BABY R… REALLY CAN’T WAIT! WELCOME TO THE WORLD!

Aku tak pilih tarikhnya.. dan tidak aku jangkakan.. Bukan saja aku.. Malah suami, ibu bapa mertua dan semua yang rapat di sekeliling aku, yang mana kami akan menyambut kelahiran Baby R seawal ini!

Pada usia kandungan 34 minggu, Baby R dilahirkan. Placenta previa yang aku alami sepanjang dua minggu lalu, tak dapat menunggu sehingga awal Februari. Kita hanya merancang, Allah yang menentukanMenyedari hakikat keadaan aku yang sentiasa mengalami pendarahan, dan bisa membawa kepada risiko lainnya, doktor memilih untuk tidak menunggu lagi. Selepas 4 hari di hospital buat kali kedua di dalam dua minggu, akhirnya hari ini 15 Januari, jam 4:43 petang, Baby R dilahirkan melalui pembedahan. Tarikh dan hari, Datuk Doktor Aziz yang pilih. Hanya kebetulan. Tak sangka pula nombornya secantik tu! Terima kasih Datuk!

Aku memang tak fokus ke lain bila doktor menyatakan bahawa aku perlu menjalani pembedahan. Tak fikir tarikh dan apa-apa langsung. Dalam kepala ni bermacam macam persoalan berlegar. Nampak je kuat, tapi penakut gila! Hahaha…

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Bayi lelaki yang aku gelarkan Baby R ini, dilahirkan seberat 2.48kg. Buat masa ini, Baby R di bawah pengawasan doktor untuk beberapa hari bagi melihat perkembangannya.

Bagi aku pula, aku perlu berehat buat beberapa minggu. Kali pertama menjalani pembedahan, Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku! Takut ya amat perut nak kena belah!

Alhamdulillah segalanya telah selesai. Di sini ingin aku umumkan bahawa, aku dan Buds Organics terpaksa membatalkan Baby Shower yang kami rancang akan di adakan tanggal 25 Januari depan. InsyaAllah akan kami umumkan semula andai ada acara yang akan kami adakan selepas ini. Mohon maaf di atas keadaan yang tidak disangka ini, maka terpaksa membatalkan perjumpaan antara aku, pembaca dan semua peminat yang lain.

Buat masa ini, aku juga tidak menerima mana-mana tetamu untuk seketika. Hanya saudara dan sahabat terdekat dibenarkan melawat. Harap faham ya.. Baby R memerlukan pengawasan yang rapi. Begitu juga aku.

Sehingga entry ini ditulis, dan disiarkan, ibu bapa mertua aku masih tidak tahu yang cucu kedua mereka telah dilahirkan. Mereka kini di dalam perjalanan ke Malaysia. Semuanya kebetulan. Bagaimana agaknya reaksi mereka petang Jumaat nanti apabila langsung dari airport ke hospital? Aku tahu, KL bakal mengalami ‘banjir kilat!’ Nanti aku suruh Pingu ambil gambar.

Terima kasih di atas doa yang kalian hantarkan buat aku. Semoga Allah merahmati kita semua. Aminnnn…

P/S : Ikut jejak langkah bapanya yang lahir 8 bulan lebih…

Advertisements

28 Comments on “BABY R… REALLY CAN’T WAIT! WELCOME TO THE WORLD!

  1. Congratulations and alhamdulillah semuanya selamat. Selamat berpantang and take care. Tak sabar nk tgk ur baby😊

  2. Syukur Alhamdulillah. Congratulations 😀
    BabyR cant wait to see his beautiful family & his cute aunty Ina. Selamat berpantang & rest well.
    ❤ ❤ ❤

  3. alhamdulillah sis ….N tahniah fo u n family n selamat berpantang. Take care.

  4. asl akak….saya terbca pasal akak uri bawah tahap satu hari tu..kebetulan sayapun checkup smlm utk kandungan 29 week..and doc scan bgthu uri bawah tahap satu..terus saya teringat pasal akak ….tup2 hari ni dh thu akak dah selamat kena bedah..;-)..tahniah..cuma nak tahu pengalaman akak ttg uri ke bawah…tp takde pendarahan…tapi akak ok lagi sbb dah 34 week..saya ni 29 week..jauh lagi..risau jugak..saya ade terbaca ttg senaman..sujud..utk naikkn uri..jadi ker ekr?..doc x kasi..

  5. alhamdulillah… yang penting semua dah selamat.. tak sabar nak menatap wajah baby R ni, selamat berpantang ya.. kasi ramping lepas ni boleh pakai kebaya kerengga hehehe ok nurul.. tahniah both of u 🙂

  6. Alhamdulillah… Tahniah untuk Nurul sekeluarga. selamat berpantang dan jaga diri…..

  7. Kak Nurulllll.. Nangis baca ni.. Be strong.. Get well soon and happy berpantang.. Congratulations to u and husband.. Take care kak!!!!

  8. Alhamdulillah semua nye slmt.selamat berpantang.hepi breastfeed again. Selamat berjaga malam again..hihi.n get well soon sis! Ahlan bebi R 😉 allahhumma faqqihhu fiddeen…aamiin…

  9. Alhamdulillah. Tahniah kepada Puan Nurul dan Tuan Deep Semuga menjadi anak yang soleh anak yang dapat mendoakan kedua ibubapanya. AMEENN

  10. Pingback: (TAHNIAH)Nurul Depp Selamat Lahirkan Anak Lelaki | Malaysia Boleh

  11. Tahniah… semuanya dah slamat skrg ☺
    slamat berpantang dan ‘bercuti’

  12. Alhamdulillah..syukur..tahniah kak nurul..tak kira apa pun kaedahnya..yang paling penting kak nurul dan baby R selamat..

  13. Bergenang airmata ni..tumpang gembira sangat2…Syukur nurul, semuanya selesai sudah. Masa berpantang, makanlah makanan yg berkhasiat utk penyembuhan luka nanti. Saya dh melalui 3 kali dibedah melahirkan anak. Alhamdulillah luka cepat sembuh. Selamat beristirehat nurul. Hugs u…muaah.

  14. COngrats kak nurul. jangan risau. baby sulung saya pun lahir 34 weeks dengan berat 2.1 kg sahaja. Tapi Alhamdulillah dia ok dan sihat. Cuma lungs lambat berkembang dan dia ada masalah asthma tu je. Selamat berpantang. Nanti tunjuk gambar Baby R ye. tengok kaki dan berat tu macam more to his daddy jer.. hehehe.

  15. Alhamdulillah…
    Congratz kak Nurul..
    Semua semuanya baik2 hendaknya…
    Selamat berpantang..

  16. Tahniah….
    alhamdullilah semuanye selamat comel baby R sebiji macam dady…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: