KUASA… TAK KUASA AKU!

Dah lebih seminggu jauh dari Malaysia.. Rindu juga… Rindu kat nasi kandar! Hahahhaa.. Kalau dah mamak tu, tak lari ke mana! Memang akan cari kari juga… Langsung teringat pada salah seorang adik aku, Sulaiman. Dia sama macam arwah abah. Kalau takde kari setiap hari, tak boleh duduk!

Kemana pun aku pergi sekarang ini, sama juga aku pun… Nak cari kari juga! Haahha.. Kita di Asia, sama je macam mereka dari Itali. Kita nak cari makanan seharian kita. Nak sambal belacan, nak asam pedas, atau pun kari.

Itu dah azalinya. Itu kebiasaannya. Itu adalah selera kita yang dah memang di dalam darah daging kita. Memang akan cari  juga. Walaupun naik ke bulan! Tetap aku cari kari aku! Hahhahaa…

Di Eropah, makanan yang paling senang dijumpai adalah makanan dari Itali. Pizza dan pasta merata-rata! Kuat betul pengaruh mereka. Itali negara yang sangat menarik. Begitu juga dengan orang-orangnya.

Mengikut pemerhatian aku, mereka seperti orang Malaysia, terutamanya Melayu. Dari pemakanan sehinggalah kepada perangai serta tabiat seharian. Kita orang Malaysia, tak ada cili, tak sah! Mereka kalau tanpa pasta, bagaikan satu bencana menimpa! Hahahhaa…

Itulah dia manusia. Kebiasaan dalam citarasa, mana boleh dipisahkan. Manusia ni macam-macam rasa dan perangainya.

Bukan tentang makanan yang mahu aku ceritakan. Yang sebenarnya dah rindu juga pada Malaysia.

Walaupun di luar negara, cerita mengenai Malaysia, aku ikuti juga. Zaman teknologi internet yang tinggi, sangat membantu. Terima kasih FB dan saluran Google!

Makin meruncing pula keadaan politik Malaysia ya… Agaknya nanti Malaysia juga bakal menjadi seperti Switzerland atau Singapura. Aku sebutkan begini kerana aku tahu akan kenaikan tambang keretapi ERL dan juga pengangkutan awam yang lain.

Haaiisshhh.. Tak tahu apa lagi nak cakap. Susah nak komen. Keadaan sangat genting. Kalau dikomen, takut masalah lain pula yang menimpa. Soal kerajaan dan polituik, teramatlah sensitif di negara kita kini.

Kesian saudara mara aku. Kesian dengan sahabat serta semua yang terpaksa menanggung keadaan yang sedikit sebanyak menganggu ketenteraman minda dan kehidupan seharian. Bersabarlah.. Itu saja yang dapat kita lakukan.

Kita ada kuasa… Tunggu pilihanraya akan datang. Tak lama lagi. Kali ini harus pilih sebaik mungkin. Kita perlu berfikir panjang untuk setiap keputusan yang bakal kita lakukan. Semuanya atas pilihan masing-masing.

Haaaiiii… Macam-macam manusia ni. Bila kita di atas, kita punya kuasa. Kita diampu dan kita dibelai demi untuk menjaga poket sendiri atau bimbang kita dilucut dari jawatan yang membolehkan kita berkuasa.

Kuasa bisa merubah segalanya. Ada kuasa, ada wang. Ada kuasa, kita bisa mengawal. Biarlah mengawal dengan akal. Bukan dengan kebodohan. Ini bukan saja untuk seseorang teratas. Tapi untuk kita semua.

Seharian di dalam posisi yang kita sedang miliki, kita punya kuasa. Kita perlu mengawal dan dikawal. Pertamanya kuasa ke atas diri kita. Keduanya, keluarga. Seterusnya pekerjaan dan posisi di dalam komuniti kehidupan.

Apa yang penting, jangan salah guna kuasa. Bisa membunuh dan memusnahkan segalanya.

P/S: Bukan ini sebenarnya nak tulis. Main keluar je dari kepala ni.. Apa-apa pun I’m not KimK! eh! Hahahahha…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: