berkata-kata. Sehingga tiada lagi maruah yang perlu dijaga atau langsung tiada hormat di antara sesama manusia. Tak kira di dalam arena politik atau antara rakyat dan pemimpin. Main komen ikut suka. Adakala, beberapa orang penting, bukan main berkata-kata. Tajam dan sangat biadap.

Sedih! Sepanjang hidup aku, dari dulu, aku tak pernah lihat bagaimana bahasa yang begitu dahsyat dikatakan sesama sendiri. Tak kiralah antara pemimpin atau rakyat dengan pemimpin. Mereka (rakyat) tiada lagi segan silu berkata-kata kerana terlalu sedih dan terlalu merasa beban kehidupan.

Bukan beban hidup saja, tapi bengang dengan kebodohan yang terjadi terang terangan. Itulah politik ye tak?! Nak kata lebih pun, bukan kita ni pandai sangat berpolitik. Jadi, dengar, dan lihat saja. Boleh dijadikan bahan hiburan ringan juga! Hahahaa…

Aku tak kisah akan politik tu. Aku risau akan ekonomi dan taraf hidup yang makin meningkat tinggi. Tapi pendapatan sama saja. Kesian mereka yang baru nak mula hidup dan baru berkeluarga. Nak tahu cerita yang benar atau yang realitinya, semua ada di Facebook atau di mana-mana saja media sosial. Rata-ratanya mengeluh…

Bukan mereka saja yang rasa.. Semuanya!

Hari ini di sini… Jiran yang menyewa apartment ibu bapa mertua ku di tingkat bawah bertanya… Apa khabar Malaysia.. Dia bertanya kerana tahu aku berasal dari sana dan kami tinggal di negara yang serba makmur itu.

Aku katakan baik saja. Wanita berusia 80-an itu bertanya lagi.. Pastikah aku berkata sedemikian… Katanya, di semua berita di sini (di Perancis dan negara lain), Malaysia sedang mengalami masalah, ada krisis dan pelbagai ketidakstabilan di dalam kerajaan dan ekonomi.

Haaa… Macam mana aku nak jawab tu? Orang luar pun nampak dan rasa. Mereka turut bersimpati. Kata aku, bakal berubah dan akan beransur pulih. Kalau kita demam, sekalipun suhu badan sampai 40 darjah, akan reda juga andai diberi ubat dan penyembuhnya. Cuma ambil masa…

Rakyat Malaysia sangat baik. Kalau keadaan yang genting ini berlaku di Perancis, jangan harap masih nak aman! Setiap hari ada perarakan dan tunjuk perasaan! Selagi tak ada perubahan, mereka tak berhenti!

Sekarang ni pun ada juga tunjuk perasaan di bahagian utara Perancis. Mereka tidak puas hati dengan jabatan pertanian dan hasil bumi. Habis di blok jalan dan siapa pun tak bekerja. Dah sebulan. Masih lagi berdemonstrasi. Selagi tak ada tindakan, tak berhenti!

Itu di sini dan cara orang sini. Ni aku cerita saja ye keadaannya di sini. Bukannya bagi idea atau untuk cuba menghasut sesiapa supaya melakukan sedemikian. Tidak sama sekali! Hanya cerita semata-mata!

Ishhh.. Pengecut benar aku ni! Hahahhaa… Takut tak boleh cari makan! Bukan itu saja.. Masih sayang dengan negara ku Malaysia dan masih mahu pulang dan tinggal di sana..

P/S : Pecat….. letak jawatan….. Murka…… Bermuka-muka!

Advertisements

4 Comments on “OH NEGARA KU… BERTABAHLAH…

  1. i’m sad & scared too. latest issue really pissed me off. a talented, dedicated & humble human was asked to leave. my personal opinion…it’s too much! 😦

  2. Inilah terjadi biler pemimpin negeri dilantik oleh pemimpin negara, bukan diberi mandat oleh rakyat negeri melalui pilihanraya negeri… kesian rakyat bawahan jadi mangsa mereka.. errmm.. sedih tenguk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: