BERBUNUHAN DEMI AGAMA… MEMBUNUH SEAGAMA….

Haiissshhh.. Tak habis-habis nak memburukkan nama Islam! Haiishhh… Ada banyak cara walau sekali pun marah sangat dengan tindakan orang bukan Islam. Jika Nabi Muhammad masih ada dan boleh berkomunikasi sekarang dengan umatnya, Baginda sama sekali tidak membenarkan perilakuan yang sedemikian.

Berita pagi hari semalam dari CNN membuat aku terkejut. Dengan video yang dirakam secara langsung dari tempat kejadian, membuatkan aku terasa bahawa kejamnya manusia. Tahu hati mereka sakit. Tapi membunuh secara rambang, boleh terjadi akan terbunuh orang lain yang sesama Islam juga. Itu yang ada di benak aku semalam sewaktu melihat berita di kaca TV.

 

Ternyata hari ini satu lagi kejutan apabila mengetahui beberapa identiti mangsa yang terbunuh. Kan aku dah kata, andai ada terbunuh sesama Islam. Memang ya.. Patutlah semalam banyak hashtag mengenai #jesuisahmed. Seorang pegawai polis yang bertugas di laluan hadapan bangunan Charlie Hebdo. Kesian dan sedih melihatkan bagaimana dia dibunuh.

Satu das tembakan sudah terkena di kiri perutnya, dimohon jangan dibunuh. Namun, hati panas yang membara tidak langsung punya rasa simpati. Ditembak di kepala Ahmed Merabet dan langsung berlalu dari tempat kejadian.

Innalillah… Sudah tiba masa bagi Ahmed pergi. Tapi fikirkan sejenak bagaimana ibu bapa lelaki berusia 40 tahun ini. Begitu juga dengan kekasih yang ditinggal. Begitu mudah kekejaman merampas keamanan dan kehidupan seorang lelaki yang juga hamba Allah. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.

Aku turut terasa kerana Perancis bagaikan rumah kedua ku ketika ini. Sedikit sebanyak terjejas juga perasaan melihatkan manusia yang tidak bertanggungjawab berkelakuan sedemikan. Meragut keamanan umat Islam yang rata-ratanya berjumlah 5 juta penduduk di seluruh negara itu. Akan bertambah susahlah untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Pandangan serong kepada umat Islam kini bukanlah lagi satu perkara asing buat muslim. Terutamanya di Eropah dan juga di negara barat yang lain. Berita hari ini juga menyatakan tangkapan seorang remaja berusia 18 tahun yang disyak di antara 3 lelaki teroris yang lain; mendapati semasa kejadian remaja itu berada di sekolah. Ianya dikenal pasti oleh rakan sekelas remaja yang bernama Hamyd itu.

Hmmm.. Di fikiran langsung terlintas… Adakah benar extremist Islam yang melakukan kekejaman yang membunuh 12 orang termasuk editor Charlie Hebdo itu? Atau orang lain yang mencuri identiti 3 umat Islam ini dengan sengaja untuk menjatuhkan dan memburukkan lagi nama Islam… Waallahualam…

Mengikut cerita Eric, majalah kartun komedi yang terkenal ini, sememangnya seringkali memaparkan beberapa isu semasa seperti politik, banyak kali juga mereka menyentuh perihal Pope, soal Kristian, Katolik, komedi berkenaan Buddha dan juga Hindu. Bukan sahaja mengenai Nabi Muhammad S.A.W. Mereka memang sebuah majalah kartun yang sangat kontroversi ekstrem.

Di Perancis juga, komedi merupakan satu hiburan nombor satu. Lebih banyak persembahan komedi berbanding konsert dan sebagainya. Di kalangan rakyatnya juga, komedi dan lawak itu adalah kebiasaan mereka. Sewaktu makan tengahari, minum petang atau makan malam sekiranya ada tetamu, hos dengan secara biasanya akan buat lawak, teka teki dan sebagainya. Ianya bagaikan satu tradisi.

Jadi, tradisi lawak ini, sememangnya menjadi satu kebiasaan rakyat negara Perancis. Sehingga dibawa ke peringkat yang sangat tinggi. Ramai juga penduduk yang berasal dari Algeria; yang  beragama Islam majoritinya, menceburi juga bidang lawak komedi ini. Ada beberapa nama yang aku kenali dan mereka sangat popular di sana. Mereka menjadi warga negara Perancis dan segalanya mengikut cara adat rakyat Perancis.

Kerana terlalu sedih, aku menghantar email kepada ibu bapa mertua aku untuk menyatakan betapa pilunya hati ini. Bimbang andai mereka berfikiran lain pula. Maklumlah anak tunggalnya berkahwin dengan seorang wanita yang beragama Islam.

Balasan emailnya membuatkan aku lebih tersentuh. Katanya jangan bimbang dan jangan sesekali merubah pendirian dan pegangan kita. Begitu juga dengan aku. Dinyatakan lagi, manusia ini ada macam-macam jenis. Bukan sahaja orang Islam ada extremist; agama lain seperti Katolik, Kristian, Protestant dan sebagainya, ada juga. Mereka juga berbalah sesama sendiri. Dikeluarkan cerita 400 tahun dulu  di Perancis di mana penganut ekstrem Katolik bergaduh dengan penganut protestant.

Aku tak mahu mereka menyangka yang bukan-bukan. Sudahlah dulu lelaki berusia 74 tahun itu risau akan anaknya perlu membunuh orang lain dan akan di brainwash jika berkahwin dengan orang Islam! Itu sangkanya dulu. Tapi bila dah aku jelaskan, mereka faham. Islam tidak kejam dan tidak perlu membunuh secara melulu.

Paling sedih hari ini di CNN dinyatakan laungan ayat ‘Allahuakbar’ itu bagikan satu yang ‘wicked’ dan digunakan untuk membunuh. Eric dulu juga berfikiran sedemikian. Bila aku ceritakan apakah sebenarnya dan apakah maksudnya, barulah mereka faham.

Hhhmmm… Satu cabaran juga buat semua Islam seperti aku yang berkahwin dengan bangsa asing. Kita ni jenuh bagi contoh yang sangat baik sebagai seorang umat Islam (walaupun tidak bertudung) untuk memberitahu apa sebenarnya maksud Islam dan cara hidup umat Islam. Nasib baiklah mertua aku ni kuat mengkaji dan mudah memahami. Mereka tahu apa kebenarannya.

Apalah nak jadi pada dunia ini sekarang? Berlaku terlalu banyak kekejaman. Memang benar kita harus menegakkan kebenaran agama kita. Tetapi bagi aku biarlah mengikut apa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Keperibadiannya membuatkan semua mengikut Baginda. Bukan dengan kekejaman.

Islam atau yang bukan Islam, kita semua manusia. Punyai keluarga, saudara mara, sahabat handai serta kehidupan yang diberi Tuhan. Memang benar harus mempertahankan agama andai ada yang cuba memburukkannya. Tapi jangan dengan membabi buta… Ikutlah kepandaian dan kemuliaan Nabi kita melawan musuhnya yang kafir…

images-3

Al Fatihah buat yang Islam yang terkorban dek keganasan manusia yang lain…

P/S: Perasaan sedih bercampur marah dan bimbang….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: