WARKAH BUAT ANAK DARA KU…….

Tahun itu.. 2003 kalau tak silap aku.. Seperti biasa bermalasan di atas katil dengan anak dara ku… Dia baru 5 tahun.. Setiap malam, kalau sebelum tidur, memang kami akan bersembang dan luangkan masa bersama.

AYU gadis ayu....20 april 0655

Malam itu aku terima panggilan dari seorang client yang mengatakan projek nak ambil aku sebagai jurucakap produk satu jenama syampu, tak jadi… Sedihnya… Sayu sangat terasa kerana aku perlukan wang masa tu. Walaupun ada wang yang lain, tapi kalau dapat projek tu, selesalah sikit aku dan keluarga.

20130607_155921

Ayu yang ada bersama aku di atas katil empuk itu, memandang aku. Dia tak faham tapi aku tahu riak wajah aku berubah. Itu yang membuatkan dia perasan yang aku sedikit lain dari sebelumnya. Aku katakan padanya, belajarlah rajin-rajin…Susah jika tiada kelulusan tinggi. Hobi memang boleh dijadikan kerjaya. Tetapi pelajaran dan kelulusan perlu ada sebagai penampung kehidupan di masa akan datang.Aku jelaskan dalam ayat yang paling mudah padanya. Ya lah.. Dia baru 5 tahun… Kami berpelukan dan dia hanya mendengar. Aku katakan padanya, aku akan bekerja keras untuknya. Untuk dia belajar dan mencapai kejayaan di dalam pelajarannya. Itu sangat penting.

20130607_151238

Aku tak sangaka apa yang aku katakan itu, mendatangkan kesan padanya. Ianya melekat di kepalanya sehingga kini. Sudahlah dia semulajadinya mempunyai sikap mahu segalanya sempurna. Perfectionist!

Getaran suaranya di telefon tadi membuatkan aku sedikit risau dengan tekanan yang dihadapi olehnya. SPM hanya sebulan saja lagi. Dia sangat risau andai keputusannya kurang memuaskan seperti apa yang didapatinya di dalam Percubaan SPM tempohari.

IMG_20150922_174203

Langsung terkenangkan insiden menangis di sekolah tadikanya dulu! Aduh anak dara ku ni.. Kalau tak dapat apa yang dimahukan di dalam pelajarannya, memang akan menjadi rumit dan huru hara semuanya!

Aku katakan padanya, dia pasti akan mendapat apa yang dimahukannya. Jika tak mahu merasa sedih dan kecewa seperti sekarang, dia harus lebih fokus dan jangan terlalu memikirkan apa yang belum terjadi. Dia fikir akan keadaan selepas SPM. Andai tak dapat biasiswa untuk sambung pelajarannya ke universiti.

IMG00002-20110220-1413IMG00001-20110220-1347

Dia mahu ke negara luar. Belajar dan berdikari. Aku tak halang. Aku lebih suka. Aku mahu dia melihat negara luar. Bukan di sini tak ada universiti yang bagus. Banyak. Tetapi “Jauh perjalanan, luas permandangan!”

Memang dia sangat risau dan runsing. Rasa nak terbang sekarang juga dan peluk anak dara aku itu. Lebih parah baginya apabila ada kawan yang mendapat keputusan yang lebih baik, telah mula memohon biasiswa!

Ayu peka dengan keadaan semasa. Dia tahu banyak biasiswa telah ditarik semula kerana keadaan ekonomi negara yang tidak memberansangkan. Bukan itu saja, banyak lagi yang difikirkannya.

Anak ku, ini bukan masanya nak fikir masalah negara. Ini bukan tikanya untuk tertanya-tanya bagaimanakah prestasi diri, dapatkah biasisiwa, apa akan berlaku selepas SPM atau sebagainya. Fokus mu harus sepenuhnya apabila tibanya tanggal 2 November.

Maafkan mama kerana pesanan mama tatkala Ayu masih mentah, melekat di benak fikiran Ayu sehingga membebankan Ayu kini. Tapi mama tahu itu yang Ayu nak. Ayu seorang yang suka akan kemenangan dan kejayaan. InsyaAllah Ayu akan dapat apa yang Ayu nak. Mama doakan untuk Ayu.

Mama pun mahu Ayu berjaya. Tekanan Ayu lebih tinggi kerana Ayu nak momentum Ayu kekal seperti mana Ayu telah berjaya di dalam UPSR dan PMR. Ingat, masa lalu, tak sama dengan masa sekarang. (Present is not equal with the past). InsyaAllah ada rezeki Ayu.

IMG01447-20101115-0938

Pesanan Mama itu, semuanya kerana mama tak mahu Ayu jadi seperti mama. Mama tak punya kelulusan yang tinggi. SPM pun mama tak ambil kerana mama telah mula menyanyi dan mama pentingkan wang dari pelajaran. Semuanya kerana mahu hidup yang lebih baik untuk keluarga dan juga fikiran mama agak sempit. Usia muda, fikiran sukar meneliti walaupun agak matang.

Oleh sebab mama tiada apa-apa kelulusan yang luar biasalah, mama berusaha keras bekerja supaya mama mendapat apa yang mama mahukan. Mama takut andai mama tak bekerja keras, mama tak punya duit untuk menyara kehidupan. Mama tak mahu susah!

Bila rasa diri ni tak ada apa-apa untuk back up, mama panik! Rasa itu yang menolak mama untuk terus mencari idea dan buat apa yang termampu. Ya, mama perempuan. Bila dah berkahwin ada suami, dia boleh membantu. But not for me. I am a woman who likes to work for my own money!Sebab itulah mama tidak pernah berhenti.

Hidup ada naik dan turunnya. Ada pasang dan surutnya. Bila kita di bawah, itulah yang mengajar kita erti menghargai sesuatu yang pernah kita ada dan yang pernah kita dapat. Waktu ini, Ayu terasa Ayu sangat di bawah kerana Ayu tidak mendapat apa yang Ayu mahukan.

Ayu bertuah kerana di dalam percubaan SPM, Ayu dapat macam ni. Ini sebagai satu semangat sebenarnya untuk Ayu tolak rasa kecewa Ayu,  dan buat yang terbaik apabila tiba peperiksaan SPM yang sebenarnya. You are lucky!

Mama berbangga kerana Ayu ambil apa yang mama pesan dan mahu berjaya. Mama bersyukur di atas apa yang telah Allah berikan kepada Ayu di atas segala yang telah Ayu capai selama ini. This is just another test for you and I know you can do it! Just do your best. Berdoa… Dan selebihnya, adalah ketentuan dariNya. Asalkan Ayu berusaha….

Walau apa pun yang Ayu mahu capai.. Ingatlah.. Segulung ijazah itu ada harganya. Ada juga tidak berharga andai nanti di luar sana Ayu tidak bisa menggunakannya. Andai tiada pemikiran yang setaraf samanya dengan pencapaian secara teorinya. Hidup ini bukan seperti apa yang kita belajar di dalam buku.

Hidup punyai ijazah, dari universitinya yang tersendiri. Dunia ini adalah universiti untuk kita kenal akan erti hidup. Ijazahnya andai kita bisa mencapai kejayaan di dalam apa yang kita usahakan, apa yang kita belajar tentang manusia dan sebagainya. Ijazahnya apabila kita mendapat ketenangan dari apa yang telah kita perolehi. Ianya tak sama seperti universiti atau segulung ijazah yang sebenarnya.

Namun jika ada keduanya, ianya seimbang. Maka, hidup lebih bermakna.

Aku belajar dari ‘universiti’ global yang mengajar aku erti segalanya. Aku punyai ‘ijazah’ .. Dalam semua bahagian.. termasuk psikologi… Aku terus belajar kini intuk mendapat ‘master’ atau ‘Phd’. Semuanya hanya di jalanan. Ianya tiada ditulis di atas segulung kertas. Itu namanya pengalaman.

Anak aku ni expectation memang tinggi. Mahu ibu bapanya berbangga dengannya. Bukan itu saja, dia nak buktikan pada dirinya yang dia boleh lakukannya. Aku suka akan sikap itu. Tapi aku risau bila dia dah mula stress!

IMG01141-20100821-1456

P/S : Ya Allah.. tenangkan hati anak ku….

Advertisements

5 Comments on “WARKAH BUAT ANAK DARA KU…….

  1. all the best of luck to Ayu ….moga beroleh kejayaan dan kecemerlangan dlm peperiksaan nanti. U oredi make ur Mama a proud mama, be blessed.

  2. good luck…tekun, rajin, doa istiqamah..insyallah..see you have doa from ur mama yg is most important…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: