SEMUANYA KERANA NAMA….

Ada saja cerita aku yang disampaikan oleh teman-teman wartawan dan juga rakan terdekat. Rasa macam sehebat PM pula! Eh! Tapi taknaklah cerita hebat seperti cerita derma dan songlap duit! Eh! Terlepas cakap pulak! Hahahhaa… Aduhai… Negara ku.. Malaysia… Hanya doa yang dapat dipanjatkan setiap hari agar semua rakyat dilindungi dan bersabar menempuh dugaan yang maha hebat ini.

Aku sebagai rakyat Malaysia, terasa juga. Rasa marah, (mendidih juga ya!) rasa sakit hati, rasa menyesal undi, rasa geram, dan macam-maca rasa lagi! Rasa hairan pun ada! Haiiiii.. entahlah apa nak jadi. Hanya Allah saja yang mengetahui bagaimana kesakitan yang dirasai oleh semua ketika ini.

Jika aku di atas sana, dimarahi, dicerca, dicaci setiap hari di mana-mana sahaja, (terutama di media sosial); yang berdepan juga aku rasa tak kurangnya melemparkan jelingan tajam – aku pasti aku tak boleh hidup! Bukan kerana aku lemah. Tapi rasa teramat malu dan sia-sia aku hidup kerana ramai sangat yang membenci di atas kesilapan yang aku lakukan.

 

Manusia ini ada tahap baiknya. Nak menghukum pun bukanlah pula selamanya. Mereka akan maafkan juga. Tambahan lagi kalau di negara Islam seperti Malaysia ni. Lebih-lebih lagi hati rakyat Malaysia. Mereka sangat lembut. Ta[i kali ini, lembut itu aku tengok beransur pupus. Hanya amarah yang dirasa.

Aku sebagai artis ni pun, kalau dicaci dan dikata yang bukan-bukan oleh si pembenci, terasa juga walaupun aku tak buat salah apa-apa padanya. Masakan pula kalau melakukan kesalahan seperti menyeleweng dan yang sedaerah dengannya. Aku pasti awal-awal lagi dah lari jauh-jauh dari semua yang membenci. Menyorok jauh-jauh!

Itu aku .. dan hanya pendapat aku lah.. Orang lain, manalah kita tahu hatinya dan apa yang difikirnya. Biarkan saja. Bertabahlah wahai Malaysia ku. Apabila di dalam keadaan begini, hati sering diganggu rasa bimbang. Bagaimana semuanya ini akan berakhir? Sampai bila? Bukan nak sebelahkan sesiapa, cuma aku rasa adakala kita perlu mendengar nasihat mereka yang telah dulu melalui dan berpengalaman.

Jika dah tersalah tadbir, nak buat macam mana. Masa dah tak boleh dikembalikan. Semuanya telah terlanjur. Lepaskanlah saja…

Hati sangat sedih. Aku tahu, yang lain juga sama. Terasa hampa dan segalanya hambar kerana bimbangkan bagaimanakah hari-hari yang bakal mendatang. Tak apa… Asalkan kita semua masih bersatu. Berdoalah sebanyak yang mungkin. Kita tahu akan kekuatan berdoa. Lebih hebat jika bersolat hajat.

Minta pada Allah. InsyaAllah akan diberinya. Doa orang teraniaya lebih makbul. Itu janjiNya. Marilah kita berdoa dan meminta… Demi negara dan kita semua. Minta diberikan yang baik-baik dan diberikan petunjuk kepada semua. Tiada siapa dapat menghalang kuasa Allah walau sebesar mana pun pangkatnya…

Eh.. terbawa-bawa pula cerita ke lain! Nak bercerita hal lain.. Hahahha.. Emosional sikit kebelakangan ini. Tahu ajelah kan. Aku tahu, bukan aku sorang yang macam tu. Kita semua mendidih! Hahahha.. Suka aku guna perkataan tu. Tiba-tiba pula famous perkataan tu lately ni! Hahahaha.. Jangan nak mendidih sangatlah!

Ramai juga ya yang mendidih (mendidih lagi – padahal takdelah mendidih macam mana pun. Saja nak guna! Hahaha) apabila aku putuskan untuk menambahkan satu abjad di dalam ejaan nama aku. Macam-macam reaksi yang aku dengar! Hahahaa.. Adakala rasa nak ketawa .. Ada tu rasa hairan… Aduhai… Ada yang emosional mengatakan dulu dia minat aku. Tapi kerana tukar nama, dia terus tak suka!

Tukar nama?! Nama apa?? Mary? Diana? Nancy? Janet?? Hahhahaa… Aduhai.. Sebelum nak bagi kenyataan apa-apa tu, bacalah dulu. Ambil tahu sikit supaya tak nampak yang diri tu sedikit errr…. apa perkataan baik dari ‘bodoh’ untuk digunakan? Kasar pulak aku rasa kalau guna perkataan bodoh. Tapi sedikit sebanyak, itulah maksud aku. Hahaha…

Mana ada tukar nama.. Hanya ejaan. Bunyinya tetap sama. Adoiiii… Baca betul-betul. Suka buat lawak diaorang ni! Aku dengan Ina tiap-tiap hari ada saja nak ketawa bila baca komen yang diberi. Selalunya di Facebook lah! hahhaa…

Ceritanya nak tambah ejaan tu, sebab suami aku dari mula aku bertemu dengannya, ejaan nama aku yang diletakkan di telefon bimbitnya ialah Nourul. Nama aku pula didaftarkan bermula dengan Noorul. Jadi, fikir aku, nak ambil berkat keduanya untuk projek yang akan datang, aku putuskan untuk membuat ejaan baru iaitu ‘Nourul Wahab Depp.’

Cuba beritahu aku, di mana perbezaan di antara Nurul Wahab Depp dan Nourul Wahab Depp? Bunyinya sama kan?! Ada nama aku, ada nama arwah abah aku, ada nama keluarga suami aku. Lengkapkan?

Hmmm… Macam-macam si pemberi komen. Aku ketawa bila disampaikan oleh wartawan hiburan Pancaindera minggu lalu di dalam wawancaranya. Katanya macam-macam komen yang ditulis di forum cari.com! Hahhahaa… Sangkaan aku sangat tepat. Setiap cerita yang ada, mesti dibincangkan di sana. Adakala boleh dijadikan hiburan ringan bila membaca komen yang sedikit lawak.

Tak apalah.. Yang suka dan tak kisah tu, akan tetap sama menyokong. Yang tak suka tu, aku tak mampu nak buat mereka terus sukakan aku. Biarlah… Aku tahu tak semua orang sukakan aku pun. Mereka ada alasan mereka yang tersendiri. Macam aku sering katakan.. Kalau tak suka, jangan ambil tahu, jangan baca apa pun yang aku tulis atau aku bagi kenyataan di mana-mana. Tak sakit mata, tak sakit hati.

P/S: Sakit hati, sakit jiwa, sakit mata, buta hati… Kabur mata…, pentingkan diri sendiri… siksa diri, makan diri. Segala yang bersangkut paut dengan negatif, akhirnya membawa kehancuran. Hidup punyai cerita tersendiri. Jangan hanya fikir poket sendiri. Ingat juga kehidupan yang lainnya di kemudian hari.. Di sana menanti. Lebih makan diri dan makan hati. Menyesal tiada gunanya lagi.

Advertisements

14 Comments on “SEMUANYA KERANA NAMA….

  1. Salam nurul. I love you and all your work since the beginning. Ehem2 baru2 nie i ada terserempak dgn bekas x u kat penang. masa tue i tgh dinner dgn my family at 1 restaurant nie. i nampak dia bermesra-mesra siap kiss-kiss bagai dgn sorang perempuan kat restaurant tu. I ingatkan itu wife dia, rupanya husband i cakap perempuan tu bukan wife dia, dah la perempuan tu pakai baju like a slut. i malu dgn anak-anak i lihat gelagat mesra diaorang kat kedai tu. dia dan perempuan tu langsung tak fikir orang sekeliling. geram i masa tu. tuan punya restaurant tu pulak seem to be their friend. my husband tunjuk pic wife dia (liza) from his ig kat i. pada i wife dia lagi cantik dari perempuan tu. my husband cakap dia dah banyak kali nampak perempuan tu disitu dgn your x. diorang memang dah lama scandal katanya. I paling benci lelaki curang. Thank god u dah tak dengan dia.

    • Wsalam aida. I don’t know what to say. Atau may be itu somebody look like him? Ramai sebenarnya Muka macam dia. Other than that, I don’t have to comment anything. Aida Faham kan apa maksud Nourul hehehe… thanks for all the support. Love you.

  2. sabar ye kak nurul… manusia memang x akan berhenti mencari salah orang lain sedangkan kain sendiri terselak….

  3. Nourul, i suka ejaan baru ni. Nampak lebih fresh, lain sikit, senang org nak ingat. Sesuai la untuk projek baru. Tak dak apa yg salah pun, tambah sikit ejaan ja, tu pun depa ni kalut..hehehe. Bunyi tetap sama, org nya pun sama. Pikiaq baik2, niat baik2, insya allah, yg mai pun nanti baik2 juga. Syayanggggg nourul!

    • Alhamdulillah. Thank you dear sue. Ya Itulah dia. Tak apa. Nanti fahamlah tu diaorang tu. Thanks for all the support. ♥

  4. Itulah karma. dulu dia hancurkan rumahtangga org, sekarang rumahtangga dia pulak. sekarang baru ramai yang dah nampak siapa salahkan nurul.

  5. Apa nak hairan aida, sya sendiri pun ada terjumpa dgn pak abu tu kat queensbay mall baru-baru ni siap holding hands lagi. cuma tak sempat nak bergambar je lau tak mesti kecoh. Tak tahulah itu perempuan yg sama ke tak. Pak abu tu ingat orang tak kenal muka wife die ke dan memang confirm itu pak abu sebab sya dalam satu kedai dgn die kat mall tu. Bersayang sayang gitu. Dunia nak kiamat camni la. Maksiat pun dah boleh buat terang-terangan.

  6. Really. Tak takut org nampak ke. Kalau tak silap wife baru die pun org penang gak kan. Takde org report kat wife die ke. Artis pakai seksi ramai ustazah segera fb yg tazkirahkan. Jantan ngan pompuan sundal buat maksiat depan2 semua diam.. dunia oh dunia..

    • Salam Mariam
      I like your comment! You are right! Saya dah tak berani nak kata apa dah sebab saya diadili dari luaran saya. JAdi, diam saja. Saya berserah pada Allah. Level pengetahuan agama dan iman kita semua, tak sama. Kita tak boleh nak judge orang dari luaran saja. Tak semestinya nampak liar di luar tapi dalaman kosong.. Begitu juga sebaliknya. Apa-apa pun, kita semua manusia. Tiada yang sempurna. 🙂

  7. Luv ur name sis… ala apa la hai nak bising ngn ejaan itu.maksudnye ttp sma… 🙂 one of my fren d pejabat nik noorul husna. Takdak org hingaq pon aih. Takkan pasai sis artis apa saja nak hingaq..unfair sungguh.. hahaha..emo pulak kte…eh2, sakit pulak ht kte wak..hahaha
    (Ok da kotakan janji nk drop by n stalk latest update blog sis) ^^

  8. I pernah nmpk X u ngan sorang pompuan kat airport penang. Tapi X u sorang jer yg msuk balai berlepas. Salam cium tangan. X u siap cium dahi pompuan tu. Nmpk mmg sweet sgt. Tak tahu la pompuan sama mcm awk awk ni nmpk ke tak. Da perasan dorang dua dari masa kat luar airport lagi. Pada i pompuan tu sgt sgt cantek, tak pandan langsung ngan X u tu. Sibuk sibuk usha pompuan tu gerak kluar dari airport, anak i pulak terlanggar pompuan tu. Dia sempat stop tanya anak i ‘are u ok handsome boy’. Dari percakapan dia, mmg bukan org melayu. Da tgk dekat mmg mcm omputih. Yg pasti nyer mmg tak shesuaiiii tak padan ngan X u tu! Jauh beza ngan bini dia liza tu yg imeg mcm makcik makcik dan muka sombong. Apa apa pun i harap nurul dan dia happy ngan hidup masing masing skrg ni. Always love u and kerje kerje u Nurul! Keep it up

    • Salam Khaisara
      agaknya wajah sama kot…. (cuba berfikiran baik hehehe) Tak tahulah saya. Rasanya rumahtangga mereka sangat happy. I’m not sure since I’m not in contact with him. Jika benar, saya tak suka juga kerana isterinya cukup baik menjaganya – dari pandangan saya. Bukan jaga dia saja, anak kami juga. sigh…. tak tahulah saya. Tak mahu komen dengan lanjut. Nanti kena ‘stop it’ lagi!
      Saya dah tak ada apa-apa kaitan lagi dengan mereka dan saya jugatak mahu dikaitkan lagi. Saya harap Allah beri petunjuk dan diarahkan segalanya ke jalan yang benar. Andai salah yang dilakukan, maka in sya Allah, Allah pasti akan tunjukkan. Saya tahu kerana saya dah lalui. Allah maha mengetahui segalanya. Dia akan bersama dengan mereka yang diperdaya dan teraniaya. Jadi, sama-sama kita berdoa dan semoga kaum wanita tidak ditindas dan tidak dipermainkan. Sedihnya hal begini, wanita juga yang bergaduh sama sendiri demi seorang lelaki dan wanita juga yang sering menjadi mangsa. Berserah dan redha adalah lebih baik 🙂
      Thanks for all the support. May Allah bless and love you too ❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: