DAYANG… SI HITAM MANIS YANG UNIK..

Dah berminggu nak buat entry pasal AJL. Tapi tak terbuat. Masa tu masih dalam kesakitan kerana baru lepas melahirkan Raphael. Baru 3 hari masa berlangsungnya Juara Lagu malam tu. Sempatlah juga balik dari hospital, (hari yang sama) dan melang-ngak di depan TV. (Faham ke tidak melang-ngak tu? Hehehhe)

Tahun ini nampaknya lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Pencalonan juga hebat-hebat. Ternganga juga aku menonton! Tahniah kepada yang telah menang. Persembahan rakan artis, semuanya hebat-hebat belaka. Antara yang kontroversi dan yang digantikan, dan sebagainya. Semuanya mempamerkan kehebatan masing-masing.

Yang paling menarik perhatian aku, adalah Dayang Nurfaizah. Aku nak tulis juga pasal penyanyi hitam manis ini. (Warna kulit kami sama okay!) Mengenali Dayang sedari tahun 2000; dia seorang yang pemalu atau lebih senang aku gelarkan, ‘Blur girl!’ Sorry Dayang hehehe… Marah peminat setia dia nanti.. Hehehe.. Tak payah peminat jauh, yang ada di sebelah aku ni (Ina Mohd) akan menjerit dulu! Hahaha.. Jangan tak tahu, terkeluar suara kuatnya kalau menonton Dayang.. Boleh jerit rupanya Pingu ku! Hahahah … Hilang lemah lembut Cik Ina! Hahahaha

Dayang punyai penyokong yang luar biasa. Lain dari artis yang lain, oleh sebab itu dia sering diikuti tak kira bagaimana keadaannya. Aku juga kagum dengan penyokongnya. Aku tahu sebab yang paling rapat dengan aku, adalah penyokong, peminat dan juga pengikut artis manis itu. Semuanya kerana bakatnya.

KAMI BERTIGA PUNYAI WARNA KULIT YANG HAMPIR SAMA. AND WE ARE PROUD OF IT!
KAMI BERTIGA PUNYAI WARNA KULIT YANG HAMPIR SAMA. AND WE ARE PROUD OF IT!

Suaranya dan penghayatan nyanyiannya memang lain dari yang lain. Lebih kenal dengan Dayang ketika pembikinan lagu ‘Seandainya Masih Ada Cinta’. Komposer dan penerbit eksekutif albumnya ketika itu sangat bersemangat dan yakin akan bakat anak Sarawak ini dan sanggup berhabisan wang untuk menerbitkan albumnya ketika itu.

Penerbit executive itu tak bayar penuh pada komposer kerana tidak punyai budget yang besar. Ajai ketika itu hanya menerima tawaran itu kerana dia juga suka akan bakat Dayang yang sangat besar yang dimilikkinya.

Suara uniknya ternyata membawa kesemua lagu nyanyiannya menusuk ke kalbu penggermarnya. Sukar nak melupakan nyanyian Dayang jika dah terdengar. Rezeki dan pemberian Allah kepada hambaNya, semuanya berbeza.

Mengikuti jejaknya sedari awal, dan sehingga kini; bermula tahun lepas, aku dapat rasakan yang Dayang kembali bersinar selepas beberapa episod perit yang berlaku di dalam perjalanan kariernya.

Hidup ini tidak sentiasa indah. Sebagai manusia, kita adakala salah membuat perhitungan. Dalam tersalah mentafsir, kita tidak tahu apa yang ada di depan kita atau di masa yang mendatang. Nama pun manusia. Manalah kita tahu apa yang bakal kita tempuhi.

Tahun-tahun selepas kemegahan lagu hit Dayang ‘Seandainya Masih Ada cinta’, tak sangka pula terjadinya satu kontroversi yang aku pasti sukar dilupakan Dayang. Sebagai artis senior dan pemerhati, aku kesian dengan apa yang dihadapi gadis manis itu.

Namun, berkat kesabarannya dan tidak pernah jemu berusaha, nampaknya pertengahan 2014 dan tahun baru ini, bakal memberikan lebih banyak kejayaan dan langsung menunjukkan kecemerlangan Dayang.

Tiada yang pernah salah apabila kita bersabar. Allah tahu apa yang ada di hati kita dan siapa yang kuat bersabar. Satu persatu kejayaan sedang mendatangi Dayang. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Dia punyai bakat yang hebat. Harus diiktiraf.

Tidak lama lagi dia bakal bertanding pula di dalam ABPBH. Aku pasti dia bakal menggondol anugerah yang seterusnya. Aku yakin peminatnya kini telah mula sibuk membeli surat khabar Berita Harian kerana mahu mengundi penyanyi kesayangan mereka itu. Aku pasti Dayang bakal menang lagi!

Hari ini, telah nampak bagaimana Dayang sedang kembali ke tangga teratas. Satu persatu anak tangga di dakinya. Aku pasti banyak lagi yang akan didapatinya. Sebagai senior, aku juga menjadikan pengalaman Dayang sebagai satu contoh dan rujukan kepada karier aku.

Senior atau junior, kami melalui liku-liku yang sama. Walaupun junior, tapi jika dia lebih bagus dan kejayaannya lebih dari yang senior; semua harus mencontohi. Tidak perlu ego didahului sekiranya mahu mendapat kejayaan seperti yang telah mengecapi. Tidak kira yang terdahulu atau yang baru menyusuri.

ANTARA MUKA DEPAN MAJALAH YANG PERNAH KAMI ADAKAN BERSAMA
ANTARA MUKA DEPAN MAJALAH YANG PERNAH KAMI ADAKAN BERSAMA

P/S: Can’t wait for 9th May! Singapore.. here I come!

Advertisements

3 Comments on “DAYANG… SI HITAM MANIS YANG UNIK..

  1. Nurul..hehehe…paham2 makna melang-ngak. Sama makna dgn melangut kan…lagi2 dok depan tv.
    Bahasa orang penang tu…cheq pun dari sana

  2. Hi Nurul. Saya penyokong kuat lagu SMAC dan Dayang Nurfaizah. Memang berhantu lagu tu. Terus beli CD lepas jatuh cinta dengar kat RFM. Tapi CD yg Aku Cinta Aku Rindu beli juga : ) Suka dengar lagu Antara Tabir Cinta Ku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: