MENJADI WANITA, ISTERI… IBU…. JOM KE SINGAPURA!

Hello..Hello.. Hello… Percubaan yang banyak kali dalam minggu ini nak update entry, ada saja halangan. Banyaknya kerja. Setiap hari ada saja nak kena buat. Dengan anak, dengan suami dan family… Mak mertua, Bapa Mertua… Aduh… Jadi wanita ni, hanya Tuhan yang tahu betapa beratnya tanggungjawab!

24 jam satu hari rasa macam tak pernah cukup bila dah berstatus isteri dan ibu. Lagi pulak jadi penyanyi! Nak kena buat latihan vokal, nak kena bersenam dan sebagainya. Naik penat juga otak bila semuanya kena fikir! Aduhai… Tapi itu bukan alasannya untuk mengeluh atau menyesal memegang status yang ada kini.

Status ini yang buat aku merasa dikehendaki dan dimahukan. Aku rasa aku dihargai. Aku ada keluarga yang bisa menguatkan. Tanggungjawab yang menjadi inspirasi untuk bekerja keras. aku ada ‘base’… dan bukannya seperti dulu lagi yang sering keseorangan dan yang takut akan masa depan. Kehidupan peribadi yang lengkap, adalah salah satu punca ketenangan fikiran. Ianya membantu di dalam karier. Itu pendapat aku.

Penat otak bekerja dan juga badan, hilang apabila melihat anak-anak, dan suami – yang sering memberi sokongan di dalam apa juga yang aku lakukan. Dengan senyuman dan kenakalan anak-anak, membuatkan aku rasa sangat aman.

Aku tahu, bukan aku saja yang rasa sedemikian. Ramai lagi yang di luar sana. Yang sering membaca blog aku ini juga, turut merasainya. Seronok jadi wanita ni. Macam-macam kelebihannya. Tak kira di dunia atau pun di akhirat nanti.

Menjadi ibu khususnya, rasa lebih istimewa.

mother_in_black_and_white_5b15d-11 mothers-day

Untuk itu, sambutan Hari Ibu tahun ini, Ina Mohd putuskan untuk aku lakukan persembahan bersempena dengan sambutan yang istimewa ini. Katanya sesuai dengan status aku sebagai ibu dan juga baru sahaja mendapat cahayamata lagi.

Aku ni memang tak pernah buat persembahan Hari Ibu secara besaran begini. Bagi aku, ianya besar. Selalunya hanya jemputan persembahan biasa di majlis-majlis tertutup. Kali ini diadakan secara komersial dan ianya bakal dipentaskan di negara jiran, iaitu Singapura. Ina memilih Singapura kerana kerapkali peminat di sana menghantar mesej dan komen yang mereka rindu akan nyanyian dan persembahan aku di sana.

Lagipun, acara ini diadakan bersempena dengan ulangtahun ke 20 pembabitan aku di dalam bidang seni ini.  Ini adalah persembahan yang pertama seumpamanya tahun ini sebelum mini konsert yang bakal kami adakan pada September atau Oktober depan.

Sepatutnya konsert 20 tahun itu akan diadakan pada Jun depan sebelum masuknya bulan Ramadhan. Tapi terpaksa diinjak ke hadapan kerana permintaan boss besar Universal Music yang kononnya masa tu setuju untuk mengambil aku sebagai salah seorang artis di bawah naungan mereka.

Itu adalah antara sebab yang aku terpaksa batalkan persembahan 20 tahun itu pada Jun depan. Kini, bila mereka tak jadi nak ambil aku di atas sebab tidak bersedia (walaupun dah menunggu lama – kononnya), ada baiknya juga. Aku ada masa nak mencari penaja lain dan juga melakukan persiapan yang lebih baik. Kalau tak, kelam kabut juga dnegan show Hari Ibu pada bulan Mei dan seterusnya persembahan 20 tahun pula. Boleh naik pening juga tu! Tak apa, ada hikmahnya.  Tak ada rezeki di situ, mungkin ada di sini. Jika tak ada di sini, mungkin Allah akan berikan rezeki itu di sana pula.

Kalau dah tertulis oleh Yang Maha Esa, ada rezekinya, maka datanglah nanti. Antara cepat atau lambat sahaja. Hanya masa yang menentukan. Aku percaya akan rezeki Allah. Aku hanya perlu berusaha dan pandang ke hadapan. Pengalaman 20 tahun yang aku ada, benar mengajar aku menjadi anak seni. Terima kasih di atas pengajaran yang sangat bernilai. Alhamdulillah. Ujian menjadikan siapa aku, kini.

Itu satu cerita.. Cerita lain yang aku nak sampaikan di sini adalah, semua peminat dan penyokong aku dijemput untuk menghadiri persembahan sempena Hari Ibu pada 9 Mei depan. Untuk peminat di Malaysia dan Brunei, ada disediakan pakej yang istimewa oleh IGNS Holidays Sdn Bhd. Sekarang ini pula, diadakan tawaran istimewa bersempena Matta Fair. Harga Pakej hanya RM2000++ untuk :

3 hari 2 malam – 8 Mei – 10 Mei

Penginapan di hotel 5 bintang iaitu Royal Plaza on Scotts

Makan dan minuman yang halal di Hotel Royal Plaza on Scotts

Tiket persembahan sambil minum petang

Tiket penerbangan pergi dan balik

Airport transfer

Membeli belah di Orchard Road Singapura

Melawat Kota Singa bersama Nurul Wahab Depp pada 10 Mei

IGNS

Haaa…. Bagi aku pakej di atas sangatlah berbaloi dengan harga yang ditawarkan.  Harus diingatkan, semuanya termasuk di dalam harga di atas. Namun, di atas permintaan, ada lagi beberapa pakej istimewa yang akan diwar-warkan oleh penaja utama acara “Nurul Celebrates Mothers” ini. Ianya akan disiarkan bermula 1 April ini.

Segeralah membuat tempahan untuk kalian yang berada di Malaysia dan juga Brunei! Hanya perlu hubungi 017 2525 684. IGNS Holidays bersedia menjawab panggilan kalian. Segera ya!

securedownload-36

Untuk setakat ini, sudah ada beberapa tempahan tiket dari Singapura. Mereka dah pun membuat bayaran melalui akaun rakan kami di sana (email nurulwahab77@gmail untuk nombor akaun). Tiket bernilai SGD120 adalah harga tempahan awal. Harga asal tiket termasuk hidangan minum petang (hi-tea) dan persembahan adalah SGD150.

Terima kasih kepada yang telah membuat tempahan dan bayaran. Aku masih menanti yang lainnya! Really hope to see all of you on that 9th May!

Bagi aku pula, aku sangat tak sabar nak buat persembahan di hadapan peminat dan juga penyokong aku! Jom jumpa. Kita boleh selfie, wefie dan berborak! See you!

Terima kasih sekali lagi kepada penaja utama iaitu IGNS Holidays Sdn Bhd yang menaja persembahan “Nurul Celebrates Mothers” di SIngapura dan merealisasikan salah satu impian aku. Sama juga kata Puan Haida pemilik besar syarikat travel & tours ini. Ini salah satu peluang menjadikan syarikatnya lebih dikenali. Bagi aku mereka sangat boleh dipercayai. Syarikat yang akan aku pilih untuk bercuti di luar negara dan juga apabila aku nak pergi umrah kelak!

P/S: sedang kuat berlatih dan menghilangkan ‘extra fat’ di perut yabg telah dibelah… Tak apalah susah sikit.. Anugerah yang Allah beri sangat indah dan bernilai! Tiada nilai wang dapat beli! Baru aku tahu… Bagaimana rasanya menjadi IBU.

Advertisements

One Comment on “MENJADI WANITA, ISTERI… IBU…. JOM KE SINGAPURA!

  1. Semoga d mudahkan urusan d next performance sis 😉 xpe, xtra fat tu ade hitungan pahala nye…huuu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: