PENANGAN KIM KARDASHIAN!

Selesai Future President Team Retreat di Geneva Switzerland! Dari 30 November, hingga ke 4 Disember kami di sana. Kini di dalam perjalanan menuju ke Paris dan seterusnya ke Martinique untuk 7 hari! Tuhan saja yang tahu bagaimana rindunya aku pada anak-anak aku!

Tak apa.. Dah tak lama hehehe… Itu je ‘statement’ yang boleh pujuk hati.. Harapnya Germaine dan Roland tidaklah penat sangat menjaga dua anak lelaki kami itu. Mereka berdua boleh tahan lasaknya.

Melalui gambar-gambar yang dihantar Roland kepada kami setiap hari, nampaknya mereka sangat gembira dan menghargai setiap masa yang dilalui bersama.

Atuk dan nenek biasanya, akan lebih manjakan cucu-cucu mereka. Suka lah Zach dan Raphael!

Di dalam TGV menuju ke Paris ini, aku ambil masa menulis. Kali ni tak ada sesiapa pun buat bising. Legaaaa… Tak macam hari itu… Bolehlah aku menulis sebelum aku tidur! Di Geneva, kami tidur setiap malam pada jam 12 atau 1 pagi! Itu bukan kebiasaan kami! Penat!!

Aku sertakan gambar-gambar perjalanan kami ke Paris dari Geneva di dalam keretapi berkelajuan tinggi ini! Ada juga video di Youtube nanti. Aku tahu ramai yang dah menyaksikan perjalanan kami di Geneva.

Terima kasih daun keladi.

Aku sangat suka Geneva. Sangat tenang dan bersih. Orangnya juga menghormati di antara satu sama lain. Cuma di sana, segalanya mahal. Kos sara hidup yang sangat tinggi. Tapi mereka mampu kerana  berpendapatan tinggi. Ianya lojik.

Satu hari nanti aku rasa, Malaysia juga akan menjadi seperti Switzerland. Tapi tak tahulah bila. Doakan saja segalanya baik buat negara kita.

Dalam sibuk dok training di sini, sempat juga aku sekodeng cerita-cerita di Malaysia. Cerita politik, ekonomi dan pastinya cerita industri muzik. Itu tak boleh tinggal. Ye lah.. Kenalah ambil tahu. Aku kan ke di dalam bisnes muzik… Kalau tak ambil tahu langsung pun, tak boleh juga. Kena tahu beberapa perkara yang hangat yang diperkatakan!

KimK! Wow… Panas!! Hahhaa.. Perkara seperti ini, memang biasa berlaku. Bukan pada artis saja, tapi pada orang lain juga. Setiap hari berlaku. Cuma, kita tahu atau tidak saja.

Aku pernah tuliskan di sini, di dalam apa yang kita komen atau apa yang kita hantar di dalam mesej SMS atau Whatsapp pun, jika disalah baca dengan nada suara yang salah; disokong dengan emosi yang tak stabil, memang boleh salah sangka jadinya.

Salah pemahaman, salah baca, salah tafsir…. dan segalanya salah…. Di dalam keadaan yang tertekan boleh menyebabkan keadaan ini, lebih teruk berlaku. Kita kan manusia. Adakala kebodohan melanda juga. Mana ada manusia pandai dan tak ada bodohnya… Kan ke kita ni tak sempurna. Buat salah, itu perkara biasa.

Apa-apa pun yang kita nak komen dan nak balas mesej, memang kena baca sejuta kali. Memang kena ingat dalam kepala. Tapi dengan keadaan yang serba sibuk, adakalanya, manalah nak ingat. Memang main jawab dan komen je ikut emosi yang adakala di luar kawalan.

Tapi isu KimK ni, memang isu yang …. errr… macam mana aku nak interpritasikan… Kalian faham lah ye. Semuanya bersebab. Aku tahu Fazura di dalam satu situasi yang berlainan dengan dirinya yang dulu.

Dia punyai program TV yang tersendiri. Dia mula menyanyi. Sibuk dengan berlakon dan sebagainya. Dia ada juga hari yang mungkin segalanya tak kena padanya. Sama macam aku, dia dan kamu. Lagi pulak perempuan. Memang ada beberapa hari atau minggu yang dilabelkan ‘meroyan!’ Itu perkara biasa buat kaum Hawa. Hanya kita saja yang tahu!

Cuma aku tak sangka perkara sedemikian berlaku pada Fazura. Dia seorang yang sangat bijak. Aku tahu kerana bekas pengurusnya yang dahulu, yang dikenali sebagai Cleo atau nama penuhnya Azman Ahmad; pernah memberitahu aku, Fazura seorang yang sangat cerdik.

Bisa belajar dengan pemerhatiannya dan bijak membawa dirinya. Dia bertutur bahasa Inggeris di dalam satu peringat yang boleh dikatakan cukup tinggi. Azman Ahmad pernah menjadi wartawan dan penulis suratkhabar Inggeris iaitu The Malay Mail satu ketika dulu.

Dia pernah menguruskan Fazura untuk beberapa ketika semasa hayatnya. Dia meninggal pada tahun 2007. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…

Disebabkan cerita dari arwah, aku punyai satu respect pada Fazura. Dengan apa yang dimilikinya kini, aku tahu dia punyai satu tekanan yang agak tinggi juga. Bila kita tertekan, kita mudah buat salah. KIta mudah melatah.

Pernah juga terjadi pada aku beberapa bulan yang lalu dalam tahun ini. Ada seorang peminat komen pada gambar aku di Instagram.

Masa tu, aku terlebih tembam. Memang terlebih sensitif nya! Bila ada yang komen perkara berkaitan tembun atau gemuk, aku mudah terasa.

Nak dijadikan cerita, seorang follower aku yang menetap di Brunei itu, komen di satu gambar ketika aku menjalankan satu temubual di Singapura untuk majlis minum petang sempena Hari Ibu tempohari.

Katanya, lihat tangan tembam itu.. (aku pun dah tak berapa ingat..) Bila aku baca, pada sangkaan aku, dia kutuk aku dan kata pada tangan aku yang berisi masa tu. Berkali juga aku baca. Tapi, emosi yang negatif sememangnya sukar dikawal.

Aku balas komennya, (masih ingat bagaimana situasinya. Aku di taman permainan temankan Zach masa tu) Aku katakan padanya, “tak baik kata kat saya tembam. Mentang-mentanglah awak kurus. Nanti bila awak gemuk, awak tahu bagaimana rasanya..”

Dia ada tag nama kawannya yang lain. Kawan yang lainnya itu berkata – “macam aku kenal tangan itu.”

Satu komen seperti mereka berdua berkomunikasi tentang seorang kawan yang lain. Tapi aku hanya melihat komen yang seterusnya dari kawannya itu, hanya selepas aku balas komennya.

Segera dibalas komen aku itu. Katanya, bukan pada Nourul. Tapi pada orang yang menemubual aku itu. Segera diminta maaf! Aku pun naik malu juga! Hahhaa.. Aku ingatkan pada aku! Itulah, emo tak tentu pasal. Tak usul periksa. Begitulah jadinya! Hahahha..

Segera aku mohon maaf dan padamkan komen emosional aku itu! Hhaahhaa… Haaaa… tahu malu! Hahahhaa…

Itu kes yang sedikit kecil. Tapi kes Fazura, agak besar bagi aku. Kena usul periksa walau bagaimana sekali pun. Di dalam apa juga keadaannya. Kena pula kita ni public figure. Lagilah kena fikir seribu kali kalau nak beri apa-apa kenyataan.

Cuma hari itu, hari tak kena Fazura. Terjadilah satu isu. Ada isu, ada cerita. Ada follow up! Bertubi-tubi aku tengok di internet Fazura dikata macam-macam. Agaknya Fazura dah terlalu bengang dengan ‘haters’ nya yang adakala tak tahu kawal emosi mereka menerkam mengutuk Fazura dengan teruk sekali di semua laman sosial media milik gadis jelita itu. Itu antara faktor bagi aku Fazura melompat melatah langsung dibalas komen peminatnya itu.

Salah juga Fazura langsung berkata sedemikian pada pemberi komen itu. Jangan diherdik siapakah dia, bagaimana rupanya dan apa dipakainya. Kita manusia, semua sama saja. Bertudung atau tidak, itu pilihan dan tanggungjawab kita kepada agama dan Tuhan. Apa yang membezakan kita adalah hati dan minda. Bagaimana kita bijak mengatur keadaan dan diri kita.

Bagaimana pun kita, atau siapa pun kita, kita tak berhak menentukan atau mengadili siapakah atau bagaimanakah seseorang itu. Dia bertudung atau tidak, amalannya hanya Allah saja yang tahu, ianya diterima atau tidak. Jadi, jangan dikata atau diherdik malah menghina penampilan atau diri seseorang itu. Tak baik…..

Setiap yang berlaku, ada pengajarannya. Ini salah satunya buat seorang yang sebijak Fazura. Dia sedang belajar. Sama seperti aku, dia dan kamu. Setiap hari kita belajar. Hidup ini juga adalah satu pelajaran bagi kita semua. Jadi, kita pula jangan mudah mengherdik dan mengata semula kepada pembuat salah. Dia manusia juga. Sama seperti aku, dia dan kamu.

Hari ini, hari dia terkena.. esok-esok mungkin aku, dia atau kamu pula terbuat salah. Jadi, sama saja. Jangan mengata! Untung dia dapat belajar. Dia bisa membetulkan keadaannya di masa akan datang.

Pelajaran ini, kita juga belajar sebenarnya. Semua mendapat manfaat dari apa yang berlaku. Jadi, belajarlah!

P/S : Kita…. sama saja!

Advertisements

2 Comments on “PENANGAN KIM KARDASHIAN!

  1. pada saya isu ini bole berlaku kepada sesiapa sahaja. perlu ingat bukan semua orang tahu “short form” .. maafkan sahaja dia, lebih baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: