MANGSA DAN PEMANGSA…. WANITA… SABARLAH DATO & DATIN…

Wahai mata… Kenapakah tak nak tidur… Dari 2:30 pagi terjaga sehinggalah sekarang. Dah pun 4:55 pagi. Baby R nyenyak tidur di dalam ini.. Cuma aku tak selesa nak tidur sebab panas dan juga mengalami sedikit contraction. Biasalah kan kalau dah tengah menunggu hari ni.

Lebih susah  nak tidur bila cinta hati tak ada di sebelah. Memang macam tu. Kalau dia ada, tapi kalau dia bangun sekejap pun, aku dah terbangun cari. Ini pula kalau dah masuk malam ke-4 tanpanya. Eric berada di Odissa India untuk menghadiri satu latihan dan seminar Herbalife bersama 400 orang dari organisasinya.Kesian jauh berjalan. Dari KL ke Calcutta, selepas itu tunggu penerbangan berikutnya ke Bupaneswar yang mengambil masa 1 jam setengah kalau tak silap aku. Kemudiannya, menaiki kereta dari sana ke Odissa (itulah ejaannya kalau tak silap. Or may be Orissa – kurang pasti pula)

Tempatnya agak terpencil kata Eric tapi pemandangan sungguh indah. Berdekatan dengan laut juga. Laut yang pernah menjadi mangsa tragedi tsunami dalam tahun 2004 dulu. Bila dikhabarkan dia tiba di sana, aku sangat bersyukur. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya. Hari ini Eric akan bertolak pulang. Satu hari, satu malam perjalanannya. Dia dijangka tiba 5 pagi Selasa (esok) di KL. Selamatkan perjalanan pulang suami ku Ya Allah…

Agaknya itu juga di antara sebab aku tak boleh tidur. Rindu dah la satu.. Alhamdulillah masih ada perasaan yang sama. Bila kita berjauhan, barulah kita dapat mengukur sejauh mana kehebatan cinta dan perasaan kasih rindu dan dendam kepada suami.

Aku ni memang tak boleh jauh dari Eric. Mengada! Hahhaa.. Paling lama aku katakan padanya, hanya 4 hari 3 malam. Tapi terpulang kepada jarak destinasinya. Kalau jauh macam di India ni, atau ke Eropah, memang lebih dari 4 hari tapi kurang dari 7 hari. Hehehehe… Sangat diktator aku ni pun! Hahahha…Tak boleh lama-lama.. Banyak dugaan di luar sana! Hehehe…

Aku dan juga semua wanita, ada perasaan cemburu. Itu sudah pasti! Secara semulajadinya wanita punyai satu perasaan untuk mengawal dan melindungi pasangan atau haknya. Termasuklah anak-anak. Asalkan ianya kepunyaannya. Tapi perasaan nak mengawal dan cemburu itu, jangan pula berlebihan sehingga memudaratkan.

Aku dan Eric mengamalkan satu sikap toleransi yang mana kami berdua berjanji setia bersama. Cemburu perlu ada tapi harus difikir lojiknya. Mat saleh ni lain sikit. Kalau dah dia kata itu; itulah haknya. Katanya kalau dia nak berbuat sesuatu pada aku, lebih baik dia tak kahwin. Nak melakukan sesuatu di luar dengan perempuan lain, bukannya susah. Ambil masa sekejap je. Tapi buat apa nak memusnahkan kebahagiaan yang ada sekarang? Perlukan nak menyusahkan diri sendiri dengan berbuat hal seperti ada affair dan sebagainya kepada isteri.

Jadi, kami berpegang kepada sikap saling mempercayai di antara satu sama lain. Ujian tetap ada. Tahun ini tahun ke-3 kami berkahwin. Aku pun ada juga yang menganggu melalui mesej telefon. Tapi dengan teknologi sekarang, nasib baik boleh block. Eric pun sama juga. Tapi dia tahu bagaimana nak tangani dan selalunya akan beritahu aku. Komunikasi adalah yang paling utama bagi kami.

Mungkin pengalaman hidup dan jarak usia kami, membuatkan kami lebih memahami di antara satu sama lain. Kami boleh berbincang segala hal. Eric adalah suami, bapa, kekasih, sahabat, teman baik, kawan, dan cermin diri aku.

Sekarang ni macam-macam ujian. Bukan saja dari wanita lain, tetapi juga… errrr…faham-faham saja.. Hehehe.. Kami hanya ketawa jika ada yang cuba flirt dan menghantar mesej yang berbau sedikit peribadi dan cuba menggoda. Biasalah tu.. Manusia….

Suami isteri harus bersatu. Bukannya mudah nak faham satu sama lain. Tahu sajalah, pemikiran, hati dan cara dibesarkan antara lelaki dan perempuan juga berbeza. Remember, men from Mars, women from Venus. Ayat itu sudah cukup untuk menerangkan bahawa, antara lelaki dan perempuan itu, metalitinya berbeza. Wanita fahamannya lain, lelaki jauh sekali berbeza. Kerana perbezaan itulah, pasangan boleh sempurna.

Saja bercerita soal pasangan dan lelaki dan wanita ini. Dalam pada dok berehat ni, Ada pula satu cerita yang menggemparkan pada hari minggu. Tak sangka juga sebenarnya. Namun biasalah. Inilah yang dinamakan kehidupan.

Macam-macam masalah mendatang. Tapi jika kita fokus pada masalah, maka akan lebih besarlah ia. Jadi, kena pandai menangani masalah dan letakkan di sebelah tanpa diganggu dengan emosi diri. Ingat! Emosi yang tidak terkawal, bisa merosakkan segalanya. Jadi harus positif di dalam segalanya.

Hmmm… Awat chek lagu tu? Awat yang pi publish Kat IG? Soal peribadi berkaitan emosi ni, Kalau boleh simpan dulu. Kalau marah macam mana sekali pun, tak kira kepada sesiapa, termasuklah suami.. kena simpan dan telan sehingga sedikit reda dan bersedia untuk dihebahkan.

Bukannya apa, bila kita tengah marah, emosi tidak stabil. Dan kita; terutamanya wanita, mulalah buat sesuatu yang di luar jangkaan. Bila dah terlepas, kemudiannya datang rentetan masalah lain pula yang harus kita jelaskan pula. Kan ke penat tu?!  Tapi, apa-apa pun, masing-masing ada cara nak meluahkan. Happened to me, happened to many celebrities.

Mungkin Datin muda yang bernama Alyah, berasa perlu dihebahkan kerana terlalu geram atau sedih. Kena pula ada bahan bukti. Kadang-kadang dengan gambar ni, tak perlu kita terangkan pun. Ianya akan bercerita. Sabarlah… Jadi wanita dan isteri, lebih-lebih lagi dalam bidang kita ni, bukannya mudah. Mata ada saja yang memandang. Tak kiralah lelaki atau pun perempuan. Ada macam-macam jenis hati manusia juga. Ada yang punyai rasa yang baik, dan ada sebaliknya.

Aku sering teringat dengan satu kata-kata dari seseorang tidak lama dulu. Aku pun dah lupa namanya. Seingat aku, yang memberitahu itu, adalah seorang lelaki. Katanya.. : “musuh seseorang wanita itu, adalah wanita juga.” Biasanya dari segi perhubungan antara lelaki dan wanita.

Memang ada wanita yang suka mencuba dan ada tabiat menggoda. Ada yang menggangu suami orang kerana minat dan mahu suami berciri-cirikan seseorang lelaki yang disukainya. Ada wanita lain pula, tak sengaja terjerumus ke kancah perhubungan segitiga yang mengaitkan suami atau tunangan wanita lain.

Ada pula wanita yang tidak berniat apa-apa, tapi terjerat dek janji-janji sang lelaki dengan penipuan dan sebagainya. Biasanya itu terjadi jika si wanita mempunyai status janda atau ibu tunggal. Ini kenyataan yang sangat susah diterima kebanyakkan wanita juga.

Sesetengahnya pula, suka test market. Nakal sangat. Mungkin agaknya terlalu minat dengan suami kita atau sukakan keperibadian pasangan kita, jadi, dia terbawa-bawa dan ingin mencuba. Itupun soal sukar mengawal emosilah tu. Happened to me too before. Long long time ago….

Ada yang call tinggalkan pesanan suara di telefon. Dan macam-macam lagi. Ada yang lucah, ada yang bercerita yang bukan-bukan yang kononnya suami kita ni ada affair dengannya, dan katanya lagi, suami aku ketika itu, suka berasmara dengannya. Lazat bagaikan KFC. Sehingga menjilat jari! Hahaha…

Jijikkan bila terbaca kenyataan di atas tu kan? Yang mendengar ni, lagilah rasa nak muntah! Hahahaha.. Sudahlah baru berkahwin masa tu. Masa tu aku muda. Senang naik angin. Suamilah yang kena. Seperti biasa, lelaki.. you know what they do.. Buat terkejut, tak tahu menahu atau tak nak jawab! Hahahha…

These kind of women, to me – they are sick. Ada sesetengah tu mereka-reka cerita sahaja. Dan ada juga yang memang berani buat.

Namun.. semuanya terletak pada yang menggoda dan yang digoda. Kalau yang digoda tak layan, InsyaAllah tak menjadi. Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. It takes two to tango, normally.

Lelaki – semulajadinya memang suka melayan. Suka entertain. Baik macam mana pun, dia akan bercakap juga. Kena pula yang ramah! Habis! Tapi kalau dia tahu kawal dan sedar dirinya siapa, apakah statusnya, insyaAllah akan okay. Apa-apa pun terpulang kepada niatnya juga. Batas perbualan dalam perhubungan yang bukan muhrim, harus ada.

Bidang artis dan hiburan, lebih mencabar. Kami ni kena bercakap dengan semua orang. Lebih-lebih lagi para peminat. Artis lelaki bagi aku paling tinggi cabaran dan godaannya.  Perempuan yang datang, macam-macam bentuk dan rupa. Tinggi, rendah, comel, cantik, kurus, bulat – semua ada! Macam manalah diaorang nak tahan godaan! Memang iman kena kuat! Kena pulak lelaki Melayu dan Islam boleh tambah cawangan sehingga 4, itu lebih mendorong mereka mudah berkenalan! Awas!

Bercakap mengenai godaan, sesetengah lelaki suka juga test market dan menggoda wanita terutamanya isteri orang. Ada beberapa insiden di sekeliling aku yang aku tahu. Itulah yang aku katakan tadi. Apa-apa pun terpulang pada niat. Jika di dalam perhubungan, ada yang losong, berlubang – maksudnya dari segi kasih sayang, jiwa dan batin tidak terjaga dan ada ruang, maka senanglah untuk orang ketiga menyusul. Eric selalu berpesan, jika di rumah tak bahagia, lelaki atau wanita mana pun, akan cari kebahagiaan di luar. Jadi, apa-apa pun, bermula dari rumah.

Memang susah jadi perempuan ni. Berat tanggungjawabnya dan ada saja dugaannya. Jadilah wanita yang bijak menangani masalah, menjaga suami, memuaskan hati suami dari luaran dan dalamannya, serta zahir dan batin. Jangan dikawal pergerakannya sehingga mejejaskan perhubungan. Jangan disuruh dia mengikut cara kita.

Perkara ini biasa berlaku di awal perkahwinan. Wanita punyai sikap mahu menjadi dominant kerana suami adalah haknya. Tapi kita terlupa yang lelaki itulah yang perlu membimbing dan lebih bertanggungjawab menjadi ketua keluarga. Tolak ansur di dalam komunikasi di dalam perkara ini, perlu ada.

Jangan ada berat sebelah. Maksudnya, jangan terlalu favor suami pula sehingga mengikut segalanya. (ini macam aku dulu)  Jika ada yang perlu disuarakan, bawalah berbincang dalam suasana yang baik dan positif.

Jangan sesekali tunjuk kita beremosi. Mereka kurang suka. Nak menangis atau apa, itu di dalam perkara lain. Sama juga dengan lelaki. Harus mendengar apa yang mahu disuarakan dan disarankan si isteri. Jangan main tunjuk ego dan mahu menjadi diktator. Tak salah mendengar.

Tunjukkan kepercayaan walaupun kita tahu ada yang perlu kita tak percaya. Ini tengok kepada keadaan dan gerak geri pasangan. Namun jangan ditunjukan sangat tak percaya tu. Just keep to yourself. Jangan pula sehingga menimbulkan perasaan syak. Mereka kurang gemar.

Dalam perhubungan ni, kita bagaikan bermain game. Kena tahu masa untuk tarik dan hulur.. Ada banyak watak yang perlu kita jiwai. Maksud jiwai itu bukannya berlakon. Bila berlakon, itu lain pula. Boleh jadi seseorang yang tricky pula. Boleh mengundang masalah juga.

Memang susah… lelaki mereka cerdik. Bila mereka terasa sunyi, akan mendatangkan  masalah lain. Kena pula ada perempuan yang jadi kawan. Tak kiralah kawan baik, jauh atau dekat. Lebih teruk jika masih berhubungan dengan bekas kekasih. Mereka lebih cenderung untuk ada hubungan lain. Jadi, perlu sentiasa agile dan aware dengan partner kita. Sering bertanya, kerap berkomunikasi. Jangan sorang ke hulu dengan telefon, dan sorang lagi sama juga ke hilir.

Zaman teknologi tinggi kini lebih mudah membuatkan pasangan kita sunyi bila kita pun kerap buat tak tahu pada suami sebab suka melayan gosip di Facebook, kawan di Instagram, luahkan perasaan di Twitter, jumpa kawan lama di Path dan sebagainya. Aplikasi-aplikasi ini biarlah digunakan di masa yang sesuai. Bukannya ketika bersama pasangan.

Dalam erti kata lain, boleh bersosial. Tak kiralah secara alam maya atau pun di dunia realiti. Tetapi haruslah tahu apakah niat dan batas-batas sebagai seorang wanita dan lelaki.

Bagi aku sebagai perempuan, tak kira apa pun status dan siapa pun kita, harus tahu menjaga maruah. Wanita paling mudah dipandang rendah dan sering dituding buruk andai sesuatu perkara berkaitan mengganggu rumahtangga wanita lain. Padahal orang tak tahu pun apa sebenarnya yang kita alami.

Alyah, sebagai kakak dan seorang yang lebih senior serta punyai sedikit pengalaman di dalam rumah tangga; ingin sekali berpesan. Dalam peringkat awal perkahwinan, memang banyak dugaan. Berkomunikasilah dengan baik. Dato seorang yang telah jauh berusia dari awak. Walaupun dia punyai citarasa yang tinggi di dalam kehidupannya, kakak percaya dia tahu di mana duduk dan berdirinya. Itu di mata kami yang di luar yang melihat.

Dia juga public figure. Punyai karektor dan peribadi yang menawan. Orang mudah tertarik. Tambahan pula wajahnya yang boleh tahan kacaknya. Tapi apa kurangnya adik manis yang seorang ini. Be confident. Because when you are confident, you’ll become stronger. Tapi jangan pula kita nak lawan kuat dengan suami. Kekuatan itu, simpan saja pada diri sendiri.

Datin masih muda. Adakala kita nak suami ikut cara kita. Tapi dia lebih berpengalaman dan telah ada paksi dan akarnya yang tersendiri. Akar kalau dah makin berusia, semakin keras. Bagaimana kita nak ubah. Tak boleh lagi nak bentuk kerana kita bukan ibunya. Kita hanya isteri. Tempat isteri di sisi suami berbeza dengan tempat seorang ibu kepada anak lelakinya.

Kena bijak nak tackle which angle yang awak boleh masuk untuk menraik perhatiannya. Semua manusia ada kelemahan. Termasuk, kakak, awak dan juga Dato. Dia punyai perwatakan yang menarik walaupun dia sangat strict dan keras. Percakapannya kasar juga, adakalanya tu sehingga membuatkan sesetengah orang takut dengannya. Termasuklah yang menulis ni. Tak kurang juga yang suka akan ‘keganasan’ dia bertutur.

Oleh sebab karektor nya yang sedemikian, boleh dikatakan agak misteri; ramai yang tertarik nak tahu lebih dekat. Itu orang lain, which you cannot control them. But you can control yourself dengan memahami apakah niat suami dengan lebih mendalam andai dia ada berkomunikasi dengan pihak lain terutamanya wanita.

Menjadi perkara biasa apabila seseorang lelaki itu punyai ramai kenalan wanita. Ramai berkawan tak apa, asalkan dia tahu siapa yang dia sayang dan siapa isterinya. Lumrah hidup. Wanita sangat mudah tertarik dengan lelaki, begitu juga sebaliknya. Tengok saja kita wanita. Boleh kira berapa ramai kawan lelaki kita. Tapi kita tahu maksud berkawan dan batasnya. Mungkin dia juga tahu batasnya.

Apa-apa pun, kami yang di luar ni, tak tahu apa yang berlaku di dalam perhubungan Datin yang comel ini. Awak perlu bijak menanganinya. Jangan cepat melatah. Jadilah wanita bijak di sisi, di depan dan di belakang suami. Wanita mana tak makan hati dengan suami. Nak bahagia pun, perlu makan hati sebab kita perlu berkorban. Itu perkara biasa. Memang banyak pengorbanan perlu kita lakukan.

Ini fasa pertama. Fasa kedua, ketiga dan seterusnya nanti, lain pula. Harus melalui fasa-fasa ini untuk mencapai satu tahap yang kedua pihak saling mudah memahami dan menghormati privasi masing-masing. Memang susah nak sampai ke tahap itu. Ini belum lagi ada anak. Jika esok dah ada, lain pula ujiannya. Tapi percayalah, niat yang baik, akan diluruskan oleh Allah Taala. Dia akan membimbing.

Andai benar kita yang lurus ini teraniaya, insyaAllah Dia akan tunjukkan kita jalan keluar. Tak kiralah lelaki atau wanita. Walaupun sakit kita nak menerimanya, kita kenalah bersyukur. Sekurang-kurangnya Si Pencipta Yang Maha Besar itu tersedia ada untuk membimbing dan sentiasa mendengar doa dan permintaan kita. You have to talk to Him always, and see the signs. Happened to me. I know….

Maaflah Dato dan Datin dengan nasihat terbuka seperti ini. Bukannya apa, kesian dengan perkahwinan yang baru dibina. Kami hanya bisa mendengar dan melihat. Yang nak menerima dan merasa adalah Dato dan Datin berdua. Maaf andai Dato atau Datin terasa dengan coretan yang tidak seberapa ini. I don’t mean anything bad. Just want to help. Please don’t sue me! Hehehe..

Semoga segalanya kembali tenang dan perkahwinan yang dibina berpanjangan dan kekal hingga ke syurga. Amin…

P/S : Macam-macam….. Panjangnya aku tulis.. moga boleh lelapkan mata selepas ini hehehe…

Advertisements

10 Comments on “MANGSA DAN PEMANGSA…. WANITA… SABARLAH DATO & DATIN…

  1. nice write up. ada juga yg i can take it as a guide since im facing a few things now. thanks.

    • Salam kak. Cepatnya dia baca hehehe.. InsyaAllah.. AMin.. dapat bantu. Kalau ada apa apa. let me know. Take care and have a good day ahead

  2. Kann.. Sayang dgn hubungan yg suci itu.. Macam yg nurul katakan.. Perempuan yg bergelar isteri mmg peru bijak mengurus emosi dan situasi.. Kita kena jd kuat dan peka dgn segalanya… Cewahhhh pengalaman kami la kann hehehe

  3. Very true and v good advice. May all woman and wives out there tabah dgn dugaan2 yang diberikan. Betul cakap Nurul, setiap Apa terjadi bakal hadir hikmah menanti. I have gone through a lot but Alhamdullillah everything is good now. Dgn lelaki Harus ada cara menangani ego mereka. But men, they are actually easy species to handle if we know how to tackle them. Keep up your good effort to keep in touch wth your mr hubby every now n then. May Allah bless you and your beautiful family and may your mr hubby arrived home safely tomorrow. Jaga diri Nurul.. Jaga the babies too 😘😘

  4. Salam sis,
    Nasihat yang baik dan betul seperti apa yg sis katakan… 🙂

  5. salam sis…setju ape yg kak nurul ckp.melalui pglaman sy sbg isteri dan ibu nak bahagia perlukan berbilion KESABARAN.hehehee

  6. Selalu kita dengar, bila suami kahwin lain, ada perempuan lain, si isteri mula minta diceraikan. Ini sama sekali tak betul dan perkara yg paling kena hindarkan. Cara terbaik ialah isteri perlu berubah, bermanis muka dan goda suami semula supaya suami makin sayang. Soal penerimaan isteri kedua tu dalam hidup anda, biar Allah yang tentukan segalanya. YANG PENTING, BEST WOMAN WIN!! DONT GIVE UP. FIGHT FOR YOUR RIGHT. HEHEHE

  7. Alhamdulillah… sejuk hati baca … tq for the sharing and knowledge… saya pun kawen dgn jarak usia suami 34 tahun lebih berumur dr sy…. dah nak dekat 5 tahun usia perkahwinan.. tak mudah rupanya melayari bahtera rumahtangga…. tapi kalau kita wanita byk bersabar dan redha InshaAllah.. Allah takkan zalimi kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: