MIMPI…… TAHNIAH NING!

Entry ni dah ditulis seminggu yang lepas. Tapi tak publish sebab tak sempat edit dan busy itu ini… Mentang-mentanglah dah sebulan berpantang.. Badan dah rasa kuat sikit… Jadi, macam-macam nak dibuatnya..

Anak tiga; dua masih kecil – memang busy! Nasib baik yang sulung dah 17 tahun… Kalau tak, entahlah macam mana aku nak handle semuanya! Hahaha… Banyak cerita selepas last entry pada 29 Januari tu.. Cerita-ceritanya seperti semua yang aku tulis seminggu yang lalu kat bawah ni…

Hahhaha… Aduhaiii.. Naik pening pulak bila dapat surat saman dari PDRM ni.. Memang le kita buat salah. Kenalah bayar saman kan.. Sementara masih murah (RM150) kena cepat-cepat bayar. Kalau selepas 15 hari dah naik ke RM200. Lebih 30 hari, RM300. Jadi, kalau dapat saman, kena bayar cepat-cepat!

 

Punyalah semangat nak bayar sebab boleh bayar di 2 portal yang disediakan termasuk myeg.com.my. Kita ni pun isilah borang panjang berjela di laman web tu untuk register. Bila dah register, cepat-cepat buat carian… Sekali yang keluar, takde pun samannya… Laaaaa… Macam mana nak bayar?!

Servis apakah ini?! Kat surat saman siap tulis boleh bayar di platform tersebut… Hmmm… Tak synchronised ke PDRM dengan dua portal tu? Apadaaaa… Ingatkan mudahlah bila dah boleh buat online semuanya… Dalam pantang ni, manalah nak keluar pergi bayar di Bukit Aman tu atau di mana-mana ATM Maybank… Dah jenuh Ina Mohd nak kena pergi ke pejabat pos esok! Sabarlah Pingu ku…

Bukannya nak cerita pasal saman tu… Haaa.. Hari ni nak update entry sebab dah habis kesibukkan menyusu, berfikir dan sebagainya hhahaa… Maklumlahkan, ada banyak masa berehat. Tapi macam tak juga berehatnya… Ada je fikir dan ada je perancangan nak buat. Bukannya reti duduk diam kalau tak buat apa-apa.

Berfikir perancangan kerjaya satu, berfikir lain pun ye banyak juga. Naik beremosi jadinya! Mana taknya, nak buat itu ini, tapi tak terbuat! Terbatas oleh keadaan berpantang 45 hari. Mana boleh keluar! Jadi, macam-macamlah rasanya. Sebab itulah setiap kali menulis, rasa tak best. So, simpan je… Malas nak layan kalau ada rasa yang tak best tu. Itu biasalah selagi hormon tak betul. Ada hari rasa nak marah je kat Eric. Padahal dia tak buat apa pun… Adakala Ina Mohd jadi mangsa.. Ada juga kami berdua sama mood meroyan! Hahaha.. Sorang nak datang bulan, sorang berpantang… Dah macam kembar!

Jenuh menahan rasa supaya tak terlepas marah. Selalunya aku bawak tidur! Ada setengah hari tu, emo teramat… Tapi itu minggu lepas lah.. Sebab tu diam je blog ni sekejap.. Hehehe…  Dah berlalu episod angin meroyan menyerang! Minggu ni alhamdulillah dah okay. Boleh rasa macam semuanya dah kembali normal. Yang tak normal hanya nak turunkan berat badan. Lagi 10kg nak turunkan. Selepas tiga minggu ni, dah turun 6.5kg… Cepat lah kurus.. Ina Mohd dah plan macam-macam ni..

Macam-macam dalam kepala…. Lepas tu mimpi pun macam-macam! Kelakar betul.. Asyik mimpi semua kawan artis yang lain dan juga seniman hebat tanahair, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tapi mimpi berjumpa seniman hebat itu, lain sikit. Aku ke kuburnya… Agak kabur tapi aku masuk ke kawasan kubur di Jalan Ampang tu, walaupun realitinya tak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sana. Hanya lalu dan lihat dari luar jalan raya sahaja… Al Fatihah buat seniman agung itu. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin…

Sebelum mimpi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, aku mimpi Awie Wings… Pada malam konsert mereka di Melaka tu, malam itu jugalah aku mimpi. Dua kali pulak tu mimpikan Awie! Jangan marah Yus! Hahhaa.. Kawan baik aku yang sorang tu, suka sangat dengan Awie. Mungkin terlalu mengikuti perkembangan Awie dan kumpulan rock yang terkenal tersebut membuatkan ianya terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Bukan itu saja, Datuk M.Nasir pun aku mimpi! Hahahhaa.. Dah kenapa semua yang terkenal datang ke dalam mimpi aku ni? Lelaki pulak tu semuanya… Hahhaha… Kelakar betul… Aduhai mimpi… Itu mimpi di malam hari… Banyak juga mimpi di alam realiti. Nak itu nak ini.… Tapi tidaklah bermimpi di siang hari.

Mimpi mahukan sesuatu yang membahagiakan.. Dia dalam kerjaya dan juga peribadi. Mimpi mahukan kekayaan yang boleh disalurkan ke arah kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan. Biarlah mimpi itu yang boleh membawa kejayaan.. Bukannya bermimpi tak tentu hala dan hanya menjadi angan-angan sahaja… Semua kita ada impian..

Seronok tengok rakan artis lain yang impian dan mimpi mereka telah pun menjadi kenyataan. Antara yang aku kagum adalah Ning Baizura, kawan baik aku tu.. Ning, senior aku yang aku puja juga sedari bangku sekolah. Tak sangka kami menjadi rakan baik kini.

Aku mula rapat semasa pembikinan album ‘Kembali.’ Penyanyi soprano yang membawa arus perubahan kepada industri muzik itu, membuatkan aku sentiasa mahu melihat persembahan dan nyanyiannya. Dia ada kelas tersendiri. Dia punyai kekuatannya dan semua peminat  terpancing dan langsung melekat kepadanya. Bakat yang dimilikki, sangat baik dan menjadi kegilaan para pengikutnya.

Aku nak ucapkan tahniah kepada kawan baik aku, Ning Baizura yang baru saja menerima anugerah yang diiktiraf dunia iaitu ‘Brand Laureate Award.’ Yeaayy! You did it again! She deserves it. Selepas beberapa episod duka di dalam karier dan kehidupannya. Bukanlah duka yang bagaimana.

Dalam hidup ini, kita semua terbiasa mempunyai ujian – di dalam apa saja yang kita lakukan. Kawan aku tu sangat cekal mengharungi walaupun adakala tangisan menemaninya setiap hari. Kehadiran teman hidup yang sehati sejiwa, membuatkan dia berubah dan semakin kuat. Sokongan suami yang jitu, menjadikan hatinya kembali bersatu mengharungi pelbagai cabaran yang telah tersedia menunggu. Semuanya positif di depannya.

Aku kagum dengan setiap kali dia bangun membetulakan kedudukannya di dalam arena muzik. Ning, kamu satu contoh bagi kami yang masih junior. Congratulations my friend on the latest achievement. You make us proud. Ning menerima anugerah tersebut bagi category ‘Best Country Brand Award.’ Finally! Memang patut pun dia terima anugerah ini kerana dia antara beberapa bintang yang membawa nama Malaysia ke negara luar dan juga membawa arus perubahan di dalam industri muzik.

Tahniah lagi sekali (nak beritahu berkali-kali sebab aku bangga!) Sebagai kawan aku tahu apa yang dilaluinya. DIa juga tahu apa yang aku harus harungi juga. Sebenarnya petang hari yang dia menerima anugerah itu, dia hubungi aku dan beritahu aku. Naik bulu roma apabila dapat tahu. Seronok bercampur bangga!

Rasa macam aku yang dapat! Hahhaa… Aku tahu, Ning banyak perancangan lain yang bakal dibuat tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Aku pasti, kejayaan ini akan memberi satu lagi semangat baru buat kawan aku itu. Terus berjaya Ning.. Let’s do it!

P/S: Tunggu giliran aku pula…

Advertisements

One Comment on “MIMPI…… TAHNIAH NING!

  1. Salam…Please share cara kurangkn berat badan pas bersalin…
    tq…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: