PERINGATAN….. UNTUK AKU.. DIA… KAMU… DAN SEMUANYA!

Tunggu sedikit lama untuk update entry yang baru .. Minggu lepas nak buat.. Tapi tak terbuat. Fikiran dan hati sedikit terganggu. Maaf, tak dapat aku nak kongsikan dengan semua. Jika hati sedang merana, aku diamkan dari menulis. Bimbang terkeluar pula kata-kata pedas dan negatif. Bak kata salah seorang jurumekap aku, Fendi Sani, boleh tahan kelantangan aku menulis. Jadi, aku simpankan saja bila emosi tidak stabil.

Untuk orang lain, mungkin mereka tak kisah membaca kerana mereka faham dengan apa yang cuba aku luahkan. Bagi mereka yang hanya mahu mencari salah dan bahan, inilah caranya untuk disampaikan kepada individu tertentu atau nama aku akan panas di mana mana portal gosip dan juga ruang cerita secara online.

Simpan sendiri.. Itu lebih baik..

 

Aku tahu ramai yang menonton Wanita Hari Ini pada Jumaat minggu lalu.. Maaf aku terlepas emosi. Memang sedang berada di puncak kesedihan dan kesakitan. Aku terlepas air mata yang aku pesan pada diri aku agar disimpankan. Luahkan pada yang rapat sahaja. Jangan dibiarkan yang ramai di luar sana tahu.

Tetap tidak aku mahu kongsikan. Bimbang andai aku terkena lagi. Aku sangat sedih dan biar aku simpan sendiri…

Pernah tak berlaku pada kalian di mana kalian memang tiada apa-apa niat buruk kepada sesiapa pun. Namun, orang lain bimbang dan sering terfikir yang kita cuba berlaku buruk kepada mereka pula? Pernah? Bagi aku, pernah berlaku dan memang tak pernah berhenti.

Tapi ianya hanya pada segelompok manusia saja. Tak ramai. Tapi mereka ini hanya parasit. Satu atau dua, cukup untuk menggelodak perasaan aman yang ada. Adakala naik geram.. Ikut bisik syaitan, mahu saja ambil sesiapa yang bisa menghulurkan pistol dan binasakan saja orang sebegini. Tapi, bagaimana pula balasan Tuhan pada aku andai aku berlaku sedemikian… Memang nerakalah tempat aku andai aku tak sempat bertaubat padaNya.

Itu kalau ikut hati yang jahat. Tapi, aku sememangnya tak layak berbuat sedemikian. Biar Allah saja yang membalasnya. Cepat atau lambat, itu Dia yang menentukan. Sebab itu aku sering sematkan di dalam hati dan jiwa serta benak fikiran aku “Allah itu wujud. Dia ada untuk menghukum andai ada segolongan manusia yang menzalimi aku”. Cepat-cepat aku istigfar…

Lantas suara arwah mak terdengar di telinga.. “biar orang buat kita.. Jangan kita buat orang..” Doa orang yang teraniaya, akan dimakbulkan. Terima dengan redha. Lebih cepat kita redha, insyaAllah, lebih cepat Dia akan tunjukkan…

Namun, seringkali kita saksikan andai ada si polan yang mengkhianati kita, tiada apa-apa yang berlaku padanya. Mungkin ada, tapi tidak dihebohkan. Biar Allah saja yang tahu. Biarkan.. Itu kerja Dia.. Atau mungkin, di mata kita, seseorang itu sangatlah jahat dan melakukan banyak pengkhianatan. Tapi di mata Allah, mungkin dia berbeza. Jadi, balasannya mungkin lain.

Atau mungkin, balasannya bukan di sini. Tapi di sana kelak. Di mana ianya lebih memalukan dan tiada jalan berpatah balik untuk melakukan kebaikan atau bertaubat. Mungkin juga, Allah simpankan dan tiba saatnya akan dibukakan satu persatu kepada hamba yang sering mengkhianati dan berhati busuk kepada manusia yang lain supaya dia bisa belajar dan menjadikannya benar satu pengajaran.

Ini bukanlah doa. Bukan hak aku. Dan aku tak mahu mendoakan yang tidak baik kepada sesiapa saja. Biarpun kepada mereka yang pernah menyakiti aku, serta mengkhianati seluruh hidup aku. Aku terima dan aku redha kerana aku waras dan berpegang kepada: ‘Allah itu ada.’

Bukan juga untuk menunjuk baik atau pandai. Aku hanya manusia biasa. Aku dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana. Tidak berpelajaran tinggi tapi aku cukup meneliti apa itu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Tidaklah alim. Tapi aku tahu bagaimana pemahaman aku.

Pegangan aku, jangan melakukan keburukan atau menyakiti hati insan yang lain. Andai tidak sempat diampunkan dosa-dosa kita pada seseorang itu, akan dibicarakan kelak di sana. Dosa dengan Allah, bila kita benar bertaubat dan berserah padaNya, InsyaAllah akan diampunkan kerana Dia Maha Pengampun dan Penyayang. Itupun andai ada kesempatan. Itu yang aku belajar sewaktu aku di Mekah dulu. Sekali lagi, bukan nak tunjuk baik. Aku juga seperti kamu dan dia. Kita manusia biasa….

Aku terima seadanya siapa aku.. Dulu, kini dan selamanya. Apa yang aku tahu.. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik dan benar meneliti hati agar tiada hitam terpalit. Ianya penting. Andai hitam itu hanya sebesar zarah melekat, maka sukar mendapat ketenangan dan sering melihat keburukan di dalam jiwa insan lain.

Bila redha, kita mendapat ketenangan. Bila hati menjadi batu, resah sering menyinggah.. Kita sering melihat insan lain, mungkin dengan penuh rasa iri hati dan dendam kerana mereka tenang dan redha. Timbul rasa cemburu dan cuba mengkhianati.

Lebih teruk andai insan yang kita anggap menyakiti kita lebih bahagia dari kita. Rasa kita, dia salah. Tapi sebaliknya, pada insan itu. Jadi, kita tidak tenang dan lebih teruk andai dilanda kemurungan. Sebab itulah kata ‘mat saleh’ – “mind your own business” . Kata orang melayu pula, “jaga tepi kain sendiri.” Jadi, tak payahlah sakit hati. Toksah ambil tahu pun. Jadi, kita lebih tenang. Itu maksudnya bagi aku.

Melepaskan yang lepas dari pandangan, adalah sangat mudah pada sesetengah manusia. tapi mahu melepaskan perasaan tentang masa lalu; sukar bagi segolongan manusia. ‘Mat Saleh’ kata “let go’ atau ‘move on’.

Aku arif benar akan dua perkara ini. Percayalah, aku dah ‘master.’ Aku tahu aku dah lama lepaskan. Tolong jangan  kemari lagi. Kerana aku benci dan bosan akan rasa dihimpit resah dan unhappy.

Aku jauh melompat kerana aku tak mahu rasa itu seperti di kehidupan yang lalu. Orang kata ‘barang yang lepas jangan dikenang..’ Aku tidak langsung kenangkan. Sukar untuk aku imbaskan kembali kerana aku tak mahu. Tolong jauhkan…

Tapi pekerjaan aku ini sering diaju pelbagai soalan. Adakala aku pun tak tahu kenapa aku sangat positif untuk menjawab dan menghadiri sesuatu acara yang bersangkutan dengan ‘yang lepas.’

Harus belajar lagi.

Minggu lalu.. Tak sangka ianya sangat memeritkan dan menyakitkan. Ego aku tercabar dan aku tak mampu melakukan apa-apa. Aku terpaksa akur dalam keterpaksaan. Aaarrgghh.. Rasa yang paling tidak aku suka. I’m a fighter. I always fight for my own rights. But this time… I can’t! Itu yang buatkan aku ‘sakit!’.

Tidak apa. Berserah padaNya. Aku sedikit tenang kini. Aku tahu, niat aku langsung tidak buruk. Tidak kepada sesiapa pun. Aku benar jujur. Tapi jika ada yang bersangka sedemikian, insyaAllah, Allah akan tunjukkan. Terimalah. Jika Dia yang memberi dan menunjukkan, tiada jalan lain bagi kamu melarikan diri!

Ini untuk aku, kamu, dia dan semuanya.

P/S : Ada yang kuat sekodeng di sini.. Lepas itu sakit hati.. Dijadikan bahan untuk menyakiti. Terima kasih! Semoga Allah merahmati!

Advertisements

2 Comments on “PERINGATAN….. UNTUK AKU.. DIA… KAMU… DAN SEMUANYA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: