BILA GATAL JARI…. TAK KAWAL EMOSI… TIMBUL KONTROVERSI…

Ribut sana sini.. Bukan saja ribut dari keadaan cuaca tropika yang kita alami kini di sebelah timur, tapi juga ribut di dalam ‘ramalan cuaca’ dunia hiburan. Baru je masuk tahun baru. Tak sampai dua minggu. Macam-macam cerita dah keluar.

Soal surat nikah tak sah lah, soal beli kereta dan bergaduh.. Putus kasih dan kehidupan yang hancur.. Katanyalah hancur… Dah bagi statement, ditarik pula. Lepas itu yang mendengar cerita pula disalahkannya. Jika percakapan yang tidak jelas, memanglah akan disalah erti oleh pihak yang mendengar.

Macam-macam.. Bersabarlah wahai Jaydee dan rakan wartawan yang lain. Nampaknya sekarang ni mudah sangat bagi dua tiga artis nak jadikan wartawan sebagai punching bag. Ini insiden kedua yang berlaku pada Jaydee. Aku kenal baik dengan dia. Aku kesianlah dengan keadaan wartawan yang rata-rata aku kenal baik, dan terkena begini. Seringkali aku katakan, wartawan kini telah jauh berubah dan lebih beretika. Dah susah nak jumpa wartawan yang buat kerja main-main dan yang bermulut jahat. Ada tu, masih ada. Tapi tidaklah seteruk mana.

Sebagai artis dan pemerhati serta yang suka mengkaji, aku rasa ada beberapa artis harus sedar akan tindakan mereka. Terutamanya yang masih baru. Janganlah buat malu industri hiburan. Jangan mudah sangat menggunakan media sosial sebagai tempat melepaskan emosi. Berkali telah aku tulis mengenai perkara ini.

Kerana nila setitik, rosak susu satu belanga. Begitulah ungkapan yang boleh digunakan di atas setiap cerita tak seronok yang keluar. Artis lain terkena juga tempiasnya. Orang di luar sana, mudah membuat kesimpulan bahawa semua artis bersikap sedemikian dan sama saja…

Entahlah.. Perkara ini tak boleh nak kawal. Semuanya ada hak masing-masing. Nama memang artis, tapi mak bapak asing-asing. Jadi ajarannya tak sama. Cuma ajaran agama je yang sama. Kalau kita tengok artis yang lebih senior, mereka bukan mudah nak bercerita perkara yang di dalam kain. Disimpan sebaik mungkin sehingga tiba masa yang sesuai, baru diluahkan.

Tengok Dynas Mokhtar, salah seorang kawan baik aku tu. Dia simpan cerita perceraiannya pada dirinya dulu. Sehingga kami yang rapat ni pun tak tahu. Selepas 6 bulan baru diceritakannya. Itupun belum keluar suratkhabar atau di internet.

Kenapa? Dia perlu pastikan segalanya selesai dahulu secara peribadi. Itu adalah haknya. Dan bagi aku, itu yang sebetulnya. Hal peribadi, tak elok nak dihebahkan besar besaran pun. Sebagai artis, memang kita perlu beritahu status dan situasi kita. Tapi aku lebih suka seperti yang Dynas lakukan. Selesaikan dulu baik-baik. Dah mahkamah putuskan, barulah dihebahkan. Emosi pun tidaklah terganggu jika dibandingkan nak umumkan awal-awal ketika keadaan masih tegang.

Apa pun tindakan kita, ada padahnya. Antara baik dan buruk. Semuanya ada kesannya. Jadi kenalah pandai berfikir dan membuat pilihan bagaimana nak meluahkan perasaan jika sekali pun dah tak tahan sangat.

Aku rasa, lebih teruk dan malu jika diumumkan melalui media sosial di dalam keadaan yang emosional. Lepas itu, dibuang semua bahan bukti. Tapi ingat, sekarang ni boleh screenshot. Dah ramai dapat simpan dan mencetak semula cerita atau gambar yang diletak di internet. Hmmm.. kan dah jenuh nak jelaskan. Buat pening saja…

Nak menulis je dua tiga hari ni… Mentang-mentanglah tengah berehat. Semua Instagram aku sekodeng dan semua cerita aku baca. Itu yang menulis macam-macam dan panjang lebar tu!  Hahahh. Jenuh lah kalian baca… Hahhaha…

Okay itu je nak tulis hari ni. Sebab rasa rindu kat blog ni! Hahahhaa… Pun boleh Nurul Wahab Depp! Hahaha…

P/S:  Terfikir kesan terbuat salah, dan perlu menahan perasaan malu dan rasa serba salah serta marahkan diri sendiri di atas tindakan melulu. Agaknya itulah yang dirasakan artis itu ketika ini. Mana nak letak muka tu!

Advertisements

3 Comments on “BILA GATAL JARI…. TAK KAWAL EMOSI… TIMBUL KONTROVERSI…

  1. Kami pun rindu nak baca coretan sis..walaupun smlm baru sis update blog.. hehehe keep writing sis 🙂

    • Alahai sp sweet of you.. Okay esok I bust lagi hahahaha.. Thanks sayang. Love you ketat ketat

  2. Selamat berehat ye Nurul. *Tak tau pun Dynas dah berpisah. Tapi sebenarnya kisah perceraian artis tak penting pun untuk peminat tahu. CUkup lah dgn kerjaya mereka je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: