MUHAMMAD SHAHRUL AZLAN DAN AKU….

Dah janji.. Kena tepati. Semalam aku berjanji.. Janji bila dah diberi, harus ditepati.. Bagi aku lah.. Sekarang ni lain sikit. Bila dah berumur ni, lagilah… Aku memang banyak dah berubah. Lebih-lebih lagi pula bila berkahwin dengan orang luar.

Bukannya satu perkara yang buruk. Mereka ni lebih berfikiran terbuka tetapi boleh menerima adat negara lain dan boleh dikatakan sangat beradab. Itu suami aku lah.. Orang luar yang lain, aku tak tahu. Suami aku orang timur Perancis – mereka ini lebih sopan. Banyak yang aku pelajari. Tak jauh pun dengan adab sopan orang Melayu kita.

Ramai yang bertanya, macam mana kahwin dengan mat saleh.. Sama saja. Cuma mereka ini lain sikit fikirannya di dalam menghormati wanita. Namun begitu, bukannya tak ada yang berperangai teruk. Ada juga. Sama je dengan lelaki negara kita. Semuanya ada kelebihan dan kekurangan.

Okay dah sedap menulis ni, dah merata berjalannya.. Bukan suami aku yang aku nak ceritakan. Itu boleh cerita lagi nanti… lagi dan lagi… Tak kan habis cerita hidup dengannya. Lelaki yang benar memahami dan menyayangi aku. Aku tahu.. Dia adalah yang terbaik buat aku. Itu aku pasti. Alhamdulillah.. Aku bersyukur…

Walau macam mana pun.. Lelaki ni, biasalah. Melayu ke, mat saleh ke, gelap ke, biru ke, kuning ke – mereka ini sama je. Ada je perangainya. Nama pun lelaki. Asalkan tak miang nak pasang dua tiga, dan tahu tanggungjawabnya sebagai suami; itu sudah memadai – bagi sesiapa saja yang bernama wanita dan isteri.

Okaylah.. terus kepada cerita yang aku nak ceritakan.. Dah lama aku nak tulis pasal seseorang yang aku sanjung dan aku sayangi ini. Biar aku cerita malam ini sebelum berakhirnya bulan Ogos ini! Harijadinya di dalam bulan ini yang menjadikan aku dan hamba Allah ini berada di bawah satu bintang. Kami sama Leo! (Hati-hati!) Sempena harijadinya, aku nak singkapkan kenangan aku dengannya sedari 8 tahun yang lalu..

Nak tulis tempohari tanggal 11 Ogos.. Tapi biasalah.. Masa yang mencemburui aku untuk mengadap laptop aku ni untuk menulis… Jadi, hanya ucapan melalui whatsapp saja yang aku hantarkan padanya sebelum jam terpacak 12 tengah malam. Aku mahu jadi yang pertama ucapkan hari jadi padanya.

Dia bukan darah daging, tetapi keakraban kami cukup membuatkan kami dilihat dan digelar adik beradik seibu sebapa. Macam mana aku dan dia dulu, begitulah aku kini dengan Ina Mohd. Mereka berdua sangat dekat di hati aku.

Adik beradik, itu sudah tentu darah daging. Itu sudah termaktub dan tidak akan putus pertaliannya. Kawan yang dianggap seperti adik beradik pula, satu perkara yang lebih intim.. Lebih sensitif. Ianya boleh melekat di hati sampai bila-bila.

Dah lama simpan rasa hati ni… Tapi aku tak pernah nak tulis. Tak tahu kenapa. Susah aku nak luahkan melalui perkataan. Wah.. macam serius sangat! Hahaha.. Taklah…  Dalam kesibukan jadual harian aku ni.. Susah nak ambil masa lama nak menterjemahkan dalam bahasa yang berbunga atau terlalu indah. Otak dah cramped! Hahahhaa…

Mungkin tak ramai kenal dengan Muhammad Shahrul Azlan… Tapi cukup kenal bila aku sebut nama samarannya DEQ SHA. Dialah yang aku gambarkan di atas, yang sangat dekat di hati aku. Siapa tak kenal dengan nama juru mekap terkenal ini kini.. Dia antara yang menjadi rebutan. Aku turut gembira dengan rezeki diberi Allah untuknya.

Kami menjadi rapat dari tahun 2007 selepas dia menggantikan satu tempat jurumekap aku masa tu yang tidak dapat hadir kerana mempunyai sessi mekap yang lain, yang telah dijadualkan seawalnya.

Seingat aku ketika itu awal tahun 2007. Perkenalan kami itu membawa kepada satu perkara yang sangat manis. Dialah yang sering menatarias wajah aku sehingga aku disukai ramai. Aku kelihatan sangat lain dan bersesuaian dengan warna kulit aku. Dialah yang membawa seri wajah aku itu!

ZED_5174
ANTARA BEBERAPA GAMBAR YANG DI TATARIAS OLEH DEQ SHA

JELITA COVERSHOOT 2 DSC_0270 26062008174 DSC03033 IMG00065 KOSMO - TOUCH UP AIM 1 IN TREND 2 me-library2 Ning-Nurul-2-383x580

Hari istimewa aku dengan Eric, dialah yang awal dulu teruja dengan majlis kami itu. Jangan ceritalah soal make up. Memang tak berkira. Aku tak sangka yag dia akan menaja make up sebagai tanda hadiah kepada aku sempena hari bahagia aku itu. Dia memang menanti hari itu.. Aku sambut dengan air mata apabila diberitahu dia tidak mahu menerima apa apa bayaran sempena perkahwinan aku  itu.

Bukan sekali make up. Tetapi dua kali. Di Kuala Lumpur dan di Bali Indonesia. Segalanya sangat indah. Aku puas…

copy-cropped-copy-cropped-try1.jpg

Bukan saja hubungan sebagai jurumekap dan artis, kami bagaikan sepasang sahabat baik yang sukar dipisahkan. Banyak kenangan aku dengannya. Dialah tempat aku mengadu, dialah tempat aku menangis dan segalanya. Dia… memang kuat melayan aku!

Kebetulan kami punyai citarasa dan fikiran yang sama masa tu. Jadi, kemana saja berdua. Macam belangkas juga!

Masa tu pun, keadaan berbeza. Umur pun lebih muda. Dia dua tahun jauhnya dengan aku. Aku ni memanglah pangkat kakak dengannya. Nama samaran kami : “adik kami” – aku panggil dia; dan dia panggil aku “kakak kami.” Maklumlah, dua-dua kami berasal dari daerah utara. Jadi, panggilan itu menunjukkan betapa rapatnya kami.

Hmmm… seronok bila ingat balik semua kenangan kami bersama. Bagaikan adik beradik.. Pergi bercuti pun bersama. Dia, teman aku di kala aku keseorangan dan kesunyian. Dia tahu bagaimana untuk menjaga hati dan perasaan aku. Dia sahabat yang beritahu secara berdepan andai ada yang salah atau benar yang aku lakukan.

Aku ni memang suka kalau orang suka berterus terang. Dia tahu menyusun ayatnya bila ada sesuatu yang mahu ditegurnya. Jadi, dialah segalanya bagi aku ketika itu sehinggalah kini.. Jika sebolehnya… mahu sampai bila-bila…

Namun… Dalam hidup ini, kita semua punyai komitmen yang tersendiri terhadap diri sendiri dan keluarga. Serapat mana pun kita berkawan, kerana tugas dan tanggungjawab peribadi, adakala membuatkan kita jauh dengan sahabat handai mahupun saudara. Bukannya secara sengaja. Ianya berlaku dengan bersahaja tanpa dirancang – oleh sesiapa pun!

Bukan Deq Sha saja, aku ni lagi lah.. Dah berkeluarga… Ada macam-macam aktiviti..  Dua anak kecil, urusan perniagaan, Zumba .. dan sebagainya.. Ianya membataskan waktu aku bersama kawan-kawan. Yang dekat seperti Deq Sha pun, tak ada masa. Masakan kawan yang jauh tu.. Itu lebihlah jauh jadinya!

Jadual seharian dan tanggungjawab membuatkan aku mudah letih tatkala senja berlabuh – setiap hari. Suami aku pula memang seorang yang pentingkan kesihatan. Jadi, aku pun sama terikut. Biasalah.. Isteri selalunya mengikut suami. Pukul 11 malam, telefon ditutup, lampu rumah pun dimatikan. Jadi, tahu sajalah.. Yang dulu jadi burung hantu tak tidur malam, kini jadi burung tiung tidur awal!

Keadaan semuanya berubah. Aku tak rindukan kawan yang lain yang tidak tahu menghargai aku, diri aku sebagai kawan, masa aku dan seterusnya. Deq Sha memang aku kenang kerana dia berbeza. Dia memiliki hati emas. Suka membantu kawan dan sukar melihat keburukkan kawan. Semua baik dipandangnya.

Ada kawannya, sering menjatuh-jatuhkannya, tapi sering juga diterimanya kembali dan dimaafkan kerana dia mengingati apakah jasa baik kawannya itu sedari mereka sama mula naik sebagai jurumekap. Siapa yang mahu jauh dengan insan yang sebegini? Siapa mahu tinggalkan kawan sebegini…

Rindu aku dengan adik aku yang bernama Muhammad Shahrul Azlan ini, atau lebih dikenali sebagai Deq Sha. Rindu masa kami sering berdua dulu… Seperti dulu… Dia pun dah ada keluarga. Anak pun masih kecil. Sibuk juga menjalankan urusan perniagaan.. Manalah ada masa untuk kami berjumpa selalu. Itu hakikat yang harus aku terima… Aku tahu dia pun terpaksa terima keadaan aku juga kini…

Aku gembira melihat perkembangannya (bukan tubuhnya yang menggempal! Ini boleh buat dia marah! Hahahaha) Aku bahagia melihatnya memberi kasih sayang yang sangat baik buat anaknya. Dia seorang yang penyayang.

Kami jarang bertemu kini… Adakala susah juga nak bersembang di telefon. Aku pun buat salah juga. Suka sangat berkomunikasi dengan pembantunya dan bukan secara langsung dengannya. Kesibukkannya menjadikan aku banyak berurusan dengan orang kanannya. Jadi, komunikasi kami terhad. Aku bimbang andai komunikasi itu rosak dan terbengkalai…

Aku tahu dia ingat akan aku… sama seperti aku mengingatinya. Kami tinggal tak jauh pun, cuma waktu membataskan segalanya. Komitmen kami berbeza kini. Bukan seperti dulu. Bila berkeluarga, kita biasanya akan lebih sibuk dan keadaan memang akan berubah. Begitulah juga kami.

Bukan itu saja, orang lain di sekeliling juga biasanya bisa merubah kita juga andai kita mudah dipengaruhi. Pengaruh berbeza, pemikiran jadi berbeza. Dalam soal ini, aku tidaklah kata adik aku tu berubah. Dia sama saja seperti dulu. Aku yang dah banyak berubah….

Terima kasih adik kami di atas segalanya.. Pertalian silaturrahim, persahabatan, kasih sayang, masa yang diberikan – tak kira siang malam mendengar, membantu berfikir akan sesuatu masalah yang aku alami dulu, menangis, ketawa, berdansa bersama dan sering menggembirakan hati aku yang duka. Terima kasih di atas setiap doa yang dititipkan buat aku agar aku bahagia. Ya, aku bahagia kini…

Semoga Allah terus merapatkan silaturrahim kita, dan aku doakan agar sahabat aku ini diberi petunjuk di dalam apa jua perkara.. soal hidup, soal kerjaya, di beri kawan dan sahabat yang baik sepertinya. Diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Aku tahu, Allah akan beri padanya sebagai balasan di atas setiap kebaikan yang dibuatnya.

Walaupun jauh, kau tetap dekat di hati wahai Muhammad Shahrul Azlan Bin Raof! (matilah dia marah sebab sebut nama penuh di nota umum! Hahhahaa)

Selamat Hari jadi!

IMG00968-20100810-2355 IMG00977-20100810-2359

P/S : Mood emo… kenang mereka yang baik dan sering memberi selagi nyawa dikandung badan!

Advertisements

5 Comments on “MUHAMMAD SHAHRUL AZLAN DAN AKU….

  1. hepy besday deq sha……teruskn persahabatan murni kalian….semoga tuhan memberkati perhubungan itu aamin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: