SETAHUN YANG LALU… HAPPY BIRTHDAY RAPHAEL!

Hari ini… setahun yang lalu… Aku masih menahan sakit.. Baru 7 hari… Sakit kerana pembedahan melahirkan Raphael. Sekejap saja rasanya masa berlalu..

Raphael lahir jam 4:23 petang 15 Januari 2015, pada minggu ke 34. Lahir lebih awal menjadikan dia bayi pra matang. Kami semua agak bimbang bagaimana agaknya apabila dia dilahirkan.

IMG-20150116-WA0079

Aku mengalami placenta previa sepanjang mengandungkan Raphael. Aku sendiri tak tahu sehinggalah ke minggu ke 32. Itu pun kerana aku mengalami pendarahan. Terkejut juga kerana dua kandungan sebelum Raphael, aku tak punya apa-apa masalah.

 

Setiap kandungan, tidak sama. Anak-anak juga tak punya perangai dan tabiat yang sama.

Kali pertama mengalami pendarahan, adalah pada hari terakhir  bagi tahun 2014. Tak pasal-pasal aku dan suami sambut tahun baru di hospital! Semua rancangan dibatalkan pada hari tu.. Kononnya nak keluar dinner dengan beberapa rakan baik termasuk Ning Dalton dan suaminya.

Doktor nasihatkan aku tinggal saja di hospital dan mahu periksa dengan teliti apakah masalah yang aku hadapi.

Selepas 2 hari, doktor beritahu yang aku mengalami placenta previa. Aku tidak dibenarkan bergerak banyak dan melakukan kerja berat. Zachary memang merana masa tu sebab aku tak boleh mendukungnya. Aku pun rasa yang sama. Kesian Zach.

Masa tu kami tak punyai orang gaji tetap. Mana aku boleh duduk diam bila dah balik ke rumah. Ada je kerja nak dibuat. Eric banyak membantu tapi sebagai isteri, rasa tak best pulak bila suami yang buat semua. Tapi dia tak kisah… Alhamdulillah…

Selepas seminggu di tahun baru, Eric terpaksa ke India di atas urusan Herbalife di sana. Dengan hati yang berat, dia terpaksa juga pergi kerana segalanya telah disusun seawal dua bulan sebelumnya.

Nasib baik aku ada Ina Mohd dan juga orang gaji yang datang ke rumah 3 kali seminggu – untuk tinggal beberapa malam untuk menjaga Zach yang baru berusia 15 bulan masa tu.

Tak sempat Eric balik, aku dimasukkan ke hospital lagi… Aku mengalami pembedahan lagi. Kali kedua itu berlaku ketika aku sedang tidur. 6 pagi! Aku terpaksa ke hospital sekali lagi. Bimbang andai sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Aku pandu seorang diri. Kena pulak hari tu Ina Mohd dah balik ke rumahnya. Nasib baik ada orang gaji sementara itu untuk menjaga Zach. Aku ingat lagi, hari itu hari sabtu. Eric hanya akan tiba pada hari Selasa. Memang haru biru jadinya!

Raphael tak sabar nak menunggu bulan berikutnya untuk dilahirkan. Tarikh sepatutnya dia dilahirkan ialah pada 21 Februari 2015. Setibanya aku di hospital, memanglah aku tak boleh balik lagi! Kata doktor kali ini dia tak mahu ambil apa-apa risiko. Harus dibedah. Aku dinasihatkan bersedia dari segi mental dan fizikal.

Punyalah takut nak dibedah! Aku tak suka! Langsung tak aku jangka.. Kena juga kalau mahu terus hidup! Hahhaha… Ini bukan boleh buat main. Antara hidup dan mati ni! Mananya aku tak takut! Tak apalah doktor… ambil lah… belah saja! Hahahaa…

Bila fikir keadaan itu, rasa macam taknak dah mengandung! Hahaha.. Naik serik haaa… Memang semua pregnancy tak sama!

Dah setahun pun peristiwa itu… Parut pun dah hampir hilang walaupun masih ada rasa kebasnya di atas garisan pembedahan.

20160116_094143

Sudah setahun 7 hari Raphael Depp hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah, bayi pra matang kami sihat dan tidak punya apa-apa masalah dalaman. Hanya kulitnya sedikit sensitif jika dibandingkan dengan Zachary..

Raphael sangat kecil. Beratnya hanya 2.4kg apabila dilahirkan. Aku semacam tak sangka apabila kali pertama Raphael ditunjukkan pada aku sebaik saja dia dilahirkan. Sangat putih anak aku yang ini! Mata pula sepet. Hidung terletak macam neneknya!

cropped-mg_2222.jpg20150118_07255420150116_141509

Kalau yang dulu gelap macam aku, dan macam mamak habis; tapi yang ini macam anak cina pula!  Hahahaha..

Tubuhnya yang kecil membuatkan kami semua takut nak pegang. Aku nak salin bajunya pun, rasa seriau! Kecil benar!

Tapi sekarang, tubuhnya lebih gempal dari abangnya. Lebih berotot! Beratnya juga berbeza dengan abangnya ketika seusianya.

Raphael … Raphael… Memang satu kenangan yang tidak akan aku dan kami semua lupakan. Penuh kejutan!

Rasanya anak aku yang ini, memang akan ada saja kejutan sepanjang usianya. Itu aku pasti.

Raphael dah pun boleh berjalan. Dah buat lawatan satu apartment di Saint Die ni. Raphael sama macam abangnya. Boleh berjalan pada hari lahir mereka yang pertama. Ini pun dah macam-macam bolehnya. Nak bercakap pula!

Kami adakan majlis kecil saja di sini pada 15 Januari yang lalu. Raphael sudah tentu tak faham apa-apa. Hanya Zachary saja yang faham dan asyik menyanyikan lagu hari jadi. Dia yang berebut nak potong kek dan nak hembuskan lilin!

Selamat hari jadi yang pertama, Raphael. Semoga Allah jadikan anak mama yang ini anak yang soleh, berjaya di dalam hidupnya – dunia dan akhirat, dan sentiasa di dalam rahmat Allah selalu. We love you.

P/S : Tak sangka aku dah ada 3 anak! Hahaha… Alhamdulillah! Thank you Allah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: