BUAT BAIK… TUNJUK BAIK… BERBAIKLAH….

Crazy month.. Crazy weeks… Crazy days…

Macam-macam buat aku jadi gila! Bukan gila sampai nak masuk Tanjung Rambutan! Hahhahaa… Tak… Sibuk dengan macam-macam hal..

Hal berkaitan emosi dan jiwa. Kemudiannya baru sibuk dengan kerja dan anak-anak. Bulan ini lagilah sibuk.. Hanya beberapa hari je lagi kami sekeluarga akan berangkat ke Perancis.

Kali ini, lebih lama di sana. Aku dan anak-anak hanya akan pulang pada penghujung Mac 2016.

 

Lebih meriah kerana kali ini aku akan bawa Ayu bersama. Selalunya dia hanya melihat kami ke sana dan menunggu kami pulang. Bukannya apa, bersekolah di asrama penuh, menuntut dia kembali ke sekolah tepat pada waktu nya. Lagipun, aku tak mahu mengganggu waktu persekolahannya.

Tahun ini, dia akan pergi. Dah sediakan semuanya. Dah dapat pun kebenaran bapanya secara lisan dan juga bertulis. InsyaAllah, Ayu akan tiba ke Perancis pada 14 Disember. Tak sabar aku nak bawa dia jalan-jalan di kampung Eric!

Dia sangat happy bila Papa nya beri keizinan. Terima kasih Encik Ajai. Panggilan telefon aku padanya 3 minggu lalu, memecah segala ego yang ada. Cukuplah 4 tahun setengah tidak berkomunikasi. Hanya menggunakan orang tengah seperti anak kami atau pun isterinya.

Anak kami dah besar. Dah pun 17 tahun. Sampai bila nak berpatah arang. Lambat laun kami akan bercakap juga. Akan berkomunikasi juga. Satu hari, Ayu akan bertemu jodohnya, Kami sebagai ibu bapanya, pasti akan turut sama meraikan hari bahagianya. Tak mahu pula aku buat anak aku itu berbelah bagi kelak. (jauhnya aku fikir!)

Lawatan aku ke sekolah Ayu dua minggu lalu, membuatkan aku sedar. Buat apa nak lawan ego. Buat apa nak gaduh-gaduh. Masing-masing dah punya hidup sendiri dan dan punya keluarga yang bahagia.

Suara hati kuat berkata, telefon saja. Bukannya orang lain. Dia bapa anak aku. Lagipun mendengarkan kejayaan restorannya; ingin juga aku ucapkan tahniah. Fikir aku hanya satu. Untuk Ayu. Lagipun, silaturrahim juga adalah rezeki. Tiada niat lain.

Panggilan aku disambut baik. Dalam hati, naik berdebar juga nak bercakap dengan dia. Maklumlah dah lama tak bertegur. Tak tahu bagaimana dia kini. Terkejut juga dia. Aku langsung mengucapkan tahniah di atas kejayaannya. Dengarnya, nak buka cawangan baru nanti di tengah bandar Pulau Pinang. Semoga ianya menjadi kenyataan dan terus sukses.

Bila melepasi jurang dan benteng ego.. Terasa seperti langsung ringan. Di minda dan di jiwa. Tiada yang terbuku… Aku memang tiada apa-apa dendam. Tiada sebab kenapa aku tak boleh bercakap dan tidak berkomunikasi dengannya. Lagipun lebih mudah berbicara secara langsung dengan bapa anak aku mengenai anak kami itu.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Aku tahu dia sibuk dengan perniagaannya dan dia lebih tenang serta aku tahu dia bahagia di sana. Alhamdulillah. Tahniah sekali lagi. Dia gembira, dia berjaya; anak aku akan turut merasa juga. Semuanya demi Ayu. Dan kami semua juga bertungkus lumus untuk keluarga masing-masing kini.

Ayu tersenyum manis bila tahu aku berkomunikasi dengan bapanya semula. Dia tahu kami tidak mampu bersatu sebagai ibu bapanya seperti dulu. Tapi cukup membuatkan hatinya senang kerana tiada apa-apa perasaan berselindung di hati kami. Semua yang lepas, dibuang jauh. Anak, memang terasa kesan di atas apa yang ibu bapa lakukan.

Namun, tidaklah pula kami akan bersua muka. Hanya berkomunikasi mengenai Ayu di telefon. Itu pun, silap-silap, tetap berbicara melalui Ayu!

Aku buat begini, bukan kerana mahu tunjuk baik atau ada sesuatu di sebalik apa-apa pun tindakan aku. Tidak sama sekali. Ini yang terbisik di hati dan aku ikut gerak hati. Lagipun telah aku fikir sebaik mungkin dan mohon agar diberi petunjuk. Ini yang Allah berikan.

Semua berlaku, di atas keizinanNya. Tiada apa-apa maksud terselindung. Bimbang ada pula yang tersalah anggap. Nak telefon pun, aku minta keizinan suami aku. Kata Eric, komunikasi adalah kunci segalanya. Alhamdulillah. Aku happy dengan tindakan aku itu.

Entahlah kenapa nak jelaskan panjang-panjang di sini. Hahahhaa.. Cuma satu cerita. Aku happy. Tak ada lagi rasa ada orang tak suka aku atau rasa negatif akan dia. Dia sangat okay. Berubah menjadi seorang yang sangat tenang. Good for him, good for her and their family.

Bila tiada dendam, tiada sengketa. Hati tenang, jiwa terang. Kebaikan yang dibuat, biarlah dari hati yang ikhlas dan jujur. Bukan atas dasar memohon pujian awam atau perkataan lainnya ‘menunjuk-nunjuk.’ Biar dilakukan atas dasar suka untuk melakukan.

Suka akan kebaikan. Lakukan kebaikan demi mendapat kebaikan semula. Jika bukan untuk kita, mungkin untuk anak-anak kita kelak.  Telah aku rasa, kebaikan yang arwah kedua ibu bapa aku lakukan, diberikan semula kepada kami sekeluarga. Semuanya di atas kesan kebaikan yang arwah berdua lakukan semasa hayat arwah berdua. Semoga syurga tempat keduanya. Aaammiin!

Kita mudah terasa dan melihat kebaikan yang orang lain lakukan, andai kita juga ada rasa yang sama dan mahu berbuat baik sesama insan. Kita mudah nampak dan kita juga hargai kebaikan mereka.

Ada yang sukar merasa dan melihat kebaikan orang lain kerana tiada kebaikan di hatinya. Padanya, itu hanya lakonan kerana mungkin itulah yang sering dibuatnya. Entahlah, sukar nak tentukan atau nak pastikan. Hati kita sesama manusia, semuanya berbeza. Mana ada yang sama.

Mungkin untuk insan yang sebegini, dia mungkin pernah berlaku baik. Tapi dikhianati. Jadi, dia serik dan tak mahu melakukan kebaikan lagi. Mungkin juga memang tiada langsung kebaikan di hatinya.

Atau mungkin… Dia tidak bahagia. Dia kecewa dengan hidupnya. Dengan apa saja yang ada di sekelilingnya. Jadi, pandangannya, semuanya buruk. Maka, terjadilah buruk sangka. Negatiflah segalanya. Jika ada yang melakukan kebaikan padanya, disangkanya lain. Kerana buruk sangka dan negatif itu telah tersemat di minda dan jiwanya. Terjadilah segalanya hitam padanya.

Ini yang sering kita lihat di mana-mana komen di media sosial atau di mana saja. Mereka ini tidak bahagia. Bila tak bahagia, timbul derita. Benci sangat mudah digunapakai. Kesian….

Aku belajar untuk mendoakan yang baik buat insan yang sebegini. Semoga di beri petunjuk dan hidayah untuk berubah. Semoga diberi kebahagiaan dan kegembiraan di hatinya. Semoga di rahmati dan diubah penderitaan yang dihadapinya kepada sesuatu yang indah. Langsung dikecapi kenikmatannya.

Tulis ini pun bukan nak tunjuk baik… Hanya berkongsi rasa kerana aku juga manusia. Aku pernah di dalam derita. Aku pernah rasa tidak bahagia. Segalanya gelita. Hati mudah terasa dan baran mudah menyinggah. Habis semua manusia aku sergah!

Bila bahagia menjengah.. Aku berubah. Ketenangan itu membuatkan aku lebih berlapang dada. Sangat lain rasanya. Aku punya bimbingan dari seorang yang boleh aku sandar dan gah. Dia suami yang aku cintai. Semoga kebahagiaan ini untuk selamanya dan ketenangan selamanya tersemat di dada.

P/S : Semoga Allah tenangkan hati wanita itu dan diberikan nikmat kebahagiaan buatnya – di dunia dan di akhirat…. Amminn… Aku tahu, ada baik di hatinya…. Sekali lagi, bukan nak tunjuk baik!

Advertisements

4 Comments on “BUAT BAIK… TUNJUK BAIK… BERBAIKLAH….

  1. Yup… ia berlaku pada diri saya. Masing-masing ego untuk berkomunikasi. Anaklah yang menjadi perantara antar saya dengan bekas suami jika ada apa-apa yg perlu disampaikan. Tapi… suatu hari saya nekad untuk menghubunginya sebab ada perkara yg penting untuk dibincangkan. Panggilan daddy pada dirinya semasa masih bersama saya tersebut bila dia menjawap panggilan saya. Tapi dia bersahaja, menyambut panggilan saya dengan nada yang baik. Agak terkejut juga, dan terus terfikir mungkin selama ni diri saya yang berfikir bukan-bukan terhadap dia. Selesai je bincang terus hati jadi happy… sangat tenang dan tersenyum sendiri kerana our conversation berakhir dengan baik. So mcm kata Nurul buang yang keruh ambil yang jernih… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: