FASA BARU… PERALIHAN USIA!

4 Julai… hari ni dah pun 10 Ogos…  Saja biarkan lama-lama… Kali ni ‘bercuti’ dari menulis. Saja beri perhatian pada yang lain. Sebelum ini Ramadhan, kemudian Syawal… Memang cukup masa untuk merenung segala kekurangan dan adalah sedikit melakukan kebaikan. Tak ada banyak mana pun… Harap-harap tahun hadapan masih ada usia yang boleh dikandung badan agar dapat kecapi bulan yang mulia itu lagi. InsyaAllah….

Setiap kali datang Ramadhan dan Syawal, ada sahaja pengajaran yang diberikan. Kali ini lebih telus dan terang. Kena belajar, kerana sudah berkali ditunjukkan. Jangan diabaikan lagi petunjuk itu. Nanti jadi lain pula. Maksudnya, jangan dibiarkan diri dipermainkan lagi. Ini dalam soal berkawanlah..

Aku benar ambil masa merenung segalanya. Kehidupan secara peribadi dan di dalam kerjaya. Usia pun semakin meningkat. Bukannya semakin muda. Bila tiba di satu-satu usia itu, pemikiran juga sedikit berubah dan terasa sedikit matang. Biar hati rasa muda, tetapi fikiran tahu akan realiti usia dan sentiasa mahu perbaiki kelemahan serta memilih apa yang kita mahu dan apa yang mahu dijauhkan.

 

Bukanlah mahu menjadi sempurna.. Kenyataannya tiada sesiapa pun antara kita yang sempurna. Nama pun manusia biasa. Kita lakukan kesilapan dan sebagainya. Ada beberapa kesilapan itu, harus dipelajari dan diperbaiki. Biar hanya berlaku sekali. Kalau berlaku lebih dari dua kali, itu namanya kebodohan diri sediri kerana dah tahu, tapi biarkan ianya berlaku lagi.

Masa… Harus dihormati selagi ada. Bukan hanya untuk diri sendiri. Tetapi untuk mereka yang lain juga. Andai berjanji waktu, sebolehnya biarlah tepat kerana yang berjanji itu menunggu. Dia korbankan waktunya untuk bertemu. Jadi, haruslah hormati waktunya dan juga waktu kita. Bukan dalam berjanji temu saja, tetapi waktu yang diperuntukkan untuk kita, seharian. Waktu itu sangat penting. Hargainya selagi ada.

Sekarang ini masa sangat pantas berlalu. Jika tidak dihargai dan tidak digunakan sebaiknya, ianya terbuang begitu sahaja. Satu pembaziran…

Aku rasa usia aku yang telah menjengah 38 tahun tanggal 27 Julai yang lalu, membuatkan aku sedikit berubah. Bukan melupakan apa yang telah aku pelajari dan lalui. Itu tetap menjadi satu azimat untuk  masa yang akan datang. Pengalaman di dalam hidup ini bagaikan satu gulung ijazah!Harus disimpan sebaiknya. Jauh sekali membuang teman yang sering di sisi tatkala kesunyian dulu. Tidak sama sekali. Jasa mereka aku kenang sehingga mati.

Aku mahu lebih menghargai siapa teman, tahu siapa lawan. Tahu menghargai kawan, menjauhi lawan. Menghindarkan kesakitan perasaan yang disengajakan atau pun tidak disengajakan. Bukannya apa, dah tak larat merasai kesakitan yang diciptakan oleh orang lain. Sampai bila nak biarkan diri sendiri disakitkan.

Menghargai teman yang tahu menghargai aku semula. Ini yang paling penting. Setiap kita ada harga diri. Hanya teman yang benar mengenali, tahu akan apakah harga atau ‘value’ teman lainnya. Siapa yang harus dijaga hatinya, dan siapa yang hanya boleh di ‘hi hi.. bye bye!’

Mungkin kerana suami aku pakar motivasi; mengajar dan menunjukkan apa yang perlu apa yang tidak di dalam kehidupan ini. Itu yang membuatkan aku banyak berfikir. Kini aku lebih faham apa yang cuba disampaikan selama ini.

Maksud aku, di dalam percampuran sesama insan. Bukan juga mahu dikawalnya. Tidak sama sekali. Tetapi mahu aku lebih melihat siapa yang boleh dipanggil kawan. Malah, dia mahu aku lebih gembira memilih apa yang mahu aku lakukan asalkan tidak membawa keburukan kelak.

Pilihan yang bagaimana, dan apa yang harus difikirkan selain dari ambil tahu perkara yang tidak membantu perkembangan minda. Contohnya, melihat gosip, membincangkan soal-soal yang tidak membawa hasil.

Dah 5 tahun aku kenalinya. Aku rasa apa yang dia belajar dan lakukan itu sangat berhasil. Dia seorang yang sangat fokus dan punyai disiplin. Jadi, haruslah aku contohi. Lagipun, dia suami. Perlu aku ikuti tunjuk ajarnya yang baik. Kami sama-sama membimbing.

Aku tahu aku banyak berubah selepas bertemu dengan suami aku, Eric Depp. Ini yang aku mahukan selama ini. Seorang yang sangat positif dan tahu apa yang dimahukan di dalam hidupnya. Berusaha keras untuk keluarganya serta mahu sentiasa berjaya supaya mempunyai gaya hidup yang lebih baik. Semuanya demi anak-anak dan masa depan.

Aku bukan aku yang dulu. Aku mahu lebih baik dari semalam. Jika dulu terlalu emosional, kini, aku mahu lebih rasional. Dulu mungkin aku kurang faham atau sentiasa ‘blur’; kini aku mahu penglihatan aku lebih tajam melihat yang halus dan tersirat. Aku hanya perlu lebih cerdik berfikir.

Jika dulu aku hanya mengikut dan sering menunjukkan aku faham akan keadaan serta situasi orang lain; kini aku mahu tunjukkan yang aku tak faham. Bukannya apa.. Bimbang aku dipijak dan disakiti. Itu sahaja. Aku ada hak untuk menjaga diri dari kesakitan. Bukan aku sahaja. Malah semua yang bernama manusia.

Dulu, fikir aku berbuatlah baik. Kerana yang baik akan diberikan semula pada aku. Bukanlah bermaksud aku nak buat jahat pula. Tetapi hanya berpada. Lebih berfikir terlebih dahulu sebelum memberi sesuatu reaksi kepada sesiapa pun. Tak semua orang berfikir seperti aku dan tak semua orang faham dengan apa yang cuba aku sampaikan.

Bukan mahu menjadi sombong.. Tetapi biarlah ramah itu berpada-pada kerana tak semua orang suka pula bila terlalu baik sangat melayan setiap karenah sesiapa saja yang berlalu di depan aku. Kawal sedikit supaya tidak disalah erti.

Jika dulu aku sering menunduk… Kini aku mahu sedikit tegas. Bukannya garang, tetapi cukup untuk membuatkan sesiapa yang berurusan faham akan sesuatu situasi atau apa yang aku mahukan. Tegas tidak bermaksud perlu bongkak atau sombong.

Semuanya demi menjaga hati sendiri. Kalau kita sendiri tak jaga diri sendiri, siapa lagi nak jaga. Memanglah ada suami untuk ‘protect’ tapi diri sendiri perlu tahu juga bagaimana mahu menangani pelbagai acara dan karenah di luar sana.

Tidak semua faham akan apa yang aku cuba katakan ini. Anggap sahaja ini luahan fikiran aku. Dan boleh juga diambil sebagai ‘peralihan usia.’ Aku percaya bukan aku sahaja yang sebegini. Ramai lagi yang lain di luar sana yang mungkin mencapai kematangan akal serta melakukan beberapa perubahan terhadap pemikiran, sikap dan fizikal.

Dalam fasa ini, ianya agak sukar. Kerana ada teman yang boleh memahami dan ada yang tidak.. Ketika ini lah juga aku bisa mengukur siapa yang matang dan siapa yang tidak.  Siapa yang boleh terima dan siapa yang rasa aku berubah serta tidak mahu memahaminya. Di sini jugalah aku dapat mengukur apakah harganya sebuah persahabatan, serta lain-lainnya.

Satu lagi fasa belajar dan harus mendalami… Segalanya!

P/S: Rindu akan seorang teman.. Dia sangat istimewa di hati. Di kala aku susah, sentiasa disisi. Menangis, ketawa, …. teman mendengar dan segalanya. Bila bersedih, dialah dulu memberi bahunya untuk menyandar.. Didoakan yang baik-baik… Bila tiada lagi duka.. dia menjauhi. Kata orang teman duka sukar dicari.. Tapi kes ini.. Teman gembira, menghilangkan diri! Tak apalah… Mungkin ada temannya yang lain kini sedang berduka dan memerlukannya di sisi. Untunglah temannya tu!

Advertisements

4 Comments on “FASA BARU… PERALIHAN USIA!

  1. Happy belated birthday nourul!
    Birthday kita sebelah2…i’m on 28th July. Anyway, all the best to u, moga Allah makbulkan apa yg dihajati..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: