AKU YANG PENAKUT, CEMAS DAN TERHARU….CERITA KELAHIRAN BABY R…

Masa berlalu dengan pantas.. Hari ini (22 Januari) dah 7 hari Baby R hidup di dunia. 7 hari juga aku berpantang. Alhamdulillah semuanya berlalu dengan baik. Masih aku tak sangka yang Baby R dilahirkan awal dari tarikh yang dijangka iaitu 21 Februari; atau mungkin 14 Februari – jangkaan awal doktor. Namun, seperti yang aku katakan, kita hanya merancang. Allah yang menentukan.

Minggu lalu, memang minggu yang mendebarkan. Dari hari Ahad aku dimasukkan ke hospital, sehinggalah Khamis – hari yang doktor putuskan untuk aku menjalani pembedahan untuk melahirkan Baby R.

Memang aku takut – macam yang aku cerita di dalam entry sebelum ini. Penuh emosi hari Khamis tu. Dah lah nervous pulak tu.. Eric yang berada di sisi aku bersama adik dan juga Pingu ku, membuatkan aku terasa sedikit berani. Zach juga dengan aku hari itu. Menunggu dengan penuh debar nak masuk ke bilik bedah.

Jam 3:15 petang aku ditolak ke bilik operasi. Zach yang turut sama dengan aku di atas katil yang ditolak itu, teruja dengan keseronokkan diacah di kiri dan kanan. Dia sedikit kehairanan kenapa aku ditolak sedemikian. Dapat aku lihat sedih di mata Pingu yang nyaris-nyaris nak menangis. Adik aku Wahida kuat sikit sebab dia nurse! Nasib baik ada mereka berdua untuk menjaga Zach tatkala aku dan Eric berada di bilik bedah.

Agaknya Pingu lebih sedih kerana aku banyak berpesan padanya. Semacam wasiat juga aku tinggalkan padanya andai sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Manalah nak tahu andai hari itu hari terakhir aku. Harus aku beritahu padanya kerana dialah yang paling rapat dengan aku.

Jadi, memang serah diri sajalah untuk dibedah. Dah tak boleh nak lari. Kata doktor awalnya, Placenta Previa yang aku alami, sudah sampai ke type 3. Biasalah, baby semakin membesar, sudah pasti urinya juga. Jadi, tak boleh ditunggu lagi. Bimbang akan komplikasi pendarahan yang teruk sehingga boleh membahayakan aku dan juga Baby R.

Kebetulan pula selepas dibuat pengimbasan, Baby R sudah mencapai berat 2.2kg. Kata doktor sudah boleh dilahirkan. Aku memang tak boleh melahirkannya secara normal kerana uri terlalu menutupi bahagian cervix – laluan kepada bayi.

Mendengarkan sedemikian, aku pasrah dan redha… Buatlah doktor. Asalkan aku dan baby selamat. Aku disediakan untuk pembedahan seawal jam 1 tengahari. Sampai di bilik bedah, tahulah apa yang kena buatkan.. Ubat bius (spinal) dibuat dan masa tu, ya Allah… dahaganya.. Terus terlintas dalam kepala…. agaknya inilah yang dikatakan dahaga bagaikan nak minum 7 lautan semasa nyawa dicabut… Biasalahkan.. kepala menerawang merata rata…

Kuat juga aku beristifar dan mengucap! Drama ya amat! Takut punya pasal… Padahal ramai yang selamat pun selepas pembedahan. Cuma yang aku risau adalah keadaan yang aku alami ini, bisa membuatkan pendarahan yang banyak dan membahayakan. Itu saja. Alhamdulillah doa aku didengari Allah.. Walaupun selepas bius itu menyebabkan tekanan darah aku menurun dengan teruknya. Aku tak pengsan, cuma rasa sangat tak best!

Kumpulan doktor pakar dan jururawat di hospital Prince Court itu, pantas meletakkan oksigen dan segera meletakkan sesuatu ke dalam saluran IV aku – yang aku pun tak tahu apa namanya dan kemudiannya terasa keadaan tekanan darah aku semakin stabil.

Eric tiba ke dalam bilik bedah dan doktor hanya mula melakukan pembedahan selepas ketibaannya. Erat aku genggam tangan suami ku itu. Dia melihat sedari awal pembedahan – lihat segalanya sehingga akhir. Suami aku tu memang berani sikit. Aku katakan padanya dia bertuah kerana dapat melihat dua kelahiran yang berbeza. Satunya secara normal, dan kedua secara pembedahan.

Tepat jam 4:43 petang, tangisan pertama Baby R kedengaran memecah ruang bilik bedah. Alhamdulillah… Tangisannya seperti bayi cukup bulan. Aku yang separuh sedar, tidak habis-habis mengucapkan syukur dan langsung berbisik subhanallah di telinga bayi yang sungguh cerah itu! Kemudiannya, dia di azan.

Baby R memang anak daddy. Segalanya macam daddy. Lahir pun tak cukup bulan – sama macam daddy nya juga. Zach dulu sedikit berbeza. Memang terserlah campuran antara aku dan Eric dan Zach gelap sedikit. Baby R memang anak mat saleh! Entah ke mana hilangnya darah mamak aku! Hahaah.. Hanya Zach dapat darah mamak tu. Baby R, so far, aku belum nampak!

Baby R diletakkan di dalam inkubator selama yang perlu sehingga dia benar bernafas sendiri dan dengan baiknya. Itu yang paling penting.

Selepas selesai segalanya, aku diawasi di ruang observation selama 30 minit di dalam bilik bedah kerana aku kehilangan darah yang agak banyak. Itu telah doktor jangkakan. Aku diawasi oleh seorang jururawat yang bernama Liza. Dia menjaga aku sebaiknya. Sempat dia bersembang dengan aku yang tengah lali dan pening-pening lalat ketika itu – katanya, dia peminat setia aku. Sering mendengar lagu aku sedari bangku sekolah. Aku pun layan.. Peminat lah pula, kena layan dalam keadaan apa sekalipun!

Kelakar bila aku ingatkan semula. Walaupun seorang peminat, namun dia begitu professional mendukung tanggungjawabnya. Dah dia taknak lepaskan aku cepat-cepat! Hahaha… Aku yang dah rasa okay sikit tu, minta segera dihantar ke bilik sebab tak sabar nak tengok Baby R dan teringatkan Zach. Sempat aku beritahu dia pasal konsert yang nak aku adakan nanti. Harus aku jemput Liza dan juga jururawat lain sebagai tanda terima kasih.

Liza akur setelah tekanan darah aku sedikit meningkat naik dan menolak aku ke bilik wad. Pingu ku nampak lega dan adik aku juga bersyukur kerana segalanya selamat. Eric bukan main happy. Begitu juga Zach. Aku dibiarkan berehat dan mereka pulang sebelum Maghrib hari itu. Memang rasa lega kerana segalanya telah berakhir (sangka aku!)

Malam itu, aku bagaikan dilawati oleh dua lelaki kiri dan kanan yang memegang gergaji bisa dan sedang menggajikan perut aku! Itu adalah hanya imiginasi dan sebagai kiasan kepada kesakitan yang aku alami! Ya Allah, sakitnya selepas habis ubat bius! Hahaha.. Sekarang ni bolehlah gelak. Tapi hari selepas dibedah tu, hanya Allah yang tahu! Ubat tahan sakit memang tak jalan 100%! Mungkin kerana aku kali pertama dibedah. Rasa sakit tu tak dapat nak aku bayangkan sebelumnya, dan tak dapat aku tahan.

Aku dilarang bangun dari katil keesokkannya kerana kehilangan darah di dalam pembedahan sebelumnya. Jururawat lah yang membantu segalanya. Bersihkan aku dan menukar segalanya. Terima kasih aku ucapkan.. Mereka ini aku gelarkan ‘angel’…

Kini segalanya telah berakhir.. Aku hanya perlu berehat… berpantang sebaik mungkin. Dibedah, lagilah kena jaga. Terima kasih yang menghantar hadiah dan memberi ucapan tahniah kepada kami sekeluarga. Doa kalian amat aku hargai.

Alhamdulillah hanya satu malam Baby R berada di dalam inkubator. Kami dibenarkan pulang Ahad lepas selepas doktor mengesahkan Baby R sihat, begitu juga aku. Cuma kami dilarang keras untuk menerima banyak tetamu. Hanya untuk seketika. Sehingga Baby R berusia sebulan.

Hari ini, dia sebenarnya hanya berusia 35 minggu jika masih di dalam kandungan aku. (Kandungan cukup bulan ialah 36 minggu ke atas. Kelahiran biasa hanya bermula dari 37 dan 38 minggu). Apa-apa pun aku amat bersyukur kepada Allah kerana segalanya telah selesai dan memohon agar segalanya berjalan lancar buat Baby R dan juga aku…

Terima kasih Datuk Dr. Aziz, Doktor Syed Rozaidi, Doktor Tan dan semua jururawat yang merawat, serta menjaga aku dengan baik sekali. Hospital Prince Court memang terbaik. Aku tak ditaja, dan aku pilih untuk menyebut nama hospital ini kerana mereka punyai para doktor dan menawarkan rawatan yang sangat baik. First class treatment to all! May Allah bless.

P/S: Masih terbayang bagaimana terkejutnya wajah Germaine dan Roland sebaik tiba dari airport! Gambar dan ceritanya di dalam entry yang akan datang. Tunggu ya!

Advertisements

11 Comments on “AKU YANG PENAKUT, CEMAS DAN TERHARU….CERITA KELAHIRAN BABY R…

  1. tak sabar nak dengar cerita tentang mertua you..masa awal mengandung dah kantoi..rupanya baby R nagi kejutan masa nak keluar..jadi kejutan menjadilah..hehehe..tahniah nurul..jaga diri baik2..

  2. Tengok kaki Baby R yang kak nurul post kat ig pun dah nampak yg dia 100% mat saleh..hehehe. tak sabaq chek nak tunggu next entry…jangan lama2 naa kak nurul sayangggg…

  3. Alhamdulillah… mmg trtunggu entry ni sb boleh imagine keadaan waktu tu. Sy dulu pun masa anak ke5 kena c-section cuma nurul lebih brnasib baik sb sy kena warded d icu selama 2mlm puncanya bleeding up to 9pints..rest well.

  4. Nti dh agak sihat update pasal inlaws yea..suka tgk keletah diaorg especially dgn zach n skrang dh ada cucu baru..

  5. kak nurul…cepatla masukan entry pasal mak mertua tekozutt tu..x saborr.. sebenarnya part tu yang saya tunggu sebab suke tgok ke ‘excited’ tan mak mertua kak nurul yang x saba nak tgok cucu tuuu… hehehehe..luv u kak nurul!!

  6. alhamdulillah…seriau juga baca..hehehe tak pernah ada experience ceaser kan..anyway..semua dah selamat… sit back and relax yer sis..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: