“SELAMAT TINGGAL SAYANG KU…” …SELAMAT BERSEMADI MAMA JUWIE…

Hari ini semacam sedihnya.. Berita yang diterima semalam lewat jam 11 malam, mengejutkan aku. Tergamam dan tidak terkata…

Memang sudah sedia maklum akan keadaan Haji Abdul Jalil Salleh yang terlantar di HUKM. Mahu melawat, tapi diberitahu, pesakit tidak mahu menerima mana-mana pelawat kecuali keluarganya. Dia memang seorang yang perahsia walaupun wajah sering memberi senyuman dan mudah menyapa sesiapa sahaja yang dikenalinya.

Itulah sifat seorang manusia yang dikenali satu Malaysia, sebagai Mama Juwie.

Dia tiada lagi kini. Sedihnya hati, Tuhan saja yang tahu. Itulah impaknya apabila seseorang yang sangat dekat di hati, baik hati, seorang yang sangat menyenangkan serta seorang yang pemurah – tidak kira wang ringgit mahupun senyumannya.. Sangat terasa kehilangannya.

Aku kenalinya 20 tahun yang lalu. Aku bukanlah teman rapatnya tapi dia apabila berjumpa, Arwah sering melayan aku seperti aku juga teman baiknya. Dia tidak langsung bongkak dengan kemegahan nama serta apa yang dimilikkinya.

Arwah pernah memberi sedekah kepada aku dari wang royalti hasil penulisan lirik lagu yang dibuatnya. Masa tu aku baru je pindah duduk di KL. Katanya aku belum punyai wang yang banyak. Seakan sebatang kara di KL. Lalu diberinya wang itu. Aku tak kisah berapa jumlahnya. Yang penting adalah niatnya. Mahu menolong aku yang masih mentah ketika itu.

Masa tu aku belum lagi merakamkan lagu tulisan lirik arwah yang sangat diminati ramai iaitu “Kerana Terluka”. Arwah sering juga bersedekah kepada anak-anak yatim piatu. Sebab itulah semasa hayatnya, rezeki tidak pernha putus dan dia sangat tenang.

Macam mana aku tak sedih.., Tengok saja lirik yang ditulisnya… Paling menyentuh kerana bagi aku lirik yang ditulis adalah apa yang dirasai dan dari sanubari halusnya. Sebab itulah paling mudah menusuk ke jiwa yang mendengarnya. Lagu menjadi indah dengan sentuhan ayat berhantunya.

Mama seorang yang sering mendoakan kesejahteraan teman-teman serta artis yang dikenalinya. Kali terakhir aku bertemu dengannya seingat aku 2 tahun lepas. Aku lupa di mana tempat dan apakah acaranya. Tapi aku ingat raut wajahnya yang manis menghampiri dan menyapa aku dan Eric.

Di akhir perbualan dan temuramahnya, dia menyebut dia akan mendoakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat dan dia sangat gembira melihatkan aku dan Eric sekarang ini. Tidak pernah lupa menyebut “I love you” setiap kali kami mahu beredar. Aku tahu, sukar padanya untuk melihat keburukkan orang lain, malah bercakap tentang aib orang lain.

Dunianya hanyalah penulisan dan juga kerja yang didokongnya selama ini sebagai seorang wartawan. Tidak mahu difikirkan soal lain, hanya mahu menghambakan dirinya kepada Allah Taala.

Mama yang aku tahu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering ke Tanah Suci kerana membawa jemaah ke sana. Itu salah satu perniagaan yang diusahakannya, kalau tak silap aku.

Dia bukan jenis yang suka bercerita andai dia berbuat kebaikan. Padanya, biar Allah saja yang tahu. Aku tahu, hidupnya hanya untuk Allah Taala.

Satu contoh yang harus diikuti oleh semua. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita kehidupan insan ini.

Bila hati sentiasa bersih dan sering berbuat baik, ianya sangat meninggalkan kesan buat insan lain yang mengenali.

Baiknya hati seorang insan yang diberi nama Abdul Jalil Salleh. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya. Diberikan syurga buat arwah di atas setiap kebaikan dan amal jariahnya. Al Fatihah  buat insan yang aku kagumi dan aku hormati.

Terima kasih Mama di atas nukilan yang sangat indah yang membuatkan semua melekat dengan lagu hit pertama “Kerana Terluka” buat aku.

Ya Allah rahmati rohnya Abdul Jalil Salleh. Amin..

P/S: Macam mana nak tahan air mata selepas ini bila menyanyikan ‘Kerana Terluka?’ Sedih ini lebih teruk dari sedih aku meninggalkan sejarah dulu…

Advertisements

3 Comments on ““SELAMAT TINGGAL SAYANG KU…” …SELAMAT BERSEMADI MAMA JUWIE…

  1. Semua lirik2 Mama Juwie membawa maksud yg amat mendalam… payah utk mencari pengganti beliau… Semoga Allah membalas segala kebaikan mama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: