BANYAKNYA KERJA!… THANK YOU IGNS HOLIDAYS!

It’s March! Bulan ketiga bagi tahun 2015! Ya Allah… Lajunya masa… Ni dok menulis ni pun, dah 3 jam depan laptop! Tadi menulis untuk Media Hiburan. Ya, aku adalah artis jemputan mereka untuk menulis di dalam majalah terkenal itu. Seronok juga menulis kat sana. Lain sikit. Jangan lupa untuk dapatkan Media Hiburan sepanjang bulan Mac ini. Baca ya tulisan aku!

Pantasnya Masa.. Hari ni hari ke 45 selepas aku bersalin. Maknanya dah boleh horraaayyy!! Hahahaa.. Dah boleh bekerja dan sudah tentu dah boleh keluar! Ahhhh… lega.. Takdelah rasa terkurung di dalam kepompong lagi. Dalam masa yang sama, dah boleh bersenam dan harus menguruskan badan!

Aku harus cepat turunkan berat badan sebab dah ada beberapa pertunjukkan pentas menanti. Salah satunya adalah persembahan sempena Hari Ibu pada Mei depan. Ianya akan berlansung di Singapura tanggal 9 Mei 2015 jam 3 petang.

Alhamdulillah, ada penaja yang dah bersetuju untuk menaja persembahan tersebut. Terima kasih IGNS Holidays Sdn Bhd. Semoga Allah murahkan lagi rezeki kalian. Tak lama lagi akan diadakan sidang media untuk acara tersebut.

Banyak juga tanggungjawab aku apabila dah ada syarikat seperti IGNS di bahu aku ni. InsyaAllah aku akan lakukan sebaik mungkin.

Persembahan itu bukannya untuk peminat Singapura sahaja. Terbuka juga untuk mereka yang berada di Malaysia. Akan aku umumkan bagaimanakah untuk ke sana bersama aku tak lama lagi. IGNS mengadakan satu pakej istimewa selama 3 hari 2 malam untuk mereka yang mahu membawa ibu mereka serta menyaksikan persembahan aku itu nanti. Tiada extra kos untuk tiket persembahan aku. Semuanya all in!

Inilah masanya untuk membawa ibu dan sama-sama meraikan mereka di kota yang serba indah itu.

Alhamdulillah, sudah ada beberapa peminat di Singapura yang telah menghantar email dan memohon untuk meletakkan nama mereka di dalam senarai penonton. Persembahan itu nanti, aku mahukan yang sangat intim. Jadi, kami hanya hadkan kepada 100 orang.

Segera hubungi Ina Mohd untuk mengetahui apakah harga tiket bagi Singapura dan juga harga pakej yang disediakan.

Aku excited dan tak sabar sebenarnya!

Bukan untuk Hari Ibu sahaja. Ada lagi yang lain yang buatkan aku happy! Eric bagi green light untuk merakamkan lagu baru. Bukannya apa dia bagi permission tu. Dulu kami sangka akan ada syarikat rakaman segera nak ambil dan tak perlu buat sendiri. Tapi memandangkan mereka lambat sangat, aku putuskan untuk rakamkan dulu lagu yang aku tulis sendiri.

Entah kenapa. Sepanjang mengandungkan Raphael, ada je melodi yang keluar. Ada satu tu, boleh tahan sedapnya. Lagu itu bakal aku rakamkan di dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Perancis.

Ya Bahasa Perancis.. Itu yang aku suka nak buat dan dah puas aku belajar. Masa untuk aku praktikkan bahasa  yang aku impikan untuk aku fasih berbicara. Kalau tak praktik, mana nak pandai.

Cerita tentang Bahasa Perancis, ada aku coretkan untuk ruangan di dalam Media Hiburan. Tak perlu aku ceritakan di sini. Tunggu nanti ya keluaran majalah itu di minggu kedua bulan Mac ini.

Banyaknya kerja nak buat bulan ni sehingga bulan Jun!

April, dah ada beberapa persembahan menunggu. Antaranya persembahan di hadapan salah seorang menteri dari Perancis. Ishhh.. seronoknya aku! Aku kena buat sebaik mungkin. Kena buat latihan betul-betul. Seperti biasa, coach aku – Cikgu Siti Hajar – akan aku hubungi untuk melatih aku semula. Itu yang biasa aku lakukan.

Bila fikir banyak kerja, naik panik jap! But no complains! Hahaha.. Zach dan Raffa juga satu kerja.. Takpe.. Itu boleh menambahkan lagi kekuatan aku.. Jadi Bionic Woman lah lepas ni! Hahhahaa..

P/S: Excited nak tengok Katy Perry juga! Banyaknya excitements! Sampai terbantut nak menulis!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: