SEPTEMBER YANG INDAH…… ANAK DARA KU MENCECAH 17 TAHUN!

Sekejap je dah nak habis September! Masa berlalu dengan pantas sekali! Adakala tu, terasa nak buat apa pun tak sempat. Jadual aku setiap hari, dengan anak dan pelbagai aktiviti; lebih membuatkan masa berlalu dengan begitu sahaja.

Walaupun dah ada pembantu rumah, tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, tidak pernah berhenti. Ada pembantu untuk mencuci, mengemas dan menjaga anak-anak, jika kami suami isteri punyai urusan di luar rumah. Selainnya, anak-anak tetap juga di tangan kami sendiri.

Alhamdulillah, di dalam kesibukan ini, masih punyai kesihatan yang baik walaupun cuaca yang tidak memberansangkan ketika ini. Harus memakai ‘mask’ dan juga minum air yang mencukupi. Udara yang tidak bersih benar mencemar rongga badan serta sistem pernafasan. Adalah baik membersih dengan air. Bukan yang bergula ya, hanya air!

Jaga kesihatan itu, adalah wajib. Salah satu amanah Tuhan juga. Berbalik kepada blog ini… Ramai yang terkejut, terutamanya yang membaca secara rahsia yang kerap kemari, tiba-tiba tak jumpa blog aku ini! Jangan risau. Tak tutup atau tidak dihapuskan. Masih ada, cuma alamatnya sedikit berbeza. Kini nourulwahabdepp.wordpress.com.

Ada aku umumkan di Facebook Fanpage dan juga akaun Instagram aku. Maaf ya kepada yang masih tak tahu. Akaun ini masih wujud. Terima kasih di atas sambutan yang tidak terhingga baiknya. Semoga Allah merahmati.

September… Setiap tahun, adalah bulan yang sangat indah dan penuh bermakna. Semenjak 17 tahun yang lalu, ianya begitu membahagiakan. Semuanya kerana Ayu Nazirah. Nak tulis tentang harijadinya semenjak awal bulan lagi. Seperti biasalah, waktu tidak mengizinkan. Mata mudah lelap sekarang ini tatkala menjengah gelap malam. 9:30 dah mengantuk!

Malam ini, kuatkan juga mata dan aku harus menulis. Biasalah, bila dah lama tak meluahkan di sini, mulalah bercakap-cakap sediri dalam hati! Bila dah bercakap sendiri, tak tulis. Bila sedang menulis, lupa semua apa yang terlintas! Lintasan ayat yang pertama itu lebih sedap!

Maafkan Mama, Ayu. Tak sempat nak menulis. Ayu balik ke rumah Mama pun, Mama hanya sempat buat sedikit kejutan untuk harijadi Ayu. Itupun tidaklah sehebat mana.

17 tahun…  Rasa seperti baru semalam aku menatap wajah bayi perempuan yang sangat merah warnanya. Selepas 7 jam berhempas pulas menahan sakit dan melahirkan, akhirnya bayi yang aku kandung itu berada dipangkuan aku tepat jam 2 petang. Dia lahir jam 1:58 tengahari. Hari Jumaat tanggal 11 September 1998.

Semuanya berubah semenjak hari itu. Yang aku dambakan, telah dimakbulkan Allah Taala. Dia yang dinamakan Ayu Nazirah, menjadi penyeri dan semangat aku di setiap detik waktu. Dialah teman, dialah segalanya. Hati yang sunyi menjadi riang dengan kehadirannya.

Ayu sangat senang dijaga. Senang tidur, senang makannya, senang segalanya. Sungguh pun di dalam keadaan kurang sihat, dia tetap tidur lena dan masih tersenyum. Ayu memang dilahirkan mempunyai perut yang sangat sensitif.

Satu hari di dalam banyak-banyak hari di pusat jagaan bayi yang terletak di Selayang; memberi Ayu susu berjenama lain dari susu yang sering diminumnya – telah mengundang satu episod kelam kabut bagi aku. Bila Ayu makan, semuanya keluar semula. Dari mulut mahupun melalui bahagian lainnya.

Seminggu dalam keadaan itu, Ayu tetap riang. Atoknya yang naik runsing dan segera datang ke Kuala Lumpur untuk menjaga cucu kesayangannya itu. Ayu sembuh selepas 10 hari. Sejak itu, aku tahu dia memang tak boleh makan sebarangan.

Ayu membesar dengan penuh kasih sayang (samada dia sedar atau tidak). Sungguh pun Ayu melalui episod duka setiba usianya 8 tahun, dia bangun semula setelah menerima keadaan yang dia terpaksa terima. Ianya menjadikan Ayu seorang yang matang dan juga banyak mendewasakan anak kecil yang aku tak sangka begitu mudah memahami segalanya. Walaupun waktu itu, Ayu tidak seharusnya merasai atau melaluinya.

Rasa bersalah itu lekat di hati aku sampai bila-bila. Namun, inilah kehidupan. Adakala penuh dengan teka teki, penuh rahsia, penuh duka, penuh hikmah. Hidup punyai banyak pilihan. Tetapi, hati dan akal sukar meneliti untuk menerima mana yang baik, mana yang harus dibuat atau diterima; serta mana yang harus ditinggalkan dan dihiraukan.

Mana harus dikutip, siapa harus dimaafkan, siapa harus diterima, siapa yang harus dipercayai atau siapa yang harus dijauhkan. Adakala, sukar mendengar kata hati apabila kita masih muda. Berbeza dengan maksud ikut rasa hati. Ikut rasa hati memang mati. Ikut bisik hati itu, maksudnya sangat berbeza. Bisik …. Ada banyak bisik. Bisik hati yang pertama itu, biasanya harus diambil pakai.

Satu bahagian hidup aku, aku dengar bisik hati. Aku terima dan aku buat. Aku berdoa diberikan petunjuk. Dibukakan jalannya. Bukannya mudah untuk melalui, namun rupanya kebahagiaan menanti. Cuma satunya, harus menyakiti hati insan yang tidak seharusnya merasai. Ianya adalah anak gadis aku sendiri.

Ini dari pengalaman aku….. Hidup banyak naik dan turunnya. Ianya sentiasa berputar. Namun pengalaman yang ada, bisa membantu untuk naik semula andai terasa diri atau hidup berada jauh ke bawah.

Ayu tahu akan hakikat kehidupan ini. Walaupun bukanlah seperti seseorang yang telah berusia, namun dia matang meneliti. Tahu memilih apa, bagaimana dan siapa. Dia bijak meneliti. Aku tak tahu dari mana datangnya kebijaksanaannya itu.

Aku bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Tapi tidak pula aku bodoh atau terlalu bijak. Cukup punya akal untuk mencari rezeki di bumi Allah. Ayu seorang yang perfectionist. Dia mahu segalanya sempurna. Agaknya lahir di bawah bintang Virgo ini, membuatkannya berpewatakan sedemikian.

No complain! I’m proud of you. Memori Ayu di Tadika Smart Reader ketika dia berusia 5 tahun, tak pernah lekang dari ingatan aku. Satu hari cikgu telefon. Katanya Ayu menangis taknak makan dan marahkan dirinya sendiri. Rumah aku dengan tadika itu, hanyalah dua minit dengan berjalan kaki. Jadi segera aku ke sana.

Rupanya dia marahkan dirinya kerana ada satu tugasan, dia tak boleh jawab dan buat salah. Jadi, dimarah dirinya sendiri. Katanya tak boleh buat salah. All must be perfect!

Jenuh juga nak pujuk anak yang berusia 5 tahun! Bahasa apa harus aku gunakan untuk jelaskan tak apa jika terbuat salah. Dia baru mula belajar. Selepas beberapa minit menjelaskan, akhirnya diterima. Selepas itu masih ada sedikit situasi yang sama. Cuma dia lebih faham dan pujuk diri sendiri!

Sekarang pun masih ada juga sikapnya yang suka marahkan diri sendiri kalau tak dapat capai sesuatu! Terutamanya di dalam bidang akademik. Tahun ini Ayu bakal menduduki peperiksaan SPM. Tekanan yang ada padanya aku juga dapat aku rasakan. Dia sedikit terganggu dengan keputusan Percubaan beberapa minggu yang lalu.

Termenunglah juga bila balik kemari. Nak tanya lebih, bimbang lebih menekan. Aku faham. Jadi, hanya boleh buat dia ketawa dengan apa yang aku boleh hiburkan. Dia sangat tertekan. Prestasi sekolah, prestasi diri – semua difikirkan sekali. Memang susah bila belajar di sekolah yang benar mahu sentiasa berada di tangga pertama di antara sekolah-sekolah berasrama penuh.

Naik geram juga kerana menganggu mental anak aku, tapi apa boleh buat. Sekolah punyai target nya. Jadi, tengok sahaja sehingga berakhirnya peperiksaan.

Aku masih tak sangka anak dara aku dah pun berusia 17 tahun. Ayu, Mama sangat bangga dengan Ayu. Ayu lulus atau tidak lulus, Ayu tetap anak Mama yang Mama kenal sedari Ayu lahir. Berperwatakan menarik, sopan, mempunyai hati yang baik dan sangat penyayang. Apa pun yang berlaku, atau bakal berlaku, Ayu tetap anak Mama.

Berjaya atau tidak, Ayu tetap seorang yang Mama sayang. Kebijaksanaan bukan terletak di buku atau kelulusan yang kita ada. Tetapi bagaimana kita menggunakan akal yang ada untuk mencari peluang  di dalam hidup dan langsung berjaya. Ramai di dunia ini yang tidak punyai kelulusan tinggi tapi mereka beroleh kejayaan kerana mereka bijak melihat dan meneliti apa yang harus diusahakan.

Ingat, kita percaya akan kun fa ya kun dan Qada dan Qadar Allah. InsyaAllah, apa yang telah tertulis, itulah yang akan berlaku. Hanya doa yang akan mengubah segalanya. Mama sentiasa doakan yang terbaik. Itu pun yang selalu dilakukan oleh setiap ibu di dunia ini untuk anak-anaknya. Ayu sentiasa di dalam doa Mama.

Ini salah satu semangat untuk Ayu menghadapi SPM. Mama tahu, anak Mama bakal beroleh kejayaan lagi. Buat yang terbaik dan semampu yang boleh. Doa sentiasa bersama mu, wahai anak ku!

P/S : Mak pun stress juga bila anak nak ambil peperiksaan!

Advertisements

3 Comments on “SEPTEMBER YANG INDAH…… ANAK DARA KU MENCECAH 17 TAHUN!

  1. All the best Ayu. May Allah bless u & may all your wishes come true. Insya Allah

  2. Nourul, anak kita sebaya. Pernah jumpa nourul dgn ‘A’ masa Smart Reader buat hari keluarga di Mines Wonderland dulu. Masa tu depa masih kecik2. How times fly, anak saya juga sudah bergelar anak bujang. Semoga depa dpt menjawab dgn tenang bermula 2 nov nanti. Setelah berusaha, hanya doa ibu pelengkap segala. Sekarang ni..debaran jantung anak & ibu bagai senada. Ya Allah, permudahkanlah urusan anak2 kami…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: