NAFSU SENDIRI; TANGGUNGJAWAB SENDIRI…

Michelle dari Melodi dah cari… Ina Mohd dah hantar link yang OHBulan dah scope tu… Laaa… Jadi cerita pula ya… Ya lah… Siapa yang taknak buat cerita.. Gambar yang aku letak di Instagram tu, tak ditapis. Dengan perkataan lucah dan yang selalunya ‘censored’ di kalangan kita. I’m sorry. I have to.

Bukan niat aku untuk mendapat publisiti seperti ini. Aku tahu, mungkin ada yang mengatakan publisiti murahan. Maaf. Memang aku tak berniat. Satu perlu faham, banyak portal secara online dan yang mencari rezeki membawa berita, memerlukan cerita. Jadi, cerita aku salah satunya untuk mereka.

Ini bukan kali pertama terkena panggilan atau mesej lucah begini. Dah berkali. Dulu di telefon. Orang Melayu kita, lelaki  yang sering menelefon dan bercakap lucah tu. Rupanya kes yang lelaki melayu yang menggunakan telefon yang bernombor 019 itu, juga sering mengganggu Che Ta dan Azza Elite dulu.

Itu cerita 3 tahun dulu. Kali ini pula, orang ini hantar mesej lucah melalui email pula. ‘Terima kasihlah kerana minat sehingga begitu sekali!’ Hahahhahaa.. Agaknya yang menghantar mesej tu, budak yang baru nak kenal akan dunia seks. Atau baru mula nak membesar.. Atau mungkin juga dari negara luar.

Suami aku ada juga membalas email itu dan mengatakan supaya jangan ganggu isterinya lagi. Tapi, bila dah nafsu menguasai, apa dia peduli. Selang beberapa hari, dihantar lagi. Tak kisah sebenarnya. Tak luak pun. Kali pertama, terasa geli. Kali kedua rasa nak gelak! Gelak dengan perangai orang sakit mental!

Kes yang dulu, selepas aku letakkan nombornya di Twitter, langsung diam. Tidak lagi diganggu. Kata Azah Elite, dia buat laporan polis. Bagi aku, asalkan tak membahayakan, tak apa. Jangan difikir dan diambil peduli.

Untuk kes kali ini, aku letakkan di Instagram, Twitter dan Facebook supaya pelaku ini hentikan kerja-kerja bodoh sebegini. Aku percaya bukan aku sorang yang terima emailnya. Ada lagi wanita atau artis lain. Cuma mereka tak dedahkan seperti yang aku lakukan.

Aku harap dia hentikan. Tak sangka pula, gambar aku diambil oleh Ohbulan dan juga kini mahu ditemubual oleh Melodi. Hmmm… ye lah.. siapa yang tak nak ambil cerita tu. Datangnya dari seseorang yang berada di golongan artis. Aku faham. Tak marah dan tak rasa apa pun. Publisiti yang baik atau yang buruk, ianya tetap publisiti.

Ada juga cerita dari client aku iaitu Glow & Glamour dulu. Katanya gambar aku yang bersaiz sebenar aku, dicuri dari depan salon mereka di Puchong. Aduhhhh.. Habislah aku ‘diperkosanya!’ Takkanlah peminat nak curi. Peminat mereka akan ambil gambar. Yang mencuri gambar yang sebegini biasanya orang yang sakit mental seperti yang aku ceritakan di atas. Rugi juga client aku tu. Nak kena cetak lagi replika aku yang berbaju kebaya dan langsung tidak terdedah!

Oh bercerita pasal terdedah… Amboi.. Laju sungguh mulut gadis bertudung litup yang puas mengata aku di laman Facebook nya! Alhamdulillah… Terima kasih. Jelas tergambar yang iman seseorang atau Islamnya seseorang muslim itu, bukan terletak pada tudung atau pakaiannya. Tetapi akal dan hati.

Sedap juga bahasa dan mulutnya tu. Malas aku nak sebut siapa namanya. Ada yang sampaikan. Ada pun gambarnya di dalam telefon aku ni. Tapi buat apa aku nak buat promosi percuma untuk orang yang berapi mengata aku terang-terangan.

Cukup untuk aku ketahui bagaimanakah indahnya bahasa gadis Melayu dan beragama Islam yang memakai baju mengikut perintah agama. Alhamdulillah.. Banyak pahala disedekah pada aku malam dan hari ini. Terima kasih. Aku perlukannya. Amal ibadah aku tak mencukupi. Solat pun selalu tinggal. Pemurah betul gadis manis ni.

You know what? Itu pendapat dia. Aku tak luak. Aku faham dan aku terima. Ya, betul katanya. Sebab itu Islam menggariskan bagaimana wanita dan lelaki harus berpakaian. Adik manis yang bertudung dan punyai online business, meh sini aku nak bagitahu. Gambar yang kau guna tu, zaman bila adik oi! Ya dulu aku seksi. Aku terima. Tapi rasanya kini, dah banyak aku tutup dan jaga penampilan. Rimas nak pakai seksi bila ramai yang dah bertudung. Rasa macam bogel pula – walaupun baju tu hanya tak berlengan! Ini pendapat jujur aku dan itu yang aku rasa.

Macam ni lah… Pakaian itu memang lah. Tapi kita sebagai manusia ni yang harus menjaga dan membataskan nafsu kita. Sebab itu jugalah ada undang-undang Islam yang menghukum perlakuan sumbang.

Bukan itu saja, ada dosa di mata dan apa saja yang salah yang kita lakukan atau yang kita katakan serta yang tak perlu kita lihat. Apa-apa pun, semuanya berbalik kepada asal kita. Akar kita bagaimana kita disediakan sewaktu kecil dengan pendidikan Islam.

Ada juga satu cerita yang aku nak ceritakan. Mungkin ini bisa mengubah sesetengah pihak bagaimana seharusnya tudung itu dipakaikan. Jangan pula cuba menghukum aku apabila aku katakan ini. Ini cerita benar dari seorang teman. Bila dengar pendapatnya, terus terfikir, patutlah ada garis panduan memakai tudung juga.

Begini.. Ceritanya lelaki Australia yang aku kenali beberapa tahun lalu, pernah menyuarakan hasratnya untuk cuba tidur dengan seorang wanita yang bertudung. Dia beritahu pula bagaimana fesyen tudungnya. Katanya yang seakan kepala besar tu. Yang tudungnya dililit dan di dalamnya seakan ada rambut yang tebal dan banyak!

Aku tak tahu nak gambarkan bagaimana sebab aku tak bertudung. Yang aku tahu ada satu ketika, rasanya beberapa tahun lalu, ada yang suka bertudung seperti wanita Arab yang menampakkan rambut di depan dan di dalam tudung atau selendang itu, diletakkan ‘isi’ seperti bunga atau kain agar ternampak seakan rambut tebal dan berkepala besar. Itu yang aku tahulah.

Kata lelaki yang aku geli bila dengar ceritanya tu; seksi wanita yang bertudung sedemikian. Yewwwww… So sick! Bukankah itu juga dosa apabila menyebabkan seseorang berimaginasi akan cara kita berpakaian? Ternyata pakaian seksi sudah tentu menaikkan nafsu syahwat seseorang. Tetapi nampaknya yang memakai tudung juga tak terkecuali!

Jadinya sekarang ini, adakah kerana berpakaian seksi wahai adik yang mengata pada aku (pada dia saja bukan pada orang lain) atau ianya terpulang kepada nafsu serakah manusia? Cuba beritahu aku semula.

Tidak pula aku kata berpakaian seksi itu baik. Dan bukan juga maksud aku yang bertudung itu semuanya jahat. Kita semua manusia. Tiada yang sempurna. Kau dan aku sama saja. Manusia ada nafsu, ada rasa, ada hati dan ada jiwa. Aku bukan maksum. Kau juga sama kerana kita dilahirkan sebagai manusia.

Bezanya kau dan aku; fahaman kita akan agama. Iman aku dan kau, tak sama. Cara aku dan kau juga lain. Aku ada citarasa aku, dan kau juga sama. Apa yang aku tahu, aku tak suka menghukum orang walau bagaimana pun seseorang itu kerana aku bukan Tuhan.

Aku manusia. Sebolehnya aku elakkan mengata, secara umum mahupun sesama aku dan kawan-kawan. Bimbang ‘tersedekah’ pahala aku yang tinggal sedikit je untuk bantu aku di sana kelak.

Nafsu sendiri; tanggungjawab sendiri dan sendirilah jaga. Jika dah tak tahu nak jaga, itulah jadinya seperti si polan yang menghantar email pada aku tu. Memang dia tak bertanggungjawab!

P/S : Tak sabar tibanya November….

Advertisements

5 Comments on “NAFSU SENDIRI; TANGGUNGJAWAB SENDIRI…

  1. saya faham ape yg kak nurul cuba sampaikan. mungkin org kadang2 niat asal mungkin nak bagi nasihat atau nak menegur cuma kaedah tu mcm dah jadi tak berhikmah. last2 die plak agaknya yang menjana dosa sbb selain menggunakan ayat2 yg x sdap didengar, mengaibkan org pn ada juga. bagi saya mcm nilah, bila kite nampak org buat dosa, ini adalah ujian bagi saya yang nampak dan jugak pada org yang buat dosa tu. kalau saya rasa saya x boleh tegur dgn cara elok dan berhikmah secara lisan, saya akan cuba doakan orang tu dan pesan pada diri sendiri jgn buat bende yg sama. saya xnk dgn cara teguran saya yg x berhikmah tu, akan menjauhkan lagi org dgn agama kita. mmg kite x sempurna, tapi penting utk kite berusaha utk ke arah itu. apa2 pun saya doakan kak nurul sentiasa di dlm rahmat-Nya dan happy selalu.
    🙂

  2. hi sis nurul …..just be urself dear. Take care n wish Ayu a happy sweet 17 birthday. Ayu memang sgt2 sweet.

  3. Wise word dear, love this sentences, “bimbang tersedekah pahala yg tinggal sedikit utk bantu di akhirat kelak”.
    Pohon syer yer nourul.
    All good things, come from allah.
    Semoga kita diberikan hidayah.
    Aaminn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: