LUAH.. MELUAHKAN KOMEN… KEYBOARD WARRIORS!

Okay Nurul.. Berhenti tengok-tengok website shopping online tu! Tulis cepat! Sementara dua anak teruna masih tidur dan punyai ruang untuk diri sendiri… Kalau dilayan memang naik ralit (kata orang Penang) Memang tak terasa masa berjalan macam tu saja kalau shopping online ni!

Aduhhhh.. Banyak baju yang dah tak boleh pakai – satu alasan yang boleh diberi kepada Eric untuk shopping! Yahoooo… Banyak acara nak kena pergi.. Jadi kena pakai baju yang sesuai.. Kalau tak… Kena sindir, kena hina, kena macam-macam lagi di FB atau di mana mana sosial media yang lain!

Dah kena dah minggu lepas… Diam je lah.. Orang lain tak tahu apa masalah kita.. Aku pulak baru lepas pantang. Blur habis! Stylist dah cari baju pun, masih tak boleh pakai dan kurang sesuai. Bukannya tak sesuai apa, buntut masih belum kembali ke saiz yang asal, perut pun masih lagi menggelebeh.. Masa tu pulak baru 50 hari… Memanglah semuanya terasa tak kena. Dah lama tak keluar dan dah lama berehat dari bekerja.

Jadi, pakailah baju lama yang pada aku sedikit sopan walaupun skirt. Skirt kembang itu bolehlah juga sedikit sebanyak cover perut dan buntut aku tu! Rupanya program yang aku bakal diwawancara bersama Ning Baizura itu; jemputan lainnya adalah seorang Ustaz. Siapa pun tak bagitahu. Ina Mohd pun tidak diberitahu.

Wawancara selama 15 minit itu langsung mengundang para ‘keyboard warriors’ dan tukang komen untuk memberi sepatah dua pendapat mereka. Aku ni bukan jenis nak tengok atau baca komen-komen tersebut. Lebih-lebih lagi komen-komen yang negatif. Memang aku buat tak tahu saja. Tapi kali ni aku terbaca pula sebab ada yang sampaikan berita dan bertanya di Instagram aku.

Si penyampai pun segera mengambil screen shot dari seorang wanita yang aku rasa ‘sangat mulia dan sangat baik akhlaknya’. Aku katakan sedemikian apabila aku baca komennya. Terima kasih Siti Hawa. Orang Taiping ye.. Agaknya tengahari tu hari bosan dia gamaknya. Tak ada apa nak buat. Buka tv. Cerita pulak pasal kawin mualaf yang mana aku dan Ning kahwin mat saleh.

Biasalah, tak ramai orang Melayu kita suka dengan Melayu lain yang kahwin mat saleh ni.. Agaknya Siti Hawa yang membuat perniagaan secara online ni, ada banyak masalah kot hari tu. Sale tak jalan mungkin. Sebab itulah dia meroyan lebih. Tak kena pada matanya apa yang kami pakai.

Bagi aku, apa yang dikenakan Ning sangat sopan. Siap dipinkan lagi dibahagian dada bagi mengelakkan komen-komen yang mungkin mengatakan dia seksi atau sebagainya. Disarungnya kain labuh. Aku pulak, kesnya tak ada baju. Seluar masih tak muat. Baju yang aku pakai tu sebenarnya dah berkali masuk tv. Dek tak sempat cari dan dibelenggu dengan blur aku tu, aku tak terfikir ianya tak sesuai atau apa . Lagipun tak tahu pun ada tetamu yang lainnya. Aku ingat ianya hanya wawancara biasa sahaja. Lama gila tak buat program stesyen tv itu. Rupa-rupanya dah banyak berubah. Pengacaranya yang dulu tak bertudung, dah bertudung pun kini.

Tak kisahlah tentang komen Siti Hawa yang ‘sangat alim’ itu… Yang buat aku ‘terbakar’ bila kata si penyampai aku tadi tu, ada orang belakang tabir pun komen dan mengata. Pada fahaman aku, orang belakang tabir itu adalah orang yang bekerja di dalam rancangan yang aku muncul itu. Naik hantulah aku! Buat apa nak panggil kalau untuk mengutuk! Betul tak?! Aku suruh lagi si penyampai siasat. Katanya tak boleh nak screen shot dah. Dia dah kena block!

Agaknya Siti Hawa juga di dalam Instagram. Mungkin dia dapat tahu; langsung dibuang si penyampai tadi. Rupanya.. Cerita yang sebenarnya.. Memang ada orang belakang tabir komen. Tapi hanya secara general saja – dia pun tak tahu sebenarnya yang aku tak tahu siapa tetamu lain mereka. Dialah yang asalnya terkena!

Jenuh Fiza Sabjahan membalas mesej aku. Dia memohon maaf tapi katanya tiada seorang pun yang berkata apa-apa. Rupa-rupanya, selepas aku bercakap dengan orang belakang tabir yang beri komen secara general itu (siap siasat FB diaorang okay! Sebab marah sangat! Hahaha); katanya, orang belakang tabir itu adalah orang dari stesyen tv yang lain. Bukannya dari stesyen tv mereka atau dari rancangan yang menjemput aku itu.

Kesian wanita yang bernama Lily Diana itu. Katanya buat apa dia nak burukkan namanya dan rancangan di mana dia bekerja. Dia mahu bekerja lama di dalam bidangnya…. Kami berbincang dengan baik dan dia menghantar bukti yang komen itu bukan darinya. Kami saling memohon maaf dan langsung melupakannya.

Minggu lepas pula bagi aku adalah minggu meroyan melanda! Hahahaa… Memang kalau hari ke 50 ke 55 tu, selalu aku ni serabut dan naik angin. Hormon masih huru hara! Hahahhaa… Jenuh juga suami aku membetulkan pemikiran aku. Nasib baik ada dia..

Tak apalah, dah lepas pun. Tapi minggu lepas, agaknya angin meroyan kembali menyerang! Hahahha… Sampai naik migrain dan rasa nak demam! Yang best nya rasa luaran badan aku panas, tapi bila periksa suhu badan, tak demam pun! Itu namanya kesan selepas fikir dalam sangat dan selepas naik hantu! Hhahahaa…

Moral of the story… Aku patutnya tak payah dengar pun atau berkomunikasi dengan si penyampai. Mungkin niatnya baik tapi apa yang disampaikannya itu, boleh disalah erti. Kena pula dalam keadaan aku yang emosi masih tidak stabil masa tu. Biasalah, lepas berehat panjang, nak kembali bekerja dah kena buat persiapan untuk beberapa persembahan dan sebagainya… Jadi, macam-macam perasaan yang timbul. Risau badan gemuklah, apalah.. Dan.. entah apa-apa lagi yang aku fikirkan. Jenuh juga aku mengucap!

Kepada yang suka menyampaikan pula (berita-berita yang seperti aku terima), tak perlu sampaikan pun. Biasalah jadi artis ni.. Pakai tudung pun orang mengata. Itu nak ikutkan dah mengikut syariat Islam. Pun kena juga. Orang kita ni, memang susah nak dipuaskan. Yang suka mengata atau memberi komen pula, kalau kita periksa akaun FB atau IG mereka (kalau tak private), kita boleh tahu kenapa mereka suka mengata dan memberi komen-komen yang sedemikian.. Kesimpulan selepas melihat mereka-mereka itu, adalah… ‘kesiannnnnn’…

Kalau kita tengok, market FB sekarang sedikit berbeza. Pada permulaan FB, kebanyakkanya orang yang tinggal di kota yang suka akan social network yang sedemikian. Selepas beberapa tahun, media sosial lain pula yang hadir. Lebih canggih. Jadi, beralih pula ke sana.

Di dalam peredaran masa, lebih banyak aplikasi yang lebih ringkas dan mudah seperti Twitter dan IG. Kebanyakkan yang awalnya berada di FB, beralih langsung kepada yang lebih ringkas. Yang berada di FB sekarang adalah mereka yang baru kenal dunia media sosial dan mahukan perhatian. Sebab itulah terjadinya keyboard warrior dan sebagainya.

Cuba ingat balik, sedari tahun 2007 – tahun bermulanya FB, ada banyak tak komen-komen yang berbentuk hinaan keluar dari sana? Cuba fikir semula.. Pada pendapat aku, dulu sangat kurang atau pun tak ada langsung!

Sekarang ni yang menjadi-jadi. Digunakan FB tu sebagai untuk meluahkan perassan, bagi komen, nak tegur atau nak hina. Cik adik sekelian, kalau suka sangat beri komen, cuba minta dengan stesyen tv yang punyai banyak rancangan realiti, untuk bekerja sebagai pemberi komen atau juri! Kan ke bagus! Dapat duit, dan dapatlah juga dosa!

Asyik mengata orang je… Cuba tengok kain sendiri.. Koyak tak? Mungkin koyak tapi tak nampak. Jahitkan dahulu. Betulkannya. Buat bagi cantik semula. Selepas itu, kalau nak betulkan orang lain, silakan. Tapi kena ada cara ya. Bukannya main bantai je. Kalau benar alim dan faham ajaran Islam bagaimana menegur umat yang lain yang masih dok mendedahkan urat ni; ikut cara yang benar diajar Islam. Jangan ingat kita saja yang terbaik apabila kita menjaga solat dan menjaga aurat. Ya benar.. Sekuarang-kurangnya ikut apa yang disuruh Allah. Tapi Allah tak suruh pun menghina orang lain. Tak kira yang jahil dengan agama atau yang tahu agama.

Aku pun bukannya baik. Lagilah tak baik sebab tak pakai tudung, dan masih dok dedahkan aurat. Adakal solat, adakala tak. Aku tahu apa hukumnya. Nak kata tak teringin nak pakai tudung, tidaklah juga. Satu hari, insyaAllah. Tapi bukan dalam masa yang terdekat ini.

Cerita pasal bertudung di kalangan selebriti ni pun bukan main hebat juga minggu ini aku tengok. Adakah segalanya harus mengikut trend? Termasuk bertudung? Adakah bertudung itu hasil dari sudut berfesyen? Apa yang aku tahu, bila dah dibuat fesyen, lain pula hukumnya. Waalahualam. Nak komen lebih pun tak tahu. Nanti takut tersalah cakap pula.

Aku tahu ramai kawan-kawan selebriti yang aku kenali secara dekat, bertudung kerana benar mahu menutup aurat dan kerana Allah Taala dan agamaNya. Bukan di Malaysia saja menerima ‘trend’ sebegini. Di negara Turki juga. Kawan aku dari sana turut memberitahu ianya sama di negaranya. Alhamdulillah…

Baguslah apabila semua umat Islam sedar akan ajaran asal agama dan mahu kembali ke jalan yang benar. Siapa tak mahukan syurga Allah kelak.. Semuanya mahu menikmati kelebihan yang kita belajar dahulu ketika masih kecil dan sehingga kini.

Entahlah.. Kalau nak cerita pasal semua yang berkaitan di atas, tidak akan habis.  Malah, akan menjadi isu sensitif dan bisa menyentuh perasaan beberapa pihak. Aku berhenti saja di situ.

Aku cuma sedih dengan sikap segelintir orang kita yang hanya tahu menuding jari, menjatuhkan, mengata dan mencari salah orang lain. Padahal agama langsung tidak mengajar berlaku sedemikian. Jika benar mengikut ajaran agama, lakukan apa yang sepatutnya. Bukan dengan mengata dan menghina.

Kasihan dengan mereka yang bertudung yang ramainya tidak punyai sikap yang sedemikian. Kata Pingu aku yang dari kecil bertudung, ‘Buat malu orang yang bertudung je!’ Fahamlah kan apa maksud aku di sini. Jadi, haruslah beringat akan kesan dari apa yang kita katakan, apa yang kita tulis dan apa yang kita lakukan…

Ini juga untuk aku. Apa yang aku tulis ini juga, sudah pasti ada kesannya ke atas aku. Tapi aku tak kata aku ini sempurna. Sudah pasti. Tiada siapa yang sempurna. Cuma aku rasakan harus meluahkan apa yang menyedihkan aku apabila mengenang semula hamburan kasar yang sering dilontarkan oleh segelintir orang kita… terutamanya yang sama agama.

Teringat dengan kata Ustazah Yati.. ‘Ustazah yang tak tinggal solat ni pun, belum tentu selamat di sana kelak….’  Ada banyak juga perkara lain yang harus kita jaga. Dosa sesama manusia, jika tidak diampunkan oleh manusia yang lain, bakal menyusahkan kita juga kelak. Itu yang aku belajar ketika umrah dahulu. Berdosa dengan Allah, harus bertaubat. Dia Maha Pengampun dan Penyayang. InsyaAllah diampunkanNya.

Jadi, beringatlah kalau nak mengata terutamanya di media sosial. Kalau yang dikatakan itu tak ampunkan dosa, jawablah nanti di akhirat! Apa kata awak Cik Siti Hawa Nor Samsudin?! Agak-agak berkenan di mata dan di hati tak apa yang aku katakan ini? Kalau dia tahu dan dia bacalah… Tak berani pula dia biarkan status komen nya tempohari. Dah dibuang pula!

P/S : suka dengan teguran salah seorang follower di IG yang bernama Suffiyah Ramadhani…

Advertisements

3 Comments on “LUAH.. MELUAHKAN KOMEN… KEYBOARD WARRIORS!

  1. Salam Kak Nurul… bersabar la ye… Semua tu dugaan untuk akak. apa pun jaga diri baik2. orang2 yang suka cari hal tu mmg akan happy kalau akak melenting. jadi lupakan mereka, dan fokus pada yang baik2 sahaja.. ramai lagi yang sayangkan akak.. love u… owh yaa, saya doakan agar akak akan mendapat perlindungan dan rahmat dari Nya… Amin.

  2. sabar banyak2…memang banyak dugaan kita kawin tak sama bangsa ni…pedulikan apa org nak Kata… yg penting kita bahagia gembira….dgn cara kita

  3. Wat lek wat peace jela sis…kdg2 org yg d hina…d kutuk hrni punya masa depan yg lebih baek dari yg dok ngata tu….tmbah2 sis msh dlm fasa mud lepas bersalin.membetolkan hormon2 yg da huru hara so istighfar dan senyum je…niwei, semoga d mudahkn urusan utk kurus~! Yeayy~!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: