PERANCIS…. BAWA AKU DALAM IRAMA MU DENGAN IRAMA KU!

Terima kasih Tuhan di atas rahmat Mu.. Ada kesedihan, namun ada juga kebahagiaan yang Engkau berikan. Aku tahu, Engkau tahu apa yang ada di hati ku. Andai ada terpalit keburukan, berilah petunjuk pada ku. Aku tak mahu menyakiti hamba Mu yang lain.. Andai aku terpaksa, Engkaulah yang Maha Mengetahui….

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Terima Kasih Allah… Minggu sakit, diberi kesenangan. Masakan tidak aku gembira apabila lagu ciptaan aku bersama Rafikonsep berada di tangan salah seorang komposer terkemuka di Perancis! Ini semua kerja suami aku.

Aku menantikan khabar gembira dari mereka andai mereka benar berminat. Nampaknya setakat ini, segalanya positif. Di sana, mereka lebih menghayati dan menghargai bakat dan suara seseorang penyanyi itu. Alhamdulillh, penyampaian aku dipuji.

Bukan aku saja. Semua yang turut menyumbangkan bakat dan tenaga. Lirik berbahasa Perancis itu, yang dihasilkan oleh Shah Shamshiri turut dipuji. Tidak kurang juga dengan muziknya. Ini sangat membahagiakan aku!

Eiffel-Tower_how-to-get-there_12

Lagu ketiga yang aku ciptakan dan rakamkan ini, dibuat di dalam 3 bahasa. Iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis. Satu eksperimen bagi aku untuk Bahasa Perancis. Naik seram juga bila diberikan kepada beberapa orang Perancis yang aku kenali dan juga tidak, untuk mendengar nyanyian aku di dalam bahasa mereka.

Teringat satu peristiwa di musim sejuk tahun 2011. Aku diminta menyanyi di hadapan semua yang berbangsa Perancis selepas makan malam di rumah seorang rakan. Aku nyanyi kan lagu Perancis yang dipopularkan oleh Celine Dion.

Di dalam cuaca yang sangat sejuk itu, aku kepanasan dan langsung berpeluh! Ada pernah kalian rasakan?! Hahhaa.. Memang seram sejuk!  Namun, aku diberi tepukan kerana aku bisa menyebut perkataan Bahasa Perancis sebaik mungkin.

Orang Perancis sememangnya lebih menghargai orang luar yang bisa berbahasa mereka. Aku rasa, kita pun sama juga andai orang buka Melayu bisa berbahasa kita. Satu kebanggaan!

Sepanjang ini, semuanya memberi reaksi positif. Aku bersyukur. Doakan ya.. Andai ada ruang untuk aku menapak dan melaungkan nama Malaysia di negara Eropah seperti Perancis. Bukan mahu menandingi sesiapa. Tetapi ini salah satu impian aku. Aku mahu cari makna di negara luar juga selain Malaysia.

Oleh itu, aku akan berada di Perancis lebih lama kali ini. Dari 23 November sehinggalah 30 Mac 2016. Andai ada persembahan pentas sebelum aku pulang pada tarikh yang sepatutnya, akan aku pertimbangkan. Ini impian aku dan yang aku mahukan.

Rasa ini benar menjerut perut ku, teruja di hati ku dan menggeletar dalam masa yang sama. Aku takut juga tapi rasa itu yang sekarang ini menolak aku untuk langsung melakukannya. Aku tak mahu mencuba. Aku  mahu langsung melakukannya. Ini masanya Nourul. Better late than never. And it’s never too late for me. Age is just a number. It’s ain’t anything – kata ‘mat saleh’!

Apa-apa pun, tak salah mencuba. Jika tak cuba, kita tak tahu di mana kelebihan dan kekurangan kita. Ini adalah salah satu proses pembelajaran. Andai ianya bisa menguntungkan, tidak salah untuk aku melakukannya.

Nantikan lagu aku ini insyaAllah tak lama lagi. Di dalam Bahasa Melayu tajuknya : “Dan Kini”, Bahasa Inggeris : “And This Time” dan Bahas Perancis “Aujourdhi”. Kini aku sedang meneliti kontrak beberapa syarikat rakaman di sini.

Harus pilih mereka yang benar punya strategi dan yang menerima aku seadanya. Di dalam senarai aku, telah aku pilih siapakah mereka. Aku turut teruja dengan semangat yang mereka tunjukkan itu! Tunggu nanti aku umumkan apabila telah aku tandatangani kontrak dan perjanjian itu.

Semuanya harus dengan bersikap positif! Perancis, aku mahu dan terimalah aku – seadanya!

P/S : “If your dreams don’t make you afraid, it’s actually not big enough!” – Keeping my fingers crossed! Doakan ya!

Advertisements

3 Comments on “PERANCIS…. BAWA AKU DALAM IRAMA MU DENGAN IRAMA KU!

  1. Tahniah!tahniah!tahniah!
    Tumpang happy utk sis..
    Perancangan Allah itu Maha Adil, kemanisan itu ada wlu mungkin sedikit lewat.
    I love uuuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: