SELAMAT HARI KEBANGSAAN, MALAYSIA!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

malaysian-flag

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia ku! Dah 58 tahun merdeka. Alhamdulillah.. Aman dan makmur Malaysia ku. Semoga terus aman dan terus dirahmati Yang Maha Esa.

Negara ini sangat bertuah kerana kedudukan georafinya yang membolehkan semua pedagang dan pelabur singgah sebagai destinasi perniagaan, pelaburan dan juga pelancongan sedari dulu sehinggalah kini. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana keindahannya dan kemakmurannya.

Rakyatnya masih bersatu… Cuma majoritinya sekarang ini mahukan kebenaran dan mahukan pemerintahan yang saksama. Itu biasa. Di mana pun. Di negara lain pun, ada juga.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Kita sebagai manusia, punya fikiran dan rasa. Jadi, jika ada yang dilihat atau difikir tentang sesuatu yang tidak kena berlaku, haruslah disuarakan. Lagipun, kita mengamalkan sistem demokrasi. Semua dari kita ada hak untuk bersuara. Cuma harus memilih dalam cara yang bagaimana. Menggunakan emosi atau akal yang positif serta yang bijak.

Malaysia ku… Politik  mu berada di antara perbualan rakyat jelata di atas beberapa tindakan pemimpinnya. Kesahihannya jelas. Bukti disimpan. Namun, tiada apa yang dapat menghalang andai satu hari akan dikemukakan jua. Kuasa Tuhan, tiada siapa dapat menghalangnya. Percayalah…

Menjadi rakyat, bukanlah mudah. Kita bekerja keras demi kehidupan yang lebih baik. Siapa yang berusaha, dialah yang mendapat. Antara jujur atau tidak, itu pilihan masing-masing. Buatlah sesuatu yag mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri yang pertamanya, kedua – keluarga, agama dan seterusnya negara kita Malaysia.

Sehari dua ini, aku melihatkan semangat rakyat Malaysia yang bersatu di antara 3 kaumnya, aku berbangga dan langsung menghormati mereka yang sentiasa memperjuangkan semangat bersatu dan menghormati di antara satu sama lain. Wow! Amazing!

images-9

Tak perlulah aku nak bercerita lebih. Bimbang ada pula yang salah anggap. Ramai yang faham apa yang aku maksudkan dengan apa yang aku tuliskan di atas. Ada hanya segelintir yang sedikit perkauman di laman sosial, tetapi ramai yang mahu lebih bersatu antara kaum kebelakangan ini.

images-2

Kita punya kaum yang tinggi budaya dan kepercayaan kepada agama masing-masing. Di atas sesuatu yang berlaku sekarang ini, bagi aku, ada juga kebaikan dan rahmatnya. Kita lebih bersatu dan sebulat suara. Rakyat ada hak memohon atau bertanya. Demi masa depan semua dan langsung untuk kesenangan negara.

Ina bertanya pada aku, apa yang aku suka akan negara aku ini.. Bilang aku, dulu sangat mudah untuk aku sebutkan. Kini, aku harus berfikir panjang kerana keadaan kini serta aku mahukan Malaysia menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bukannya apa yang aku suka. Yang dah suka itu, tetap suka. Yang memang disayang, akan tetap dibelai dan berbekas di hati.

Antara yang aku bangga dengan Malaysia, seperti apa yang aku jelaskan di atas. Ada dua atau tiga perkara utama. Yang lainnya kerana budaya dan juga juadah makanan yang ada di Malaysia ni. 3 kaum; banyaklah jenis makanannya. Belum lagi dikira makanan dari negara lain yang dibawa masuk pekerja asing.

malaysia_food-2

Orang Malaysia, bagi aku, sangat baik hati. Kita masih punyai sikap toleransi yang sangat tinggi. Masakan kita mudah membuka pintu untuk orang luar mudah masuk dan menetap di Malaysia. Bukan untuk bekerja sahaja, malah langsung menjadi pemastautin tetap.

Ini maksud aku untuk mereka yang datangnya dari negara jiran yang berdekatan. Kita percaya akan perkongsian yang akan membawa kebaikan seperti Tuhan lebih merahmati andai kita memberi. Mungkin itulah sebab utamanya – bagi aku.

Kita ada rasa tidak puas hati. Kita buat mogok atau tunjuk perasaan. Ada perhimpunan, tetapi tidaklah seperti sikap rakyat di negara lain. Masih ada keamanan. Tidak ada kekecohan yang melampau. Semuanya kerana kita ini masih berakal tinggi.

Malaysia – bagi aku, lebih baik dari negara lainnya. Jika mahu dibandingkan dengan negara lain seperti Perancis, (contoh sahaja sebab aku bersuamikan orang sana) kita lebih jauh bertuah. Ya, kita tidak punyai medikal percuma atau sekolah yang percuma kerana kita tidak dicukaikan seperti di sana.

Rakyat di Negara Perancis harus membayar cukai yang sangat tinggi kerana di sana pendidikan dan medikal adalah percuma. Bukan itu saja, banyak lagi yang diberikan kepada rakyatnya. Bukan sahaja rakyatnya, orang luar juga!

Namun ianya bukanlah sesuatu yang sangat mudah dikatakan. Kita yang melihat, kita rasa mereka bertuah. Sebenarnya kita lebih bertuah. Lebih bagus sebelum ini sebelum wujudnya GST.

Banyak lagi perkara lain yang membebankan juga rakyat negara negara itu yang sukar untuk aku jelaskan di sini. Panjang berjela jadinya nanti. Bagusnya, fokus akan negara kita yang kini telah merdeka selama 58 tahun.

Kita semua harus memandang ke hadapan. Letakkan satu maklamat apa yang kita mahukan untuk kehidupan peribadi dan juga negara kita yang kita sayangi. Aku tahu, kurang sikit sayangnya dalam situasi yang agak genting kini.

Aku kesiankan mereka yang tidak mempunyai kerja atau tidak punyai gaji yang tinggi. Mereka sedikit terasa bebannya disebabkan keadaan ekonomi kini. Kita harus bangkit berusaha untuk kehidupan yang lebih aman dan sempurna.

Soal pemimpin, aku tidak boleh berbicara dengan terbuka di sini. Kita tahu akan situasinya. InsyaAllah, berkat doa semua, akan ditunjukkan dan Allah Maha Mendengar. Dia mengetahui segalanya. Jika kita teraniaya, inilah masa yang sangat baik berdoa sebanyak yang mungkin kerana doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan. Itu janji Allah Taala.

Mungkin ada perkara yang kita tak mampu berbuat apa-apa. Tetapi kebenaran akan timbul juga. Itu sudah resmi hidup ini. Ambil masa, tetapi akan muncul juga. Bersabar memang kunci utama.

Ya, cakap senang. Yang merasa itu, merekalah yang menanggung sakitnya. Adakala Tuhan berikan rasa sakit itu supaya kita berusaha untuk melegakan serta mahukan kita menjadi lebih bagus.

Aku percaya akan “what doesn’t kill you, will make you stronger.”

Apa yang kita perlukan untuk negara kita kini ialah, untuk mendidik dan melahirkan lebih banyak pemimpin yang berkaliber. Yang benar tahu memimpin kerana mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Ini aku tujukan khas buat semua wanita dan para ibu bapa.

quote-to-be-a-great-leader-one-needs-to-have-good-strategies-be-knowledgeable-and-able-to-predict-the-mahathir-bin-mohamad-253735 tun mahathir

Kita harus bersedia untuk masa depan. Pemimpin yang bagus, adalah tunggak utama kejayaan mana-mana instituisi keluarga mahu pun negara. Lebih pentingnya adalah untuk negara. Kita kekurangan pemimpin kini. Pelapis perlu ada jika mahukan masa depan yang lebih baik.

tunku-abdul-rahman-14iStock_000013746771Leadership1-685x320

Tidak ada apa yang lainnya yang aku mahukan. Bersyukur dengan apa yang dikecapi kini dan aku mahu lebih berusaha untuk kehidupan yang lebih baik. Itu bagi aku dan keluarga kecil aku kini.

P/S : Panjang senarainya kalau nak tulis semua yang dimahukan. Tapi malas nak cerita! Sensitif! Fokus kepada apa yang aku miliki. Bukan apa yang aku tidak ada. Bersyukur itu lebih baik!

quote-life-is-a-dream-for-the-wise-a-game-for-the-fool-a-comedy-for-the-rich-a-tragedy-for-the-poor-sholom-aleichem-2696oprah-quotes-123nelson-mandela-quoteBYiBsgDCIAA1wMz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: