YUNA IS….. MUSIC AND MAGIC!

Tentang semalam.. Apa yang boleh aku katakan.. Hanyalah… “Fantastic, awesome, and magical!”

IMG_20151016_205529-1

Yuna… Satu nama yang boleh dimegahkan.. Anak Malaysia yang membuktikan kebolehannya di mata dunia.. She was so good last night! Dan aku rasa bukan semalam saja. Patutlah dia pernah dipuji penyanyi hebat Rihanna.

Kali pertama aku menyaksikan konsert yang disertai oleh 3 kaum negara kita dan juga mereka yang berasal dari negara lain seperti di Eropah dan sebagainya. A sold out concert! Bukan itu saja, Yuna tak perlu bekerja keras untuk menaikkan mood. Cukup dengan muzik dan lagu-lagunya! Itu sudah memadai membuatkan semua bangun  dan bergoyang! Tak perlu suruh!

Aku tak mahu membandingkan konsert semalam itu dengan konsert artis lain. (Tak perlu nak banding pun kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri) Ia terasa sangat lain. Aku amati satu persatu persembahannya yang bersahaja. Dia sangat tenang walaupun sering diselang berkali meneguk air selepas selesai setiap lagu. I’m sure haze has hit her hard, I think!

Screenshot_2015-10-17-22-14-11-1

Kualiti sistem bunyi yang sangat baik, ternyata itu salah satu yang membantu melincinkan dan memberi lebih rasa kepada semua penonton. Penghayatan Yuna sangat baik. Pengalaman benar mengajarnya. I’m so happy for her!

Dia punya gaya nyanyian yang tersendiri, suara dan alunan vokal nya yang sangat lembut dan merdu, memang ternyata mudah menawan semua yang menonton dan mendengar.

Screenshot_2015-10-17-22-13-51-1

Tempat duduk kami agak jauh ke belakang. Saja nak tengok semua gelagat peminat nya. Lagipun di belakang biasanya akan memberi lebih banyak impak dari segi sistem bunyi.

Aku, Ina dan 2 kawan yang lainnya sangat-sangat terhibur! Yuna membuktikan bahawa persembahan konsert tak semestinya harus ‘fancy’ atau berkomunikasi dengan banyak. Cukup hanya muziknya, melodi indah lagu-lagunya, serta nyanyiannya. Apa  yang dibawakan dan yang mahu ditonjolkan, membuktikan orang Malaysia tahu menghargai muzik!

IMG-20151016-WA0072

Muzik dari konsep yang Yuna bawakan adalah simple dan easy listening. Most of her songs very catchy dan mudah didengari serta diminati. Aku sangat suka. Kerana apa yang dilakukannya sangat bersesuaian dengan suaranya dan personality dirinya. Yuna punya satu pakej yang bisa membuat penduduk dunia lain gila akan dirinya. Wajahnya sangat eksotik. Dibantu pula oleh suara dan bakatnya!

I envy her! She can write whatever that she likes! Very straight to the point! Itu yang semua orang mahukan sekarang ini. Yuna tak ikut orang. Dia ada caranya. Dan caranya itu amat disenangi oleh rata-rata peminatnya. Lirik tak perlu berbunga. Just say what you want to say! Aku banyak belajar dari apa yang aku saksikan semalam. Satu rujukan yang sangat baik buat aku.

Ya .. Aku senior tapi bagi aku, setiap hari aku harus belajar sesuatu yang baru. Tak kira dari orang yang telah lama, mahupun yang baru menjejakkan kaki ke industri. Setiap yang datang, ada cerita yang tersendiri. Cukup bagus untuk dicontohi dan diteladani.

Kenangan langsung tersingkap. Kali pertama berjumpa dengannya di satu persembahan makan malam. Petang itu semua artis hadir untuk mengadakan sound check. Aku dah tak ingat di mana. Salah satu hotel terkemuka di ibu kota. Tahunnya, kalau tak silap aku, 2007. Lupa dah…

Dalam hati naik malu.. Satunya kerana terasa rendah sebab kerendahan aku. Dia sangat tinggi. Seakan seorang model antarabangsa! Keduanya, dia mula dikenali masa itu dengan gitarnya dan juga lagu ciptaannya yang tersendiri di dalam konsep yang sangat mudah diminati. Rasa segan dengan artis yang punya bakat sedemikian.

Tak semua artis bisa bermain alat muzik. Aku penyanyi dari generasi yang hanya menyanyi. Aku tidak didedahkan dengan alat muzik. Hanya tahu menyanyi! Ianya satu bonus andai juga berbakat bermain alat muzik. Banyak kelebihannya!

Dalam hati berbisik.. Tingginya Yuna ni. Naluri kuat berkata.. Dia adalah sesuatu. Seakan ada magis di dalamnya. Tapi aku tak pasti apakah dia. Yang aku jelas tahu, dia memang sesuatu. Aura personalitinya menyenangi sesiapa saja yang didampinginya.

Di pertemuan kali pertama itu, dia menghampiri aku dan mohon bergambar. Hati langsung dicuri kerana kelembutan dan sifat rendah dirinya. Bagus pelapis baru aku ini.. terlintas di benak fikiran aku…

Itulah kali pertama berjumpa… Sehinggalah beberapa tahun selepasnya. Baru lah kami bersua lagi. Dia sangat unik. Keunikkan itulah yang menambat semua hati penggemarnya.

Tak sabar aku nak tunggu album barunya keluar. Mana taknya, David Foster seorang komposer tersohor dunia, telah bekerjasama dengan Yuna dan telah menerbitkan lagu untuknya. Yang nyata lagu ‘I Do’ ciptaan komposer itu, yang dinyanyikan Yuna semalam, bakal menjadi satu hit yang sangat hebat!

Laluan mudah? Aku tak rasa semudah yang kita sangka. Setiap pencapaian ada liku-likunya. Dia telah berjaya menjadi apa yang dia mahukan. Living on her dreams! Aku pasti itu yang dirasakannnya. Aku juga mahu seperti itu! Cewaaahhhh!!! Heheheh..

Kami sangat terhibur dengan persembahan dan segalanya yang disajikan. Juga kepada 3000 penonton dan peminat lainnya. Jelas terlihat kepuasan yang terpancar di setiap wajah penonton apabila keluar dari Plenary Hall KLCC itu.

Yuna, enjoy the moment. You deserved it! Thank you for the concert and it was nice to see you last night! Love you loads.

Because of the love, I don’t mind to turn back to Plenary Hall walaupun dah hampir sampai rumah. Pingu pun nyaris naik LRT dah. Kami berpatah balik apabila diminta oleh Wawa untuk kembali kerana Yuna mahu berjumpa. Macam nak terbang aku patah balik! Hahahhahaa… It was fun and I don’t mind. I don’t want to miss it for the world! So, inilah gambar-gambar yang diambil semalam!

IMG-20151016-WA0078

IMG-20151016-WA0079

IMG-20151016-WA0080

P/S: Masih terkenang kegilaan peminatnya yang seakaan histeria menari semalam. Tak kira bangsa.. Tak kira imej. They enjoyed her – positively! Bravo!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: