BOSANLAH CERITA NI!

Menulis.. menulis.. tak dapat-dapat idea nya. Jalan cerita dah ada… Nak merealisasikan di dalam ayat yang lebih indah.. adoiiii… susahnya.. Bila tak boleh nak fokus…  Macam nilah jadinya..

Entah kenapa tak boleh fokus. Badan penat mungkin… Otak pun boleh tahan letihnya… Dalam cuaca yang sejuk ni, agaknya semuanya beku! Hahhaha…

Stress kejap bila bahasa yang aku sedang tulis ni bukan 100% sempurna. Bahasa Melayu pun masih tak berapa nak betul.. Lagi lah bahasa lain yang bukan bahasa ibunda.. Tak apa.. Usaha tangga kejayaan. Tak belajar, tak tahu.

Aku ni dalam bekerja, lebih suka kepada kesempurnaan. Nak buat semuanya secara lengkap dan … sempurna! Bagi 100% atau lebih.. Jadi, kalau tak dapat nak buat macam mana yang aku nak, memanglah sedikit stress!

Sedang bekerja dengan seseorang yang sangat passionate… Sangat rajin… Jadi, aku perlu beri komitmen lebih dari 200%! Dia tunjukkan minat dan betapa komitednya dia kepada profesionnya. Aku pun perlu macam tu!

Jauh dari negara sendiri… Kurang masalahnya kerana semua kerja di sini buat masa ini. 3 anak aku juga bersama aku. Tak rasa rindu sangat. Satu saja yang kurangnya.. Jauh dari suami!

Bila fikir lagi 4 minggu akan berjumpa dengan suami aku, rasa macam masa aku terhenti. Tak bergerak! Padahal dah seminggu tanpa Eric Depp di sisi. Setiap hari dia telefon dan Whatsapp. Sekejap je sebenarnya masa berlalu sekarang. Cuma bila berjauhan dengan insan tempat aku bergantung hidup, sudah tentu berat rindunya.

Suka sangat suami aku ni tinggal aku di sini! Nanti kalau dah suka di sini dan tak balik dengan dia ke KL, jangan salahkan aku! Hahaha..

Bila jauh macam ni.. Mulalah fikir yang bukan-bukan. Aku lebih sensitif. Kalau ada percakapan yang sedikit sensitif, mulalah rasa tak best! Tapi taklah pula kami bergaduh atau melalut merajuk. Aku susah nak merajuk dengan Eric. Dia cepat-cepat pujuk kalau tahu ada yang aku terasa.

Tahulah kan jawapannya kenapa susah sikit aku nak fokus bekerja. Nasib baik ada Ayu. Dapat juga aku meluahkan rasa. Anak dara aku tu banyak membantu. Dah lebih sebulan di sini. Kami banyak meluangkan masa bersama dan banyak meluahkan rasa. Itu yang aku mahukan. Alhamdulillah, ada banyak perkara yang telah dia fahami.

Tak banyak masalah di sini… Tak macam kali pertama aku terpaksa tinggal di sini dulu. Mungkin masa tu tanpa anak-anak. Kali ini, tak sempat nak rasa sunyi atau tak sempat nak rasa bosan! Setiap hari ada saja nak dilakukan dengan mereka bertiga.

Masa pun rasa sangat cepat berlalu apabila ada saja yang nak dibuat. Sudah dua bulan lebih aku di Perancis. Berat masih sama! Adoiiii.. Musim sejuk ni, memang mencabar! Aku masih perlu turunkan 6kg! 2 kali sehari shake Herbalife – nasib baik dapat membantu maintain berat aku sepanjang aku di sini! Kalau tak.. Balik ke KL sebagai tong drum! Hahaha

Di sini sibuknya sama seperti di KL. Cuma cepat letih kerana tiada pembantu rumah di sini. Jika tiada apa-apa, akulah yang lakukan semua untuk anak-anak dan seisi rumah. Takkan nak duduk saja di rumah ibu bapa mertua.

Walaupun mereka ini mat saleh, cara hidup sama saja macam kita di Malaysia atau sama saja macam orang Melayu. Kena jaga makan minum mereka juga. Buat kerja rumah dan urut kaki sebelum tidur! Hahaha…

Mereka bukannya muda lagi. Di usia mereka, boleh dikatakan sudah cukup baik dapat berdiri lama dan berjalan dengan anak cucu. Tapi selepas 5 tahun aku kenali ibu bapa mertua aku, mereka sedikit berubah sekarang. Usia 75 dan 74 tahun, kesihatan mereka lebih sensitif. Jadi, kena jaga lebih sikit. Lagi pulak di dalam cuaca yang sejuk ni. Orang tua lebih mudah mendapat sakit.

No complain – aku punyai masa untuk menjaga mereka juga. Apa salahnya. Mereka pun sering membantu aku juga. Aku tinggalkan anak-anak aku pada mereka apabila aku ke gym atau perlu menghadiri mesyuarat. Bukan kerja mudah nak menjaga anak kecil. Banyak kerjanya!

Sebenarnya, aku ni ada kerja.. Tapi saja rasa nak menulis juga! Hahahaa.. Kerja menulis yang satu lagi tak habis-habis lagi. Dah 2 hari haaa…. Fokus Nourul sebelum Bapak Eric bising!

Kat sini sedap tidur.. Maklumlah sejuk! Tiba malam je, (macam sekarang dah 10 malam), terasa katil memanggil-manggil! Itulah namanya bila badan dah letih..  Nak tidur je rasanya!

Ini namanya tak ada apa nak cerita, tapi nak cerita juga.. Bosan lah tulisan ni! Dah, habiskan di sini. Dengar lagu, habiskan lirik dan tidur!

P/S: Rindu kari mamak!!  Help!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: