GOODBYE 2015…. WELCOME 2016

31 Disember 2015! Hari terakhir di dalam tahun yang serba kontroversi bagi kita rakyat Malaysia, dan penuh pelbagai cerita! (Ini yang di dalam kepala aku kini. Oh Malaysia ku.)

Bagaimana dengan cerita kalian di tahun 2015? Aku tahu ada yang mengalami pelbagai keadaan. Ada yang sedih, ada yang kehilangan, ada yang kecewa, ada yang bertemu jodoh, ada yang dapat kerja baru, ada yang kurus, ada yang bertambah berat badan, ada yang dapat baby, ada yang berkahwin…. dan macam-macam lagi.

Dalam apa pun keadaan yang berlaku di tahun 2015, ianya bakal menjadi satu sejarah di dalam hidup kita.

2016 menjengah tidak beberapa jam lagi… Apa agaknya yang bakal kita tempuh di tahun baru ini… Apa-apa pun, jangan disemai rasa negatif. Harus melangkah ke tahun baru dengan penuh yakin dan rasa positif. Fikirkan yang baik-baik saja. Bila fokus pada yang baik, maka yang baik juga lah yang akan datang. InsyaAllah.

Bagi aku 2015, tahun penuh bahagia – buat ke sekian kalinya. Alhamdulillah. Pertama, Januari lalu, Raphael dilahirkan.

_MG_2558

Kemudiannya aku belajar akan bagaimana membahagikan masa apabila anak dah bertambah.

Penuh dengan emosi. Berlawan rasa dengan diri sendiri dan sebagainya. Sangat mencabar bagi aku. Bukan senang nak adjust masa dan kerjaya serta anak-anak. Aku pasti, wanita lain juga rasa yang sama dengan aku.

20151215_132056

Selepas saja bersalin, kali ini aku tak tunggu lama untuk bekerja. Ina Mohd dah susun aktiviti apa yang nak dilakukan. Impian kami untuk mengadakan persembahan Hari Ibu menjadi kenyataan.

Hasil kerja tangan si kenit aku ni, sangat menjadi. Ianya bukan mudah. Kami adakan acara itu di Singapura pulak tu! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada IGNS kerana merealisasikan acara Hari Ibu yang telah berlangsung di Hotel Royal Plaza on Scotts Singapura.

Di sebalik acara itu, hanya kami berdua saja yang tahu bagaimana tertekannya kami berdua. Dari situ, kami belajar juga akan banyak perkara. Nak handle emosi manusia bukannya mudah! Naik serik pun ada. Tapi itulah yang dikatakan pelajaran dan pengalaman. Kalau tak belajar, tak tahu. Dengan pengalaman itu, bagaikan satu motivasi untuk kami berdua terus bekerjasama untuk lakukan lebih serta lagi dan lagi!

IMG-20150610-WA0008

Ianya menjadikan kami rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain. Ina Mohd bagaikan Nourul Wahab Depp nombor 2. Kalau sesiapa kata atau buat apa-apa pada aku, dia dulu yang akan terasa dan naik hantu. Dia serap semuanya. (Kini dia sedang belajar bagaimana taknak serap segala negative vibes!) Terima kasih sahabat. Hanya Allah yang dapat balas jasa kamu. Semoga persahabatan dan usaha sama kita ini, untuk selamanya. Amin!

Itu mengenai kerja dan sahabat. Karier aku pula, boleh dikatakan masih di tahap sama rata. Tak ada naik dan tak ada turun. Aku harus lebih berusaha keras. Itu dari pandangan luar. Tapi apa yang aku lalui di tahun ini, bagi aku, agak memuaskan.

Alhamdulillah persembahan pentas tak pernah putus. Cuma aku tak keluarkan lagu baru. 2015 boleh dikatakan tahun membuat dan menyusun strategi untuk kerjaya aku sebagai penyanyi dan penghibur.

Siap menyusun segalanya. InsyaAllah tahun 2016 aku akan lakukan apa yang telah dirancang. Tahun mengambil tindakan dan berusaha mengikut perancangan yang telah dibuat. Aku mahu lebih kukuh. InsyaAllah…

Tak mahu bercerita lebih kerana bimbang tidak menjadi pula. Kita tunggu dan lihat bagaimana hasilnya di akhir atau di hari yang sama hari ini di tahun 2016.

Mengenai cerita lain pula…. Terutamanya negara Malaysia….. Hmmm… Macm-macam ya tahun 2015 ini. Kontroversi sungguh!

Bila berada di negara luar seperti sekarang ini, aku mendapat satu kesimpulan… Semua negara sama saja. Manusia di mana-mana tak kira warna, juga sama saja.  Cuma antara kebijaksanaan dan kebodohan nya saja yang berbeza.

Di mana-mana berlaku saja sesuatu yang kita rasa kurang bijak. Atau senang cakap –  bodoh. Ada di mana-mana. Soal corruption, juga di mana-mana negara. Antara sikit atau banyak. Antara jujur atau tidak. Amanah atau tidak itu terpulang kepada seseorang pemimpin itu.

Soal wang ringgit…. Di Malaysia agak parah. Di mana-mana juga. Sama saja. Semuanya perlukan wang. Bekerja keras? Itu perlu untuk menyara kehidupan.

Perit? Selagi namanya manusia, selagi bernyawa, selagi punyai keluarga dan tanggungjawab; selagi itulah berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dan selesa.

2 kerja? Tak salah. Tapi kalau dah semua harga naik dan kos sara hidup makin tinggi, 4 kerja pun tak cukup! Masalahnya, ada banyak kah peluang pekerjaan untuk mereka yang mahu lakukan 2 atau 3 kerja? Hmmm…. Jawablah sendiri ya!

Sebelum nak tanya soalan di atas pun, kena tanya dulu akan soal masa. 24 jam, cukupkah untuk kita lakukan beberapa kerja… Kalau dah bekerluarga susah sikit. Kepada yang single, mudah saja! 5 kerja pun boleh buat! Itupun kalau taknak ada masa untuk diri sendiri!

Adakalanya beberapa kenyataan yang dikeluarkan membuatkan kita semua ketawa dan rasa tak masuk akal. Itulah namanya manusia. Yang membezakan kita hanyalah kebijaksanaan kita.

Tiba masanya untuk mereka yang lebih berpelajaran bangun lakukan sesuatu supaya generasi akan datang tidak merasa beban dan susah dengan keadaan politik yang tidak stabil, langsung menjejaskan kualiti kehidupan.

Sama-sama bangun untuk negara kita dan lakukan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga dan masa depan. Kalau tidak diambil tindakan sekarang, sampai bila pun kita begini. Kita harus memilih yang lebih baik.

Itu saja aku nak luahkan. Dah makin terasa beban kewangan di negara kita Malaysia. Kesian mereka yang berpendapatan rendah. Macam-macam cerita yang aku dengar.. Sedih!

Harapan aku untuk tahun 2016 ini, semoga Malaysia bertambah pulih dari segi ekonomi dan politiknya. Semoga Allah tunjukkan kebenaran dan lindungi rakyat Malaysia dari segala bala bencana.

Bagi aku secara peribadinya, aku mahukan karier yang lebih kukuh, lagu yang hit, lakukan yang lebih baik di dalam segalanya. Kewangan, itu sudah tentu. Aku mahu 2016 ini aku beroleh dua kali ganda dari pendapatan tahun 2015. (Selepas dicukai ya! yes.. Bayar cukai!)

Aku berdoa semoga impian aku menjadi kenyataan. Apakah impian itu, nanti aku ceritakan bila segalanya telah menjadi nyata. Buat masa ini, ianya berada di depan aku. Pintu telah dibuka. Cuma perlu melangkah masuk.. InsyaAllah… Dengan keizinan Allah ianya akan menjadi. Aku pasti…

Semoga kalian juga beroleh kebahagiaan, kesenangan, ketenangan, dan yang paling penting, kesihatan yang baik! Semua yang baik, insyaAllah.

Terima kasih kerana terus menyokong aku sejauh ini.

SELAMAT TAHUN BARU 2016.

family

P/S : Aku bersyukur dengan apa yang telah aku lalui. Terima kasih Allah. Nak buat kerja part time, boleh hubungi aku!

Advertisements

One Comment on “GOODBYE 2015…. WELCOME 2016

  1. Wah bestnya nengok gambar Nurul dan keluarga, mana gambar cucu2 dan atuk neneknya di sana? Moga terus menyulam bahagia ye Nurul di tahun 2016, begitu juga dengan peminat Nurul semua…termasuk aku sendiri! ( Doakan untuk diri sendiri juga)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: