CERITA SEBALIK AMBANG TAHUN BARU….

Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Syukur dapat menikmati hari pertama di tahun baru 2015 ini. Tak ada apa nak diucapkan hanyalah rasa bersyukur pada Yang Esa. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera. Walaupun beberapa duka sebelum masuknya tahun baru ini telah kita terima. Semoga tahun baru ini membawa banyak kebaikan dan seribu rahmat buat kita semua. Sama-samalah berdoa semoga dijauhkan segala mala petaka dan bala yang tidak kita ingini. Hanya doa yang dapat mengubah segalanya andai diperkenankan Allah Taala.

 

Sebut pasal mala petaka, aku dikejutkan pagi ini dengan satu whatsapp message dari kakak sulung aku, Liza. Di dalam mesejnya memetik butiran dari satu group pekerja Petronas katanya. Seperti gambar di bawah ini…

KAK JAN

Entahlah.. Wallahhualam. Hari ni dah pun 1 Januari. Jika benar taufan ini akan melanda, kerajaan sudah pasti akan mewar-warkan kepada semua rakyat Semenanjung Malaysia. Ya Allah.. ringankanlah ujian kami ini… Takut juga. Harapnya tak ada apa-apalah..

Jangan panik ya dengan mesej di atas tu. Aku hanya nak kongsi dan nak tahu andai sesiapa ada apa-apa maklumat mengenainya. Boleh share juga dengan semua di sini dan di mana-mana yang kalian tahu untuk mendapatkan pengesahan. Takut juga ada yang saja mereka-reka cerita.. Maklum sajalahlah kan.. Zaman media sosial ni cepat maklumat meluas…

Ada sesiapa baca entry aku pagi semalam? Mesti ada yang hairan kenapa ada typo dan tulisannya di satu perenggan itu macam tak habis kan? Heee… masa tengah nak edit entry tu, perut lapar dan terus bangun ke dapur nak buat minuman! Tapi lain pula bila aku bangun berjalan ke dapur tu…

Jeng..jeng..jeng… Para wanita yang mengalaminya akan tahu. Minggu ini… kandungan aku dah pun masuk 32 minggu iaitu 8 bulan. Alhamdulillah Baby R sihat. Sangat aktif tapi dia ni kuat tidur! Jadi, berbalik kepada cerita semalam… Selepas menulis dan hanya mahu edit entry aku tu, aku terasa seperti ada sesuatu yang keluar. Aduhai.. naik risau juga.

Selepas keluar dari tandas. apa yang aku dapati aku mengalami pendarahan (bleeding / turun darah). Apalagi… kononnya nak sambung tidur pagi semalam, tak jadi… Terus kejutkan Eric dan tunjukkan darah di tisu yang aku lapkan tadi. Naik panik la suami Perancis aku tu! Siap dia tanya apa yang aku buat sampai bleeding. Sambil blur, sambil bangun tolong aku lapkan darah yang meleleh. Risau betul Eric.

Ayu yang bangun dikejutkan Eric tu, tergamam melihat di lantai dan di tandas ada darah meleleh. Antara blur baru bangun dan risau.. Dia bertanya kenapa… Nak naik nangis juga anak dara aku tu.. Kesian dia. Nasib baik ada dia semalam. Kalau tak kelam kabutlah kami dengan Zach! Dia menjaga zach semalam sehingga nanny kami sampai jam 8 pagi.

Kami terkejut. Apalagi, tanpa banyak soal, Eric langsung bersiap ke hospital. Jadinya, tahun baru kami di hospital lah kali ini! Sampai di hospital, aku dimasukkan ke bilik bersalin kerana mahu memastikan apa sebenarnya yang menyebabkan aku mengalami pendarahan tersebut. Sebelum keluar rumah, sempat publish entry yang dah siap tapi tanpa di edit. Main publish je! Hahahah,,, terlupa sebenarnya kena edit.

Aduhai… risau sangat aku.. Fikirkan Baby R di dalam ni. Bagaimana keadaannya. Jururawat langsung meletakkan alat untuk memeriksa pergerakkan dan kadar degupan jantungnya. Alhamdulillah…Alhamdulillah… Dia okay. Sihat dan cerdas!

Memang benar semua mengatakan setiap pregnancy itu berbeza. Kali ini aku mengalami placenta previa. Di mana placenta atau yang kita panggil uri itu, ke bawah. Selepas doktor membuat ultra sound, ternyata Baby R ni suka dengan bantal! Macam mak dia! Hahahhaa.. Kata Eric yang berseloroh, he wants that pillow so dia bawa sekali bantal (placenta) tu bersama dia ke bawah rahim mamanya!! Sempat lagi Eric! Hahaha…

Tiada apa yang serious cuma aku sekarang dibawah pengawasan doctor selama 48 jam. Doakan uri aku tu bergerak ke atas semula dan aku dapat bersalin dengan normal. Jika tidak dan masih bleeding, jawabnya Baby R akan lahir di bulan ini dan aku terpaksa menjalani pembedahan. Tak apa, ini ujian aku juga dan asalkan Baby R dan aku selamat. Risau juga….

Kata doktor, placenta previa boleh berlaku kepada sesiapa saja dan mereka tidak tahu apakah yang menyebabkannya terjadi. Arwah mak aku yang melahirkan 15 orang anak dulu, hanya mengalami masalah anak lahir songsang sebanyak dua kali. Itu pun dia dapat melahirkan secara normal. Hebat Arwah Mak aku tu. Tapi setahu aku, dia tak  pernah pula mengalami keadaan seperti aku iaitu uri ke bawah. Rupanya adik aku Syikin, 5 tahun yang lalu mengalami keadaan yang sama. Tetapi dia ketika melahirkan bayi pertamanya. Anak perempuanya lahir minggu ke 30. Lebih kecil dari Baby R.

Haiiishhh.. Macam-macam… Agaknya aku pun aktif sangat. Kata jururawat di sini yang sering berpesan, jangan bangun. Kalau bangun hanya ke tanda sahaja. Kena rehat betul-betul. Memang kena dengar nasihat mereka itu kerana mereka lebih tahu.

Bila dah dok berehat ni, semenjak petang semalam, tiada lagi bleeding seperti sebelah paginya yang meleleh-leleh sehingga ke lantai. Alhamdulillah. Tinggal sikit je lagi. Kalau tak ada lagi, esok aku akan pulang ke rumah.

Aku dilarang membuat kerja keras, malah tak boleh nak dukung Zachary yang beratnya hanya 11kg. Kesian Zach. Terpinga-pinga dia semalam melihat aku di hospital. Tak apa, sekejap saja lagi. Aku kena tunggu dua minggu lagi andai tiada apa-apa pendarahan. Doktor akan membuat pengesahan semula samada bersalin secara normal atau melalui pembedahan.

me and zach 1me and zach 2

Dengar perkataan pembedahan tu, buat aku kecut! Aku takut dengan pembedahan. Sepanjang hidup aku ni, hanya sekali melalui pengalaman pembedahan. Di tahun 2000 yang lalu, aku membuang cyst yang tumbuh di bahagian kanan leher di atas thyroid aku ni. Hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku nak belah leher aku masa tu! Takut hilang suara! Hahhaha…

Nasib baik doktor yang aku pilih itu bagus. Memang tak ada sikit pun masalah pada suara aku. Alhamdulillah Allah bantu. Selepas 3 minggu, aku mula bekerja dan membuat persembahan di satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat Ajinomoto. Memang aku tak lupa kesemuanya itu pada tahun itu!

Masih ada bekas di leher ni haaa.. Jika ada yang bertanya, aku katakan yang aku jalani pembedahan menukar kepala! Hahhaaa.. Sebab itulah aku lupa semua yang berlaku sebelum tahun 2006! Alasan sebenarnya.. Nak buat lawak je! Hahahaha…

Jadinya semalam sambut tahun baru di wad je. Eric siap masakkan untuk kami semua. Ayu pun masih ada. Belum balik ke rumah papanya. Seronoklah juga di bilik wad ni dan aku punyai kelebihan untuk menikmati bunga api dari tingkap bilik tengah malam semalam tatkala jam tepat 12 malam. Selalunya mana dapat tengok bunga api!

DAY VIEW KLCC

NIGHT VIEW 2NIGHT VIEW 1

Sepatutnya aku dan Eric merancang untuk sambut tahun baru kali ini bersama teman rapat kami iaitu Ning dan keluarga serta satu lagi pasangan kawan rapat kami iaitu Yus. Tapi itulah. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tak jadilah semalam nak bersama mereka.

Pertama kali dalam 4 tahun ni sambut tahun baru seorang diri. Eric, Ayu dan Zach dah kena balik semalam kerana waktu lawatan yang terhad dan Zach pun dah meragam. Kami hanya 5 minit jauh. Yang best tu Eric sambut tahun baru dalam tidur! Kami semua sebenarnya! Keletihan sebab tak cukup tidur malam sebelumnya. Tak apa, asalkan semuanya okay.

yus ina

Pingu yang sedang cuti dan tak sihat tu pun datang semalam teman aku. Aku hanya beritahu kawan rapat saja and they were here yesterday to be with me. Thank you Yus and Ning for coming.

Tunggu keputusannya bagaimana hari ini.. Mudah mudahan segalanya kembali seperti sediakala! Doakan ya!

P/S : family di sebelah sana belum tahu.. Nak tengok sepupu kami tu pecah rahsia tak kali ni! Hehehee…

Advertisements

7 Comments on “CERITA SEBALIK AMBANG TAHUN BARU….

  1. Placenta previa? Gws sis…da nk deliver pon still uri bole naek balik.in shaa allah….. byk doa msa sujud……

    Dari mak anak yg baru nk masuk 2 org.

  2. Selalunya mmg tak boleh banyak bergerak sis… sis kena rehat.. Insya Allah…akan dipermudahkan urusan. Take care!

  3. Annyasofia

    First time bg komen. K Annya slalu buka blog ni tp baca ajelah. Byk berehat..pernah mengalaminya masa anak ke 2 than ok, 2 weeks later baru deliver. Now anak pun dah 6 orang..byk berehat dan berdoa.

  4. jgn angkat barang berat sis.. elakkan kerap dukung anak, jgn bergerak banyak sis kena rehat bebanyak.. in shaa allah xde pape doa banyak2 ckp selalu ngan bby R 🙂

    take care ye sis! 🙂

  5. U need a full rest sis …..stay in BED. Take Xtra care , moga d permudahkn segala urusan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: