TEKAT….. RIZMAN RUZAINI… DOLCE & GABBANA MALAYSIA!

Tanggal 16 Disember yang lalu – telah mengembalikan satu memori ketika aku kecil dan masih di kampung halaman yang terletak di Butterworth Pulau Pinang. Bukannya memori yang bagaimana, tetapi tentang satu warisan yang mungkin ada di antara kita telah melupakannya.

Seni tekat… Yang mana dahulunya setiap rumah terutamanya di daerah utara semenanjung, akan mempunyai beberapa helai pakaian atau set cadar katil yang sering digunakan di dalam sesuatu majlis yang istimewa seperti perkahwinan.

images-5 images-4 images-2

Aku ingat lagi akan tekstur kain baldunya dan betapa halusnya teknik tekat itu. Memang seronok sangat kalau ada majlis kahwin. Boleh baring di atas katil pengantin yang dihamparkan cadar tekat yang berwarna, merah, hitam, biru gelap atau hijau. Tapi warna yang paling popular adalah hitam benang emas dan merah hati.

Scanned Photo2-6

Kenangan itu langsung datang di dalam fikiran aku tatkala melihatkan pertunjukkan fesyen yang diadakan oleh dua pereka fesyen muda yang mereka ini aku gelarkan Dolce Gabbana Malaysia! Siapa lagi kalau bukan Rizman Ruzaini.

IMG-20141216-WA0015

Mengenali mereka semenjak tahun 2007, rekaan mereka terus melekat dan senang melekap di tubuh aku setiap kali ada sahaja acara yang perlu aku sarungkan pakaian rekaan mereka. Mereka ini juga tidak pernah lokek dan sering memberikan yang terbaik. Aku dikenalkan dengan Rizman Ruzaini oleh make up artis yang paling rapat dengan aku iaitu Deq Sha.

Perkenalan kali pertama di rakaman rancangan Project Runway itu, membawa sehingga ke hari ini. Kalau tak pakai rekaan dari dua anak muda yang berasal dari Pulau Mutiara dan Taiping Perak ini, memang tak sah! Aku hanya memakai pakaian dari pereka yang aku selesa bekerja dan    tahu apakah yang sesuai serta dapat menonjol keperibadian aku.20141216_200922

Ceritanya dalam pertunjukkan fesyen yang serba menarik itu, kali ini Rizman Ruzaini menampilkan koleksi tekat hasil kolaborasi bersama Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim. Siapa tak kenal dengan wanita yang berpengaruh ini. Ternyata idea dari kolaborasi dua pihak ini, menjadi apabila semua tetamu malam itu termasuk aku, sangat teruja dengan koleksi tekat yang rata-rata jarang kita lihat dekad ini.

IMG-20150109-WA0003

Sangat menarik seni corak tekat yang ditonjolkan hasil kolaborasi idea ini. Dengan ciptaan gaun moden kotemporari yang dihasilkan Rizman dan Ruzaini, sesuai pula apabila diletakkan motif tekat di atasnya. Semuanya bagaikan tercengang dan tidak menyangka ianya akan secantik itu! It’s a jaw dropping designs and show! Memang ternganga semua penonton dan tetamu! Aku lagilah ternganga kerana tak sangka langsung itu tekat yang aku suka. Eric yang bersama aku malam itu dan baru mengenali apakah teknik tekat, juga memuji koleksi rekaan Cik Puan Azrinaz dan juga Rizman Ruzaini ini.

20140226_215725

IMG-20150109-WA0007 IMG-20150109-WA0006

IMG-20150109-WA0005 IMG-20150109-WA0004

Sebab itulah yang terlupa akan seni tekat ini, kembali semula menjelma di dalam fikiran. Yang berasal dari Utara, memang akan kenal sangat dengan teknik tekat tersebut. Sangat puas hati melihatkan koleksi terbaru hasil kolaborasi Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim dan Rizman Ruzaini. Bagi aku, ianya memang menjadi! Sangat terserlah kreativiti ketiga figura hebat ini. Please bring this collection to the international level so everybody will know what tekat is!

Aku terpanggil untuk menulis tentang koleksi tekat ini kerana ianya menarik dan dapat menaikkan semula warisan yang disimpan sekian lama terutamanya di kalangan rakyat negeri Perak dan bahagian Utara khususnya. Walaupun agak lewat bagi aku menulis tentang acara itu, tapi bagi aku tak apa. Harus aku letakkan juga di dalam salah satu entry blog aku ini. Better late than never!

Ini bukanlah satu iklan berbayar atau promosi buat mereka, tetapi ini adalah hasil nukilan dan rasa bangga dengan dua rakan yang sangat berbakat serta semakin membangun! Ikhlas dari hati aku untuk mereka berdua, terutamanya selepas melihat koleksi tekat mereka ini. Aku tahu, mereka akan lebih berjaya selepas ini.

I am so happy for them and really support this effort 100% ! Bukan kali ini saja aku menghadiri pertunjukkan fesyen koleksi Rizman Ruzaini. Setiap tahun ada sahaja koleksi dari idea terbaru mereka berdua. Semuanya menarik tapi buat persembahan di dalam bulan di penghujung 2014 itu, terlebih istimewanya dan sangat cantik!

20140226_220335

Ianya menaikkan lagi nama hebat Rizman Ruzaini yang telah tersedia dikenali di Malaysia, Singapura dan Brunei. Aku rasa mereka ini dah lebih terkenal bukan sahaja di Asia sahaja. Pereka fesyen hebat ini juga telah pernah ke Paris dan London untuk satu pertunjukkan fesyen  di sana. Itu yang aku tahu. Ada lagi sebenarnya.

Terasa sangat bangga melihatkan pencapaian mereka berdua kini. Aku kenal Rizman dari berbadan gempal dan berambut kerinting; dan Ruzaini pula terlalu kurus dan pemalu! Nak cakap pun susah. Dia akan menyorok di belakang Rizman dan rakan kongsinya itulah yang akan menyatakan apa yang mahu dicakapkannya. Dua rakan baik ini, sangat bersatu hati.

Kini, yang gempal itu menjadi sangat fit, rambut kerinting panjang mengurai dipotong pendek. Kini bertambah macho seakan hero filem hindustan! Manakala, yang kurus kering dan pemalu itu; kini semakin berkeyakinan dengan otot yang dibina naik dan pemalunya berkurangan. Perubahan baik yang disukai oleh semua. Mereka berdua melangkah lebih yakin dan berani.

IMG00944-20100806-2058

Bagi aku pula sepanjang mengenali mereka berdua ini, aku tak tahu bagaimana nak berterima kasih di atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan. Dari pakaian untuk persembahan, sehinggalah ke majlis perkahwinan aku pada tahun 2012. Siapa sangka baju pengantin boleh direka sedemikian. Setiap rekaan mereka, berbeza untuk pelanggan lain. Mereka tidak stereotaip tapi trademark tetap ada.

IMG-20130605-WA0011IMG-20130605-WA0009Screen_20120616_190456

Dari warna putih di atasnya, berona menukar ke tona hitam di bawahnya! Aku pun tak sangka yang baju aku akan secantik itu. Aku rasa baju pengantin aku rekaan Rizman Ruzaini adalah yang lain dari yang lain. Terima kasih hangpa. (kami kan ke dari Penang, so memang tak lekang bercakap Utara kalau berjumpa)

Lakaran pertama Rizman untuk hari perkahwinan aku
Lakaran pertama Rizman untuk hari perkahwinan aku

Banyak kenangan juga antara aku dan mereka berdua. Langsung teringat akan satu insiden ketika rakaman rancangan Project Runway. Itu adalah kali pertama kami berjumpa seperti yang aku tulis di atas tadi. Dek kerana bosan menunggu rakaman itu; baju tak ada masalah. Sangat selesa. Tapi menunggu itu membuatkan aku rengsa.

Aku adalah salah seorang pengadil yang dijemput untuk mengadili peserta. Kesemua peserta harus mencipta satu rekaan untuk aku pakai di karpet merah. Aku ingat lagi, antara pesertanya ialah Zery Zamry dan Hatta.

Jadi, kerana rengsa menunggu, aku ni kan ke tak reti duduk diam. Aku menyandar ke belakang dan duduk dengan dua kaki kerusi sahaja. Tak perasan yang kerusi aku itu di atas platform. Dan jaraknya tak jauh pun dengan lantai. Apa lagi.. bedebum terjatuh ke belakang dan mengejutkan satu studio rakaman itu! Hahahha.. Malu pun ye. Dah la boyfriend pun ada di situ masa tu. Rizman langsung datang pada aku dan memeriksa andai aku okay dan bajunya okay. Nasib baik tak koyak dress panjang berwarna hitam itu!

Gaun hitam itu adalah gaun pertama yang aku tempah dan beli dari Rizman Ruzaini selepas rakaman itu. Nasib baik gaun itu panjang dan sopan. Kalau tak bertambah malu aku kerana mungkin akan terselak! Hahahha…  Gaun itu ada aku simpan sehingga hari ini sebagai tanda dress pertama yang aku beli dari mereka.

Bukan insiden itu saja.. Ada lagi.. Yang kedua yang aku tak akan lupa adalah di majlis perkahwinan aku dan Eric di Bali. Nasib baik Rizman Ruzaini hadir juga di majlis serba sederhana itu. Kalau tak, siapalah aku nak cari untuk betulkan zip gaun pengantin aku itu! Dengan tenang Rizman datang dan membetulkan zip yang aku tarik terlalu kasar dan terkeluar dari lulurnya. Mengalahkan tenaga jantan aku pun ketika membuka dress untuk ke kamar kecil!

IMG_3157-1 IMG-20130605-WA0012

IMG_3041

Rizman Ruzaini bukan saja pereka fesyen, tetapi penyelamat di dalam banyak keadaan yang berkaitan baju! Hahahha… The right designer to choose for any occasions! Rekaan menarik dan yang penting selesa dipakai. Kualiti tidak perlu dipersoalkan.

Tahun ini tahun ke 10 Rizman Ruzaini. Aku pasti lebih banyak idea dan rekaan menarik yang akan dikeluarkan. Syabas aku ucapkan buat kalian berdua. Teruskan mencipta dan mereka kerana itu adalah kelebihan kalian. I’m so proud of you two. Remember, two is better than one!

Teruskan seperti sekarang ini, kreatif, rendah diri dan pemurah. InsyaAllah rezeki kalian berdua akan bertambah dan akan langsung maju. Aku doakan semoga Allah merahmati kalian berdua dan persahabatan kita. Amin!

P/S : Tak sabar nak tunggu 20th anniversary concert aku nanti. Apa pula yang bakal direka oleh mereka! Langsung teringat banyak lagi kenangan bersama make up artis terkenal yang banyak berjasa pada aku. Selepas ini cerita dia pula! Lebih panjang lebar kerana rindu sangat dah dengan dia yang berpangkat adik dengan aku!

DI BAWAH INI BEBERAPA CIPTAAN RIZMAN RUZAINI YANG PERNAH AKU SARUNGKAN… Ada banyak lagi. Tapi tak jumpa pula gambar yang lain-lainnya…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: