YEAY! AYU IS HERE!

8 hari di tahun baru 2016… Hmmm… so far puas melayan anak-anak. Lebih sibuk dari hari-hari di Kuala Lumpur. Ramai yang menyangka mungkin aku sedang menikmati percutian yang panjang… Tak ada cutinya bila dah bergelar ibu!

Memang belum lagi mula kerja…. Setakat ini hanya bekerja untuk anak-anak! Haaa.. puas melayan yang 17 tahun, 2 tahun dan dalam 8 hari lagi, yang paling bongsu bakal meyambut ulangtahun pertamanya!

Ya! Pantas kan masa berlalu?! Dah nak masuk setahun Raphael Depp. Tahun lalu, waktu ini, aku disuruh berehat dan jangan buat kerja-kerja berat kerana bimbang akan mengalami pendarahan akibat dari Placenta Previa yang aku alami. Nanti aku cerita kemudiannya di hari jadi Raphael. Panjang ceritanya tu! Baby yang tak sabar nak keluar dari perut mamanya!

 

Berada di Perancis, terasa lebih pantas masa yang berlalu kerana waktu siangnya yang pendek. Matahari hanya terbit pada jam 8.23 pagi. Memang sedap tidur lah setiap hari! Pukul 9 baru bangun! Waktu malamnya pula berlabuh jam 4.30 petang. Memang terasa satu hari berlalu bagaikan angin yang kencang.

Cuaca? Sekarang ini berada di bawah 10 darjah selsius. Hari ini hanya 5 darjah selsius. Di kawasan berbukit dan tempat tinggi yang tak jauh dari sini, dah pun bersalji. Di daerah kami, khabarnya minggu depan hari Rabu atau Khamis, salji bakal turun.

Aku yang tak sabar nak tengok salji! Bukannya budak-budak! Hahahhaa.. Zachary akan melihat salji buat kali pertama. Raphael, mungkin belum faham. Hanya tahu menahan rasa sejuk. Haaa.. Nak sangat rasa kan! Hahahaha…

Kakak sulung mereka, Ayu Nazirah – baginya ini kali pertama juga melihat salji. Setakat ini, baru 3 minggu di sini, adalah juga kami berjalan-jalan. Tak jauh dari sini. Hanya ke Colmar dan Nancy. Minggu depan mungkin kami akan bawa Ayu menikmati istana lama yang masih ada di daerah Lorraine ini. Dia suka sangat!

 

20151225_130943

Oh ya.. Aku lupa nak cerita bagaimana terkejutnya Roland dan Germaine apabila Ayu tiba di sini tempohari!. Dah 3 minggu baru teringat! Hahhaha… Haaa. nampak tak sibuknya aku!

Seronok betul Eric terperanjatkan ibu bapanya. Ayu tiba seperti yang dijadualkan pada 14 Disember lalu. Alhamdulillah perjalanan yang lancar. Kali pertama menaiki kapal terbang dalam perjalanan yang paling jauh baginya. Syabas Ayu! Ternyata Ayu dah matang.

Jangan tak tahu, aku naik risau juga masa dia berlepas hari itu. Setibanya aku di Paris dari Martinique, tak habis-habis aku message dan telefon Ayu bertanya. Ayu tak jawab, Ina Mohd jadi mangsa. (Ina bersama Ayu di KLIA. Dia yang selesaikan segalanya sebelum Ayu berlepas).

Tak dapat Ina Mohd, Ikhsan Ismail aku telefon! Ikhsan adalah seorang rakan dan pembantu kepada Ina. Bila ada acara atau sesuatu yang penting sahaja, dia akan turun padang. Terima kasih Ina dan Ikhsan.

Naik bingit jugalah mereka. Ayu lagi lah. Akhirnya kata Ayu pada aku yang agak tidak tenteram dan memberi pelbagai arahan; “Mama, Ayu boleh baca mama. Jangan risau. I will see you tomorrow.” Kata-katanya itu buatkan aku terfikir sejenak.

Ya .. betul juga kan… Tapi sekejap je aku tenang! Hahhaha… Anak dara weiii berjalan sorang.. Macam-macam di dunia sekarang ni! Bila fikir macam tu, aku panik semula! Hahhaa.. Berdoa jangan ceritalah… Macam-macam aku ni! Hahaha…

Sebenarnya bukan panik saja.. Perasaan teruja juga bercampur! Seronok Ayu dapat bersama dengan kami kali ini.

Ayu tiba jam 2 tengahari dari Strasbourg. Eric pagi-pagi dah keluar dengan alasan nak berjumpa seseorang berkenaan Herbalife. Ibu bapanya pun percaya. Anak kesayanganlah katakan! Hahaha.. Yang seorang itulah intan dan payungnya. Apa yang dibilangnya, dipegang. (Jahat kan kami menipu! Hahaha)

20151214_143153

Ayu sampai je, aku biarkan Roland ke depan pintu dulu. Germaine yang sibuk di dapur, tak tahu apa-apa. Dia hanya sediakan makan tengahari untuk kami pada hari itu. Aku lupa pula nak videokan bagaimana reaksi Roland dan Germaine kerana terlalu excited dengan kejutan yang kami buatkan untuk mereka.

Roland tercengang dan terkedu! Tak terkata apa hanya tersenyum. Germaine, menangis terus! Langsung mereka bertanya di mana Ayu bakal tidur! Maklumlah apartment mereka ini kecil! Orang tua, cepat berfikir dan mahukan yangterbaik buat anak anak cucu mereka.

Kami hanya ketawa melihat reaksi mereka. Seakan tidak percaya yang Ayu sampai juga di Saint Die, Des Vosges. Jauh tu. Bukannya dekat! Sorang pulak tu.

20151224_230051

Apa-apa pun, kami sama-sama melalui dan menikmati percutian bersama kali ini. Puas aku rasa. Kami lengkap sebagai satu keluarga. Dah lama berhajat nak bawa Ayu kemari. Akhirnya tercapai juga hasrat aku!

20151215_132056

Tiap-tiap tahun selama 5 tahun, aku tak dapat meraikan tahun baru bersama Ayu. Kali ini di sini, lebih istimewa. Di dalam cuaca yang sebegini, jelas Ayu sangat gembira. Alhamdulillah…

P/S : Jenuh berlari ke sana ke mari nak update blog! Raphael dah pandai nak main laptop!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: