3 TAHUN….. 1 JUTA!

Pejam celik, pejam celik… Dah tiga tahun rupanya usia blog aku ni! Banyak hari dah nak tulis pasal ni, tapi ada saja cerita lain serta kerja yang perlu diselesaikan. Jadi tertunda untuk beberapa minggu.

Semalam, hari membaca semua entry yang pernah aku buat semenjak hari pertama dalam tahun 2012… Macam-macam rasa, macam-macam emosi yang pernah aku coretkan…. Segalanya dibaca oleh kalian yang sering ke mari. Terima kasih kerana sudi layan!

Bila baca semula semua entry aku tu, aku semacam tak percaya yang aku menulis semua itu. Alhamdulillah, Allah beri inspirasi dan idea.

 

Pada mulanya, bukan main menulis.. Setiap hari ada entry! Memang ada je masa. Maklumlah masa tu belum ada Eric Depp junior! Sebulan sampai berbelas entry! Bila dah naik banyak komitmen, mulalah semakin berkurangan. Ye lah.. kena juga bahagi masa untuk yang lain. Bukan menulis saja.

Akhirnya, aku menulis hanya seminggu sekali atau dua kali. Dalam sebulan, adalah 4 – 6 entry. InsyaAllah , akan diteruskan sebegini – selagi diizinkan.

Idea asal aku hanyalah untuk berkongsi pendapat dan rasa. Tak kurang juga untuk membuka satu lagi jambatan di antara aku dan semua peminat aku. Alhamdulillah.. Ada yang dulu tak suka, jadi suka dengan aku. Terima kasih kerana mahu mengenali dan memahami siapa aku.

Bukan itu saja, ini juga langsung boleh dijadikan rujukan para rakan wartawan untuk mendapatkan maklumat andai timbul sesuatu isu berkaitan aku atau apa-apa saja yang ingin mereka gunakan di dalam penulisan mereka.

Blog ini adalah sebagai ganti kepada buku yang mahu aku tuliskan. Buku sambungan kepada biografi berbentuk novel yang aku tuliskan pada tahun 2007. Ada aku letakkan di sini. Zaman moden seperti sekarang, nak tulis buku.. rasanya tidak seperti dulu lagi. Semuanya di hujung jari. Tulis blog saja. Lebih mudah dan jimatkan kertas!

Ini adalah aku yang sebenarnya. Siapa yang sering mengikuti dan membaca, dia tahu apa yang aku cuba sampaikan serta kenal siapa aku. Ada perkara aku lantangkan, ada perkara aku simpankan. Tak semua boleh kongsi. Tapi boleh dikatakan banyak juga yang aku luahkan.

Adakala rasa takut juga… Ada masa tu, datang rasa bosan nak menulis kerana ada isu yang ditulis dijadikan bahan pihak tertentu. Kadang-kadang datang rasa rajin nak menulis kerana aku ni suka bercakap dengan diri sendiri apabila terbaca atau rasa ada perkara yang perlu aku beri pendapat. Macam-macam rasa….

Kata salah seorang pembaca blog ini, Fendi Sani, Juru mekap aku dulu… Boleh tahan juga kelantangan aku bersuara di dalam tulisan aku andai ada sesuatu isu yang aku suka atau tidak. Bila tiba bahagian tu, datang juga ketaq kepala lutut! Hahahha…

Takut juga. Mana lah nak tahu tiba-tiba ada pulak yang salah anggap langsung ambil tindakan yang bukan-bukan. Buat masa ini, masih di bawah kawalan yang baik. Tidak.. Blog ini bukan digunakan untuk menyerang sesiapa. Hanya menyuarakan pendapat.. dan sekali lagi… Rasa aku.

Alhamdulillah ada beberapa perkongsian yang pernah aku catatkan terutamanya ‘My Pregnancy’, digunakan sebaiknya oleh beberapa pembaca. Malah mereka mendapat hasil dari perkongsian aku itu. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah. Akhirnya ada juga ilmu dan informasi yang aku beri, dimanfaatkan.

Aku bukanlah seorang yang terpelajar atau berpendidikan tinggi.. Aku menulis hanyalah kerana minat akan bahasa dan suka untuk mencuba mengolah serta menggunakan ayat mengikut cara aku. Bukan itu saja, aku mahu berkongsi pengalaman dengan semua. Yang baik, mahupun yang kurang baik. Mungkin bisa dijadikan teladan.

Tahun ini tak sempat nak rancang apa-apa acara untuk sambutan ulangtahun blog ini. InsyaAllah tahun depan. Itupun kalau sempat. Nampaknya, blog aku ini disambut setiap dua tahun! Angka genap! Hahaha.. Tahun lepas ada aku dan Ina buatkan satu acara minum petang di Restoran Pak Abu di Bangsar.

Seronok masa tu dapat bertemu dengan semua follower dan pembaca blog aku. Langsung kami jadi seperti kawan. Tak sangka, ada yang ikut aku dari dulu sehingga kini. Tak kurang juga blogger terkenal yang lain seperti Nyonya Cyber antaranya.

Selang dua tahun sekali pun, okay juga. Kalau tiap-tiap tahun buat sambutan, nanti jemu pula. Biar jumpa hanya sesekali.. Barulah best.. Rindu bertambah dalam…. Hehehe..

27 Ogos adalah tarikh aku mula menulis post pertama dan hari pertama aku mendaftar akaun blog di wordpress ini. Selepas 189 post, seramai lebih satu juta yang kembali berkali membaca… Yang telah follow dan like entry aku…. Berkongsi rasa dan pendapat.. Tiada apa yang dapat aku katakan, hanyalah ucapan terima kasih.

Tak kurang juga kepada beberapa client yang sudi membeli iklan serta mahu aku menulis advertorial mereka di laman ini. Mereka antara yang menyuntik semangat untuk aku terus menulis. Terima kasih.

Apa-apa pun yang aku tulis, blog ini tidak akan berseri dan kemas rapi tanpa sentuhan si kenit yang aku kasihi.. Siapa lagi kalau bukan Ina Mohd (nak tulis nama penuh, takut kena jeling!) Dari hari pertama aku publish blog ini, dialah yang menjaga segalanya. Terima kasih wahai gadis gunung berapi (nama samaran baru – volcano girl!). Kamu sangat hebat! Sesuai dengan jolokan ‘kecil-kecil cili api!’

Dia menjaga akaun ini sedari bekerja sambilan dengan aku. Dan kini dah 17 bulan dia bekerja sepenuh masa dengan aku. Puas! Seronok dapat buli pun ye juga! Hahahahaa… Bukan aku.. Dia yang kuat buli aku! Jangan tak tahu!

Terima kasih wahai peminat, penggemar, pembaca, pengikut, teman serta sahabat. Sokongan kalian yang memberi semangat untuk aku terus berada di sini. Mahu terus berusaha membuat yang terbaik.

Aku mahu berkarya selagi mampu. Bukan mahu jadi segalanya.. Itu tak mungkin.. Tapi aku mahu jadi siapa aku… Aku yang diterima seadanya sebagai insan di arena seni.. Sebagai penyanyi dan sebagai aku… Sebagai manusia… Yang serba kekurangan…

P/S : Mahu gunakan apa yang Allah anugerahkan, sebaiknya… Tak sabar untuk lagu ciptaan aku yang terbaru ‘Dan Kini’ didengari umum!

Advertisements

11 Comments on “3 TAHUN….. 1 JUTA!

  1. ini pun salah satu cara Nurul dengan peminat. Sebab peminat ni kalau boleh saban hari nak tau apa aktiviti artis kesayangan dia buat, dah mcm diari kan? seronok baca penulisan nurul sbb memang rasa sangat dekat walaupun jauh di mata… ececehhhh. Selain dari blog, Fb dan IG juga menyatukan peminat dengan nurul.

    go Nurul!! 🙂

  2. Hahaha.. mlmni tercari2 blog sis. Dah lama xleh buka sbb hp problem. Try buka xdapat..terus wasup kat ina mohd.. dpt reply..apa lg..layanla entry yg lepas2 xsempat baca lgtu..

    Apa2pun.. teruskan menulis dan berkarya; i follow u.

  3. Hai nourul,
    I love how u always took life obstacles lightly (pun intended) and u see the positive in things. Its motivate me indeed.
    Good job and keep on writing selagi hayat di kandung badan.
    May Allah ease everything for u & family.

  4. happy anniversary nourulwahabdepp …..last yr dpt invitation pi sambutan ur 2nd anniversary tp akak tak dpt join. Keep writing sis …..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: