BERLAWAN EGO…. MAKAN DIRI…

Assalamuaalaikum dan selamat berpuasa buat semua pembaca serta pengikut aku di blog ini dan juga semua peminat di  mana sahaja kamu berada. Semoga Allah menerima semua amal ibadah kita, aminnn…

Alhamdulillah sekali lagi kita semua dapat menikmati Ramadhan Kareem bagi tahun ini. Diberikan usia sehingga kini untuk beramal dan beribadah kepadaNya. Terima kasih Allah. Aku tahu, aku bukan hamba Mu yang terbaik. Namun aku tahu, Pencipta ku lebih mengenali siapa aku, luar dan dalaman ku.

Ampuni dosa-dosa ku, dosa suami ku, ibu bapa ku yang melahirkan ku, saudara mara ku, guru-guru ku, sahabat-sahabat ku serta semua saudara Islam ku… Amiiinnn….

Bila bangun pagi sahur macam ni, teringat pula kenangan berpuasa di Mekah dulu. Aku dapat merasai bagaimana indahnya menjalankan ibadah puasa di kota suci itu. Bagaikan satu pesta apabila malam hari sehinggalah subuhnya. Sangat indah pengalaman itu. Satu ketenangan yang sukar digambarkan. Ianya adalah sesuatu yang kita semua mahu miliki di dalam hati dan jiwa masing-masing.

Boleh kalau mahu mendapatkan ketenangan itu. Ada caranya. Kita tahu, solat adalah seperti meditasi. Dan zikir adalah sesuatu yang bisa mendamaikan hati dan fikiran. Aku cuba mendalami bagaimana mendapatkan khusyuk ketika berzikir.

Masa yang aku lakukan, ketika baring sebelum tidur atau ketika sedang menidurkan anak-anak. Ini bukan nak tunjuk baik atau nak beritahu amalan aku ya. Jauh sekali niat nak menunjuk. Saja nak kongsi kerana aku tahu ada beberapa hamba Allah yang kurang tenang.

Cubalah lakukan apa yang aku sampaikan di atas. Mungkin boleh membantu serta insyaAllah Dia Yang Maha Esa akan memberi petunjuknya ke atas apa yang kita nak tahu, apa yang kita buntu atau kita sedang mencari kepastian akan sesuatu perkara. InsyaAllah kebenaran akan diberikan oleh Nya. InsyaAllah…

Itu aku pasti dan percaya amat akan kekuasaan Allah Taala. Lebih-lebih lagi di dalam bulan yang baik ini. Bulan ini bulan paling baik di antara 1000 bulan. Jadi, lakukan segera. Minta apa yang dimahukan.

Amboi.. bukan main pula aku ni bercerita bab agama. Macam lah baik sangat kan hehehe.. Aku pun macam kalian juga. Kita semua sama je. Ada saja buat salah. Nama pun manusia. Jauh sekalilah dengan perkataan sempurna.

Saja aku bercerita begini kerana aku masih lagi menerima satu komen di belakang entry yang aku tulis sebelum entry ini. Nampaknya dia masih tak puas hati. Katanya hentikanlah memburukkan nama orang lain.

Aikkkkk… Tolong jawab sekejap wahai semua pembaca, serta sahabat-sahabat aku di sini… Bila masa pula aku memburuk-burukkan orang lain. Memang aku punyai platform untuk menyuarakan pendapat. Ingat ya.. PENDAPAT serta berkongsi pengalaman yang telah aku lalui – yang mungkin bisa dijadikan rujukan beberapa hamba Allah di sini yang mungkin berada di dalam situasi yang sama dengan aku. Tak kiralah dalam hal apa sekalipun.

Kalau nak memburuk-burukkan orang lain, dah lama aku buat. Di dalam novel aku yang aku tulis dalam tahun 2007, (adapun kat sini) dah pun aku burukkan berguni-guni dan berlori-lori! Buat apalah aku nak membuka pekung orang lain atau memalukan mereka. Walaupun apa yang mereka-mereka itu buat, sangat menyakitkan minda dan jiwa aku.

Tapi tidaklah pula aku kategori sakit jiwa macam hamba Allah yang dok cuba juga menyatakan pendapatnya akan cara aku menjaga anak sulung aku. Jangan ditolak lebih-lebih. Ingat, Tuhan itu ada. Jangan nanti anak aku sendiri yang jawab, sakit pula hati kamu tu.

Kalau kenal bapa anak sulung aku tu, maka kamu akan tahu juga bagaimana cara anak aku tu akan cakap pada kamu. Nanti takut kamu langsung masuk hospital mental! Jangan main-main dengan kenyataan hidup orang lain yang kamu belum pasti kebenarannya.

Soal peribadi orang, jangan disentuh walaupun dah dengar cerita atau dah melihat. Adakala, tak sama dengan apa yang kita fahami. Manusia ni macam-macam ragam. Tak kiralah lelaki atau wanita. Cerita adakala, diterbalikkan, atau direka. Jadi, hati-hati.

5 hari aku jauh dari media sosial kerana aku dan suami melakukan sessi bina diri – sama dengan muhasabah diri juga. Banyaklah yang mahu kami berdua baiki dan pertingkatkan di dalam soal kerjaya, perniagaan, peribadi, anak-anak dan juga di dalam perhubungan antara kami serta sahabat-sahabat kami.

Ini memang kami lakukan. Dulu hanya setahun sekali. Hanya di setiap hujung tahun. Tapi bagi tahun ini, kami lakukannya dua kali kerana kami mahu menaikkan lagi taraf dan cara hidup kami sekeluarga.

Jadi, bila jauh dari sosial media, jauhlah juga dari beberapa perkara serta berita. Satu berita yang menangkap aku, ialah cerita Adik Yaya, perceraian ibu bapanya dan apa yang dilakukan kepadanya. Sangat menarik perhatian aku kerana ada beberapa antara kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku apabila berlakukanya perceraian yang melibatkan anak.

Haaaaa.. sesuai benar aku nak huraikan di sini mengikut pengalaman sendiri, dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan serta wanita lain yang telah melalui situasi yang sama. Aku terpanggil kerana ramai sangat di luar sana tu menghukum ibu Adik Yaya.. Lancang benar pendapat dan luahan para ‘keyboard warriors’, dan tak kurang juga yang seakan menjadi Tuhan memperkatakan itu ini.

Kalian barangkali tidak tahu kenyataannya. Ini di antara beberapa yang mungkin beberapa pihak tidak faham apabila berlakunya perceraian. Tak kira lelaki atau wanita, bila ditinggalkan, anak-anaklah yang sering dijadikan bahan ugutan untuk menyakitkan lagi hati pasangan yang mengambil keputusan untuk meninggalkan.

Berlawan ego untuk kepentingan diri sendiri. Percayalah.. Aku tulis soal ini kerana aku tahu. Aku dah lalui. Dan ini bukan pula untuk memburukkan sesiapa. Ini kebanyakkan yang berlaku di antara kita, orang Islam, orang Melayu dan orang Malaysia. Banyak yang aku dengar kes-kes seperti ini.

Bila bercerai, suami sering mengugut dan mengambil anak. Terutamanya apabila si isteri yang meletakkan tanda noktah. Kenapa? Kerana mereka tahu, anak-anak adalah kelemahan para ibu dan wanita. Bagi mereka, itu caranya untuk puaskan hati mereka serta dapat menyakitkan hati isteri yang mahu meninggalkan. Biasalah, bila dah sakit hati, kena bagi orang lain sakit hati juga. Itu perkara biasa.

Aku sering menasihatkan para sahabat yang melalui perkara yang sama. Berpegang teguh pada Allah Taala. Dia tahu hati dan perasaan ibu. Beri sahaja kemenangan itu kepada lelaki yang mahu berlawan ego dan mengambil anak. Bagi dia menang. Tapi hati memang kena betul-betul kuat. Memang susah nak buat.

Memang orang lain, saudara mara malah ada kawan-kawan, yang akan melihat kita buruk. Seakan ibu yang tak ada perasaan. Kita kejam meninggalkan dan sanggup buat anak macam tu. Ingat, kita tak buat apa pun. Kita mahu anak kita. Tapi kita diugut. Jika berlawan ego, akan lebih teruk keadaan dan diri sendiri.

Bagi menang.. tak apa. Dia akan beri juga pada kita untuk menemui anak kita tu nanti. Aku bernasib baik kerana diberi giliran seminggu sekali anak aku bersama aku dan ianya ditulis di dalam perjanjian perceraian. Walaupun pada mulanya……… biar aku simpan saja. Nanti dikatakan pula cuba menyebut dan memburuk-burukkan bapa anak aku. (Ingat! Stop it!!) Hahahhaa…. (dan ini bukan meratib-ratib kisah bekas suami ya!)

Bagi kes Adik Yaya ni… Aku kesian.. Kena pula dia dapat ibu tiri yang seakan iblis. Wanita seperti ini boleh dipanggil binatang. Nak samakan dia dengan haiwan apa pun boleh! Kejam ya amat! Bapa kandungnya pula, memang dungu. Apa, tak ada mata untuk melihat anak yang semakin surut atau yang sedang kesakitan akibat dipukul? Apa yang bengap sangat?

Ugut lagi bekas isteri tu nak ambil anak.. Pilihlah lagi perempuan yang macam tu yang sampai sanggup buat begitu pada anak kamu. Buta agaknya… Ini benar buat aku marah. Kalau sekalipun memukul anak yang dah besar pun kita rasa kesian. Ini pula anak yang berusia 5 tahun.

Gelap masa depan anak perempuan yang menjadi mangsa keegoan bapa sendiri. Apa salahnya buat persetujuan bagi anak seminggu sekali kalau sekalipun taknak bagi sebulan dia tinggal dengan ibu kandungnya.

Mungkin sekarang dah puas hatinya menyakitkan ibu Adik Yaya dengan melihat anaknya sedemikian dan bakal menerima hukuman… Isshhhh.. Memang sakit hati! Cetek betul pemikiran orang yang macam ni! Kamu tu lelaki.. Sepatutnya lebih pandai kerana Allah beri akal yang lebih pada kamu!

Bagi aku, kita wanita ni, bila dah diugut sebegini, dihalang berjumpa anak; kita akan cuba juga untuk meminta dan merayu bekas suami supaya dia berfikir akan keputusan yang diambilnya. Kebiasaanya sukar bagi lelaki seperti bapa Yaya ini untuk berfikir atau menerima rayuan bekas isteri. Bila diri dikuasai ego dan rasa marah serta sakit hati, memang tak akan tercapai akalnya untuk berfikir dengan baik.

Bila dah berkali ditanya, jawapan yang diberi langsung tidak membantu; memanglah akan timbul rasa buntu dan tak ada lagi jalan untuk menyelesaikan masalah anak. Apa yang berlaku kepada si ibu? Diam kan diri seketika. Biar dia fikir. Ini majoriti yang dilakukan kaum ibu.

Namun, kebiasaannya juga… bila kita diam.. Masa tulah digunakan olehnya untuk memburuk-burukkan kita lagi. Mulalah dikatanya ibu tak ingat anak. Beranak pandai. Tinggalkan dia kerana mahu kebebasan dan tidak mahu bertanggungjawab kepada anak.

Ini kata-kata yang biasa digunakan lelaki-lelaki hangsuang yang tak fikir panjang. Lagipun bercakap begitu kerana mahukan simpati masyarakat sekeliling. Dialah yang paling baik kerana menjaga anak selepas ditinggalkan. Padahal apa yang manusia lain tak tahu cerita di sebaliknya, dialah yang penyebabnya berlakunya situasi sedemikian. Tak payah nak tunjuk baik sangatlah!

Agaknya lelaki seperti ini lupa yang Allah itu wujud. Dia ada dan akan tunjukkan juga kebenarannya satu hari nanti. Tak ke malu bila nanti semua orang lain dah tahu akan kenyataan berlakunya hal yang dia ciptakan sendiri. Contohnya, cerita Adik Yaya inilah.

Kita manusia, memang punyai rasa ego. Itu biasa. Tak ramai boleh menerima ‘rejection’. Samalah juga soalnya dengan bapa kepada Adik Yaya apabila ibunya memutuskan untuk bercerai. Setiap kali berlakunya perceraian, bagi aku, ianya adalah salah kedua belah pihak – suami dan isteri.

Tiada siapa yang baik atau tiada siapa pun buruk. Cuma perjalanan perhubungan mereka terhenti di situ kerana mungkin tiadanya persefahaman, dan tiada lagi kemesraan. Kepada yang tidak merasai atau melalui, memang kita takkan tahu. Kita akan ambil sebelah pihak saja.

Ingat, perceraian adalah kesalahan suami dan isteri. Masing-masing buat salah sehinggalah berlakunya perceraian. Cuma yang sedihnya apabila ibu atau bapa yang agak kurang cerdik dan meletakkan ego di hadapan bagi melawan sakit hati. Langsung menjadikan anak sebagai satu senjata. Masing-masing mahu menyakitkan hati masing-masing dek terlalu sengsara kerana perhubungan yang dibina tidak sampai kepada apa yang diimpikan.

Bercerai itu dibenci Allah. Tapi dibenarkan sekiranya bisa memudaratkan diri suami atau isteri. Ini yang aku kaji dulu kerana takut akan kenyataan Allah membenci. Selalunya perempuan yang akan mengkaji lebih sekiranya berlaku sesuatu perkara. Bukan nak menangkan kaum hawa. Tapi itulah kenyataannya. Aku tahu.

Bagi orang lain pula yang tidak melalui perceraian dan kes seakan ini, jangan pula menjatuh hukum yang bukan-bukan. Aku dengar, macam-macam dikatakan kepada ibu Adik Yaya. Kamu tak melaluinya, kamu tak tahu. Jadi, jangan menghukum dan jangan menghina. Ibu mana tak sayangkan anaknya. Aku percaya sekarang ini, dia pasti bersedih melihatkan keadaan anaknya yang sedemikian.

Rasa bersalah, marahkan diri sendiri ….. dan mungkin pelbagai lagi rasa yang pasti dirasainya ketika ini. Jangan memburukkan lagi keadaannya. Kita tak tahu, sebab kita tak rasa. Jangan nanti kita pula diberi Allah untuk merasai situasi yang sama apabila kita asyik mengata dan menghukum seseorang seperti ibu kepada Adik Yaya.

Bulan baik ini, doakanlah yang terbaik buat semua. Semoga kita sentiasa di dalam lindungannya. Amin!

P/S: Alhamdulillah rezeki datang bergolek. Terima kasih Allah. Berilah petunjuk kepada mereka yang tidak gembira. Gembirakanlah hati mereka supaya mereka tidak membenci orang lain yang mengecapi kebahagiaan. Tunjukkanlah kebenaran….  ( Kau tahu Ya Allah kepada siapa yang aku maksudkan) …. Amin!

Advertisements

4 Comments on “BERLAWAN EGO…. MAKAN DIRI…

  1. setuju benar dgr nurul.rasanya nurul lg faham situasi si ibu yaya.

    kadang2 saya terfikir, budak 5 tahun..yang comel.tergamak nak dera.nakal teruk sgt ke budak pompuan umur 5 tahun??

    nurul, saya msih belum dikurniakan anak, tapi bila dgr kes mcmana rasa nak carut aje.selalu saya kata”igt senang ke nak buat anak???”

    bila Allah beri rezeki..di sia-siakan..

    last terpaksa saya carutkan juga..both suami & mak tiri tu bahlol!!

    • Duaorang Sangat bahalol. Memang. Diaorang ni mengkhianati amanah Allah

  2. sedih sgt bila kak nurul sebut pasal adik yaya nie. Sampai sekarang x mampu lagi nk tgk betul2 kecederaan yg dia alami.(terasa mcm anak sendiri) tdoq mlm pon peluk anak x takut anak hilang apatah lagi nk buat bg sakit2 sampai tahap nk bagi mati mcm tuh (mohon dijauhkan). baru cubit sikit pon dah peluk balik mintak maaf ngan anak. Nie dah hilang perasaan kemanusiaan ka? Haih la.. Sedih sgt(bila semua org pakat2 share cerita nie, x sanggup nk tgk mahupun baca…)

    T_T

  3. Ble sis ckp soal rezeki d akhir kalam tu mngkin kte bole sma2 amalkan benda ni…ble rse susah, sakit, ade musibah…cuba amalkan sedekah..x byk pon rm1 ke..beli pisang letak kat surau ke..cr la mana2 org ssh…sedekah apa ade..in shaa Allah the power of sadaqah tu, just a minute Allah akn gnti dgn perkara yg baek.in shaa Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: