WINGS…… 30 TAHUN YANG HANGAT!

Aduhai suami aku ni… Tiba-tiba nak tengok ‘Conjuring’ pulak! Aku ni dah la tak suka cerita seram! Selalunya Isnin hingga Jumaat, biasanya malam memang bukan masa menonton tv. Masa bekerja dan menghabiskan apa yang patut dibuat dan yang perlu diselesaikan.

Potong stim betullah.. Entah apalah mood dia malam ni! Oh! Malam Jumaat! Orang putih pulak katanya bulan Oktober ni bulan Halloween.. Patutlah banyak cerita hantu! Tak apa.. Jangan fokus ke tv. Fokus ke menulis… (tapi  tetap juga terberhenti sesekali bila ada muzik suspen!)

Alaaa…. Dia kuatkan volume pulak! Aduhai… Malam-malam biasanya aku yang bangun bila Raphael nak minum susu. Ini bisa menguji keimanan! Tak apa, malam ni aku suruh Eric yang bangun pulak! Hahahhaha…. Pasang lagi cerita hantu!Malam semalam…. Sangat hangat.. Sebabnya… Aku dapat menyanyi ‘Semalam Yang Hangat!’ Hahahhaa… Balik rumah tidur lena.. Senyum sampai ke pagi! Kelakar! Bukannya dirancang pun.. Langsung tak terfikir… Yang best nya.. Aku tak pasti pun apa acaranya. Aku tahulah ianya untuk Kumpulan Wings.

IMG-20151001-WA0001IMG-20151001-WA0007

Aku ni memang salah seorang penggemar kumpulan hebat itu. Memang salah satu lagu mereka yang aku gemari adalah lagu yang pernah aku nyanyikan di ‘show 15 saat’ di Instagram aku! Satu malam yang penuh rasa. Aku starstruck semalam bila banyak penyanyi hebat yang lain juga muncul.

Satunya, kerana happy dapat meraikan majlis ulangtahun ke 30 tahun kumpulan Wings, dan yang keduanya …. dapat bertemu dengan semua orang-orang lama seperti mereka yang pernah bekerja untuk aku di syarikat rakaman pertama aku dulu. Ya, BMG Music dulu..… Daripada bos atasnya iaitu Dato Aziz Bakar, sehinggalah ke bahagian pemasaran dan sudah tentu bahagian promosi juga! Menggamit seribu kenangan!

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Puan Rohani Ismail, Puan Samirah, Cik Baharina dan Encik Rouslan Mokhtar kerana sudi menjemput aku turut sama menyaksikan majlis yang sangat indah dan penuh dengan emosi.

Kebanyakkan artis naungan BMG muzik dahulu yang dijemput. Aku sempat berjumpa dengan Ramlah Ram, Ziana Zain, Kumpulan Nico, Dato Ac Mizal (yang asalnya ahli kumpulan 4U2C), Ina dari Kumpulan Freshies, dan juga artis lain seperti Erra Fazira, Dato Hattan, Mus May, Nash Lefthanded, Jay Jay dan ramai lagi.

IMG-20150930-WA0053

30 tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Mendengarkan cerita setiap memori yang diluahkan oleh penyanyi asal dan utama kumpulan Wings, Awie, aku turut sama sebak. Mana taknya, hero gagah Malaysia itu, mengalirkan air matanya tatkala menceritakan satu babak yang mereka berpisah seketika.. Lama juga. Kalau benar apa yang aku dengar, ianya selama 8 tahun! Lama tu!

Dalam rancak Awie bercerita, fikiran langsung melayang dan terbayang bagaimana dulu tercetusnya rasa sukakan muzik rock apabila kali pertama mengenali kumpulan Wings.

Besar pengaruh kumpulan lagenda itu di Malaysia dan langsung ke negara jiran yang lain. Bukan itu saja, malah Kanada. Bangga aku dengar cerita Awie. Naik ternganga jugalah aku! Hahahha..

Jangan tak tahu… Lagu-lagu mereka juga aku sering nyanyikan dulu sewaktu aku ada kumpulan rock aku sendiri. Ya! Aku suka rock! Tapi jadi penyanyi pop pula! Hahahaa.. Dah rezekinya ke situ… Allah lebih mengetahui…

Lagu-lagu Kumpulan Wings, Search, dan Ella memang tidak asing bagi aku. Tapi aku lebih terdorong kepada muzik pop. Aku rasa aku lebih sesuai menyanyikan lagu-lagu genre itu. Namun, jiwa rock yang aku ada, tak pernah padam. Sentiasa ada….

Mula mengenali Wings, aku rasa kenapalah janggal sangat kumpulan ni. Biasalah, masa tu aku kecil lagi. Hanya tengok gambar je. Hanya berpandukan kepada imej. Belum pandai nak dengar lagu betul-betul. Hanya tengok muka je dulu.

Bila dah tiba ke usia 13 tahun.. Tahun itu Wings menerbitkan album yang mengandungi lagu ‘Sejati.’ Masih terbayang kenangan menaiki bas rombongan ke Kedah. Bukan main satu hari satu malam lagu Wings diputarkan! Dari situ aku mula mengenali dan langsung meminati Wings!

Sehingga kini bila terdengarkan lagu Sejati, langsung teringat kenangan rombongan kawan-kawan aku itu dan langsung terbau wangian yang aku pakai ketika kali pertama mendengar lagu-lagu Wings! .. Jenama bedak, warna baju dan gaya yang aku kenakan ketika di usia yang sangat mentah itu! Hahahhaa…

Kuatkan pengaruh lagu mereka itu?! Itulah kumpulan Wings. Apa yang dilakukan, bagi aku, mereka ini bisa meninggalkan kesan dan impak yang semaksima yang mungkin!

IMG-20151001-WA0039

Yang lelaki mahu rambut seperti Awie, gayanya… Cara nyanyiannya… Yang kidal, mahu bermain gitar seperti Joe! Yang perempuan pula, sering bermimpi menjadi pendamping pemuzik dan penyanyi yang diminati ramai itu!

Bila Awie bertopi, semua ikut. Bila Awie bermotorsikal kuasa tinggi, yang lain mahu juga. Awie berjaket kulit, jadi ikutan juga. Awie memakai sut tapi tak tinggal gaya rocknya, apa lagi, langsung semua lelaki tak ketinggalan. Mahu juga! Kasut pula? Paling ramai lelaki membeli kasut gaya Awie. Maknanya, tak satu pun terlepas pandang! Semua peminat ikut!

Masa itu bagi aku hanya beberapa kumpulan rock sahaja yang sangat unggul. Boleh dikira dengan jari bagi aku. Mereka sangat sesuatu!

Aku tak sabar menantikan 31 Oktober kerana ianya adalah kemuncak konsert hebat kumpulan rock lagenda negara itu. Aku tak mahu melepaskan peluang yang hebat ini! Dah lama tak menonton Wings beraksi bersama. Selain Awie, Joe Wings adalah salah seorang pemain gitar yang aku suka. Dia punya gaya tersendiri. Bukan gaya saja, petikan gitarnya juga sangat hebat!

Tahniah Wings kerana bertapak selam 30 tahun. Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi dan sentiasa menerbitkan muzik yang bermutu serta lagu-lagu  yang hebat! Teruskan perjuangan, teruskan segalanya!

P/S : Teringat pula kenangan isteri Abang Eddie Wings bersalin di hospital dan disebelah bilik aku ketika aku menunggu untuk melahirkan Ayu Nazirah. Adik kepada Billa AF2015 itu lahir satu hari sebelum Ayu. Masih jelas terbayang gembiranya wajah seorang bapa menyambut bayi perempuan keduanya!

Advertisements

One Comment on “WINGS…… 30 TAHUN YANG HANGAT!

  1. sapa je x suka wings masa tu…….x suka rock pon terikut2 lagu wings……semalam yg hangat mmg lagu peberet…….haaaa belakang tu apaaa??kikikiki apa daaa takot tgk citer serammm…..hehhehee……btw nurul cun pakai suar baju pink tu pink ke merah sori rabun dekat hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: