UJIAN… MENGHANTAR KETENANGAN….

Let me tell you one story…. Jeng..Jeng..Jeng… Tapi nak tulis lebih-lebih tak boleh.. Nanti yang di negara Perancis tu risau pula. Ibu bapa mertua tak tahu apa-apa tentang apa yang terjadi pada aku. Mereka akan tiba pada Jumaat ini 16 Januari jam 3.30 petang. Jadi, dah tak lama lagi mereka akan sampai ke KL. Harapnya, mereka tak sekodeng blog aku ni sebelum berlepas ke mari. Kata Eric jangan tulis apa-apa dulu.

Sengaja tak nak beritahu. Nanti risau sampai tak boleh nak buat apa. Maklum sajalah, orang tua. Risau menantu, risau cucu, risau anak tunggal mereka tu… Biar diaorang dah sampai, dapat tahu dan lihat aku di depan mata; itu tak apa. Tapi  tangan ni gatal.. Maklumlah seorang diri di dalam bilik beku ni… Banyak masa lapang dan sedikit bosan. Jadi, nak bercerita dan menulis sahaja.. Tukang cerita betul aku ni! Hahahhaa… Aku tulis secara kiasanlah ya. Janji yang membaca ini faham apa maksud aku. Kalau tak faham, tanya okay! Hehhehe..

Ahad lalu, jam 6.45 pagi aku ke rumah sakit kerana mengalami pendarahan lagi.. Apa lagi, kelam kabut bersiap pagi hari minggu itu dan bergegas ke sana. Eric kan ke tak ada dengan aku. Nasib baik ada pembantu sementara di rumah yang boleh menjaga Zachary yang masih nyenyak tidur.

Aku sampai di bahagian kecemasan jam 6.55 pagi. Main pandu je kereta. Dah nak cepat. Nasib baik tak jauh. Hanya 5 minit dari rumah jika tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.

Apa lagi… Memang kena tahan lah! Kena berehat betul-betul. Nampaknya kali ini aku tak terlepas… Sebab itulah banyak dok tulis itu ini. Ada masa untuk kosentrasi menulis dan idea pula mencurah-curah! Cuma sakit belakang je lah sebab kena baring je! Tapi puas tidur!

Ahad tu, aku simpan saja cerita yang aku kena tahan lagi di sini (fahamlah ya, di sini tu di mana hehehe), dari Eric. Dia yang sibuk di Orissa sepanjang hari, tak tahu menahu. Aku tak mahu dia hilang kosentrasi bekerja dengan berita aku. Aku biarkan dia habiskan dulu kerjanya. Lewat malam itu, baru aku khabarkan. Lagipun, kalau beritahu awal-awal, bukannya dia boleh balik terus. Jauh sangat!

Aku pun di dalam keadaan yang okay di sini. Ada yang menjaga dan monitor segalanya. Bila Eric dapat tahu, apa lagi… Dia risaulah. Dari mesej pesanan suaranya, memang dia tak terkata apa kerana terlalu risau dan fikir bagaimana keadaan aku. Aku baru memasuki 34 minggu. Menyedari hakikat itu, lagilah dia tak lepas berfikir. Sudahlah dia berada jauh.

Yang best nya pula, charger telefon tak boleh guna selepas dia dapat tahu akan berita aku. Phone pula dah nak habis bateri. Mananya dia tak resah! Ujian betul! Entah kenapa charger iPhone yang masih baru tu tiba-tiba tak boleh guna pada hari Ahad itu. Isnin tu satu hari dia tak ada telefon. Being cut off from the world.

Nasib baik ada iPad dan satu telefon lama yang boleh guna wifi dan kami berkomunikasi melalui email dan Facebook! Thank you Mark Zuckerberg! Ada kemudahan lain yang boleh digunakan bila terjadinya insiden sebegini. Paling senang dengan messager di FB sebab dapat chat directly. Email sedikit lambat. Itupun phone lama tu yang ada pada Eric, bateri pun tak tahan lama. Sekejap je dah habis. Digantikan pula ke iPad. Jadi, legalah sedikit. Boleh juga berkomunikasi. Hanya perlu ada wifi sahaja.

Bukan itu saja ceritanya. Ada lagi!  Drama betul! Hahahha…  Dalam perjalanan pulang di dalam kenderaan dari Orissa nak ke lapangan terbang di Bupaneswar, Eric tertinggal pula Ipad pada salah seorang distributor nya! Kelam kabut wanita berusia 52 tahun itu menghubungi aku untuk memberitahu pada Eric yang mereka akan poskan iPad nya itu. Nasib baik dia ada nombor telefon aku! Macam-macam! (tepuk dahi!)

Eric dah sampai balik dengan selamatnya pagi semalam (Selasa). Alhamdulillah… Syukur sampai dengan selamatnya. Cuma kesian kat dia. Tiba je di rumah, dah ada kerja yang menanti. Dengan keadaan aku lagi, memang dia akan sentiasa sibuk. Zachary lagi… Tapi dia sabar melakukan segalanya. Anak mak yang sorang ni, memang boleh diberi pujian. Tapi bukan untuk dia, tapi ibu yang melahirkan dan mendidiknya dengan sempurna.

Memang dia bukan jenis yang suka nak complain kalau kena jaga anak atau buat kerja rumah. Kalau dia tak sibuk dengan urusan kerja, memang dia akan jaga dan melayan karenah Zach. Mandikan, salin lampin, sediakan makan, bagi makan, tidurkan anak dan bangun malam… Tiada halangan baginya. Alhamdulillah…

Mungkin usianya yang sedikit matang dan memang suka ada anak, membuatkannya bersabar dan enjoy dengan keadaannya kini sebagai seorang bapa. Aku sangat berbangga menjadi isteri kepada seorang lelaki sepertinya.

Pagi ni, tiba-tiba je nak sampaikan padanya yang aku bangga menjadi isterinya. Bangga dapat memberikannya dua zuriat – insyaAllah – dan aku berterima kasih kerana dikurniakan seorang lelaki yang seperti aku mahukan. Dia bukan saja seorang bapa kepada anak-anak aku, tetapi juga seorang pencinta, sahabat serta segalanya buat aku.

Oleh itu, aku tak kisah nak melalui segala cabaran bersamanya. Segala susah payah serta kesakitan yang bakal aku terima. Kerana aku tahu ianya berbaloi. Dia terima siapa aku yag sebenarnya dan menjaga aku sebaik mungkin. Jadi, sakit atau susah, tidak terasa.

What is the best to say? Hanyalah ucapan terima kasih dan rasa bersyukur pada Allah. Bila dalam keadaan macam ni, kita tahu bagaimana pasangan kita dan seterusnya orang-orang lain di sekeliling kita.

Alhamdulillah, aku punyai rakan-rakan yang bisa aku kongsikan segalanya juga. Sahabat yang mendoakan kebaikan, kesihatan dan kesejahteraan. Terasalah sedikit kuat. Terima kasih teman… You know who you are.

Takut… Mana tak takutnya… Uri ke bawah ni, macam-macam hal boleh jadi.. Okay tak nak fikir pasal macam-macam hal yang negatif tu. Apa yang aku tahu sekarang ni,  selawat banyak, dok baca/dengar surah yassin dan berdoa banyak-banyak. Semoga Allah permudahkan dan memberi pengakhiran yang baik-baik sahaja selepas segalanya selesai nanti.

Cuaca yang baik dari kamar aku ni, sangat membantu mood dan fikiran aku yang kebanyakkannya berfikir tentang BabyR dan keadaan aku nanti. Bangun setiap pagi dengan rasa penuh kesyukuran kerana ada lagi nyawa dan dapat melihat betapa indahnya langit biru ciptaanNya. Ada banyak masa untuk aku berfikir, meneliti dan melihat segalanya. Yang penting adalah rasa bersyukur di atas setiap yang telah diberikan aku selama ini.

Rasa itu datang dengan sendirinya bila kita ada masa melihat ke dalam diri kita, dan dalam kehidupan yang telah dan bakal di lalui. Jadi, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah mahu aku berehat dan muhasabah diri. Selalunya kalau sibuk, mana ada masa nak berfikir dalam keadaan setenang ini…

Ketenangan minda, yang selalunya dicari semua. Nak buat apa pun, kena ada ketenangan. Ramai yang mencari… aku memilikinya kini… Sebab itulah banyak je yang aku dok merapu ni!  hahhaha…

Aku akan sentiasa update dari masa ke semasa tentang situasi aku.. Doakan ya…

P/S : Baby R nampaknya macam tak sabar nak menjengah dan melihat dunia…

Advertisements

5 Comments on “UJIAN… MENGHANTAR KETENANGAN….

  1. Assalam Kak Nurul.. Im your biggest fan dari mula akak jadi penyanyi sampai lah sekarang.. But i must say, this is the first time i came across your blog.. Tak tahu menahu kak nurul ade blog (pasni bolehla skodeng2.. Hehs..).. Im so happy for you, u have an amazing husband, cute handsome (not forgetting the gorgeous Ayu!) kids.. Im sure ure very happy with ur life now, blessings from Allah swt after all that uve been through.. Im a bit nervous, yet excited to know about ur current pregnancy, but i will keep u n Baby R in my prayers.. May Allah bless u with a safe delivery n Baby R comes out healthy to this world.. Anticipating ur upcoming post for good news ya kak.. N may i say I LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE U SOOOOO MUCH! Really i do.. ❤❤❤

  2. Salam nurul….
    Xsabar nk tgk baby baru nurul….zach muka melayu abis….xsabar nk tgk adik dia plak camner…..saya doakn nurul selamat bersalin nnti dan semoga dipermudahkn……rehat cukup2 tau…..kebiasaan pengalaman mengandung setiap anak xsama…..sama mcm saya yg dh dpt sepasang cukup sudah….dua2 punya pengalaman ber beza yg pertama mudah xder maslah alhamdulillah….yg kedua mcm2 hal jd…..lebih krg mcm nurul….bleeding dan sbgnyer…..harap nurul tabah n sabar zikir byk2 yerr…

  3. semoga semuanya baik2.. menpunyai suami yg baik, sehingga kita tak sanggup menyakiti hati mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: