BEKU!

-8 darjah celsius… berada di bawah paras beku…Eh ye ke di bawah paras beku?? Hahaaha.. Suka hati je tau! Tapi betul lah kan… Sejuk gila. Musim sejuk di sini, memang benar sejuk kerana Saint Die berada di kawasan lembah dan di kelilingi  bukit.

Seronok main salji.. Memang seronok! Tapi bila bangun pagi tu yang tak seronok! Hahaha.. Sejuk gedi kata orang Penang! Kalau kena nak keluar pagi ke mana-mana, memang kena ambil masa. Kereta dah macam simpan dalam peti ais! Pintu pun susah nak buka! Hahahha.. Jenuh nak tunggu ais cair!

20160116_123251

 

20160114_16202620160116_12325620160116_123324

Buat pertama kalinya aku di sini dan dapat melihat salji turun. Ayu dan Zach pun sama. Mereka paling seronok… Mak dia pun! Hahaha… Eric yang dah lama tak main salji; macam budak kecil pula melayan anak-anaknya!

20160114_16064020160116_163638(0)20160116_163820

Alhamdulillah.. Dapat nikmati. Hebat sungguh kuasa Allah. Menakjubkan!

Hari ni Eric dah balik ke KL. Tinggal aku dan anak-anak selama 6 minggu. Dia akan kembali ke sini dan kami akan ke Cancun Mexico tanggal 9 Mac nanti.

Nak ke Mexico dari Malaysia, samada melalui Eropah, atau ke arah Amerika. Masa dan jauh perjalanannya, sama saja. Nak berulang alik dengan 2 anak kecil ini, bukannya mudah. Lebih baik kami tinggal saja di sini. Lagi pun, aku ada projek yang perlu diselesaikan.

Raphael dan Zachary akan tinggal dengan atok dan neneknya semasa aku dan Eric berada di Mexico. Eric lebih suka tinggalkan anak-anaknya dengan Germaine dan Roland. Mereka lebih suka kerana mereka dapat luangkan masa dengan cucu mereka. Ye lah, mereka bukannya muda lagi. Tahulah… Lain sikit pemikirannya. Bimbang andai tak cukup masa diluangkan dengan anak cucu.

Aku biarkan saja. Itu kehendak Eric. Aku ikutkan. Tapi kalau aku.. Aku tak berapa suka nak susahkan ibu bapa dengan menjaga anak-anak kecil aku. Tenaga mereka bukan lagi yang sama seperti ketika muda dulu.Tapi aku tengok ibubapa mertua aku ni, kuat betul! Sangat bertenaga walaupun adakala Germaine mengadu sakit kaki sebab terlalu lama berdiri buat kerja rumah.

Dia memang tak reti duduk diam. Semua nak dibuatnya kerana nak selesakan kami sekeluarga. Aku rasa semua orang tua sama. Mereka mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka sehingga tak pedulikan badan yang sakit. Jenuh juga Eric membebel pada ibunya! Aku dengar saja! Hahahhaa…

Itu yang adakala boleh merungsingkan aku. Bila penat, nanti teremosional pula ibu mertua aku tu. Bila dah emosional, mulalah sensitif dengan itu ini. Jadi, kena jaga tutur bahasa dengannya. Nasib baik aku dah boleh bercakap sikit Bahasa Perancis dan aku lebih faham. Kalau tak, mahu selisih faham! Tak apalah.. Orang tua. Kita yang muda ni kena mengalah. Dia pun mungkin ada stress nya sendiri.

Aduh.. Lama lagi! Pengsan!! Hahahha… Tapi kali ni, lain sikit rasa. Tak macam tahun 2013 dulu masa aku kena tinggal. Masa tu hormon orang mengandung.. Lain sikit! Sensitif dan emosinya tak terkawal.

Rindu suami macam orang gila! Hahahha… Nak balik juga walau apa pun, masa tu. Kena pulak kalau ada sesuatu yang aku tak berapa suka berlaku. Memang aku nak balik dan nak tinggal dengan suami aku!

Padahal bila difikirkan semula, lagi seminggu je untuk aku tinggal di sini. Tapi aku dah tak tahan. Nak balik juga ke KL. Masa tu lah! 2 tahun yang lalu…

Kali ini, kena tinggal sehingga Eric pulang semula ke sini. Aku rasa dia kan pulang awal dari tarikh yang sepatutnya! Cehhhh… Nak sedapkan hati! Hahahha… Tapi itu yang aku rasa. Eric takkan tahan rindu anak-anak! Rindu pada mak anak-anaknya tu, dia boleh tahan lagi! Hahhaa… Kita tunggu dan lihat! Nanti aku beritahu.

Banyak perancangan di sini. Salah satunya nak bawa Ayu ke Paris sebelum dia pulang ke KL pada 24 Februari nanti. Biar dia tengok Effiel Tower dan juga beberapa tempat menarik di kota hebat Perancis itu.

Nanti aku buatkan video. Ni pun dah banyak video dah aku upload di Youtube. Jangan naik mual tengok video salji ya! Hahahah…  Terima kasih yang menonton.

Apa-apa pun di sini, aku perlu bekerja. Bukan kerja di pejabat. Tapi kerja untuk lagu-lagu aku. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, segalanya akan berjalan dengan lancar. Doakan ya!

P/S : Ya Allah, lindungi suami ku di mana saja dia berada dan permudahkan  segala urusannya. Ammmiinnn….

Advertisements

One Comment on “BEKU!

  1. Nuroul thanks for sharing your great moment dgn suami dan anak2 u.. senyum sorang2 after hd dinner with my good friends and md yg nk bersara… bestnya tgk photo2 uols satu family. I doakan kesejahteraan, kebahagian dan kesehatan Nuroul sekelurga. I cumer fan i yg selama ini terhibur membaca celoteh nukilan dlm blog u.. Happy New Year.. wish u the best..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: