STOP IT! …. BETULLAH TU!

Panas..Panas… Panas.. Suara ala-ala Abang Aidil dalam Melodi TV3 dulu! Hahahahaa… Panas ek cuaca sekarang… Panas sejuk.. Panas sejuk… Mulalah batuk dan selsema menjengah…

Panas tu… terasa juga bahangnya pagi ni.. Sudahlah semalam tidur tak cukup sebab Raphael tak sihat. 2.30 pagi bangun menangis dan muntah. Banyak sangat kahak. 4 pagi baru dia tidur semula. Emaknya pula, selepas show di Royale Chulan malam tadi, batuk pun menjadi-jadi. Telan sesudu ubat batuk. Terhoyong hayang bangun pagi! Hahahha…

Perasaan pun terhoyong hayang juga pagi tadi! Hahhahaa… Hmmmm.. Okay! Stop it! Hahahhaa.. Stop it! Stop it! Sambil menghentakkan kaki! Nasib bangunan ni tak runtuh! Hahahhaa…

Oh… betullah tu… Si hitam yang hodoh ni takde kerja nak buat. Asyik sebut nama itu je.. Ye lah.. Dah la buruk dan gemuk sekarang.. Dah tak cantik pun.. Dah lah hodoh, bodoh pulak tu…Sudah-sudahlah sebut nama dia… Ye lah tu.. Betul lah tu… Aku tak boleh hidup kalau tak sebut nama tu… Yo lah! Hahahahhha…

Amboi.. macam-macam reaksi yang hebat-hebat di sana sini… Yang kata kita gemuk tu… betullah kita gemuk… Harapnya awak tu kurus dan cantik… Takpe… Tunggulah aku kurus semula. Mentang-mentanglah kita ni baru lepas bersalin.

Aku ni bukan keturunan selim melim dan kurus kering semasa hamil. Keturunan aku dari India Utara yang semuanya mempunyai bahagian bawah yang besar. One thing you should know.. I’m so proud of it! Hahahhaa…

Terima kasih yang menyokong dengan memberi banyak kata-kata semangat pada aku di dalam mana-mana komen yang diberikan di rata-rata forum terkenal laman sosial. Ada juga yang kenal aku – aku rasa – kerana komennya sangat tepat.

Betullah tu apa yang dikatakan.. Cukup itu saja yang aku nak beri komen tentang isu yang berlaku pagi ini. Ada juga rakan wartawan yang mahu aku komen semula selepas isu itu pagi ini. Aku elakkan. Kan dah kata “stop it!” Jadi… kita jangan kata apa-apa lagi. Stop it!

Perasaan bercampur.. Nak marah, macam tak kena… Nak melatah… errr… macam takde sebab pula… Nak komen, macam akan melantun semula pada aku. Akan jadi lebih besar. Jadi… simpan saja apa yang dirasa itu.

Sesiapa yang baca dan faham maksud apa yang aku tuliskan, dia akan tahu. Siapa yang tak baca dan hanya mendengar komen pihak ketiga, mungkin fahamannya lain dan langsung salah sangka.

Baca juga kenyataan aku yang aku tulis dulu di dalam blog ini dalam tahun 2012. Kali pertama  blog ini bermula. Ini link nya : THE 4 LETTER WORD’S NAME THAT I WILL…

Jadi, kalian tahu siapa yang tak mahu dikaitkan pada awalnya dan mohon supaya jangan menulis tentang dia di dalam artikel atau mana-mana komen. Lagipun, tak pernah sebut pun nama tu di mana-mana temubual. Kerja yang menulis cerita aku itu, pihak ketiga. Jadi, ianya diluar kawalan aku untuk mengawal mereka. Itu kerja mereka. Walaupun pada hakikatnya, aku tak suka dikaitkan dan tak mahupun nama itu ada lagi.

Okay, stop it! Sudah… Jangan sebut lagi… Nanti dikata pula kita ni menumpang nama sesiapa untuk cari makan.

Sorry not me. I started as a solo singer. I can stand alone and I know I can make it. InsyaAllah…

Ya Allah.. Kuatkan hati ku. Jangan biar aku goyah dan cepat melatah.

P/S : Dugaan bertalu dan semakin hebat ketika ini… Penyakit orang kita agaknya….

Advertisements

14 Comments on “STOP IT! …. BETULLAH TU!

  1. Dear Nurul,

    Buat tak tahu je. Jangan stress kan diri. Take care =)

  2. Tak yah layan. Buang masa ja….bnyk lagi benda lain u kena pikir. Pi tgk Muka Raffa hilang stress😄😄

  3. Tak payah di layan muka si jawa muka pesek tu…Baik tgk muka anak u zack raffa

  4. hahahah.. nak gelak pun ada. sis jgn fikir lagi. buat stress diri buat ape. be strong 🙂

  5. kak nurul,tak perlu duet pun dengan ehem2 tu, ,kak nurul solo lagi best. .’kerana terluka’ is one of my fav song.kak nurul ada suara hi-note.tak perlu duet2 pun memang dah sedap..go go kak nurul.suka dengan life kak nurul sekarang. . 🙂

  6. sabar yolah sis ..apepn sy doakan sis nurul bertudung satu hr nnti..hehehe

  7. Pingback: Perasaan Bercampur, Nak Marah Macam.... - Respon Nurul Terhadap 'Stop It' Ajai

  8. oh please, hitam pon manis, gemok pon sebab nikmat Allah. You are perfect, having a perfect family, a husband who adore you so much (insyaAllah).. what more can one ask for. Kak Nurul cantik, cantik dalam hati tu terserlah lagi. year 2000. You were at Shakey’s TTDI, i saw u, u smiled with your sunglasses. One of the humblest personality i have ever seen. Take care.

  9. Assalammualaikum wrt… Subhanallah.. selepas mbaca semua tulisan kak nurul, dan mdengar lagu france yg kak nurul nyanyi. Superb sedap. Semoga terus menempa kejayaan ke persada Antarabangsa.
    #tetap menunggu next album Kak Nurul. 🙂

  10. jangan kesahkan meke dek nurul yang manis, enjoy your life dan syukuri nikmatNya, gelak banyak2 ye, suka dengar nurul gelak, ceh yeh, dengar melalui media sosial je wahai nurul semanis manggis…..

  11. Kerana Terluka – im so fucking love & addicted too this otai song! can u compose other song like this?….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: