OTHER QUESTION, PLEASE!

Aku pasti ramai yang menonton Galaksi hujung minggu lalu. Ina Mohd pun ada letakkan di Instagramnya. Tak kurang juga dengan adik aku, Wahida. Bukan main Ina mengusik aku. Adik kandung aku Wahida, lebih emosional. Dia lebih sensitif kalau disentuh soal kehidupan aku yang lalu. Mungkin sebab dia tahu apa yang berlaku dan dia melihat dengan matanya sendiri bagaimana aku sakit dan menderita. Sabar Ida, jangan emo… Hidup ini biasalah.. Kalau tak sakit, tak kuatlah kita! Terima kasih kerana sentiasa ada untuk memberi sokongan.

Itulah ceritanya… Hmmm… Selepas satu persembahan Hi Tea di Royale Chulan dua minggu lalu, aku diserbu beberapa wartawan hiburan TV. Terima kasih kerana kalian terus menyokong Nurul Wahab Depp. Bila sentiasa dikejar, aku tahu aku masih dimahukan. Sedikit sebanyak, memberikan aku kekuatan dan keyakinan diri. Terima kasih

Macam-macam soal diajukan. Itu sudah biasa. Aku terima sahaja segala yang ditanya. Takkan tak jawab pula soalan yang diberi. Hanya perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya.

Hmmmmm… Seminggu dua ni… Banyak pula yang menyebut nama ‘Pak Abu.’ Ada yang juga yang menelefon meminta aku membuat persembahan duet dengan bekas pasangan duet aku tu. Ini bukanlah kali pertama aku dihubungi stesyen TV untuk membuat persembahan dengannya. Dah banyak kali dalam 9 tahun selama kami berpecah dan berpisah.

Lebih menghairankan aku lagi, bila aku ditanya oleh Kiah Propa untuk rancangan popularnya Galaksi. Dah kenapa semua bertanya ni?! Bukan kali pertama Kiah Propa bertanya pada aku. Ini kali kedua di dalam 2 tahun. Dia macam tak puas hati dan mahukan kepastian adakah kami okay…. atau bagaimana.. Pernah tak kami berjumpa dan macam-macam lagi yang mahu diketahuinya.

Ye lah… lojiknya kami sudah punyai kehidupan yang baru dan punyai keluarga masing-masing. Bukankah segalanya telah selesai dan masing-masing memandang ke hadapan dan telah melupakan peristiwa yang lalu..

Itu aku setuju. Ya.. Aku telah pandang ke hadapan.. Tak aku ingat langsung kehidupan peribadi aku yang lalu. Yang aku ingat hanya kerjaya aku secara professional nya. Yang perit dan sakit, dah dibuang jauh-jauh. Letak dalam peti besi; kunci, dan humban dalam laut dalam! Itu imaginasi aku.

Mudah bagi aku kerana aku yang meninggalkan. Bagi yang ditinggalkan, memang susah melupakan dan sukar memaafkan. Bagi aku, sesama manusia, maafkan saja. Kalau tak maafkan, susah pula nanti bila dah mati. Jenuh pula kena panggil di Akhirat kelak.

Entahlah… Susah aku nak komen bila fikir soal ini. Ada juga yang menyarankan untuk mengadakan konsert duet kami berdua.. Errrr…. Bukannya aku tak mahu. Aku ini seorang yang sangat professional. Malah suami aku juga mengizinkan dan memberi restu andai aku mahu berduet semula dengan bekas suami aku itu.

Namun keputusannya bukan di tangan aku. Orang tak mahu, buat apa kita memaksa. Lupakan saja. Maafkan aku andai aku katakan mungkin kalian tidak akan lihat lagi nyanyian duet antara aku dan dia.

Aku tulis cerita ini kerana semakin ramai yang bertanya dan mahu lihat kami bersama di atas pentas semula. Kalau tak bersebab, tak pun mahu aku menulis tentangnya. Malas… Kalau ada yang rindu…  Mungkin hanya di dalam video lama di youtube yang bisa kalian tonton untuk melepas rindu akan era gah duet kami itu. Maafkan aku.

Lagi satu, macam mana pula mahu bekerja sama bila dan 5 tahun tidak berkomunikasi dan langsung tidak bersua muka. Mungkin ada yang terperanjat akan kenyataan ini. Tapi percayalah.. Itulah yang sebenarnya. Kami dah tak bercakap dan berjumpa semenjak aku membuat keputusan untuk bernikah dengan Eric Depp.

Lagipun, masing-masing sudah punyai keluarga dan dipenuhi dengan agenda yang menyesakkan setiap hari. Manalah nak ingat nak telefon atau nak bersembang. Nama pun bukannya kawan. Sorang tinggal di hujung sana, dan aku di tengah kota.

Komunikasi kami hanya melalui anak tunggal kami yang bakal berusia 17 tahun September depan. Aku senang begini. Tak runsing, tak sakit kepala. Biar dia jauh. Biar begini. Tinggalkan saja memori itu walaupun adakala ianya kembali apabila ditanya dan disoal akan seorang insan yang aku gelarkan “Pak Abu.’” (Hahahhaa.. Part ni kelakar pula aku rasa! Hahaha)

Dah la ya.. Jangan tanya lagi… Bosan dah aku nak jawab. Asyik aku je kena jawab. Cuba tanya tuan punya badan pula. Kalau beranilah.. Ramai kawan wartawan aku takut nak tanya. Aku tahu.. Sebab itulah diaorang tanya aku… Aku ni kan ke sedikit diplomatik.. Jawab je apa yang ditanya.. Lepas ni jangan tanya lagi ya.. Dah malas nak cerita.

P/S : Lebih suka berjumpa dan bercakap dengan isterinya, Liza Illias. Lebih positif!

Advertisements

16 Comments on “OTHER QUESTION, PLEASE!

  1. Suka kak nurul sebab kak nurul artis yg jujur, tak propa dan jadi diri sendiri. Semua tahu saya masih sygkan Nurul..opssss terkeluar ayat pak abu. mmmmuuahhhh xoxo

  2. selama ni saya hanya silent reader kak Nurul.. tapi nak reply gak kali ni.. saya pun kadang x faham kenapa ditanya soalan2 yg xde kaitan sama sekali.. kadang2 bila difikir macam sengaja nak mengundang geruh (walaupn saya tahu kak Nurul penyabar orangnya :P)… kang kalau kata xde otak marah la pulak… tapi macam sengaja nak menggoncang pokok yg tenang… da kenapa erkk??.. xde modal lain ke nak ditanya?…

  3. always adore the way u communicate with us & other peeps. all the best Nurul. ❤

  4. Yesss!! Move on pls!! Apalah reporter ni x der isu nak bikin isu.. Apa2 pun tindakan u menjelaskan semua ini amat baik.. Biar lps ni x der bunyik lg.. Ehh kiah propa ni nak kena babap eh! Hehe k bye!

    • Hello cik Kak… takpe . Diaorang nak kepastian sebab nak Tengok Kami nyanyi bersama semula. Tapi dah jawab tu, diairang Faham lah tu. Sure lepas ni Takde lagi. Hehhehe

  5. hi akk..saya peminat akk..pertama kali menulis komen di blog akk..selama ni jadi silent reader jer..be strong akk..adore u..:)

  6. bkn apa… kekadang rasa rindu gak nk tgk nurul berganding dgn dia. tapi… kalau yg sorang tu dah x bole nk bersikap professional buang masa je nk duet ke, trio ke…. senang cite nurul kena training Depp nyanyi semua lagu duet tu. hahh!! mau tak gegar Malaya….. 🙂

  7. Kiranya tempias membasahi jendelamu…
    Itulah Air mata yang jatuh dipipiku

    I m a big fan of u. Dok ceruk tak berpeluang nak melihat live

    Tolonglah nyanyi lagu ni semula dn uplad kat youtube. Xdak music background pun x per. Love u more

  8. Biasa la.. tak ada isu nak buat jadi isu.. hal dulu kala pun nak di kait2.. macam2..semoga sis terus success..

  9. JUST IGNORE.. BIARKAN ‘ORG TU’ BUAT SPEKULASI SENDIRI.. NI BLOG U.. SUKE HATI LEW NK TYPE APE PUN.. X SUKE JGN TGK.. =p..PEACE.. 😉

  10. tetiba gatei nak reply…hahaha…’pak abu’…dalam diam terasa sebu’ tu nurul…ahakss..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: