BILA IDEA HILANG…. HELLO GENEVA!

Berkabus di luar… cuaca sangat muram. Suhu bukan main sejuknya. Aku dan suami di dalam perjalanan ke Geneva selepas seminggu berada di Saint Die Des Vosges, France.

Perjalanan kami akan mengambil masa selama 2 jam 50 min. Ada masa nak update entry di blog ni. Nanti bila ada wifi, aku hanya perlu upload.

‘Makcik’ Perancis dua orang di sebelah kami ni chot chet chot chet… nak bercakap boleh, tapi perlahanlah sikit volume tu! Ishhh.. Sakit pulak hati kita ni! Tak boleh nak concentrate menulis! Apa yang aku nak tulis, sekejap ingat, sekejap hilang! Hahahha…Ni dia perlahan sikit suaranya. Agaknya nampak aku menulis, dia perlahan sikit. Boleh pun cakap pelan-pelan! Nanti tengok video kat Youtube. Boleh dengar suara diaorang! Hahahaha..

Ishhh.. Bosan betul tak dapat nak fokus menulis. Tapi cuba juga. Kalau ikut keadaan aku sekarang ni, memang takkan dapat menulis! Biarkan diaorang bersembang.

20151129_154914

*Inilah dia dua “makcik” yang bercakap sangat kuat dan tak pedulikan tempat public! Sempat aku ambil gambar mereka! Hahahaha

Eric terus bagi komen. Inilah namanya kalau tak ada manners dan tak tahu nak respect tempat public. Ramai yang macam ni. Tapi kalau aku lah, aku tak mahu orang lain dengar perbualan aku. Biar aku dan orang yang aku berkomunikasi saja tahu apa yang aku nak sembang.

Apa-apa pun.. Ini adalah percutian kami berdua – suami isteri setelah setahun. Dan kali ini lebih lama. 2 minggu jauh dari anak kecil kami. Dulu hanya 7 hari tinggalkan Zach dan kami berdua ke Prague. Kali ini 2 minggu tanpa mereka berdua.

Aku tahu Zach dan Raphael di dalam jagaan yang sangat baik oleh ibu bapa mertua ku. Tapi sebagai ibu (Eric pun sama) rindunya kami saja yang tahu. Bagi ibu bapa mertua aku, ini adalah peluang baik mereka untuk luangkan masa dengan cucu kesayayangan mereka.

Malam pertama atau hari pertama memanglah best. Boleh tidur lena dan takde dengar merengek mereka berdua. Aku rasa hanya 3 hari je kami akan okay. Selebihnya lagi 11 hari, memang akan merana lah kami berdua! Hahahha…

NI pun baru 3 jam tanpa mereka, fikiran asyik melayang berfikir apa yang mereka sedang buat di rumah. Dalam cuaca sejuk macam ni.

Tak apa, setahun sekali. I’m sure they will be okay!

Dalam hati tak sabar juga nak tunggu 14 Disember! Ayu akan tiba di Saint Die! Aku tahu dia happy sangat dan tak sabar juga  nak kemari!

Jangan tak tahu, Germaine dan Roland belum lagi tahu yang Ayu akan tiba pada 14 Disember. Tunggu video di Youtube nanti! InsyaAllah ada je video yang akan menghiburkan kalian semua! Tunggu ya!

Advertisements

3 Comments on “BILA IDEA HILANG…. HELLO GENEVA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: