APA HARGANYA NYAWA….

Apa nak jadi dengan dunia ni.. Penuh dengan sakit hati dan kebencian.. Tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Itu sudah lumrah manusia.

Bergaduh, berperang.. meletup sana sini… Nyawa bagaikan tiada harga. Tak kira apa agama dan bangsanya.. Jika benar semuanya percaya akan Tuhan dan agama masing-masing, tak mungkin berbunuh sesama sendiri. Agama mana yang minta berbunuh sesama sendiri? Tiada.

Perbuatan manusia melebihi syaitan. Membenci sesama sendiri sehingga sanggup berbunuhan.Tanpa memikirkan anak siapa, saudara siapa, siapa keluarganya.. siapa orangnya. Apa salah perbuatannya pada yang membunuh.. Apa dosanya kepada yang suka melakukan keburukan…

Ini bukan hanya untuk serangan di Paris, Perancis. Ini untuk semua  negara di seluruh dunia..

Tuhan berikan bumi, berikan kehidupan.. Berikan segalanya yang baik untuk semua yang diciptaNya. Namun, jika kegelapan di hati manusia, maka tiadalah rasa bersyukurnya. Tidak nampak apa yang baik untuknya. Hanya kebencian.

Terjadinya pengkhianatan tanpa disedari kepada agama dan tuhan kerana mungkir janji dan melakukan keburukan kepada insan lain.

Bila tiadanya pegangan, maka hati membuta tuli membuat keputusan. Bayangkan keluarga, ibu bapa, saudara mara yang menerima berita kematian yang mengejut seperti apa yang berlaku di negara-negara yang mengalami serangan keganasan ketika ini.

Punah segalanya… Gelap harapan untuk masa depan bersama yang tersayang.

Suara penduduk dunia seperti tiada bunyi apabila tiada langsung tindakan diambil oleh mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan oleh badan dunia. Ramai yang menekankan agar keamanan dicapai. Sukar nampaknya… Macam tak akan dicapai…

Nama pun manusia.. Semuanya punya fikiran yang berbeza. Bila ada yang tak puas hati dan tak suka akan perangai masing-masing, inilah yang terjadi. Perebutan kuasa,  dan wang yang biasanya menjadi punca segalanya…

Perkara yang berlaku di negara yang terlibat, termasuklah Paris, menyebabkan kesedihan dan terkesan di hati ini. Perancis, adalah rumah kedua. Apabila diserang sedemikian, terasa juga.

Palestin yang tak pernah aku jejak pun, aku sedih apabila melihat kekejaman di sana. Bukan aku saja, malah semua yang punya rasa prihatin serta berperikemanusiaan…

Dok menulis ni pun, dok dengar berita… Nasib baik tiada saudara mara di daerah yang terlibat. Hanya beberapa kawan baik. Alhamdulillah mereka tidak berada di tempat-tempat berkenaan semasa kejadian.

Nampaknya polis di Perancis telah mengenalpasti siapa pengebom dan pembunuh yang terlibat. Hmmmm… Nampaknya nama Islam terjejas lagi…

Tak akan berhenti perbalahan sesama agama… Hanya yang segelintir sebegini namun, rosak segalanya. Tak kira di negara mana pun..

Sedih… Hari ini minggu depan, kami akan berangkat ke Perancis. Makin terasalah sedihnya….

Al Fatihah buat mereka yang beragama Islam yang terbunuh. Takziah buat keluarga yang ditinggalkan….

P/S : Terkejut dengan kenyataan Hillary Clinton dan George Bush…. Islam is all about peace….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: