MAID-LESS…. AKU, DOMESTIC DIVA!

Okay… cuba tulis lagi.. Mungkin yang ini okay… Harapnya tak berbunyi atau tidak bermaksud negatif.. Mana hilangnya motivasi untuk aku menulis? Asyik menulis yang negatif saja.. Bimbang terkeluar pula apa yang aku tak mahu luahkan..

Hanya 40% sahaja tentang aku yang aku selalu tuliskan di sini… Jadi, bila tengah ‘down’ macam ni, risau nak menulis. Takut terlepas tulis pula! Hahhaha…

Mungkin badan ni terlalu letih… Memang agak sibuk seminggu dua ini – selepas Singapura – aku bagaikan ‘Diva Domestic!’ Terpaksa lakukan kerja rumah dan menjaga anak-anak sendiri. Ya! Aku dan Eric bergilir ganti menjaga anak. Aku tahu, terlintas di fikiran kalian, bagaimana kami bekerja. Nasib baik Eric bekerja dari rumah dan aku pula hanya sesekali ada show.

Mulanya memang rasa seronok sebab dapat sepenuh masa menjaga anak-anak. Bukan itu saja, aku rasa aku akan lebih cepat kurus sebab berkejar dengan Zach serta tiada masa berehat! Tapi bila dah naik penat dan lesu setiap hari, mula terfikir harus mencari pembantu secepat mungkin! Pembantu kami selama setahun setengah bekerja dengan kami, kini menetap di Amerika kerana berkahwin dengan warga negara itu.

Selepas Grace, sepatutnya pembantu dah ada. Tetapi saat akhir dia terpaksa tarik diri. Hmmm… macam ni lah keadaannya kalau guna pembantu rumah orang.

Kawan Eric yang sepatutnya berpindah ke Amerika bulan ini, mengarahkan pembantunya membantu kami kerana pembantunya akan menetap di sini untuk menjaga rumahnya yang tersergam indah di pinggir kota. Memang agak senang selama dua bulan sebelum ini kerana pembantunya itu sangat bagus membuat kerja kerja rumah dan juga menjaga Zachary dan Raphael.

Namun, saat akhir, plan bertukar! Kawan baik Eric itu menunda pemergiannya gara-gara visa menetap di Amerika belum siap. Terpaksalah pembantunya kembali padanya. Itupun, pada mulanya, wanita berasal dari Australia itu, sudi memberi pembantunya bekerja secara part time dengan kami. Namun, selepas trip ke Singapura, lain pula. Katanya pembantunya tak mahu lagi berulang alik ke rumah kami setiap hari kerana perjalanan yang jauh dari tempat dia tinggal.

Isshh.. Sakit pulak hati! Katanya suka dan sayang anak-anak aku… Suka dengan kami dan tidak kisah setiap hari berulang alik. Tapi, lain pula bila kita dah layan dia dengan baik! Pang kang baru tahu! (Itu kalau ikutkan hati yang sakitlah! Mana aku berani nak lempang orang walaupun jiwa ganas! Hahhaha)

Bila bilangan ahli keluarga dah semakin membesar, kena ada pembantu rumah. Kalau tak, memang tak ada masa untuk suami isteri dan juga untuk diri sendiri. Punyai anak, memang memerlukan masa dan juga perhatian yang lebih buat mereka. Tambahan pula usia masih bayi.

Manakan nak jaga stamina dan badan lagi… Dengan aktiviti anak-anak saja, dah cukup penuh setiap hari. Tenaga diri sendiri : Jangan haraplah ada! Pada penghujung hari di setiap hari, aku dan Eric, memang sangat happy kalau berjumpa katil! Bukannya untuk apa (walaupun aku tahu kalian berfikiran ke lain! Hahahha), untuk tidur lah! Apa lagi! That’s the best time for us now – everyday! Dah dua minggu macam ni.. Tak sempat nak berasmaradana pun! Hahahahha…

Sebab itulah aku sangat penat dan tak ada masa untuk buat aktiviti yang lain. Hanya anak-anak dan senaman setiap hari. Itu pun ke gym hanya 40 – 60 minit sahaja. Tak boleh lebih. Adakala bawa Zach atau Raphael bersama. Memang susah kalau bawak anak ke gym. Tambahan pula kalau dah dapat kaki macam Zach! Memang tak aman nak ber-gym!

Aku risau.. Aku tak punya masa nak buat latihan lagu langsung. Hanya dengar lagu tapi tak dapat nak beri sepenuh perhatian untuk berlatih dan menghafal. Kalau macam ni keadaannya, macam mana nak masuk rakaman lagu baru tak lama lagi?

Banyak perkara bermain di fikiran ni… Naik keliru dan runsing dibuatnya.. Banyak sangat fikir soal itu dan ini.. Banyak tanggungjawab aku..

Okay tukar topik! Balik kepada soal pembantu rumah sebelum aku melalut terkeluar cerita yang tak sepatutnya diceritakan hehhehe.. Jangan marah.. Ada perkara perlu disimpankan… Tak boleh diceritakan semuanya.. Nanti lain jadinya…

Suami aku sebolehnya tak mahu ada pembantu rumah yang tinggal di bawah satu bumbung dengan kami. Dia tak punya pengalaman dan tidak biasa punyai pembantu rumah. Padanya, ianya menjadi tidak selesa sekiranya ada orang lain tinggal bersama. Lainlah kalau kawan baik atau ahli keluarga.

Jadi, susah sedikit nak ambil pembantu yang tinggal sama. Bagi aku, ianya suatu kebiasaan kerana aku punyai beberapa pengalaman pembantu tinggal bersama… Namun, buat masa ini, kami dah pun dapat pembnatu yang datang 3 kali seminggu untuk membersihkan rumah. Nampaknya wanita dari Filipina yang berusia 40-an itu, bagus juga dengan anak-anak.

Mungkin kami boleh tawrakan untuk dia bekerja dengan kami 6 hari seminggu untuk menjaga anak-anak dan mengemas rumah. Eric lebih suka punyai seorang pembantu yang datang setiap hari, berbanding dengan yang tinggal bersama. Nasib baik ramai pembantu berbangsa Filipina boleh berbuat demikian.

Pembantu yang kami dapat ini, masih baru. Baru 3 kali datang mengemas. Jika kami dapati dia boleh datang setiap hari, 6 kali seminggu, memang kami akan ambil dia. Tapi sementara nak tunggu sampainya masa yang sesuai nak tengok dia reliable ke tak,  kenalah bersabar dengan keletihan yang ada setiap hari ini!

Soal pembantu rumah ni, adakala memang menyakitkan hati! Kalau dapat yang bagus dan boleh dipercayai, memanglah aman hidup. Boleh berharap serta tak takut nak tinggal anak-anak dengan pembantu. Tapi kalau dapat yang suka menengking, pengotor dan kasar dengan anak-anak, jangan harap nak tinggalkan anak-anak dengan orang macam tu!

Namun, macam mana pun, mereka manusia juga. Ada yag dilatih lengkap, ada yang datang tu dengan wang sendiri dan mohon visa bekerja di sini secara individu. Yang jenis ini yang selalunya macam-macam hal. Aku ada lah juga dua tiga pengalaman dengan pembantu rumah dulu. Macam-macam cerita.

Pembantu rumah aku yang pertama, orang Negeri Sembilan. Aku sangat bertuah punyai Kak Sabariah. Tahun itu tahun 2001. Masa tu dia dah berusia 50-an. Aku dapat Kak Sabariah dari salah seorang teman baik yang tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatannya. Lama juga Kak Sabariah bekerja dengan mereka. Maksud aku bertahun. Kalau tak silap lebih dari 10 tahun.

Dia pandai memasak dan baik dengan anak-anak. Bila dia tidak diperlukan lagi oleh keluarga kawan aku tu, aku segera bertanya andai dia bisa bekerja dengan aku untuk Ayu masa tu. Ayu hanya 2 tahun lebih tahun tu. Ayu aku jaga sendiri kerana bimbang tak punyai pembantu yang baik kerana  dia masih kecil.

Kak Sabariah adalah orang yang paling sesuai untuk aku dan Ayu masa tu. Dia sudi bekerja dan menjaga Ayu setiap hari. Dia bagaikan ahli keluarga kami. Seorang yang sangat kami percayai. Kak Sabariah bersama kami selama 3 tahun.

Tahap kesihatan yang kurang baik, membuatkan Kak Sabariah sering keletihan. Kencing manis yang dihidapinya, semakin teruk. Kami terpaksa lepaskannya.

Selepas Kak Sabariah, kami menggunakan khidmat pembantu dari seberang. Mulminah namanya. Lemah lembut, sudah berkahwin dan punyai anak walaupun usianya masih muda. Dia bersama kami dari tahun 2004. Baik orang nya… Pada mulanya lah!

Kali pertama bekerja sebagai pembantu, dia memang baik. Boleh diharapkan. Dengan Ayu; dia dibuli oleh anak dara aku yang sedang membesar ketika itu! Malah dia faham keadaan aku dan kami yang berantakkan ketika itu. Mulminah bersama dengan kami sehinggalah rumahtangga aku relai…

Mulminah sedih dengan apa yang terjadi pada aku. Malah dia juga punyai masalah yang sama dengan suaminya yang ketika itu sudah mula punyai orang lain kerana dia bekerja jauh dari kampungnya. Itu ceritanyalah! Tak tahulah betul atau tidak.

Dia mula punyai hubungan dengan pengawal keselamatan di tempat aku tinggal selepas aku berpindah dari rumah aku dengan bekas suami. Mulminah terdedah dengan kesedihan aku dan dia turut terasa tempiasnya. Maka, dia cuba mencari kebahagiaan yang lain. Aku tak kisah, cuma ianya mengganggu kerjanya. Dia suka dengan pengawal keselamatan berbangsa Nepal. Jadi, tahu sajalah bagaimana dia. Di awangan sentiasa! Jenuh aku nak tarik dia turun ke bumi – ke alam nyata!

Dia yang bergilir-gilir dari rumah aku dan bekas suami, sedikit tidak selesa dnegan keadaan itu kerana dia banyak menyaksikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Bukan dengan aku. Tetapi di sebelah sana. Bukan aku ni pun baik sangat… Tapi masa tu aku memang baiklah! Hahahha.. Solat tak tinggal dan hidup aku hanya dengan anak-anak. Ayu dan anak angkat aku ketika itu.

Selepas dua tahun, Mulminah harus pulang ke kampung halamannya… Selepas itu, kalian tahulah apa yang jadi… Sebulan selepas dia kembali ke Malaysia, dia berubah. Orang dah kenal dunia. Dia punyai kawan yang lain. Bila dah ada kawan, tahulah bagaimana keadaannya.

Bekas suami pindah ke kawasan baru. Ramai pembantu suka buat kawan. Mulminah sudah ‘celik dunia’ ketika itu. Satu hari giliran Ayu bersama aku untuk beberapa jam. Malam hari yang sama aku hantar dia kembali ke rumah bapanya. Sepatutnya Mulminah ada di rumah sedia menyambut kepulangan Ayu kerana bekas suami berada di Pulau Pinang.

Selepas beberapa kali loceng dibunyikan, tiada siapa yang menjawab. Rumah berlampu terang, tapi tiada yang menyahut. Selama 20 minit aku di depan pintu. Mulminah tiada. Ketika itu aku dan Ayu sedar yang dia telah melarikan diri. Walaupun passport nya bersama dengan bekas suami aku, dia berani lari ikut orang lain. Aku tak tahu bagaimana dan apa yang dibuatnya untuk mendapatkan passport yang baru.

Ya.. buat laporan pada Kedutaan Indonesia. Mereka pastinya bantu rakyat negara sendiri. Dapat Passport baru, boleh cari jalan untuk dapatkan permit kerja yang baru. Lebih senang kalau berjumpa dengan kawan yang ada sindiket untuk buat permit kerja yang baru. Segalanya boleh… Inikan Malaysia!

Naik geram juga dengan kejadian malam tu. Apa yang aku ingat, pernah diluahkan Mulminah, dia kurang suka dengan boss yang baru. Aku hanya pujuk untuk dia bekerja secara professional. Jangan nak kira suka atau tidak. Kerja dibayar,  bukannya percuma. Mungkin sebab itu dia menghilangkan diri.

Macam-macam ceritanya… Nak cari yang bagus, memang susah. Tapi kena juga berusaha mencari demi anak-anak. Aku dan Eric lebih sukakan pembantu berbangsa Filipina sekarang ini kerana mereka lebih professional dan mahu bekerja bersungguh-sungguh. Aku pasti, ada juga yang buat perangai dan macam-macam hal serta kesnya. Namun mereka antara yang terbaik rata-rata yang aku tahu dan kenali kini.

Selepas Mulminah, aku tak berani lagi nak ambil pembantu berbangsa Indonesia. Aku tahu ada yang baik. Tapi, tengoklah pada kes Mulminah. Selepas pulang ke negaranya, lain pula jadinya. Aku dah serik.

Aku tahu… semuanya manusia. Ada baik dan buruknya. Jadi, berdoa dan cari saja yang baik. Aku juga harus fikirkan yang baik-baik saja. InsyaAllah akan jumpa yang baik..

Sementara nak jumpa dengan pembantu yang aku mahukan; bertahanlah Nurul… Jenuh Ina Mohd menjadi pembantu anak anak selain menjadi pembantu peribadi! Nasib baiklah dianggapnya anak anak aku seperti anak anak buahnya! Kalau tak, jenuh juga aku tertekan. Ini pun dah cukup tertekan juga kerana tiada masa. Tapi apa boleh buat.. Demi anak-anak… Bersabar dan bertahanlah…

Bak kata Ina setiap hari pada Raphael yang menangis tak sabar nak susu.. “sabar…Sabar…!” Hahahhaha.. Aku gelak sendiri bila tengok Ina tak tahu bagaimana nak redakan tangisan anak kecil… Hahhaha… Anak dara lah pulak.. mana ada pengalaman dengan anak kecil! Terima kasih  wahai Pingu ku kerana tahan dengan tekanan kakak mu ini! Agaknya dah naik lebam mata dan bernanah telinganya bila aku terkasar dek stress!

P/S: Rindu dengan Kak Sabariah… Aku sering teringatkan dia….Di manalah dia sekarang…. Tak tahu masih ada atau bagaimana…. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan dimuliakan tempatnya kelak…

Advertisements

5 Comments on “MAID-LESS…. AKU, DOMESTIC DIVA!

  1. Hi Nurul…. Sebelum nk komen nk bg tau u dah kurus ok!! 😄😄
    Bila cerita pasal maid ni Mmg x abis, mcm2 perangai, bila kita baik amik kesempatan plk, bila kita tegas sgt pun x boleh.
    I x dapat bayangkan betapa busy nye u dgn kerja Pastu anak2 lagi, I yg x kerja klu Xde maid pun huru hara. Penat sgt! My maid dtg 3x a week tu pun kadang2 ponteng. Last2 i pecat dia sbb kita bayar bulan2 tp asyik ponteng rugi la kita.
    Tp bila Xde maid ni buat kerja rumah mcm exercise la turun naik tangga, tu yg boleh kurus tu😁😁 bertabah l wahai Nurul, hopefully maid u yg baru ni ok and boleh jaga anak2 u. Lagi bagus x duduk sebumbung, mai pagi petang blk.

    • Hello Diana. You are so nice kata I Kurus hahaha… InsyaAllah. On the way there!

  2. Hahahaha..
    pengalaman xcukup tangan urus anak kecik memang sedang dilalui skrgni..so sgt2 memahami.kadang2 memang stress + jiwa kacau + moody.
    dptlak somi yg kerja xikut time kerja sesama (ofis hour), kita dah balik rumah dan urus anak2, somi belum balik kijer.
    Tp pengalaman dgn pembantu rumah belum lalui. anak2 duk taska/rumah pengasuh.
    Apa2pun susah payah bersama itulah pengalaman terindah utk dikenang wlupun skrgni kadang2 ada masanya dah bertukar jadi zombe..

    i love u..

  3. assalamualaikum…
    nurul semakin kurus nampak hehe i pon baru delivered baby twinsssss.
    mmg happy dapat babykan but same goes with me masaalah penjagaan baby bila kita bekerja…pluss i dah ada another 2 boys which is 7 and 5 years old..
    with house-core, work load in the office and a husband to take care of rasa macam nak cukur bulu pon tak sempat hahahaa..
    i book for a maid but janji tinggal janji dah hampir 5 6 bulan belum ada berita the agencies just said in a few week and in a few week go to a few months and a few month now still nothing geram jugak until dh hilang sabar but they would not return the booking money if i cancel..
    bengang yang tahap allah sahaja yang tahu n somehow i tak tahu nk cakap aper..nak sedih of course i shouldn’t i love my babies..
    masa ni la i tahu siapa yang betul2 sayang pada kita..care pada kita..pada sesiapa pon langsung tak boleh letakkan harapan they will say ok take care.. n then senyap..
    i need assistant to handle my babies.. they just hi hi n bye bye..i don’t know people now are so not like the past..
    i just pray n pray allah know the best n i have to take it no matter how it goes…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: