TIBA MASANYA! … JENG…JENG.. JENG…

Sunyi je kan…

Ya… Sangat sunyi.. Dah naik sarang labah-labah dah di sini… Maaflah, sibuk sangat.. Berjumpa dengan salah seorang pembaca dan juga pengikut setia aku minggu lalu di dalam satu acara anjuran UITM di tengah kota; katanya jangan lama sangat tunggu nak update blog. Bosan katanya menunggu.

Ya, Hani! Ini je masa yang sempat yang boleh aku update! Sangat sibuk. Terima kasih kerana memahami! Lagi pulak dah tiba minggu yang paling excited! Minggu ini paling crucial! Jadi, faham-faham je lah ye. Minggu depan baru semuanya kembali seperti biasa. Rasanya akan lebih banyak update minggu depan. InsyaAllah…

 

Ikutkan hati, setiap hari nak menulis. Lebih-lebih lagi apabila banyak sangat cerita-cerita menarik serta berita yang boleh aku kongsikan bersama. Banyak juga hal-hal semasa yang berlaku yang menyentuh hati yang membuatkan aku nak bercerita juga.

Namun, masa yang terhad membataskan segalanya. Tak apa, minggu depan chek sambung na! Ni pun di antara menghafal lagu serta latihan. Rasa rindu sangat nak menulis. Berhenti sekejap, dan tulis je apa yang terlintas. Harapnya kalian semua sihat di dalam menjalani kehidupan seharian.

Wah.. tersangatlah formalnya Nurul Wahab Depp! Hahahhaa.. Itulah jadinya kalau dah lama tak menulis! Hahhaha…

Sabtu ini 9 Mei 2015, rombongan aku dan seluruh warga kerja NW Newrules serta IGNS Holidays akan tiba di Singapura! Sekejap je dah sampai masanya. Promosi dan berita yang digembar gemburkan berkenaan persembahan yang bakal aku adakan bersempena Hari Ibu itu; hanya akan berlangsung dalam beberapa hari saja lagi! Sangat excited! Tak sabar nak berada di hotel yang aku suka iaitu Royal Plaza on Scotts!

Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua peminat di Singapura dan Malaysia yang telah pun membeli tiket! Alhamduillah.. Alhamdulillah… Syukur. Tak sabar nak jumpa. Semoga Allah merahmati kalian. Jumpa Sabtu nanti jam 3 petang.

Untuk yang teringin nak pergi tapi masih belum beli tiket, boleh hubungi Ina Mohd melalui whatsapp atau telefon terus di nombor 017 935 3909. Masih ada lagi beberapa tiket yang belum dijual. Tarikh akhir penjualan tiket adalah sehingga Rabu 6 Mei ini. Jadi, segeralah hubungi Ina Mohd! Dia sedia membantu.

Haru biru juga membuat persediaan. Di antara menjaga anak, melayan anak, bagi makan anak, jaga suami, bersenam, latihan, menghafal, jaga anak lagi, bagi makan anak, bagi susu…. bagi makan bapa anak.. layan suami… Haaaaa…. Itulah jadual seharian kalau tak ada apa-apa persembahan… Adakala naik takut juga andai otak tak dapat nak handle macam-macam hal yang ada. Mana nak ingat lirik lagu lagi! Aduh!

Tapi itulah kan… Semuanya atas kekuasaanNya yang memberikan aku kudrat untuk melakukan semuanya. Fokus paling utama. Alhamdulillah.. Kebanyakkan lagu yang bakal aku nyanyikan telah pun aku hafal. Hanya ada lagi 2 perlu aku ingatkan bait-bait liriknya. InsyaAllah sempat..

Cewaahhh… confident lah konon! Hahahha.. Saja nak tenangkan diri. Kalau panik, nanti haru biru jadinya. Malah susah nak ingat semuanya! Jadi, kena kawal emosi…

Kali ini lebih mencabar… Maklum saja, dua anak dan satu persembahan yang agak besar bagi aku. Di Kota Singa pulak tu.. Di hadapan peminat-peminat yang telah lama menyokong aku. Harus lakukan sebaik mungkin! InsyaAllah..

Doakan ya agar semuanya berjalan lancar. InsyaAllah ada beberapa update yang akan kami letakkan di Instagram dan Youtube sepanjang berjalannya acara itu nanti.

Aduh.,… excited nya! Tak sabar pun ada! Ya Allah.. permudahkan segala urusan ku! Amin….

P/S : sedih Ayu tak dapat ikut kerana peperiksaan pertengahan tahun nya jatuh pada 10 Mei… focus on that sweetheart! My prayers always be with you. All the best!

Advertisements

4 Comments on “TIBA MASANYA! … JENG…JENG.. JENG…

  1. all d best of luck sis Nurul …..sorry unable to join. Moga semua urusan d permudahkn nanti, Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: