TIADA LAGI DIPLOMASI DI SINI….

Angel?! Pagi-pagi dah terima cercaan… Amboi Tasha (tak tahu nama sebenar atau tidak) marah bebenor.. Kamu benci ye dengan Nurul Wahab Depp? Ada benda atau perkara dalam hidup kamu yang tak gembira ke? Kesiannnn… Aku faham bagaimana rasanya tu… Cuba pergi baca entry yang baru je aku reblog. Tajuknya, ‘Kamu-kamu itu, kamu yang tak tahu’ .. Lepas baca, mesti kamu faham. Itupun kalau nak fahamlah.

Hati kita manusia ni, kalau sudah benci, bagaimana cuba nak fahami pun, takkan faham dan tak akan buat kita suka akan seseorang itu. Agaknya si Tasha ni memang geram sangat dengan aku…. Dia semacam tahulah sangat apa yang dah aku lalui dalam masa yang lalu.

Kita ni, bila mendengar serta melihat akan sesuatu perkara itu, belum tentu itu yang betul. Belum pasti juga itukah yang seseorang itu rasa. Lihat dan dengar, dengan merasa atau berada di dalam  sesuatu situasi itu, adalah dua perkara berbeza. Kenal famili, belum tentu itu yang betul.

Itu katanya si Tasha tu pagi tadi.. Aku tak publish pun komennya. Bukannya apa, jarang sekali sebenarnya aku terima komen negatif di sini. Jika ada memang aku padamkan kerana tak mahu tenaga negatif itu merebak dan mengganggu situasi tenang pembaca setia aku yang lain. Tak mahu jadi ‘perang’ di sini. Bukan tak berani… cuma aku kurang suka…

Katanya lagi… Aku nak tunjuk angel.. maksudnya tunjuk baik… Taklah.. Aku dilahirkan sebagai manusia biasa seperti semua yang lain. Tidak pernah dinaik taraf ke maksum pun… bermakna masih adalah juga evil aku tu kan…

Tapi perlu ke aku bercerita soal evil aku tu? Tambahan pula ada manusia yang macam si Tasha ni… Itulah peluang dia nak mengherdik dan nak merendahkan manusia seperti aku. Sudahlah membenci… paling mudah menghina dan memaling muka.

Terima kasih Tasha. Aku doakan kamu itu baik-baik saja. Andai ada apa yang tak baik di hati tu, aku mohon Allah berikan petunjukNya semoga kamu merasa aman dan damai, serta mungkin kelak bisa merasa kebahagiaan. Bila dah bahagia, sukar nak membenci dengan orang lain.

Andai belum berkahwin, mungkin lebih mudah untuk tidak memahami situasi suami isteri. Tambahan pula bila berlakunya penceraian. Sebab itu mudah benar membuat kesimpulan. Jika sudah bersuami, aku doakan dipanjangkan jodohnya supaya tidak merasa apa yang aku rasa apabila terpaksa berkorban.

Andai pula tiba-tiba Tuhan cuba memberi sedikit rasa kepada kamu wahai Tasha, kenangkan aku. Cuba rasa bagaimana aku telah merasa dulu. Mungkin kamu akan faham setelah itu.

Kata orang yang lebih tahu akan agama, jangan mudah menghukum atau mengata orang lain. Takut nanti terkena batang hidung atau dibalas kepada kita pula. Hanya berkongsi. Bukan nak tunjuk angel pun. Macam sekarang ni, isu ini sebenarnya, seperti terkena batang hidung aku sendiri. Satu pengalaman!

Mudah betul manusia menghukum. Mungkin dia rasa dia sempurna. Tak apa. Aku telan saja. Terima kasih buat semua yang memberi sokongan serta kata-kata semangat dengan memberi komen-komen yang positif. Tak kiralah di sini atau di laman-laman internet yang lain.

Sudahlah sekarang ini adalah masa setiap bulan aku… Jadi, hati panas tu, cepat je naik. Macam-macam yang aku dengar sehari dan seminggu dua ni. Hmmm… macam aku katalah, siapa yang tak baca dan tak tahu kronologi cerita yang paling bosan berlaku tentang aku sekarang ini; memanglah salah faham.

Cuba baca dulu. Tahu tak jalan cerita bermulanya isu ini bagaimana? Susah ke nak baca? Pergi sekolah belajar membaca, tetapi taknak baca pula! Eh! Terlepas pula marah pada seorang penulis ni. Bukannya tak kenal orang senegeri aku tu. Kenal sangat.

Perlu ke aku meraih publisiti murah sebegini? Tahu tak apa kenyataan aku sebelum ini? Bukan bermula bulan ini saja.. Dah bertahun! Sebab tu aku reblog dan letakkan semula apa yang telah aku tuliskan dari dua tahun yang lalu.

Jangan jadi dungu sangat dan jangan cuba nak jual sangat cerita yang ditulis seakan aku mahu menumpang nama orang lain. Siapa yang mahu menumpang siapa untuk mendapat publisiti dan mahu mencapai pembaca yang tinggi? Nampak sangat cerita aku bernilai! Walaupun!!!

Haaa… kan dah marah.. Bila diplomatik, salah anggap. Cuba berlaku jujur, disalah faham. Dicedok dan diolah sehingga menjadi maksud yang lain! Bodoh ke aku ni nak hidup di masa lampau aku sedangkan aku dah MOVE ON pun! Kalau tak move on, aku tunggu je depan pintu dia. Tak berkahwin pun!

Tapi kamu faham ke apa maksud move on tu? Bukan move in! Kalau tak move on dan masih mahu, masakan aku yang buat keputusan blah dari mamat tu!! Jangan jadi bodoh menilai!

Satu dunia tahu. Yang seorang dua yang tak tahu tu, kamu diam. Orang bilang, kalau tak tahu, jangan komen. Shut your mouth! Yang bekerja menulis seperti ‘kawan’ yang aku sebut tadi tu, baca dulu. Fahamkan dulu. Bukan aku suruh tulis yang baik-baik saja pun. Aku tahu aku tak sempurna. Tetapi ini bukan untuk semua yang menulis ya. Hanya pada seseorang yang ingin aku sampaikan.

Aku tahu aku sudah berusia dan aku pun tak perlukan publisiti sebegini. Baca ni dan faham betul-betul!! Dah berkali-kali juga dah beritahu dalam cara yang baik, cara berdepan, jangan disebut pun nama itu walaupun faktanya masa silam ku.. Tetapi ada juga yang menulis, aku tak minta pun..  Apabila berlaku sebegini, aku pula yang terkena.. Jadi sekarang ni, yang banyak keluar nama itu di dalam cerita aku; di dalam blog ini ke, atau di dalam mana-mana pencetakkan atau di portal hiburan yang lain? Bila kita cuba berbuat baik, kita yang terkena pula…

Ini ruang aku untuk meluahkan. Ikut suka hati aku apa yang mahu aku tuliskan. Itupun bukan yang pedas atau yang mengutuk. Adakala hanya sindiran yang lembut dan aku hanya berseloroh.

Tiada lagi diplomasi di sini. Sakit hati bila cara baik yang aku cuba huraikan dan jelaskan, lain pula jadinya. Mungkin dunia ni dah tak tahu menilai kejujuran dan apakah itu maksud diplomasi.

Seseorang yang telah melupakan kisah silamnya atau yang telah move on, (apa yang aku belajar) takkan sukar baginya menyebut kisah lampaunya kerana dia telah memaafkan dirinya kerana membenarkan dirinya berada di dalam kesengsaraan sebelumnya. Maafkan diri sendiri dahulu sebelum memaafkan orang lain.

Orang yang tidak belajar tentang self development, dia tak akan tahu. Memaafkan diri sendiri apabila sesuatu berlaku dalam hidup, bukanlah sesuatu yang mudah. Susah sangat nak terima keadaan itu, lebih-lebih lagi apabila kita yang terluka.

Tetapi, sesuatu yang berlaku itu, biasanya ada hikmahnya. Ianya adalah salah satu pentunjuk dari Allah. Jika petunjuk dan ajaran yang diberi tidak diteliti dan tak dipelajari, memanglah kita tak nampak dan tidak akan berubah. Sekali gus sukar memaafkan diri sendiri. Kalau dah begitu, memanglah tak akan memaafkan orang lain.

Bila dah tak maafkan diri sendiri dan orang lain, tinggallah diri hidup di dalam keegoan. Merasa perit kecewa dan akhirnya makan diri. Sebab itulah susah nak sebut nama seseoarang yang melukakan atau yang meninggalkan.

AKU TAK TUJUKAN INI KEPADA SESIAPA. TETAPI INI APA YANG AKU BELAJAR DULU UNTUK BUATKAN AKU MOVE ON DAN LUPAKAN SEMUANYA serta terima kehidupan seadanya. Faham tak?

Mahu memaafkan atau tidak, itu terletak kepada diri masing-masing. Aku maafkan diri aku kerana aku lebih sayangkan diri aku. Aku tahu banyak lagi perkara baik yang akan aku terima. Salah satunya adalah berjumpa dan berkahwin dengan suami aku sekarang. Ianya satu perkara yang paling baik yang telah aku terima dari Allah Taala.

Kamu masih belum belajar apakah maksudnya? Masih belum faham? Aku tak dapat nak bantu sebab mungkin akal kamu itu terlalu pendek, minda tidak terbuka untuk belajar dan hati susah nak terima perkara baik. Seterusnya sukar nak melihat yang baik-baik. Sebab itulah asyik nampak yang buruk saja pada orang lain.

Lagi pula hidup tu tak bahagia. Tak dapat apa yang dimahukan. Habis semua orang dan perkara dibenci. Ada je isu tentang seseorang, masa itulah meluahkan sebagai menunjukkan kesengsaraan diri sendiri. Kesian…

Dah Nurul.. Jangan jawab lagi! Jangan jadi baik sangat!

P/S : Let them win.. but in your head you know you are the winner…

FB_IMG_1433646149601

Advertisements

14 Comments on “TIADA LAGI DIPLOMASI DI SINI….

  1. move on bukan move in..hahaha…
    tasha kalau tak faham buleh google k.

    we love u Nurul. A beautiful person in & out. May ALLAH bless u & your family.

  2. Hahaha.. ambik ko..kena sebijik dgn sis nurul.
    panjang lebar lagi.. klu xfaham..sila masuk tadika balik la..hihihi

    Apa2pun.. sis nurul memang terbaik 👍

    • Dah geram Sangat. Kita ni Cuba potray diri Kita yang sebenar. Nampaknya ada manusia Lebih Suka bila Kita kurang ajar Dan garang. Geram Kita, cikgu!

  3. Nurul, yang penting Allah itu Maha Mengetahui. Jangan layan orang-orang macam tu. Don’t be sad ya =)

  4. sabar kak nurul..saya faham sgt perasaan seorang wanita..walau apaun pun cerita buruk ttg akk..i always support u sis!love!!

  5. Salam Nurul….what doesn’t kill you makes you stronger. Ambil attitude “ada aku kesah?” Whateva pon we luv you.just stay being yourself.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: