BUATLAH… SELAGI MAMPU…

Sambil-sambil mendengar lagu, sambil-sambil juga menulis. Di sebalik  menulis, ada lagi satu page… Apa lagi kalau bukan dok survey baju! Hahahhaa.. Selagi tak kurus betul-betul.. Tak puas hati! Pakai baju apa pun tak kena! Pada aku lah.. Dulu hanya 53 atau 55kg.. Kini 69kg. Nampak tak berapa banyak perlu aku turunkan tu! Hahahhaa.. Pengsan!

Takpe.. Tak ada masalah. InsyaAllah.. Ada shake Herbalife dan juga bersenam setiap hari. Biarlah turun berat badan perlahan-lahan.. Jangan terus bedebum turun dengan mengejut! Tak bagus untuk kesihatan. Memanglah nak cantik dan kurus cepat. Tapi tiada jalan pintas. Harus buat semuanya secara berperingkat. Kata orang ‘step by step’.

I can do it! Sebenarnya ikut hati ni, memang tak sabar. Semua dari kita sama je. Kalau buat apa pun, terutamanya nak turunkan berat badan, memang nak cepat je! Tapi melalui apa yang aku belajar, memang tak bagus kalau nak kurus secara mendadak. Biarlah perlahan tetapi kesihatan berada di tahap maksimum dan tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

Hari ini memang lah kita seronok kalau semua memuji dah kurus dengan cepat. Kemudian hari, yang menderita dan menanggung semuanya, adalah kita. Perkara yang paling merugikan adalah apabila kita kehilangan kesihatan yang baik. Susah nak melakukan segalanya.

Alhamdulillah.. Aku dah boleh rasakan badan sedikit berubah walaupun berat masih sama selepas sebulan. Hari tu lepas bersalin, turun 6 kg. Habis pantang je, turun lagi 2kg. Bila dah mula exercise, terasa aku dah kehilangan beberapa cm lagi. Cuma perut je yang paling susah nak bersenam sekarang ini.

Bukannya apa, bersalin secara pembedahan ini, kena jaga sikit luka jahitan dalaman. Di luar tu memang dah okay. Badan pun dah terasa kuat. Mulalah nak cuba buat itu ini! Hari Rabu lepas, aku turut sama dengan suami dan juga kumpulan Fit activities Yestowellness. Kononnya dah kuat habis dan perut pun dah ready nak buat beberapa pergerakkan di bahagian yang paling degil itu..

Selepas satu set untuk 5 pergerakkan, aku dah naik takut! Mana taknya, nak bangun je dari senaman tu, terasa otot di perut menarik dan terasa sedikit sakit seperti baru lepas seminggu menjalankan pembedahan! Tak ke aku takut! Dah lah banyak benda nak buat ni.. Dengan 3 show menunggu di bulan hadapan!

Bapa mertua yang ada di situ, segera menghampiri dan langsung berkata, ‘arrette!’ Dia suruh aku berhenti segera. Dah cuba buat tu, dah okay lah tu. Jangan paksa. Kena dengar dan rasa apa yang badan kita cuba sampaikan. Kalau ada sakit segera hentikan. Itulah yang aku lakukan. Naik takut juga!

Malam tu tidur dengan pelbagai imaginasi dalam kepala! Haaa… tahu takut! Siapa suruh paksa buat! Hahahha.. Alhamdulillah takde apa apa yang berlaku. Hari ini, dah boleh buat dua senaman di bahagian perut aku! Alhamdulillah.. Dah takde sakit..

Memang benar apa yang diperkatakan selama ini oleh wanita lain yang telah sama melakukan pembedahan untuk bersalin. Bahagian perut paling susah nak turun selepas dibelah. Sebab itulah aku takut dan tak sabar nak bersenam serta turunkan berat badan secepat mungkin. Bukan sahaja untuk persembahan aku yang akan datang, tetapi juga untuk kesihatan.

Aku ni ada satu fobia sedari aku kecil. Aku takut dengan kegemukkan! Aku dibesarkan di dalam keluarga besar dan saiz badan kami juga sangatlah besar! Itu dah memang di dalam genes kami. Dari sekolah rendah aku dah belajar apa yang perlu makan dan apa yang tidak.

Bila dah berusia 14 tahun, aku paling jarang makan nasi! Nasilah yang selalunya punca kita gemuk.. Memang aku antara yang sedikit kurus dibandingkan dengan yang lain. Bila tengok kakak dan adik ada yang bulat, itu yang buatkan aku lebih takut! Dari kecil dalam kepala dah memang ada rasa taknak gemuk!

Bila sekarang ni sedikit gemuk, aku dah mula risau. Tapi dalam risau tu, melantak juga tak sedar diri! Hahahaha.. Aku ni suka makan walaupun aku takut gemuk! Makan itu perlu. Kita perlu makan untuk maintain kesihatan. Jadi, harus pilih makanan yang terbaik sahaja.

Nak tulis lain sebenarnya.. Tapi tulis pasal badan pula! Hahahah.. Biasa la tu.. apa yang terfikir, itu yang aku tulis!

Dalam pada itu, hati melonjak kegirangan! Alhamdulillah lagu yang aku ciptakan telah pun dibuat muziknya. Sedapnya susunan muzik yang dibuat oleh Rafik Konsep! Tak sabar pula aku nak nyanyikan.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar buat masa ini. Lagu dah ada, cuma syarikat rakaman belum lagi.  Ada yang dah nak ambil, tapi saat akhir tak jadi pula. Walaupun dah pun dikatakan berminat dan mahu mengambil aku. Biasalah manusia… Tak semua dari kita berpegang kepada janji dan kata-kata yang telah diberi. Terima sahaja apa pun keputusannya.

Tak apa, tak dapat di situ, ada rezeki lainnya di sini. Tak tahulah dengan siapa atau di mana. InsyaAllah…  Akan ada. Allah yang memberi rezeki. Aku percaya Dia ada perancangan yang terbaik untuk aku. Aku hanya perlu berusaha dan buat yang terbaik.

Buat masa ini, selain dari lagu baru, aku sibuk mempersiapkan diri dengan berlatih menyanyi kerana beberapa persembahan telah pun menunggu. Dapat aku rasakan perubahan pada kali ini dengan segala yang mendatang. Segalanya membawa tenaga yang baik.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Masa ini aku harus memberi sepenuh perhatian dan melakukan sebaik yang mungkin. Jangan buat kesilapan yang sama lagi. Tak apa gagal beberapa kali, asalkan aku jangan terus tidak cuba bangun. Harus bangkit dari kegagalan dan melakukannya sehingga mendapat apa yang aku inginkan! Aku harus lakukan..

Ikut sedih dalam hati ni, nak je menangis tak henti-henti. Tapi aku tak nak buat macam tu. Nanti langsung rasa ‘down.’ Menangis bila nanti tercapainya impian. Masa tu nak menangis puas-puas. Nak lepaskan apa yang terbuku di hati – yang sakit hati, yang tertekan, yang kecewa, yang sakit, yang sedih – yang telah dibuat oleh  beberapa pihak. Tapi tidak bermaksud nak menyakiti mereka pula. Tidak.. Menangis sahaja tanpa berkata apa-apa. Yang mana tahu tu; akan tahulah.

Buat masa ini, senyum sahaja dan tutup mulut. Jangan diluahkan. Kalau nak luah pun, hanya pada Tuhan. Dia lebih faham dan Maha Mengetahui. Orang lain mungkin tidak akan faham dan mungkin akan salah erti. Lihat ke depan dan terus merangkak. Mungkin sedikit masa lagi aku akan bangun berjalan dan berlari mengejar mimpi.

Mula dah nak ‘deep!’ Hahahhaa.. Itu sedikit yang terbuku di dalam hati. Hanya kesimpulannya sahaja. Tak boleh nak luahkan semuanya. Nanti ada yang terasa dan mungkin ada yang rasa aku ni laser pula. Daripada mendatangkan masalah, lebih baik simpan.

Aku tekad… Kali ini terasa sedikit lainnya. Semoga Allah terus memakbulkan doa aku dan Ina Mohd. Amin…amin…

P/S : Biarlah mereka-mereka itu tak nampak… Allah itu wujud. Dia ada mendengar dan melihat segalanya… Buatlah selagi mampu..

Advertisements

2 Comments on “BUATLAH… SELAGI MAMPU…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: