NISFU SYAABAN… CABARAN AKU!

Di malam Nisfu Syaaban ini.. seorang diri di rumah.. Dua orang anak kecilku tu dah tidur… sedikit muhasabah diri bersempena dengan malam istimewa ini.. Hmmm… Maafkan aku andai ada pernah aku terkasar bahasa dan ada yang terguris hati dengan apa yang aku coretkan di sini selama hampir tiga tahun ini.

Sama-sama kita melihat ke dalam diri. Betulkan apa yang kita rasa perlu dibetulkan untuk tahun yang akan datang. Maafkan juga kesalahan orang lain agar darjat kita juga diangkat serta dosa-dosa kita diampunkan. InsyaAllah… Amin…

Bagi aku, mahu lebih bertanggungjawab kepada insan yang aku masukkan ke dalam agama ku; iaitu suami aku. Aku mahu lebih memberi segala ilmu agama yang aku tahu dan yang telah aku pelajari. Beri apa yang dia perlu tahu agar dia  tidak rasa teraniaya kelak apabila tiba masanya pergi menemui Illahi. InsyaAllah. Allah, berikan aku kekuatan.

 

Ujian aku sangat kuat. Ada saja cabarannya apabila berkahwin dengan suami berbangsa asing dan baru saja memeluk agama Islam. Ada jiran yang beragama lain, cuba juga nak menghasut dan cuba nak bercerita tentang Tuhan mereka. Sanggup datang ketuk pintu rumah dan mahu bercakap dengan aku dan suami. Bila adanya terjadi sedemikian, aku automatically naik hantu!

Bahagian itu yang paling sensitif. Suami aku tahu aku tak suka, dan dia juga kurang selesa bila ada yang berani datang ke rumah untuk mencuba nasib menyebarkan agama yang entah apa-apa. Ada juga yang aku pergi berjumpa dan bercakap secara berdepan untuk memberitahu mereka-mereka yang cuba nak bercerita agama baru mereka; yang kami ini Islam. Ada juga yang berlakon dengan mengatakan mereka terlupa. Apa bangang ke? Sah-sah aku ni Melayu! Dah tentunya agama aku Islam!

Undang-undang kat Malaysia ini, semua dah tahu. Kalau yang Islam kahwin dengan bangsan asing, mereka harus memeluk agama Islam. Yang paling aku geram yang datang berjumpa aku itu adalah orang Malaysia! Dia tahu akan undang-undang negara kita. Kalau macam minah yang sorang lagi tu; dia bangsa asing. Bukan orang Malaysia. Aku fahamlah. Ini orang Malaysia. Tak ke aku naik angin!

Kami tinggal di bangunan yang majoritinya dipenuhi dengan expat. Biasanya, mereka ini tak kisah apa atau siapa buat apa serta apa agama mereka. Hanya dua orang saja di sini yang telah cuba mendekati aku dan bercerita akan agama yang baru mereka anuti itu.

Sungguh pun aku tak bertudung dan aku sangat moden…. Aku tahu, Tuhan aku hanya satu iaitu Allah Taala. Kiblat aku adalah Kaabah dan aku adalah umat Muhammad S.A.W. Suami aku sedar akan kenyataan itu dan dia hormatinya. Dia ikut apa yang aku beritahu dan apa yang telah dipelajarinya. Langsung tidak complain atau memperlekehkan agama yang sangat dipandang rendah di mata negara Barat… Dia lebih faham kini apakah maksud agama Islam. Tidak seperti yang diceritakan sebelum ini. Aku harus lebih bercakap dengannya tentang agama.

Sering juga kami sentuh soal agama. Suami aku dengar dan cuba fahaminya. Maklumlah, dia bukannya muda. Usia dah setengah abad dan punyai pemikirannya yang tersendiri. Jadi, perlu lebih lojik untuk bercerita soal yang agak penting seperti ini. Cara aku, lebih kepada memberi sikit demi sedikit. Apa yang harus diketahuinya.

Aku rasa cabaran orang Islam dan orang Melayu kini adalah dengan adanya pelbagai pengaruh agama lain yang berleluasa di luar sana. Maksud aku agama baru dan sangat lain. Bukan agama yang kita tahu yang sedia ada. Aku naik risau juga. Jika kurangnya pengetahuan dan pegangan, memang senang sekali untuk terpesong.

Ada antara mereka ini yang cuba buat kawan dan berbuat baik untuk kita terpengaruh dengan agamanya. Memang kita perlu berhati-hati. Pilih kawan dan benar tapis apakah niat seseorang itu apabila berlaku sangat baik kepada kita. Jika sesama agama, itu lainlah. Maksud aku, mereka yang beragama lain dan seperti yang aku beritahu tadi.

Hmmmm.. Macam-macam… Manusia berubah laku dan pandangan serta pemikirannya. Dalam soal professional, itu sudah biasa. Tetapi biarlah pegangan kita secara spiritual berpegang kepada apa yang telah kita pilih dan dilahirkan untuknya. Cubalah hormati pegangan manusia yang lain.

Aku hormati semua agama yang ada kerana semuanya menuntut untuk melakukan kebaikan. Tiada satu pun yang aku tahu, minta penganutnya berbuat buruk. Cuma fahaman dan kepercayaan Tuhan saja yang berlainan. Namun, bukan itu puncanya untuk bermusuhan sesama manusia. Harus hormati pegangan sesama manusia dan jangan cuba untuk berbuat buruk serta merosakkan diri dengan membahayakan manusia yang lain.

Semoga kalian dirahmati oleh Yang Maha Esa dan diberikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Lindungan kalian dari kejahatan dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya. Amin…

P/S: Rindu pula pada Germaine… Ibu mertua aku tu seorang yang sangat alim pada agamanya. Kami boleh berbincang tukar pendapat walaupun kepercayaan agamanya lain. Dia hormati aku dan selalu mohon aku berdoa dan solat pada Tuhan ku… Bertuahnya aku!

Advertisements

8 Comments on “NISFU SYAABAN… CABARAN AKU!

  1. Assalam nurul..

    After reading this entry and now i realized that it is not easy being you. I truly surprised of the challenges that you need to go through in your life. You have to juggle between having a family and a career and on top of that need to put up with the people around your surrounding trying to deviate you and your family from Islam. I was quite furious knowing it but at the same time feel proud of you to know you can handle it well. I hope you keep going strong to overcome any challenges in life.

    p/s: I Salute you, Nurul.

    • Wsalam.. thank you. InsyaAllah.. aminnn.. take care

  2. salam nisfu syaaban ….moga Nurul tabah hadapi segala dugaan dan permudahkn segala urusan.

  3. Assalammualaikum nurul, maaf saya menegur sikit di sini. Setelah membaca coretan anda, saya terjumpa perkataan ‘nangoi’. Saya nak minta sangat2 nurul jangan menggunakannya lagi. Kalau rujuk kamus, ia bermaksud anak babi. Saya orang utara, pernah dengar orang tua dulu2 sebut. Bila terjumpa makna dalam kamus memang mengejutkan.Just nak share.

    • Wsalam. Oh ye Ke… tak tahu pulak saya. Orang penang/utara memang Guna perkataan ‘nangoi’ ni Untuk merujuk budak Atau anak kecil. Okay. Will remove Dan tak akan gunakan lagi. Issshhh.. tak tahu pula saya. Thanks for sharing.

  4. hi Nurul..baru nak kata lama tak dengaq perkataan nangoi..nak tergelak baca tadi. teringat zaman2 sekolah dulu kdg2 cikgu pun guna. TQ Hasniza zakaria kerana memberitahu. kalau tak bgtau…kdg2 guna juga word tu.

    • Tu La kan Kak niza. Kita dah Biasa perkataan tu. Siapa lah pi letak Dalam.kamus dwqan Dan Maksudnya macam tu hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: