GARA-GARA KATY PERRY… INA MOHD, TEMAN SEJATI…

Bila datang mood nak menulis, memang tak boleh berhenti.. Hari ini (20 Februari) .. pecah rekod! Dah habis 3 entry… Haaa.. lega dah takde ‘hutang’ dengan mana-mana client! Janji harus dikotakan.. Kesemua yang membeli ruang di dalam blog ini, aku harus utamakan.

Bagaimana pun, bersalin awal hari itu, membuatkan sedikit kerja terbantut. Nah.. hari ini dah selesai semuanya. Tunggu untuk bulan depan pula nak tulis untuk Buds Organics. Untuk client aku yang satu ini, aku akan tuliskan produk keluaran mereka sebagai saranan kepada semua untuk menggunakannya. So far, aku sangat suka akan kesemua produk nya! Sebab itulah aku buat review! Kalian harus mencubanya! (Rajin-rajin komen untuk Buds Organics jika mahu memenangi hadiah istimewa dari mereka! )

Bila dah selesai tugas yang penting yang harus dilakukan, barulah boleh tulis hal lain pula. Di petang hari Jumaat, cuti umum Tahun Baru Cina ini, memang tak ada apa yang boleh dibuat. Hanya berehat dan menulis bagi aku. Kesempatan ini aku gunakan untuk berfikir juga. Eric, cuti umum sebegini adalah hari movie sedunia! Hahhaa.. Habis filem ditontonnya. Kena pula ibu bapanya di sini. Bagus mereka dapat menghabiskan masa bersama.

Kalau aku tak berpantang, dah keluar ke mana mana. Aku ingin sekali bawa ibu bapa mertua ke kampung halaman dan berjalan-jalan di bandar Pulau Pinang. Dah lama aku tak balik ke sana.  Diaorang pun tak pernah lagi melawat ke sana. Rindunya kat kampung halaman.. Kan best kalau dapat buat show untuk orang kampung… Cik Ina… Tolong realisasikan! Hehehe.. wah.. Bukan main arahan.. Orang tu dah macam takde life punya susah payah buat itu ini untuk aku.

Dia tengah holiday pun, aku kacau dia dengan beberapa hal kerja.. Jadi lawak juga kadang-kadang. Eric selalu ketawakan kami. Dah jumpa setiap hari pun, masih lagi bermesej selepas kerja! Adakala tu, naik marah juga suami aku tu. Bukannya apa, kami banyak sangat bermesej. Dia lebih suka kalau bercakap melalui telefon. Katanya bermesej panjang-panjang ni, senang terjadinya salah faham.

Itu sangat betul! Banyak kali sebenarnya jadi salah faham.. Hahaha.. dah macam anjing dan kucing kadang-kadang. Adakala tak faham maksud mesej tu, dah jadi macam itik dan ayam. Bercakap Bahasa Melayu, tetapi dua-dua jadi tak faham! Hahahha… Salah faham membuatkan kami sangat akrab…

Bercerita mengenai Ina Mohd, dia aku kenali tanggal bulan Ogos 2010. Masa tu hidup aku sangat terumbang ambing. Ye lah.. kerja tak menjadi, banyak sangat ‘hu ha hu ha’ kata orang Penang. ‘Hu ha hu ha’ tu maksudnya banyak sangat enjoy… Tak fokus kepada kehidupan dan kerjaya. Aku sebenarnya masa tu baru reda dari beberapa isu peribadi yang sangat perit.

Ina jemput aku hadiri satu majlis berbuka puasa bersama syarikat yang dia bekerja masa itu. Dia hubungi aku hanya melalui FB tapi cukup untuk menyakinkan aku untuk berkomunikasi dengannya. Dia rupanya salah seorang peminat aku.

Inilah gambar pertama kami berdua dan kali pertama bersua muka
Inilah gambar pertama kami berdua dan kali pertama bersua muka

Dulu semasa aku masih solo, aku antara artis yang sering diikutinya. Selepas aku berdua kali pertama dulu, dia ‘tinggalkan’ aku seketika kerana kurang suka dengan pasangan aku itu. Dia sangat jujur melahirkan rasa hatinya. Aku hormati orang yang berpendirian sedemikian. Senang berterus terang daripada  menyimpan rasa hanya untuk menjaga hati. Tetapi, tidak pada Ina Mohd.

Oleh kerana satu acara yang dijemput itu, kami menjadi ‘melekat’ bersama. Entah kenapa.. Aku sering berkomunikasi dan berjumpa. Itu antara bibit-bibit pertama perkenalan kami. Bunyinya sangat lesbian kan! Hahhahahaa… Tetapi tidak ye.. Harap maklum! Hahaha… Bila baca part ni, aku tahu dia akan teringat akan momen di mana aku bertanya padanya satu soalan.. hahahhaa… Tak perlu aku katakan di sini. Aku tahu kalian pasti tahu apakah soalan aku itu! Memandangkan dia single dan sangat supportive dengan aku, jadi aku ajukan soalan itu! Hahaha.. Menjerit Ina Mohd! Hahahhaa…

Kami menjadi rapat bagaikan belangkas ke sana ke mari. Walaupun dia belum lagi bekerja dengan aku masa itu, dialah yang sering menemani aku ke beberapa pertunjukan pentas. Dia lah yang berlari menjaga CD, menghantar Microphone, betulkan baju, kemaskan barang aku… pack kan kasut… Jadi GPS bergerak pun ada.. dan sebagainya.. Persahabatan kami terjadi dengan sendirinya.. Daripada peminat, menjadi kawan baik. Kini dia bagaikan adik kandung aku.

20121201_120110

Kalau tak bersembang satu hari tak sah. Kata Eric ‘kahwin’ je lah! Hahahah.. Dia ada ‘pencabar!’ hahahaha… Aku ada juga kawan rapat yang lain, tapi Ina Mohd ni sedikit lain. Entah kenapa.. Dia pun macam tu. Dek kerana terlalu rapat, kalau sorang bad mood, sorang lagi boleh rasa! Kan dah macam kembar! Hahahaha.. Kembar darah kami gelarkan! Mana taknya, setiap kali datang bulan, dua-dua meroyan! Hahahah…

Bertugas sepenuh masa dengan aku kini; dia adalah ‘mata-mata’ di dalam kerjaya aku. Keadaan ayam itik dan anjing kucing telah beransur baik. Itupun sebab tak boleh lari kerana setiap hari berjumpa! Eric dah memang faham dengan perangai kami! Hahhaa.. Ada hari bergaduh, ada hari masam, ada hari gelak tak habis-habis, ada hari bertepuk bertampar bukan main! Tapi Eric adalah antara penasihat kami untuk kami berubah.

20121201_120002 20121201_115955

Baru-baru ini jangan tak tahu.. Ada hal lagi! Hahaha.. Semuanya kerana Katy Perry! Aduhai.. kalau dah kata kembar darah tu, kemana saja nak bersama! Jadi, kami dah berjanji ke konsert itu sebab kami mungkin akan berada di Singapore pada May depan! Nak jadi cerita, kami tak check tiket tapi Eric yang dengar perbualan kami tentang Katy Perry, awal-awal dah beli tiket konsert tu untuk aku sebagai hadiah Hari Kekasih.

Aku ni pun excited teramat. Bagitahulah di dalam satu whatsapp group yang Ina pun ada sama dalam tu. Terus terasa dia akan merajuk bila dia reply ‘kata nak pergi bersama!’ Alamak! Terus jadi huru hara aku! Dia tu kalau merajuk susah nak pujuk! Hahaha…

Long story short, rupanya dia salah faham apa yang cuba aku katakan. Haaa.. See! Kan aku dah kata.. Mesej ni memang selalu boleh jadi salah faham! Sampai merajuk berbagailah kerana Katy Perry. 3 hari pulak tu! Eric juga yang jadi orang tengah dan bercakap dengan kami berdua…

20121201_115941 20121201_115940

Aduhai.. kanak-kanak sungguh! Adakala tu macam budak tadika. Macam kita kecil dulu. Bila bergaduh dengan kawan, langsung rasa taknak kawan… Kononnya serik! Hahahah.. Haaa…. Macam tulah kami!

Umur masing-masing dah 30-an, perangai macam budak-budak! Hahaha. Sebab itulah kami begitu rapat sekali. Kalau tak bergaduh, tak akan belajar akan kesilapan dan juga salah faham yang telah terjadi.

Aku bersyukur punyai salah seorang teman yang sedemikian. Bukan saja kawan tapi kami bagaikan adik beradik. Dia pun tak ada kakak, adik atau abang. Hanya tinggal Abah untuk hidup bersama. Anak tunggal.. Seperti sebatang kara di KL ni. Jangan tak tahu, anak tunggal ada pe’el ye.. Hahhaha.. Tapi aku dah memang kenal benar. Tak jauh dengan pe’el suami aku yang juga anak tunggal!

Ina bagaikan seorang pengurus pada aku kini. Dia juga personal assistant dan juga PR. Pening tak dia? Hahhaha.. Aku lebih suka namakan jawatannya kini sebagai pengurus kepada aku. Tapi dia tak suka. Perkataan ‘pengurus’ membuatkan dia takut. Gayat agaknya.. memandangkan dia tak besar dan tak tinggi mana! Hahahhaa.. (Jangan marah Cik Ina!)

Mana taknya, dia yang menguruskan, dan berfikir pasal kerjaya dan adakala soal peribadi aku.. Kesian juga kadang-kadang aku tengok.. Dia seperti badan kedua Nurul Wahab Depp. Asyik berfikir tentang aku. Sehingga tak terfikir tentang dirinya..

bila dia merenung jauh.. dia berfikirlah tu
bila dia merenung jauh.. dia berfikirlah tu

Aku percaya setiap artis perlu ada seseorang seperti ini kerana artis ni tak semua orang boleh fahami. Kami sangat complicated. Tak semua mampu bersabar dan punyai cekal hati untuk menangani keadaan kami.

Seseorang yang sebegini, menjadi pembakar semangat dan menjadi bahu yang boleh ditangisi di kala pilu, mata tatkala dikaburi oleh keadaan atau orang lain. Tangan yang bisa mewakili bagi pihak antara artis dan peminat; serta yang penting, otak untuk membantu berfikir. Kini aku milikki. Terima kasih Ina Mohd..

20140311_140925

Dia nampak apa yang aku ada, dan tahu apa kelebihan aku. Dia yakin dengan bakat aku. Dia berusaha sebaik mungkin untuk aku. Aku pasti kalian juga perasan yang aku lebih teratur kini. Maksudnya melalui media sosial dan juga di luar sana. Ada saja yang aku update di fanpage aku. Itu semua kerja Ina Mohd. Hanya di blog dan sesekali aku letakkan di FB Fanpage itu. Ina tahu di mana yang harus diperbaiki di dalam kerjaya dan juga antara aku dan peminat.

Aku tak punya 10 pekerja. Tapi aku ada seorang yang buat 10 kerja. Itulah dia Ina Mohd.

Saja nak beri penghargaan.. Terjumpa gambar lama kami berdua sebenarnya. Kali pertama ketika kami mula berjumpa. Bila aku lihat semula dari tarikh itu, Ina banyak berkorban, menahan sakit hati, bersedih dan menangis kerana aku. Dia juga menahan sakit mata dan telinga apabila ada ‘haters’ mengutuk dan mengata di media sosial yang lain.

IMG-20130915-WA0003

Ina antara kawan aku yang lain yang akan sampai dulu andai ada sesuatu berlaku pada aku. Seorang lagi adalah Deq Sha. Dia juga bagaikan belangkas dengan aku satu masa dulu. Tapi kini dia punyai komitmen lain kerana aktif dengan perniagaannya. Aku faham, malah sentiasa mendoakan kebaikan buatnya. Bukannya terputus hubungan, tetapi tanggungjawab kerja membataskan perjumpaan kami.

Aku terfikir adalah baik mengenang orang yang rapat dengan kita seperti kawan baik serta keluarga; selagi mereka ada. Tiada guna andai mengenang dan bercerita baik tentang seseorang itu, andai dia telah tiada lagi.

Kebanyakkan dari kita, bila dah takde, baru nak kenang. Aku katakan ini ekoran dari apa yang aku lihat selepas perginya Mursyidul Am PAS, iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Sepanjang hidupnya, macam-macam dikata. Semuanya kerana berbeza pandangan politik. Tidak dilihat kebaikan yang ada pada dirinya.

Oleh kerana itu, aku terpanggil untuk menghargai lebih baik, mereka yang terdekat dengan aku.

Eric pernah berkata, kawan yang akan tinggal apabila kita kehilangan cinta. Friends stay but not love… Jadi, hargai kawan yang ada…

rrr

P/S: Teringat pula sepasang kawan yang selalu menemani dulu di kala aku kecewa cinta.. Dah entah kemana menghilangkan diri walaupun aku cuba hubungi.. Tak apalah.. Andai mereka terbaik buat aku, mereka akan kembali…

Advertisements

8 Comments on “GARA-GARA KATY PERRY… INA MOHD, TEMAN SEJATI…

  1. Salam..
    gembira juga dpt kenal insan yg bernama INa Mohd..
    Moga yg terbaik selamanya utk kalian berdua..

  2. Assalamualikum..nurul..
    Sebelum ni saya cuma membaca tanpa pernah memberi apa apa komen..sbb tak tau nak tulih apa..tapi saya sangat tertarik dgn produk buds..jenuh jugak mencari produk tsb ….
    Mothercare KLCC tak ada pulak walau puas mencari..akhirnya saya dpt membeli(setelah puas mencari)di farmasi Caring..tu pun cuma ada cream utk baby dan mandian..produk utk adults tak ada pulak..dimana lah agaknya saya bole membeli produk Esmeria …

    Saya dahulukan dgn ucapan Terima Kasih kerana sudi berkongsi info..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: