PRODUCT OF THE MONTH : PRECIOUS NEWBORN HEAD TO TOE & PRECIOUS NEWBORN CREAM

Alhamdulillah hari ini dah 13 hari berpantang. Baby R pun sihat dan menunjukkan banyak perubahan yang positif terhadap fizikalnya. Tahu sajalah, bayi yang dilahirkan tak cukup bulan ni, macam-macam ragamnya dan perlu menjaganya sebaik mungkin – dari segala segi.

Antara yang paling aku jaga adalah sistem dalamannya iaitu paru-paru dan juga kulit. Kulit Baby R lebih sensitif kerana keadaannya. Jadi, aku memilih untuk menggunakan Precious Newborn Head To Toe Cleanser dan juga Precious Newborn Cream. Ianya sangat sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan sehinggalah berusia 6 bulan.

Diperbuat dari bahan semulajadi yang diklasifikasikan organik dan ianya tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya terhadap kulit bayi.  Kesemua bahan semulajadi ini seperti bunga-bungaan dan tanaman yang dijaga rapi dan juga dikelaskan organik oleh satu badan yang dikenali sebagai ECOCERT. Aku sangat mempercayai produk ini kerana telah melihat akan kesannya ke atas anak lelaki sulung aku, Zachary.

20150128_131547

Aku sangat suka akan baunya dan juga halus buih yang dikeluarkan oleh pencucinya setiap kali memandikan Baby R. Baunya adalah dari essential oil yang terkandung di dalam produk ini. Bayi juga lebih tenang dan tidur dengan nyenyak setiap kali selepas dimandikan. Aku percaya ianya kerana bauannya yang lembut dan menyenangkan setiap kali dihidu.

20150128_100408

Krimnya juga tersangat lembut dan tidak merengsakan – sudah pasti! Ianya juga kerana bahan-bahan semula jadi yang telah dipilih untuk dijadikan krim ini. 100% bahannya adalah dari tanaman semulajadi; 94.6% bahan dari tanaman organik dan 98.8% bahan tumbuhan yang ditanam secara organik.

PRECIOUS NEWBORN

Teksturnya tidak melekit dan senang menyerap ke dalam kulit bayi. Setahu aku, sebanyak 60% dari krim atau apa saja yang kita sapukan ke atas kulit, diserapkan ke dalam kulit dan sekaligus masuk ke dalam saluran darah di dalam badan. Jadi, adalah baik memilih produk organik dan semulajadi seperti BUDS ORGANICS ini supaya bayi mendapat hanya yang terbaik untuk luaran dan dalaman badan serta tiada bahan kimia merbahaya yang bisa menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini kelak.

Sememangnya ianya selamat digunakan dan yang terbaik untuk kulit bayi. Ternyata kulit Zach dan kini adiknya, sangat lembut dan terjaga apabila menggunakan kedua produk ini.

Baca lanjut di www.budsbaby.com. Produk Buds Organics boleh di dapati di JustLife, Caring Pharmacy dan juga semua outlet Mothercare.

Beli hari ini!

Advertisements

2 Comments on “PRODUCT OF THE MONTH : PRECIOUS NEWBORN HEAD TO TOE & PRECIOUS NEWBORN CREAM

  1. comel nya baby r.. semoga baby r membesar dgn sihat n berada dlm rahmat Allah.. best nya ada baby.. bile la nak kawen ni..(ahahaha, sabo wahai cik Aida).. baby r kawaii.. te amo baby r..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: