BERDOA… DAN BERSYUKUR…. PENANTIAN YANG MENDEBARKAN…

Terima kasih wahai semua pengikut dan peminat ku… Di Facebook, di Instagram dan di Twitter  serta di blog ini – semuanya mendoakan segalanya berjalan lancar serta dipermudahkan nanti apabila bersalin. Aminnn..Amiinn,… Ya rabbal alamin… Terharu aku membacanya..

96 jam berehat.. Tidur sepuasnya. Ramai menasihatkan supaya jangan bergerak banyak dan jangan mendukung Zach atau mengangkat benda berat. Nak balik dari hospital Jumaat lepas pun, dipesan macam-macam oleh jururawat hospital. Katanya kondisi aku bagaikan time bomb. Tak tahu bila boleh bleeding lagi jika aku berlaku kasar atau tak berehat.

Jadi, kenalah dengar kalau tak nak melahirkan bayi tak cukup bulan. Minggu ini minggu ke 33. Alhamdulillah… so far tak ada apa-apa masalah lagi. Hanya cepat letih. Baby R aktif dan sering bergerak. Dah makin terasa pergerakan tulang kaki dan tangannya. Bukan main tajam dia menekan perut ku! Tak apa, asalkan dia okay.

 

Nasib baik ada suami yang bertanggungjawab. Eric lah yang buat semua kerja rumah. Bangun malam untuk Zach itu, dah memang kebiasaan padanya. Tapi kali ini kena buat kerja rumah pula. Kesian aku tengok dia. Aku berterima kasih dan bersyukur juga kerana punyai suami yang bertimbang rasa sepertinya. Alhamdulillah… Thank you my love…. What I’d do without you…

Berdebar  menantikan 14 Januari yang bakal menjelang minggu depan. Aku harus melakukan satu lagi ultra sound untuk mengetahui kedudukan uri aku tu. Harapnya dah berubah sedikit. Kalau dah berubah naik sedikit, maknanya insyaAllah aku akan melahirkan Baby R secara normal. Jika tak, aku harus bersiap sedia untuk melakukan pembedahan.

Berdoa siang malam.. Bukan saja minta dipermudahkan dan mengubah kedudukan uri itu, malah minta supaya aku bersalin secara normal. Kata tukang urut yang menjaga aku, aku harus selalu bersujud. Kerana dalam posisi itu, bisa membantu untuk mengubah kedudukan uri. InsyaAllah jika diizinkan Allah Taala. Banyaknya kelebihan bersolat dan kenapa posisi perlakuan solat sedemikian. Segalanya ada maksud yang tersirat yang telah Allah sediakan untuk kita..

Namun begitu, aku sedikit berasa lega bila Doktor Aziz memberitahu placenta previa aku ini adalah type 2.  Baru aku tahu rupanya ia mempunyai beberapa jenis. Aku google dan baca seluruhnya tentang placenta previa. Ada beberapa sebab boleh berlakunya placenta previa. Namun tidaklah dipastikan kesahihannya itu. Antaranya; pernah melakukan D&C – iaitu proses mencuci selepas mengalami keguguran – which is aku pernah sekali melakukannya kerana keguguran semasa kandungan 9 minggu, sebelum aku mengandungkan Ayu.

placenta-previa placenta-previa understanding_placenta_previa_basics_Placenta_Previa

Faktor keduanya pula, faktor usia. Hmmm…. Itu tak boleh nak halanglah kan… hehhee.. Itu antara beberapa penyebab yang aku jumpa dan antara faktor yang terjadinya perkara ini. Tak apalah. Dah berlaku. Hanya berdoa sahaja semoga Allah mengubah keadaan yang membuatkan aku sedikit bimbang. Ianya adalah di luar jangkaan dan di luar kawalan kita.

Bila berlakunya macam ni, lagi terasa betapa besarnya kuasa Allah Taala itu. Tengok saja gambar di atas. Betapa hebatnya ciptaannya… Satu lagi nyawa di dalam badan seorang wanita yang dipilih untuk melahirkan. Lihat saja bagaimana bayi membesar dan menyempit di dalam rahim yang asalnya hanya sebesar buah pear. Allahuakbar… Patutlah wanita itu dimuliakan dan tinggi darjatnya. Saja aku kongsikan gambar di atas. Ianya adalah satu material pengetahuan yang perlu diketahui oleh semua.

Bayangkan zaman dulu-dulu yang tak ada ultra sound. Bagaimana mereka nak tahu. Apa pula cara yang diambil untuk menyelamatkan nyawa bayi dan ibunya. Sangat menakutkan. Patutlah zaman dulu ada wanita yang meninggal bersalin kerana beberapa komplikasi dan antaranya seperti placenta previa. Beruntungnya kita di zaman serba maju ini. Segalanya lengkap dengan kemudahan yang bisa membantu terutamanya di dalam bidang perubatan.

Walau apa pun, aku bersyukur. Keadaan type 2 placenta previa ini, tidaklah sehingga bleeding tak berhenti. Adik aku dulu Syikin, kata suaminya, darah mengalir macam sembelih ayam! Ada juga beberapa peminat yang berkongsi cerita akan pengalaman mereka. Ada yang pernah mengalami apa yang aku lalui sekarang. Ada yang berkata mereka bersalin secara normal juga.

Terbaca komen apa yang dikongsi, membuatkan aku berasa lega dan yakin. Sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat dan motivasi diri. InsyaAllah aku juga akan sedemikian kerana sudah dua hari tidak ada apa-apa tanda. Aku ikut nasihat dari semua yang mahukan aku berehat. Aku harus ikut jika mahu segalanya berjalan lancar.

Satu lagi yang aku risau, adalah tentang beberapa temujanji mengenai konsert, dengan syarikat rakaman, dan juga baby shower yang direncanakan untuk dibuat pada 25 Januari nanti. Jika ada apa-apa perubahan, aku atau wakil aku Ina Mohd akan maklumkan kepada semua jemputan. (insyaAllah takde perubahan)

Buat masa ini, masih seperti yang ditetapkan iaitu pada 25 Januari ini. Kalau kena bersalin sebelum itu, nampaknya kena tukar ke majlis aqiqah la nampaknya!

Tiap-tiap hari bercakap dengan Baby R, tunggu sekejap sehingga awal Februari nanti. Jangan langsung mahu keluar sekarang dan dalam keadaan kurang dari 36 minggu. Sikit lagi nak tunggu. Hanya lagi 4 minggu – sekurang kurangnya..

Kita hanya mampu berdoa. Hanya Allah yang menentukan. Semoga doa dari semua dan doa aku dimakbulkan Allah. Aminnn….Aminnn…

P/S: Tersentuh dengan kasih sayang kalian melalui semua doa yang dihantar… Terima kasih…

imagescrystal-hearts_1920x1200_76993

Advertisements

3 Comments on “BERDOA… DAN BERSYUKUR…. PENANTIAN YANG MENDEBARKAN…

  1. Assalammualaikum..

    Alhamdulillah dah keluar hospital. Jaga pemakanan..jgn terlalu kenyang atau terlalu lapar..takut mengundang cirit beret atau masuk angin. Bila perut memulas membuatkan baby tak selesa dan menekan ke bawah. Ini membuatkan bersalin lebih awal. kalau boleh jangan urut.. Insya Allah uri akan berpusing sebelum lahir.

  2. Saya pernah mengalaminya.Tunggu punya tunggu, uri tak naik jugak, akhirnya melalui pembedahan pada minggu ke36.Alhamdulillah semua ok.Jangan bimbang nurul, biar apa cara sekali pun, asal baby kita sihat & selamat.Moga Allah permudahkan segalanya untuk nurul, insya allah. Sayang nurul..mmuaahh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: