COME AND PARTY WITH ME!!!

Nak tulis apa ni? Macam tak ada idea.. Bukan tak ada idea macam mana pun… Ada.. Cuma tak tahu nak mulakan yang bagaimana… Dah keliru dan pening kejap semua yang baca ayat aku ni! Hahhahaa.. Inilah dia kalau dah satu hari macam-macam hal kena selesaikan. Dari pagi bangun awal, ke sana ke mari; buat latihan dan sibuk buat kareografi Zumba lagi… Memang ‘pengsan!’

Ya… Memang sibuk benar sekarang… Kalau tak ada show, sibuk dengan anak-anak dan jadual seharian. Lebih ketat dengan aktiviti Zumba yang baru aku adakan. Setiap Jumaat jam 7 malam di tempat tinggal kami di kawasan berdekatan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Terbuka buat semua. Aku yang baru saja dapat lesen mengajar dan bergelar ZIN, memang sangat excited membuat latihan setiap hari.

Ye lah.. Bukan senang nak mengajar orang.. Nak bagi orang suka dan nak tarik perhatian untuk semua mengikuti kelas aku. Aku harus gigih mrmbuat latihan. Aku bukan nak lawan sesiapa, cuma aku mengajar ni, untuk diri aku dan untuk mereka yang benar serius dan mahukan kesihatan yang baik serta tubuh badan yang menarik. Yang penting ‘stay active!’

Buat masa ini aku adakan kelas bersama dengan Zin jemputan juga – sementara aku benar yakin untuk adakan sendiri. Menyanyi lain.. Nak bercakap lain.. apatah lagi nak melompat dan menyusun langkah-langkah yang diajar di dalam Zumba. Tapi apa-apa pun, aku sangat suka dengan aktiviti ini.  Zumba memang best!

Kami lakukannya kerana mahu membantu ramai peminat dan rakyat Malaysia khususnya yang benar mengalami masalah kesihatan dan epidemik kegemukkan. Di Malaysia, peratusan obesiti semakin hari semakin meningkat. Mengikut statistik, melebihi 50% dan secara puratanya, dua orang dari 3 orang mengalami masalah obesiti.

Kena pulak Eric mempunyai pengalaman dan menjalankan perniagaan bersama Herbalife semenjak 25 tahun yang lalu, kami tidak mahu mensia-siakannya. Jadi, kami sama-sama dengan rakan yang lain di dalam Herbalife membuat satu kelas atau acara senaman di kawasan masing-masing bagi menyebarkan kesedaran kesihatan dan pentingnya bersenam.

Kumpulan kami tidaklah besar. Ianya cukup untuk kami pantau siapakah yang punyai kesan yang baik dari acara yang kami adakan dan juga turun berat badan dengan produk keluaran Herbalife.

Aku alukan semuanya untuk hadir. Sudah pasti untuk mereka yang tinggal berdekatan dan yang berada di Kuala Lumpur. Ada 2 acara setiap minggu. Fit Activity bersama Yestowellness adalah pada setiap hari Rabu jam 7 malam dan giliran aku setiap Jumaat jam 7 malam juga.

Sesiapa yang mahu hadir, bolehlah menghantar email ke nurulfa@gmail.com atau nurulwahab77@gmail.com  – sertakan nombor telefon untuk aku dan Ina Mohd hubungi semula.

Haaa… Ada pun perkara nak tulis.. Selalunya macam tu.. Nak tulis lain.. Jadinya lain! Hahahhaa.. Ada je benda nak cerita!

Okay, cerita yang satu lagi, aku akan cerita esok malam! Yang itu memang dah lama aku nak tulis dan nak aku ceritakan… Esok datang kemari lagi ya! Hehhee…  (gelak aku tu bayangkan senyuman muka emoticon purple bertanduk di dalam aplikasi whatsapp! Hahahha)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: