TEKANAN.. TERTEKAN DAN MENEKAN…

Boleh tak kalau blog ni ada voice note ala-ala Whatsapp dan boleh main cakap je apa yang sepatutnya ditulis? Boleh ke gitu?! Hahaaha.. Mana ada kan! Kalau nak buat pun, video je lah. Memang banyak pun video. Kat Instagram, kat Youtube.. Itupun adakala terlupa nak buat!

Aku katakan begitu bukannya apa, kesibukkan lewat beberapa minggu ini sangat menekan aku dan masa sangat suntuk untuk aku lakukan apa saja. Beranak dua; lebih mencabar minda, jiwa dan tenaga! Patutlah ada yang berpesan… Memang sangat mencabar. Sebab itulah agaknya ibu disangjung tinggi ya..Memang masa untuk diri sendiri pun terhad. Anak-anak perlukan lebih perhatian. Terutamanya anak lelaki pertama aku yang semakin meningkat dewasa. Alhamdulillah, sihat tubuh badannya. Cuma jenuh nak bagi makan. Pemilih betul! Tahulah lidah tu berketurunan Perancis. Mahukan yang sedap dan yang ada krim dan keju sahaja!

Naik tertekan mamanya apabila beratnya tak naik-naik. Tetap pada 9.8kg dari usianya 9 bulan! Mana aku tak risau. Sekarang dah pun 18 bulan. Berat masih sama. Makin meninggi tapi kerempeng! Aduhai anak lelaki ku. Kata pakar, ibu bapa jangan stress kalau bayi atau anak kecil tak mahu makan. Lagi kita stress, lagi diaorang pun tak makan. Oh begitu pula! Baiklah.. Jangan risau. Go with the flow!

Yang adiknya pula, jangan risau.. Usia dah masuk 3 bulan, bulan ini. Susu dah 4 oz! Alhamdulillah.. Syukur kesihatannya pun baik dan yang paling aku sedikit rasa lega, Raphael kuat tidur! Baguslah nak… Mama boleh buat kerja. Tapi setakat masa dia tidur atau semasa Zach di luar. Masa itulah aku curi untuk membuat  latihan dan sebagainya yang berkaitan kerja.

Kini, kami hanya tinggal berempat. Aku, Eric, Zachary dan Raphael. Atuk dan nenek mereka dah pun pulang ke Perancis. Memang agak tenang dan sedikit sunyi tanpa mereka. Dan kami harus mengambil alih aktiviti yang dilakukan mereka kepada Zach sepanjang mereka di sini selama 3 bulan. Jenuh juga membahagikan masa.

Terasa tenaga dan stamina sangat berkurangan apabila aku harus berlari ke sana ke mari. Stamina untuk menyanyi harus dijaga juga. Semuanya perlu tiptop! Kalau tak, nak buat persembahan pun tak ada tenaga. Dah berlaku juga di dalam beberapa persembahan lewat minggu lalu dan minggu ini. Naik risau juga aku. Orang bayar, jadi perlu buat yang terbaik dan menepati citarasa client. Mereka bayar untuk bakat aku. Jadi ianya harus yang terbaik. Barulah berbaloi denga bayaran yang diberi. Macam manalah tak bertambah stress nya….

Alhamdulillah rezeki Allah Taala pada aku dan kami sekeluarga. Dalam rahmat yang diberiNya itu, selalunya ada ujian. Jadi, ujianya adalah mengekalkan tenaga dan stamina. Mana nak buat latihan menyanyi, menghafal lagu, nak kuruskan badan dengan ke gym, nak belajar bahasa, nak menyusu anak, nak beri makan anak – tanpa pembantu yang tinggal serumah! Bayangkan! Naik pengsan juga Nurul Wahab Depp!

Buat masa ini, tekanan sudah kembali reda. Minggu lalu sehingga awal minggu ini, aku macam ‘ayam berak kapur!’ Terdiam dan termenung! Banyak tekanan! Macam-macam fikir. Pasal kerjaya dan sebagainya. Nak adjust diri dengan anak dua – itu yang buatkan aku sedikit ‘huru hara!’

Langsung terfikir.. Macam mana Arwah Mak aku dulu.. 3 anak setiap tahun…. Nasib baik dia bukan penyanyi! Namun aku pasti, dia sentiasa letih dan sememangnya tiada masa untuk dirinya sendiri. Mak… Semoga syurga menjadi tempat Mak di sana. Amin!

Ketika ini, selepas show Isnin lepas, aku sedikit lega. Ada masa berehat sehingga 10 hari yang akan datang. Kemudiannya fokus untuk latihan lagu-lagu yang aku pilih untuk Hari Ibu. Persembahan yang aku dan Ina Mohd jadualkan pada 9 Mei di Hotel lima bintang, Royal Plaza On Scotts; semuanya harus dibuat dengan teliti. Kami berdua memang sangat sibuk sekarang ini.

Itu satu lagi yang buatkan aku sedikit nervous dan tertekan. Peminat Singapura, ini permintaan kalian, jadi datanglah untuk sama-sama meraikan hari istimewa bersama ibu kalian. Berharap sangat semua dapat hadir. Memang tak ramai boleh dimuatkan di dalam dewan hotel itu. Cuma untuk 90 orang.  Namun, tiket masih belum habis dijual,

Aku ada buat promosi istimewa di mana aku berikan tiket percuma buat peminat di Johor dan Singapura! Ada caranya dan syarat-syarat tertentu. Jadi, kena hubungi Ina Mohd untuk keterangan lanjut. Semakin dekat waktunya, semakin panik pula rasa!

Ina Mohd lah yang paling tertekan. Sebenarnya, kedua kami tertekan. Cuma bezanya Ina tiada anak kecil. Dia tidur malam dengan lenanya. Aku pasti show di Singapura itu, menjadi igauannya setiap malam! Mana taknya, ianya seperti ‘baby’ pertama pada Ina sepanjang dia bekerja dengan aku. Jadi, dia harus  memastikan yang show itu berjalan dengan lancar. Berjaya atau tidak, ianya adalah tanggungjawab sekenit itu yang aku gelarkan Pingu. Kalian rasa, tak naik pusing kepala kami berdua?! Bukan huru hara lagi dah.. Dah naik tahap ribut dan taufan dah! Hahahaha…

Hari ini terasa semakin tenang dan lega. Keletihan sedikit sebanyak dah hilang. Tidur pun dah cukup. Tahu saja, macam-macam stress kalau ibu bapa tinggal bersama. Orang tua, mood nya adakala okay dan adakala tak okay. KIta pun kadang-kadang sama juga. Jadi, macam-macam tekanan. Dengan show lagi.. Anak-anak.. Aduh! Nak luruh jantung! Hahahaha..

Semuanya berjalan dengan lancar sepanjang ibu bapa mertua di sini. Nasib baik ada mereka membantu menjaga Zach. Dapatlah aku berehat dan beri sepenuh tumpuan kepada Raphael. Buat masa ini, kami masih adjust diri masing masing tanpa bantuan ibu bapa mertua. Taklah susah, cuma perlu buat jadual dan bahagikan masa sebaik mungkin.

Sementara nak dapat tempo.. Selepas itu okay lah rasanya nanti. Ini cabaran aku sebagai wanita bekerjaya, ibu, isteri dan sebagai penyanyi. Adakala terasa tiada tenaga. Nasib baik suami turut sama kongsi rasa itu. Kalau dia tak bantu, lagi teruklah keadaan aku.

Mengekalkan motivasi di dalam kerjaya, itu yang paling sukar. Yang menjadi keutamaan kini adalah anak-anak. Kemudiannya kerjaya. Semuanya kerana mereka masih kecil. Merekalah berlian yang sangat berharga kepada kami. Jadi, aku harus tahan apa saja tekanan kerja yang aku ada atau yang bakal tiba. Saat ini terasa sedikit ‘down’. Biar Allah saja tempat aku mengadu.. Wahai hati.. bersabarlah… Akan hadir juga apa yang aku pinta. Bertahanlah….

P/S: Teringat tekanan tidak dijangka minggu lepas.. Esoknya show, hari ini kena elergi ubat gara-gara nak legakan sakit tonsil! Lain jadinya.. Mata aku bengkak macam kartun ‘The Simpsons’ dan jatuh ke bawah seakan strok!

Advertisements

One Comment on “TEKANAN.. TERTEKAN DAN MENEKAN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: